Monday, January 31, 2011

Kuan Yew biadap, kurang ajar..

Salam 2 All pembaca yang suka membaca.

Mahathir : Kuan Yew tak hormati agama, sensitiviti orang lain.

KUALA LUMPUR, 30 JanTun Dr Mahathir Mohamad mengecam tulisan terbaru Lee Kuan Yew dengan mendakwa bagi bekas perdana menteri Singapura itu “agama tidak penting” dan oleh itu beliau tidak hairan dengan pandangan-pandangannya.

Malah bekas perdana menteri berkata, Lee juga seorang pemimpin yang langsung tidak menghormati agama dan sensitiviti orang lain.

“Saya tidak hairan dengan kenyataan itu sebab bagi beliau agama tidak penting. Lebih-lebih lagi agama Islam.

“Bagi dia seperti kata mat salleh ‘the end justify the means’, jika beliau mahu supaya ada integrasi kaum di Singapura, maka beliau tidak boleh membenarkan Islam menjadi penghalang kepada matlamat itu,” kata Dr Mahathir yang temu bual disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam temu bual itu juga, Dr Mahathir berkata, “pada saya kita terlalu terbawa-bawa dengan ajaran imam-imam tertentu sehingga kita berpecah-belah.”

Sebaliknya kata beliau, Islam itu sendiri sudah cukup progresif tetapi yang menjadi masalah ialah tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh manusia biasa walaupun mereka terdiri daripada ulama yang cukup mendalam pengetahuan mengenai Islam.......cerita selanjutnya

*[ KLIK DISINI ]*

* Sebenarnya Lee Kuan Yew ni masih lagi berdendam dengan Tun Mahathir. Semasa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri, Lee Kuan Yew gagal menjinakkan Tun Dr Mahathir. Maka dia sengaja nak mencari pasal. Dasar cina yang berfahaman komunis, maka pemikiranya masih lagi ala 'Komunis' - IBM

Guan Eng lidah bercabang, kaki penipu dan terus menipu rakyat..

Salam Pada Semua Yang Membaca.

Itulah dasar perjuangan Pakatan Reput (PR). Kelentong sana, kelantong sini, tak habis-habis nak menipu dan menidas rakyat. Kesian rakyat Pulau Pinang, hidup-hidup di tipu oleh DAPig.

BALIK PULAU,Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hanya menumpang nama ibarat ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’ apabila mengaku membawa kemasukan pelabur asing ke Negeri Pulau Pinang. Ini juga bukan kali pertama Guan Eng mengaku membawa pelabur asing kerana sebelum ini juga dia pernah berbuat demikian.

“Saya tak hairan dia menipu sebegitu. Pada tahun 2008, Guan Eng juga mengakui membawa masuk pelabur asing ke Pulau Pinang sedangkan ketika itu Dap baru sahaja menakluki Pulau Pinang.

“Saya tak hairan dia menipu sebegitu. Pada tahun 2008, Guan Eng juga mengakui membawa masuk pelabur asing ke Pulau Pinang sedangkan ketika itu Dap baru sahaja menakluki Pulau Pinang.”

“Ketika itu jumlah pelaburan berjumlah RM10 juta. 2009 jumlah pelaburan berkurangan kepada RM2 juta. Kini bila jumlah pelaburan meningkat, sekali lagi Guan Eng tanpa malu mengaku semuanya hasil DAP,” katanya.

Beliau berharap rakyat Pulau Pinang tidak akan mudah terpengaruh dengan penipuan Guan Eng ini kerana Kerajaan Pusatlah yang bertanggungjawab membawa pelabur asing ke Pulau Pinang.

Hilmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Guan Eng bahawa DAP yang membawa dua syarikat dari Amerika Syarikat (AS) melabur di Pulau Pinang.

Hilmi turut menjelaskan, bukan mudah untuk menarik keyakinan pelabur asing melabur di Negara ini dan ianya mengambil masa lama. Baginya, kenyataan Guan Eng memang tidak berasas dan tidak tahu malu.

“Guan Eng seharusnya sedar diri dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan. Walaupun Pulau Pinang di bawah pemerintahan Dap, tetapi Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan Pulau Pinang,’ ulasnya lagi.

* Kalau rakyat Pulau Pinang (khususnya Melayu) tidak sedar dan bangkit, maka DAPig akan terus menindas. Yang akan terus merana ialah rakyat jelata. So, apa tunggu lagi. Bersedia membuat perubahan di PRU - ke 13 nanti. Katakan tak nak kepada 'Pakatan Reput" (PR) yang telah banyak menyeksa rakyat dan cakap tidak serupa bikin - IBM

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan

Salam 2 All.

" 1 Wilayah Persekutuan Maju Dan Sejahtera"

Tanggal 1 Februari 2011 adalah hari Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan adalah gabungan 3 wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berusia 36 tahun, Wilayah Persekutuan Labuan, 26 tahun dan Wilayah Persekutuan Putrajaya berusia 9 tahun pada tahun 2010. Sambutan Hari Wilayah Persekutuan merupakan acara rasmi tahunan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Tahun ini merupakan kali keenam acara ini disambut secara bersama dengan menggabungkan ketiga-tiga Wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

* Kepada warga Wilayah Persekutuan, selamat bercuti (Esok) dan beristerihat bersama keluarga yang tersayang. Insyallah Wilayah Persekutuan akan lebih maju di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN) - IBM


Hari Ini Dalam Sejarah

Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Mari kita mengimbau apa yang berlaku di tanah air pada hari ini :

31 JANUARI
PEMBUKAAN MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA
PEMBUKAAN MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA
Tarikh Peristiwa : 31-01-1935


Pada hari ini dalam tahun 1935, Maktab Perguruan Melayu Melaka telah dibuka khas untuk melatih guru-guru perempuan. Pada peringkat awal penubuhannya maktab ini hanyalah merupakan bangunan rumah sakit yang telah diubahsuai menjadi sebuah maktab. Pada akhir tahun 1939, sebuah sekolah perempuan di Ujong Pasir telah diambil alih oleh pentadbir maktab dan dijadikan sebagai Sekolah Latihan. Pada peringkat permulaannya, pengambilan pelatih hanya terhad kepada 24 orang bagi sesi pengambilan bagi setiap tahun. Para pelatih yang terpilih ini telah diberikan elaun sebanyak $3.00 sebulan sepanjang tempoh dua tahun kursus tersebut dijalankan. Pengetua pertamanya ialah Puan N. Purdom yang kemudianya telah digantikan dengan Puan M. Lomas dengan dibantu oleh seorang Penolong iaitu iaitu Cik Fatimah Musa. Maktab ini menyediakan sukatan pelajaran yang lebih menjurus kepada pelajaran yang melibatkan urusan rumahtangga dan penghidupan di rumah. Antara mata pelajaran yang disediakan ialah Kira-Kira, Bacaan Tulisan Jawi dan Rumi serta Karangan Sejarah. Selepas perang ia telah ditambah dengan kurikulum Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Sejak tahun 1935, maktab ini telah menyediakan pelatih-pelatih untuk mengajar di sekolah rendah Melayu sahaja sehinggalah pada tahun 1973, maktab ini telah mula menyediakan pelatih untuk mengajar di sekolah menengah dan rendah.

DAN JUGA..

PENGUMUMAN RANCANGAN PEMBINAAN SEKOLAH-SEKOLAH MELAYU
PENGUMUMAN RANCANGAN PEMBINAAN SEKOLAH-SEKOLAH MELAYU
Tarikh Persitiwa : 31-01-1961

Pada hari ini dalam tahun 1961, Pegawai Pelajaran Bandaran Dr. F.J.A. Rawaliffe mengumumkan rancangan pembinaan sekolah-sekolah Melayu Kuala Lumpur. Pengumuman rancangan ini adalah yang terbesar sejak negara mencapai Kemerdekaan.Di antara cadangan-cadangan yang telah dibuat bagi melaksanakan projek pembinan sekolah tersebut seperti berikut:-
  • sebuah sekolah berharga $190,000 berhampiran Parlimen bagi menggantikan Sekolah Gombak Line.
  • sebuah sekolah di Dato' Keramat berharga $5000.00
  • sebuah sekolah di Setapak yang berharga $70,000 bagi menggantikan Sek. Keb. Melayu yang telah berusia 71 tahun.
  • menambah bilik darjah bagi Sek. Melayu Sentul dengan harga $50,000.
  • menggantikan bangunan Sek. Melayu Seputih dengan perbelanjaan $20,000.
  • memperbesarkan Sek. Melayu Kg. Pandan dengan perbelanjaan $18,000.
Projek-projek yang dicadangkan ini dianggarkan menelan belanja $398,000 dan dapat menampung 3420 orang pelajar. Dengan adanya kemudahan ini akan dapat membantu pelajar-pelajar Melayu mendapat pendidikan yang lebih sempurna lagi.

* Selamat membaca semua, moga menambah ilmu pengetahuan kita - IBM

Sumber : Arkib : Negara.

Sunday, January 30, 2011

Tak rasmi : BN berjaya kekal DUN Tenang


7.15pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut. Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,963 undi.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,733 undi - meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Calon BN juga menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak. Keputusan undi pos itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil, Md Asri Amir. di di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis petang ini. --------------------------------------------------------------

8:31pm: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek membidas DAP, dengan mendakwa BN menang di tiga daripada empat kawasan majoriti pengundi Cina. PAS dan DAP boleh 'berkokok', tapi masih 'kalah', katanya dalam twitter. Bagaimanapun, penilaiannya terhadap kawasan majoriti pengundi Cina itu bercanggah dengan pemimpin DAP. Kejayaan BN mengekalkan DUN Tenang hari ini, adalah kemenangan ke-14 dalam pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Pakatan pula memenangi lapan pilihan raya kecil. Pakatan menang di Sibu, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pauh, Permatang Pasir, Manek Urai, Penanti dan Selambau. BN pula menang di Tenang, Hulu Selangor, Galas, Tenang, Sapi Bagan Batu dan Pinang. Pilihan raya kecil ke-15 pula akan diadakan di Merlimau pada 6 Mac depan. 8:12pm: Lebih ramai pemimpin tiba di pusat penjumlahan untuk meraikan kemenangan. Mereka termasuk Menteri Besar Johor, Datuk seri Abdul Ghani Othman dan ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan. Semuanya tersenyum lebar dan bersalaman mengucap tanah antara satu sama lain. Mohd Azahar pula memakai baju kemeja batik dan bersongkok hitam. Beliau kelihatan letih selepas sehari bergerak di sekitar kawasan pilihan raya kecil hari ini dalam keadaan hujan dan banjir. 8:07pm: Calon BN Mohd Azahar Ibrahim tiba di pusat penjumlahan di dewan serbaguna Majlis Daerah Labis. 7:53pm: BN pemimpin tempatan sudah mula membanjiri pusat penjumlah tersebut. Turut kelihatan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga presiden Gerakan, Tan sri Dr Koh Tsu Koon.

7:33pm: Analisis Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Umno telah menambah undi di kalangan pengundi Melayu, tapi pengundi Cina masih mengelak menyokong MCA. PAS mengekalkan sokongan pengundi Cina, walaupun peratusan mereka dari kawasan majoriti Cina yang keluar mengundi hari ini, merosot. DAP MP Anthony Loke menulis dalam Twitter: "Melihat trend setakat ini, tidak ragu lagi, BN akan menang Tenang tapi Soi Lek dan MCA boleh angkat beg!" Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau mengulangi sentimen yang sama dalam satu lagi twitter: "PR PAS-DAP berjaya mendapatkan undi 70 peratus pengundi Cina di Tenang." Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim pula berkata Chua (presiden MCA) patut letak jawatan kerana gagal untuk memenangi undi pengundi Cina di tempatnya sendiri".

7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622 BN hampiri kemenangan, sebanyak 3,577 undi lagi yang belum dikira. 6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252 6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387. Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira. Masih terdapat 4,125 undi masih belum dikira. 6.53pm: BN 3,737, PAS 1,692, majoriti 2,045 6.51pm: Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67 6.50pm: BN 2,038, PAS 1,207 6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212. Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533. 6.34pm: Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365 6.31pm SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801. 6.27pm: PAS - 1,136, BN - 634. 6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90. 6.15pm Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64. 6.10pm: Undi pos: BN - 115, PAS - 3, rosak - 1.

[Berita penuh menyusul]

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 orang daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus. "Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Proses pengundian bagi kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, ditutup pukul 5 petang ini. Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata kesemua 12 pusat pengundian yang dibuka pukul 8 pagi tadi telah ditutup dan peti-peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini. Keputusan dijangka akan diumumkan pada pukul 8 malam ini. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandang Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

* Walaupun keputusan belum rasmi, tapi keputusan memihak kepada BN. Syabas BN. Hidup BN, tahniah Azahar Ibrahim. Teruskan perjuangan anda - IBM

Terkini Di DUN Tenang..masih Tenang.

Suasana Terkini Di Pilihan Raya DUN Tenang.

CALON Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim membuang undi di saluran tiga Dewan Serbguna Kampung Paya Merah, bagi pilihan raya kecil DUN Tenang pagi ini.
SUASANA di sekitar kawasan pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesyen yang terjejas akibat hujan lebat sejak awal pagi tadi ketika pengundi mula keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN di Labis pagi ini.
JENTERA Barisan Nasional Kampung Lembah Bakti membawa pengundi menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk keluar mengundi selepas rumah mereka di naiki air pada pilihan raya kecil DUN Tenang.
PENGUNDI membuat pemeriksaan sebelum memasuki Dewan untuk mengundi bagi pilihan raya kecil DUN Tenang, pagi ini.

LABIS: Beberapa laluan sekitar Kampung Sawah dan Tenang Station di sini dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak semalam.

Pihak berkuasa sedang mengambil langkah untuk membantu membawa pengundi ke pusat pengundian bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
UPDATE :

DUN Tenang: 7,219 keluar mengundi setakat 12 tengah hari

* Selamat mengundi kepada semua warga di DUN Tenang. Gunakan kuasa anda sebagai pemilih, dan pilihlah calon yang benar-benar boleh berkhidmat untuk semua. Sudah semestinyalah calon Barisan nasional -
IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

Salam 2 all pembaca-pembaca yang budiman.
Hari ini cuaca begitu sejuk sekali, hujan di merata-merata tempat. Masih lagi belum berhenti. Kalau tidak kemana-mana, jom baca, dan kita imbau kembali sejarah tanah air kita.
30 JANUARI
PELANCARAN PERTAMA MINGGU BAHASA KEBANGSAAN
PELANCARAN PERTAMA MINGGU BAHASA KEBANGSAAN
Tarikh Peristiwa: 30-01-1960

Pada hari ini dalam tahun 1960, Minggu Bahasa Kebangsaan telah dilancarkan buat pertama kalinya diseluruh negara. Pelancaran ini dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pusat Minggu Bahasa Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin Ismail. Minggu Bahasa Kebangsaan bertujuan menggalakkan seluruh rakyat supaya menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam kehidupannya sehari-hari. Ini menunjukkan kepada dunia bahawa kita sebagai satu bangsa yang merdeka mempunyai satu bahasa kebangsaan yang difahami oleh seluruh rakyat daripada pelbagai keturunan. Di antara pendekatan yang dijalankan dalam minggu bahasa kebangsaan ini ialah melalui poster, iklan, filem ucapan-ucapan oleh pemimpin, pakar-pakar bahasa, peraduan yang menggalakkan penggunaan bahasa seperti syarahan, bahas melalui poster dan sebagainya. Dengan pelbagai pendekatan ini tahun-tahun 1970 dan 1980-an sebahagian besar daripada rakyat negara yang terdiri pelbagai kaum telah dapat menguasai bahasa kebangsaan.

* Kalau anda berada di luar dan sedang memandu, hati-hati kerana hujan masih turun, jalan pula licin, moga perjalanan anda selamat, dan kepada yang ingin pulang kerumah, selepas ini jangan lupa singgah ke blog ini dan baca 'Hari Ini dalam sejarah'. Selamat membaca - IBM

Sumber : Arkib Negara.

Anwar di biayai oleh pengganas antarabangsa..?


Salam 2 All pembaca-pembaca yang budiman. Sekali baca memang sukar untuk di percayai. Tapi dalam keadaan suasana politik yang tidak menentu, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Anwar akan berbuat apa saja demi 'survival' politiknya. Apa yang dia hendak ialah untuk menjadi Perdana Menteri (PM).


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata arahan telah dikeluarkan kepada pihak polis bagi menyiasat dakwaan yang mengaitkan ketua umum PKR, Datuk Seri AnwarIbrahim dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

NONE
Dakwanya laporan CNN telah mengaitkan Anwar tetapi Hishamuddin mengakui beliau belum membaca laporan tersebut.

"Ia tidak kena mengena dengan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Abdul Razak). Ia hanya laporan CNN yang mengaitkannya (Anwar) dengan sebuah pertubuhan pengganas.

"Saya telah mengarahkan unit anti-pengganas dan juga Cawangan Khas dan mereka sedang berhubungan dengan perisikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas ini.

"Ini bukan isu politik. Ini isu keselamatan...suka atau tidak, kita mesti menanganinya dengan serius,” kata Hishamuddin.

Bercakap kepada pemberita di Felda Chemplak selepas solat Jumaat, Hishammuddin juga ditanya jika Anwar akan dipanggil untuk siasatan.

"Saya tidak tahu. Awak perlu tanya kepada polis,” jawabnya.

azlan
Menurut CNN, ia telah menemui laporan mengenai siasatan rahsia Arab Saudi berhubung aduan oleh Najib kononnya ada tokoh-tokoh diraja negara itu yang membiayai Anwar.

Menurut laporan CNN, siasatan berkenaan mendapati tiada bukti seumpama itu.

Menurut CNN, sebaliknya siasatan yang dijalankan kerajaan Arab Saudi menjumpai "sesuatu yang sangat berbeza - dan lebih membimbangkan".

Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri, kata CNN.

Antara lain, laporan itu mendakwa pergerakan politik Persaudaraan Muslim atau Muslim Brotherhood adalah instrumental membuat pembiayaan seumpama itu “ada kalanya” membekalkan dana kepada kumpulan pengganas yang digeruni, al-Qaeda.

* Memang tak terkejut pun sekiranya berita ini benar. Bagi Anwar dia akan berbuat apa saja demi untuk kepentingan dirinya dan karier politik songsangnya. Dia kata, persetankan rakyat semua. Aku nak jadi PM, itu matlamatnya - IBM

Saturday, January 29, 2011

Kadar tol kekal 5 tahun, terima kasih Kerajaan BN.

Berita baik untuk berpuluh juta penguna tiga lebuh raya
Tol Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak

Terima kasih kepada Kerajaan BN keran tidak menaik kan kadar tol di tiga lebuh raya. sekurang-kurangnya untuk tempuh lima tahun lagi.

PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan penstrukturan kadar tol yang menyaksikan kadar sedia ada untuk Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 kekal untuk selama lima tahun atau sehingga 2016.

Keputusan itu juga melibatkan penamatan konsesi tol untuk Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur yang dijangka berakhir pada Mei ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, asas penstrukturan itu adalah untuk mengurangkan beban rakyat.

"Saya telah meminta para pemegang konsesi tol untuk mengkaji semula struktur tol bagi konsesi masing-masing, ini sejajar dengan semangat 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan'.

* Itulah komitment dan janji kerajaan BN demi untuk kesejehteraan rakyat jelata. Apa lagi yang rakyat mahu. Segala tomahan dan kata-kata fitnah dari parti pembangkang, buangkan saja kedalam longkang. Mereka-mereka itu adal pendusta, pandai berbuat janji, tapi tidak dikota. BN juga yang terbaik. - IBM


Mai Kita Belasah Kelantan..

Salam Semua.
Tok Pa kata, di PRU ke -13 nanti, UMNO/BN akan rampas kembali negeri Kelantan dari PAS.dia begitu konfident. Dan....malam ini dengan penuh debaran, giliran Selangor pula akan BELASAH KELANTAN. Tapi, ini bukan isu politik, sukan, sukan bolasepak tanah air iaitu 'Piala Sumbangsih' untuk membuka tirai Liga bolasepak Malayasia edisi 2011.

Kepada penyokong-ponyokong fanatik kedua-kedua pasukkan, ayuh, jom turun ke Stadium Shah Alam pada malam ini. Kita penuhi di segenap pelusuk Stadium, tunjukan semangat kesukanan anda semua.

* Red Giants turunkan barisan terkuat. Kelantan pula sudah terbayang juara 'Piala sumbangsih' buat kali pertama. apapun selamat berjuang kepada kedua-kedua pasukan. Kepada para penyokong, berdisplinlah bila berada di Stadium. IBM mendoakan akan kejayaan pasukan Selangor, kerana IBM adalah penyokong setia Red Giants. - IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

29 JANUARI
Salam, Salam Hari Sabtu dan Salam 1 Malaysia.
Moga ceria bersama keluarga di hujung minggu ini. Di samping itu mari kita ruangkan sedikit masa, mengimbas kembali apa yang berlaku di Tanah Air kita pada hari ini....jom baca...

HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR - MENUBUHKAN PUSAT RAWATAN HARIAN

Menyediakan kemudahan asas kepada rakyat, merupakan tanggungjawab Kerajaan, pelbagai pendekatan telah dijalankan bagi membantu dan menyediakan kemudahan kepada rakyat. Pada hari ini 29.1.1991, Pengarah Hospital Besar Kuala Lumpur, Dato' Megat Burhainuddin Megat Abdul Rahman mengumumkan Hospital Besar Kuala Lumpur akan mewujudkan Pusat Rawatan Harian khusus untuk kanak-kanak di Hospital Pediatrik, Hospital Besar Kuala Lumpur. Pusat ini akan digunakan untuk memberi rawatan kepada kanak-kanak yang mengidap penyakit seperti leukimia, haemophilia dan suntikan terafi antibiotik. Rawatan bagi penyakit di atas hanya memerlukan tempoh sehari sahaja dan tidak perlu dimasukkan ke dalam wad. Selain daripada itu, kata Dato' Megat Burhainuddin, dengan adanya pusat ini, pihak hospital dan keluarga kanak-kanak akan dapat menjimatkan perbelanjaan kedua-dua pihak. Sebahagian besar daripada negara-negara maju juga sudah melaksanakan konsep `Pusat Rawatan Harian' di negara mereka. Sebagai satu usaha untuk menyediakan kemudahan kepada pelanggan, usaha-usaha yang dijalankan ini akan dapat membantu meringankan beban pesakit selain daripada menjimatkan kos.


* Kepada para pembaca dari kaum Tionghua, Selamat menyambut Tahun Baru Cina yang tak lama lagi akan menjelang. Ikhlas dari : IBM

Sumber : Arkib Negara

Friday, January 28, 2011

Kuburkan PAS di Tenang, seleweng Islam, tunduk pada DAP

Dulu, Karpal Singh pun nak kuburkan PAS. Sendiri mahu ingat le PAS


SEJAK penubuhannya, Pas bangga berkokok laksana ayam sabung mencanang kononnya merekalah satu-satunya parti yang benar-benar Islam, berjuang atas syariat Islam dan demi mempertahankan maruah bangsa dan agamanya.

Malahan, sejak sebelum merdeka, Pas pernah membuat kutukan terhadap UMNO kerana tindakan parti nombor satu masyarakat Melayu ini bergabung dengan MCA dan MICmembentuk parti Perikatan.

Dakwa Pas, UMNO memperjudikan nasib orang-orang Melayu dan ‘menjual’ bangsanya sendiri melalui penggabungan tersebut untuk mencapai kemerdekaan. Kononnya, tindakan UMNO untuk bergabung dengan MIC dan MCA hanyalah bersifat propaganda politik semata-mata.

Pas mengutuk penggabungan terbabit dan menyeru rakyat Tanah Melayu khususnya yang beragama Islam agar tidak ‘bersubahat’ dengan UMNO. Antara kecaman yang pernah dilontarkan oleh Pas termasuklah pertuduhan yang terlalu berat untuk diterima oleh ahli-ahli UMNO apabila mereka dikatakan sebagai kafir kerana penggabungan terbabit.

Hal tersebut berlanjutan hingga ke PRU-12 dan kemudiannya, Pas bukan hanya bersekutu dengan orang-orang bukan Islam apabila melihat kejayaan pelaksanaan yang dilakukan oleh UMNO-MCA–MIC dan parti-parti kompenan lain dalam BN sebaliknya lebih teruk lagi mereka menggadaikan perjuangan Islam dan sanggup bersekongkol menyekutukan perintah Allah.....baca lagi....[ KLIK DISINI ]

* Baca jangan tak baca. Insyallah, PAS akan berkubur di Tenang kerana hati mereka memang tak Tenang, penuh dengan hasat dengki, fitnah dan mengelirukan rakyat khusnya pengundi-pengundi di DUN Tenang. Jom tolak PAS dan kita kuburkan PAS beramai-ramai. - IBM

Bahaya DAP kepada kedaulatan dan perlembagaan negara


Salam, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia.
Ini bukan cerita pasal 'rasis'...tapi ini realiti yang patut di ambil iktibar oleh umat-umat Islam terutamanya para penyokong PAS yang terlalu 'Ekstrem.'








Kesombongan DAP Tidak Boleh Menolak Dan Mengubah Takdir Allah Bahawa Malaysia Negara Islam Dan Pemimpin Tertinggi Malaysia Orang Islam.

Sikap anti negara Islam yang di taja oleh Britisah diteruskan oleh DAP. Pada bulan Februari tahun 1989, semasa seminar "KeArah Memperkenalkan Undang-undang Syariah' di UIA wakil DAP Tan Seng Giaw dan Paul Tan dari Majlis Agama-agama telah menyuarakan desakan supaya distiharkan Malaysia ini adalah sebuah negara sekular.

Hingga ke sekarang ini, jurucakapnya yang jelas yang terus-menerus menyuarakan penentangan terhadap fatwa dan rumusan bahawa Malaysia sebagai negara Islam dan menentang pelaksanaan hukum Islam dan membenci Islam dan bangsa Melayu ialah Karpal Singh.

Bahkan, dengan penuh kesombongan, Karpal Singh menegur Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan PAS agar terima hakikat tafsiran dan dakwaannya bahawa Malaysia adalah negara sekular dan beliau mencabar jika hendak tegak negara Islam langkah mayatnya dahulu.

Itu tafsiran Karpal Singh yang di dalam hatinya memang sedia tersemat bencikan Islam. Bolehkah tafsirannya itu menolak dan menafikan tafsiran para ulama dan juga keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 yang telah disahkan oleh Yang Dipertuan Agong yang dikemukan dalam buku ini terdahulu?

Kesombongan Karpal Singh tidak boleh menafikan dan menolak hakikat bahawa Malaysia adalah negara Islam. Kesombongn Karpal Singh juga tidak boleh menolak takdir Allah yang telah menetapkan bahawa pemimpin tertinggi negara Malaysia ialah orang Islam, iaitu Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menterinya ialah orang Melayu dan Islam.

Bagi menguatkan hujah ini, renungi firman Allah dalam ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 26 ; "Katakanlah, wahai Tuhan yang mempunyai Kerajaan, Engkau (Allah) berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan engkau akan cabutkan kerajaan daripada tangan orang yang Engkau kehendaki..."

Selanjutnya, Allah beerfirman untuk umat Nabi Muhammad SAW (dalam kontek Malaysia ialah rakyat yang bangsa Melayu dan orang Islam di kalangan bangsa lain), maksudnya : "Kemudian kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi bagi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, agar kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan." (Surah Yunus [10]: 14).

Ayat di atas boleh dihubungkan juga dengan firman Allah selanjutnya, maksudnya ; "Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah dan dipusakai-nya kepada siapa yang dikehendakinya dari kalangan hamba-hambanya, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa." )Surah al-' Araf ayat 128). Hamba Allah yang bertakwa hanya ada dalam agama Islam.

* Bersambung...... IBM

Cerita Hangat!! Ummi Hafilda sedia dedah 'Kes dahsyat'

Panas, Panas, semangkin Panas. Terbaru, Ummi Hafilda naik berang dan akan melepaskan segala geramnya dan apa yang tersimpan begitu lama. Katanya dia dah tak tahan ditomah, difitnah lagi dan lagi.

Jesteru itu, Ummi Hafilda Ali mendakwa akan mendedahkan satu kes 'dahsyat' melibatkan abang kandungnya, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Bagaimanapun beliau akan berbincang terlebih dahulu perkara itu dengan Polis sebelum mendedahkannya.

Kata Ummi, dia ada satu kes yang amat ngeri melibatkan Azmin dan Anwar untuk didedahkan tetapi perlu merujuk terlebih dahulu dengan pihak Polis sebelum mendedahkannya. Diharap semua pihak bersabar, bila mendapat kebenaran dari pihak polis, perkara itu akan didedahkan.

Semalam, Ummi ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk membuat laporan Polis serta memberi keterangan melibatkan Azmin dan Anwar. Tapi laporan polis tidak dapat dibuat kerana Mohd Bakri mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan dan berkemungkinan pertemuan mereka akan diadakan dalam masa terdekat.

Ummi berkata, laporan dibuat untuk membersihkan namanya yang didakwa tercemar akibat difitnah. Beliau mendakwa difitnah mempunyai skandal seks dengan individu tertentu sehingga menyebabkan maruahnya tercemar. Dia percaya fitnah itu adalah konspirasi terhadapnya setelah dia tidak mahu bersekongkol untuk menarik bslik surat salah laku Anwar yang ditulisnya kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Sudah sampai masanya dia membersihkan namanya yang tercemar dan mahu keadilan ditegakkan. Kita tunggu dokumen berupa bukti untuk diserahkan kepada Polis bagi membantu siasatan.

* Haha...panas, panas...memang panas! Maka panas dan berasap le buntuk si Azmin dan Anwar tu nanti.
Apapun kita ucapkan setinggi tahniah kepada Ummi yang berani mendedahkan satu lagi kes yg melibat Azmin dan Anwar. Kita tunggu akan perkembangan selanjut. Kita sentiasa menyokong dan sentiasa bersama Ummi memberi semangat. Hidup Ummi - IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

28 JANUARI
Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Mari kita mengimbau Sejarah Tanah Air...apa yang berlaku pada hari ini.

PERSETUJUAN GERAKAN BERSAMA MENGHAPUS KOMUNIS DI SEMPADAN MALAYSIA – SIAM
PERSETUJUAN GERAKAN BERSAMA MENGHAPUSKAN KOMUNIS DI SEMPADAN MALAYSIA-SIAM
Tarikh Peristiwa: 28-01-1955


Pada hari ini dalam tahun 1955, Persekutuan Tanah Melayu dan Siam telah bersetuju mengadakan gerakan bersama menghapus komunis di sempadan kedua-dua buah negara. Dalam perbincangan ini pihak Persekutuan Tanah Melayu diwakili Pesuruhjaya Tinggi Sir Donald Mac Gillirary dan Left. General Sir Geoffrey Bourne. Manakala Siam diwakili oleh Ketua Polis Negara iaitu Phao Siriyonan. Antara perkara-perkara yang telah disepakati berkaitan dengan operasi polis dan tentera menghapus khemah-khemah komunis di Sadao, Utara Kedah, di Betong dan di Utara Kelantan. Selain itu kedua-dua pihak juga bersetuju memperkemaskan lagi Biro penyiasatan yang berpusat di Songkla. Kerjasama yang diterajui kedua-dua pihak ini, telah memberi kesan yang besar dalam usaha kedua-dua negara menghapus kegiatan komunis terutama di kawasan sempadan negara masing-masing.

* Ingat komunis ingat DAPig. Mereka adalah pejuang-pejuang saki baki Parti Komunis Malaya. Selamat Membaca - IBM

Sumber : Arkib Negara.

Thursday, January 27, 2011

PKR menuju kehancuran dan akan pupus bak sampah..

Salam 2 All.

PENGASAS PKR ADAKAN PERHIMPUNAN BESAR KELUAR PARTI BERAMAI-RAMAI

PARTI KELENTONG RAKYAT
Antara yang keluar dari PKR. Bye..Bye..PKR
Wajah-wajah anak beranak yang merosakkan akhlak rakyat jelata

LABIS, – Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ng Lum Yong menyertai MCA hari ini berkata satu perhimpunan besar akan diadakan pada bulan Mac ini bagi membawa keluar lebih 3000 ahli PKR.

Ahli MT PKR masuk MCABeliau yang juga antara pengasas PKR yang memegang keahlian 00012 berkata PKR sekarang tiada agenda perjuangan melainkan untuk perjuangan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu ketagih untuk menjadi Perdana Menteri.

“Dalam dunia ini tidak ada parti yang paling hebat selain PKR di mana pemimpinnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipilih ahli untuk memimpin. Dia (Anwar) bukan Ketua Umum tapi Ketua Ketuanan PKR.

“Saya percaya tidak lama lagi PKR akan ke langit bukan ke dalam tanah tapi terus naik ke langit”, katanya dalam satu sidang media bagi mengisytiharkan beliau keluar PKR dan menyertai MCA.

Tegas beliau lagi prinsip perjuangan PKR sering berubah-ubah ikut kesesuaian masa dan kerana itu lebih 90 peratus pengasas parti itu sudah pun keluar meninggalkan parti.

“Lihat contoh parti Progresif Taiwan yang mana selama 8 tahun mentadbir Taiwan menjadikan Rakyat negara itu mundur tampa sebarang pertumbuhan Ekonomi.

“Malah ramai rakyat Taiwan yang melarat dalam mencari nafkah hidup akibat dari amalan parti Progresif yang dulunya Pembangkang ini mempolitikkan apa sahaja walaupun mereka telah menjadi Kerajaan. Saya lihat PKR seperti parti di Taiwan ini yang semua perkara hendak dipolitikkan”, ujarnya.

Pada masa yang sama beliau menjelaskan penyertaannya dalam MCA kerana melihat MCA di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah banyak melakukan program transformasi parti.

“Saya juga melihat Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak turut mempunyai agenda transformasi dalam pelbagai bidang ekonomi, politik dan social yang mampu membela rakyat dan memajukan lagi Negara”, katanya. -MediaUMNO

* Hancur, hancur, hancur. PKR akan hancur tak lama lagi. Semangkin ramai lagi pemimpin dan ahlinya akan meninggalkan PKR, parti yang tiada hala tuju dan ditubuhkan semata-mata untuk tujuan agenda Si-aljuburi dan anak beranaknya. Aryos PKR - IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...