
Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan penerbitan klip video '1 Hari di Hari Raya' yang menggambarkan Hari Raya umat Islam boleh diraikan bersama anjing adalah tindakan menghina Islam dan perbuatan tidak bertanggungjawab. Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha (gambar bawah kanan) berkata pemilik video itu secara jelas menghina pegangan dan sensitiviti umat Islam di Malaysia yang berpegang kepada Mazhab Shafie bahawa umat Islam tidak boleh memegang atau menyentuh anjing atau keturunannya di mana jika tersentuh wajib disertu. Katanya takbir Hari Raya yang turut dijadikan muzik latar dalam video itu, juga merupakan satu tindakan penghinaan kerana takbir itu merupakan satu lafaz suci dalam memuji dan membesarkan Allah sedangkan pemilik video melakukan agenda yang sangat menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Difahamkan si tomboi@mak anjing itu dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor, semalam atas bon jaminan Mahkamah. IBM harap isu sensentif ini tidak diperam lama-lama kerana ianya amat-amat keterlaluan. Masak le kamu kali ini tomboi oii!! IBM percaya umat Islam di negara ini sudah tidak tahan lagi apabila agama Islam dihina, dicaci, diperlekehkan hari demi hari dan kini ianya sukar dibendung. Tolong....tolonglah wahai pihak yang berwajib. Bertindaklah segera. Cukuplah dan hentikan perkara yang tidak menguntungkan sesiapa malah akan mengeruhkan suasana dan memudaratkan negara. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Ikhlas dari ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA