Thursday, March 1, 2012

Kalau Negara Islam Pun Boleh Dilelong, Apa Sangat Jawatan Timbalan Presiden

KUALA LUMPUR, – Bukan sesuatu yang pelik dan bukan perkara yang menghairankan kerana selama ini pun Pas hanya berdiam diri membiarkan sekutunya daripada DAP membacakan ayat-ayat Allah di pentas ceramah.

Justeru kesediaan yang dilontarkan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dalam responsnya bahawa parti itu bersedia menerima seorang Timbalan Presiden Pas daripada kalangan bukan Islam tidak mengejutkan, kata bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris.
Menurut beliau lagi tindak-tanduk Pas hari ini yang nampak ke arah yang lebih liberal memungkinkan apa yang dilontarkan oleh Dr Dzulkifly Ahmad itu bakal menjadi kenyataan satu hari nanti.
“Yerlah…kalau dah ‘nawaitunya’ hanya mahu ke Putrajaya bersama PKR dan DAP, sudah tentunya mereka akan sanggup melakukan apa sahaja walaupun pada logik akal manusia yang waras, sukar untuk diterima.
“Lagipun Negara Islam sudah tidak dipalu lagi oleh para pemimpin Pas…Yang kita dengar paluan kompang mereka adalah tumbangkan BN dan menuju ke Putrajaya. Itu sahaja yang kita didendangkan dalam mana-mana ceramah. Maklumlah PRU pun dah makin hampir,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Kelmarin, Dzulkefly membuat kenyataan itu ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Siri Ke-11 bertajuk ‘Mengapa Undi Melayu Pecah?’ sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Prof  Mohd Noor seterusnya menegaskan Pas hari ini benar-benar telah berubah dan tidak lagi seperti dulu kerana sikap dan tamaknya mereka kepada kuasa dan kepentingan politik semata-mata.
Tambahnya pemimpin Pas yang ada hari ini seolah-olah tidak lagi berpegang kepada yang benar kerana terikut-ikut dengan rentak nafsu sekutunya DAP dan PKR yang dilihat begitu ghairah menawan Putrajaya.
“Orang kalau dah ‘nawaitunya’ tidak betul, kenapa perlu kita bersama dengan mereka dan rakyat khususnya umat Islam perlu melihat dan menilai dengan jelas permainan politik Pas yang umpama lalang.
“Bukankah Pas laungannya untuk Islam…sebab itu saya sebutkan tadi kalau berpaksikan kepada akal orang yang waras, tidak akan timbul perkara sedemikian rupa kerana ianya dilihat bertentangan dengan apa yang Pas bawa,” katanya. -MediaUMNO
p/s IBM Kata, "Pas sebenarnya sudah terdesak. Dan Pas juga tahu pengundi melayu dah mula hilang kepercayaan terhadap perjuangan sebenar Pas. Mereka sanggup diperkudakan oleh Cina DAP. Maka, Pas tiada pilihan selain dari beraleh kepada pngundi2 Cina. Tapi...itu bukan kunci kejayaan atau kemenangan Pas dan Pakatan Rakyat di PRU ke-13 nanti. Kita tunggu apa sudahnya...."
TERIMA KASIH UMNOLINE.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. ada kemungkinan, satu masa nanti Tuan Guru Guang Eng akan menerajui PAS...masyallah...

    ReplyDelete
  2. Tak mustahil bro. Dah ada bayang2nya Pas akan tunduk kepada DAP dan Pas akan diperkuda2kan oleh DAP. Kesian Pas. Pas memang HAMPEHHHH!!..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...