Monday, October 25, 2010

Wanita UMNO masuk lokasi pembangkang......


- Wanita UMNO akan menggerakkan jentera pergerakan itu ke kawasan-kawasan 'mencabar' yang dikuasai pembangkang dalam usaha menarik sokongan rakyat terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN) dikawasan berkenaan. Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jentera parti di seluruh negara dipertanggungjawabkan untuk mendampingi rakyat pelbagai kaum, termasuk Selangor yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR).
- Ampang contohnya, walaupun kawasan pembangkang, kita dengan ikhlas turun memberi bantuan dan bertanyakan isu yang memerlukan penyelesaian. Begitu komitted dan bersemangat Wanita UMNO bagi memestikan di PRU ke 13 nanti, kemenengan akan berpihak kepada UMNO.BN. Syabas DS Shahrizat dan wanita2 UMNO yg begitu bersemangat untuk turun padang dan pastikan slogan 'Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan' slogan yang di ilhamkan oleh PM kita DS Najib. IBM : Teruskan usaha murni mu wahai wanita UMNO...........!

Jangan Guna Kepalsuan kritik saya - Khairy


TIRAI Perhimpunan Agung Umno edisi ke-61 yang berlabuh semalam menandakan bermulanya fasa baru kepada sasaran serta matlamat yang perlu dicapai menerusi resolusi yang dicapai. Semua pihak bermula di peringkat kepimpinan tertinggi hingga ke akar umbi perlu menggalas tugas besar dalam usaha memastikan kelangsungan hayat dan servival UMNO. Sepanjang perhimpunan yang berlangsung sejak selasa yang lalu, pentas Pemuda Umno kelihatan 'panas' bermula dengan ucapan Dasar Ketua Pemuda, khairy Jamaluddin yang menyentuh mengenai tuntutan sayap Umno itu agar diberikan peranan dan tanggungjawab yang lebih besar dalam mencorakkan masa depan negara. Bahang kehangatan pentas Pemuda terus membara apabila timbul suara-suara di kalangan pembahas yang dengan lantang mengkritik kepimpinan Khairy serta turut menuntut komitment tinggi daripada Ahli Parlimen Rembau itu demi masa depan Pemuda.

IBM : mungkinkah Khairy akan di beri jawatan Menteri penuh oleh DS Najib....?

MUTIARA KATA :


" Senyum adalah sihir yang halal, wang muka merupakan kasih sayang dan simbol persaudaran. senyuman adalah surat kilat yang boleh membawa kedamaian dan cinta. senyuman adalah sedekah yang pasti diterima, sebab senyum adalah petanda hati redha, tenteram dan teguh."

Sunday, October 24, 2010

Terima jawatan bukan kerana populariti


Erni Dekritawati Yuliana Buhari, nama panjang itu sebelum ini tidak dikenali. Namun kes pembunuhan ibunya, Datuk sosilawati Lawiya yang merupakan jutawan kosmetik bersama tiga individu lain menaikkan popularitinya. Kehidupannya yang baru berusia 25 tahun itu berubah sekelip mata kerana terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan penaraju empayar Nouvelle Visages. Nama Rita diangkat sekali lagi apabila menyertai sayap Puteri Umno ketika bahang Perhimpunan Agung Umno ke 61, Rabu lalu. Lebih panas apabila beliau terus dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Usahawan dan Pemantauan Ekonomi sayap berkenaan pada hari yang sama. Kunjungan beliau ke Ibu Pejabat The star pada Jumaat dalam wawancara khas bersama Mingguan mStar mengenai penyertaannya dalam Puteri Umno. Adakah semua ini dianggap beban buat Rita yang masih muda..?..kita tunggu dan lihat.......

Ramai Penyamar PR Di Perhimpunan Agung UMNO 2010...


Tak sangka ada juga pencacai-cacai PR yg hadir di PWTC semasa perhimpunan agung UMNO yg baru selesai pada hari Sabtu yang lalu. Mereka hadir untuk mendengar apa yang telah dibincangkan oleh UMNO bagi menjamin masa depan orang-orang melayu, Atau adakah mereka-mereka ini di hantar oleh ketua mereka...?...nak jadi spy konon........atau adakah PR sudah gentar dengan UMNO/BN yang sentiasa membela rakyat......?....Hidup UMNO....!!.....hidup BN.....!!...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...