Friday, November 26, 2010

Sandra Dewi's Nude Picture : Real or Fake..?





Fake celebrity photos in the digital world of photo-editing are fairly common. They are usually made by cutting and pasting the heads of celebrities onto the bodies of nude models, although sometimes the parts of nude models are pasted onto a picture of a celebrity. Generally, fake celebrity pics are produced just for fun. Moreover, there are community forum dedicated to collect and display fake images that made by members.

# IBM : So, what do you think, real or fake..?

PKR SALAHKAN MEDIA..??

Satu lagi Fitnah dari PKR, mari baca........:

MEDIA ARUS PERDANA SENGAJA BURUKKAN PKR..?

PETALING JAYA, 26 Nov: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail mendakwa media arus perdana sengaja memburukkan parti itu dengan menggunakan gambar-gambar dan keterangan yang mengelirukan rakyat dalam proses pemilihan parti.

Saifuddin dalam sidang media di Kongres Nasional PKR hari ini merujuk satu gambar yang memaparkan seorang pengawas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sedang menuding jari kepada seorang ahli yang sedang mengundi.

"Sedangkan, pengawas itu sedang membantu seorang pengundi yang buta huruf. Senarai calon panjang, bukan seperti pilihan raya umum yang ada dua atau tiga calon sahaja. Untuk MPP sahaja, kita ada 20 calon," katanya yang juga ahli Parlimen Machang.

Menurut Saifuddin, insiden di Cabang Merbok itu digembar-gembur akhbar The Star, seolah-olah gambar berkenaan menjadi bukti sahih hingga mendorong pembaca menyangka 'penyelewengan' sedemikian benar-benar berlaku.

Dalam laporan sebuah portal pula, beliau berkata, media itu menyiarkan gambar kiriman ahli parti dengan merujuk individu yang sedang mengundi adalah seorang pengawas JPP sedangkan ia tidak benar.

Beliau turut hairan apabila aduan beserta gambar yang diemel kepada portal berita itu tidak disalurkan kepada JPP.

"Bagaimana kita hendak siasat jika aduan dihantar kepada Regina (wartawan Malaysiakini) tetapi tidak sampai ke meja JPP?" katanya berseloroh.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, hanya 12 aduan peringkat cabang dari 289 keseluruhan aduan yang masih dalam siasatan manakala sembilan lagi di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sedang diteliti.

# IBM : Bila sendiri buat silap menyalahkan orang lain pulak. Itulah PKR, Parti Kelentong Rakyat. PKR lupa selama ini media juga yang banyak menolong menaikkan nama mereka. apabila media mendapat cerita yang benar, itu hak media untuk mempaparkan di akhbar2 mereka, kenapa PKR mesti melenting...?


' Jambatan Bengkok, ' Tiada Implikasi Undang-undang - Tun Mahathir.



KUALA LUMPUR 26 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembinaan jambatan baru ke Singapura tidak akan melibatkan implikasi undang-undang jika ia menggunakan kaedah ‘jambatan bengkok’ yang pernah dicadangkan sebelum ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia kerana model ‘jambatan bengkok’ itu langsung tidak mendapat bantahan daripada republik itu.

Beliau turut percaya keyakinan rakyat Johor yang marah sehingga menyerahkan enam kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada pembangkang pada pilihan raya 2008 akan dapat dikembalikan dengan pembinaan jambatan baru. - Utusan


# IBM : Isu yang baru diutarakan semula iaitu Isu Jambatan Bengkok..Secara peribadinya saya amat2 bersetuju dengan Sultan Johor yang mencadangkan supaya Isu ini dilihat semula..

Idea untuk menggantikan tambak johor ini kepada jambatan bengkok adalah cetusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir..Projek ini telah pun di laksanakan tetapi dengan adanya PM baru yang menggantikan Tun Mahathir, Jambatan ini terpaksa dihentikan..


Kes Pembunuhan Sosilawati : Sarawanan di Paksa mengaku.?

K Sarawanan
SHAH ALAM: Pekerja ladang yang dihukum penjara tujuh tahun kerana membakar dan melupuskan bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain, memfailkan notis usul dan afidavit sokongan bagi mengemukakan bukti baru bahawa dia dipaksa mengaku salah atas pertuduhan itu. Justeru, dia memfailkan notis usul itu menerusi peguam A S Dhaliwal untuk memohon supaya Mahkamah Tinggi meminda dan memperbetulkan nota keterangan atau rekod rayuan kes yang dihadapinya.
Click Here
K Sarawanan, 19, dalam notis usul yang difailkan kelmarin, juga mendakwa dipukul, disepak pada kemaluan serta diugut seorang pegawai polis sehingga menyebabkannya berbohong bahawa dia melakukan kesalahan itu dengan mengadakan satu cerita, semata-mata mahu melepaskan diri daripada didera polis.
Sarawanan berkata, dia ditahan 12 September hingga 14 Oktober lalu dan pada 11 Oktober, seorang pegawai polis bernama Tuan Govin menyatakan dia terbabit dalam satu kes bunuh bersama peguam, N Pathmanabhan di sebuah ladang di Banting. “Saya juga menegaskan saya diarahkan oleh Tuan Govin untuk bercakap bahawa Pathmanabhan menyuruh saya membunuh si mati. “Saya juga diberitahu bahawa sekiranya saya berbuat demikian, saya akan dibebaskan oleh mahkamah,” katanya. Pada 15 Oktober lalu, Sarawanan dan seorang lagi pekerja ladang, U Suresh, 26, mengaku bersalah membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38. Sarawanan juga mendakwa dia diugut akan ditembak jika enggan menjadi saksi polis. Katanya, ketika ditahan reman, dia dibawa berjumpa seorang detektif bernama Sri Hari yang memberi akujanji kepadanya dan bapanya, N Kandasamy bahawa dia akan dilepas dan dibebaskan jika memilih peguam polis iaitu Roslie Sulle, selain dipaksa menandatangani satu borang yang tidak diketahui kandungannya. “Sri Hari juga berkata saya akan dilepaskan di Mahkamah Telok Datok pada 15 Oktober lalu,” katanya. Sarawanan turut mendakwa Rosli dan peguam M Puravalen memberitahunya dia akan dilepaskan dan disuruh mengangguk ketika dibawa di hadapan majistret dan dia hanya menganggukkan kepala kerana ketakutan. “Pada 15 Oktober, ketika di mahkamah saya nampak bapa saya hadir bersama dengan peguam Dhaliwal yang datang untuk mewakili saya, tetapi memandangkan saya takut dengan ugutan polis dan kerana dijanjikan akan dibebaskan, saya tidak mengendahkan mereka,” katanya. Pada prosiding semalam, peguam bela Pathmanabhan, Amer Hamzah Arshad turut memfailkan notis usul untuk mencelah dan mengambil bahagian serta berhujah dalam pendengaran rayuan dan semakan kehakiman itu. Amer Hamzah berkata, permohonan itu adalah kerana anak guamnya dan tiga lagi tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih belum dibicarakan. Katanya, segala pengakuan, fakta dan keterangan kes Sarawanan jelas bersifat prejudis kepada Pathmanabhan dan tiga tertuduh lain, selain satu tindakan menghina mahkamah serta penyalahgunaan proses mahkamah, berikutan perbicaraan terhadap pemohon masih belum bermula. Notis itu juga menyebut pengakuan bersalah Sarawanan dan Suresh adalah tidak sah dari segi undang-undang dan harus diketepikan. Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof memohon mahkamah supaya diberikan masa bagi menjawab notis usul dan afidavit dikemukakan Sarawanan. Hakim Datuk Mohtarudin Baki kemudian menetapkan 10 Januari depan untuk pendengaran semakan dan rayuan serta permohonan mencelah oleh Amer Hamzah.

# IBM : Kita tunggu perkembangan selanjutnya........
Sumber berita : Berita Harian online.

SUKAN ASIA GUANGZHOU 2010












KEDUDUKAN PINGAT TERKINI SUKAN ASIA GUANGZHOU 2010

Hari ke-13 (sehingga jam 11:30 malam ) :

Ranking : Ke 9

Kutipan pingat : Emas: 9 Perak : 17 Gangsa : 13


Jumlah Kutipan Pingat : 38

Penyumbang Pingat ( Terkini )

EMAS
1. Pasukan Squah (W) berpasukan

PERAK
1. Pasukan Squah (L) berpasukan
2. Pasukan Hoki (L)

GANGSA
1. Terjun Papan Anjal 10m (W)
2. Terjun Papan Anjal 3m (L)

Sumber : Website rasmi sukan Asia 2020 GuangZhou.

Nampaknya Malaysia masih ada peluang untuk menambah pingat dan semoga sasaran untuk dapat 9 emas akan tercapai nanti. Untuk mengikuti perkembangan Sukan Asia, boleh tengok siaran langsung di saluran Astro Arena 801.

Kemaskini:
4.00 pm: Malaysia menambah 3 lagi pingat (menjadikan 32 pingat keseluruhan). 1 pingat gangsa menerusi acara terjun (Cheong Jun Hoong), 1 pingat Perak (Regu Sepak Takraw) dan 1 pingat emas menerusi acara Karate (Puvaneswaran Ramasamy).. tahniah. Sudah 8 pingat emas, tinggal 1 lagi jadi sasaran.


# IBM : Syabas dan tahniah Malaysia.!..sasaran 9 pingat Emas berjaya dicapai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...