24 SYAWAL 1346H
'TAK MELAYU HILANG DIDUNIA. HIDUP UMNO"
IBM tak berkesempatan ke Pasir Gudang Johor hari ini. Sumber yang IBM dapat dari rakan di Johor, bahawa ucapan panas dari Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak ketika berucap di perasmian UMNO bahagian Pasir Gudang. Siapa tak marah, asyik kena hentam kira dan kanan. Menurut sumber, hari ini DS Najib mengakui marah apabila diserang bertalu-talu di laman media sosial berhubung beberapa isu yang membelenggu pentadbirannya. Perdana Menteri berkata sebelum pentadbirannya, turut terdapat beberapa isu yang membelenggu pentadbiran kerajaan namun tanpa media sosial, isu tersebut tidak "sepanas" dihadapi beliau sekarang. Macam 1MDB, kita belum rugi. MAS kita terpaksa suntik dana RM6 bilion, realitinya pada tahun 80an, 90an ada lagi. Isu-isu tertentu yang saya tak perlu kupas, tapi zaman dulu tiada media sosial, tak begitu panas, orang tidak tahu pun.
"Hari ini belum apa-apa meletup jadi panas, saya pun mendidih je sepanjang masa, tidak adil," katanya, ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang di Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor hari ini. Beliau berkata, isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu juga diperbesar-besarkan media sosial sedangkan syarikat itu belum lagi mengalami kerugian. Dalam sejarah kita banyak lagi isu, 1MDB belum ada kerugian. MAS kita dah tampung berapa bilion, penjualan saham MAS ini pun ada isu, nak sebut saya boleh sebut.
Kata DS Najib, kalau beliau sebut beliau seolah-olah membuka pekung di dada, kalau tak sebut beliau pula yang dipersalahkan," katanya, dan disahut oleh perwakilan : "Bukalah!" oleh sekitar 700 perwakilan bahagian tersebut. Sehubungan itu, beliau berkata, Umno perlu menambah bilangan "cybertroopers" mereka untuk menangani serangan-serangan yang diterimanya. Kalau kita sebut berkenaan askar kita, kita bukan sahaja menyifatkan askar kita di kalangan secara fizikal tetapi sekumpulan lagi yang perlu kita wujudkan dengan bilangan yang begitu ramai, iaitu apa yang beliau anggap 'keyboard warrior' untuk Umno," katanya.
"Ini adalah kerana pembentukan minda hari ini, soal persepsi lawan realiti, taburan benar lawan batil, sebaran fitnah tohmahan berada di hujung jari," kata ahli Parlimen Pekan itu lagi. Najib dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan terhadap Umno Johor kerana masih memberi kepercayaan kepadanya meskipun 'terasa hati' dengan dirinya. Terima kasih Umno Johor, walaupun terasa hati, tapi beri kepercayaan. Tak mengapa, kita ada ubatnya, ada caranya. Kita boleh bermuafakat tapi prinsipnya kesetiaan kepada parti.
Seterusnya DS Najib berkata, beliau faham sentimen di Johor. Bukan beliau tak faham, beliau dengar. Yakinlah kita ada masa depan," katanya. Seperti yang kita semua tahu, DS Najib sebelum ini menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet terbarunya bulan lalu. Apapun, kita sebagai ahli Umno yang sayangkan parti, jaanganlah keterlaluan membuat kenyataan. Kalau nak komen dan jawab apabila di aju dan diserang oleh pihak pembangkang, jawaplah dengan tenang, dengan fakta bukan dengan emosi atau mengiakan bahawa Umno/BN sedang bermasalah.
ini adalah duniapolitik pembangkang pun mempunyai masalah dan mereka juga dilihat kian berpecah. Maka, fikir-fikirkan apa yang terbaik untuk kita semua. Sayangkan parti, jangan berpecah, insyallah kita selamat, negara aman. Mari kita sama-sama berdiri teguh di belakang Perdana Menteri kita, DS NajibTun Razak. Wassalam. Ikhlas dari saya ~ IBM
'UMNO MENDUKUNG WADAH PERJUANGAN, DULU KINI DAN SELAMANYA"