Wednesday, December 1, 2010

Ahli PKR Kena Kencing Lagi Oleh Anwar

A
nwar
: " What more you all want.?"
Kata Anwar :" Don't worry. I promise I akan siasat secepat mungkin. Percayalah kat I."



n Pusat serta menambah parti tidak menggenakan kekangan terhadap mana-manaPETALING JAYA 28 Nov - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji parti akan menjalankan siastan terperinci ke atas semua aduan yang berasas berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku semasa Pemilihan Pimpinan Pusat 2010 baru-baru ini.


Bercakap kepada Majlis Pimpinan Pusat serta perwakilan dari seluruh negara yang menghadiri Persidangan Kongres Nasional Tahunan Ke-7, 2010 di Dewan Sivil, Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di sini malam tadi, Anwar tidak menolak kelemahan dalam perlaksanaan sistem'satu anggota satu undi' yang pertama kali dijalankan oleh KEADILAN dan julung kali oleh sebuah parti di negara ini dan memberi jaminan akan memberi perhatian serius terhadap dakwaan yang dibuat oleh anggota parti.

"Adakah terdapat kelemahan? Ya. Perlukah ada penambahbaikan? Ya. Sekiranya ada bukti penipuan dalam mana-mana proses pemilihan adakah tindakan akan diambil? Ya.

"Adakah sebarang cubaan untuk menutup mana-mana kes? Tidak. Adakah kita akan mengambil tindakan? Ya tetapi dengan syarat terdapat bukti penyelewengan," tegas Anwar kepada ahli MPP dan perwakilan.

Beliau menggesa anggota tampil membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemiliha calon untuk berbuat demikian.

Sambil memuji kemampuan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menggalas tanggungjawab menjalankan pemilihan, Anwar juga mempertahankan jumlah anggota yang keluar mengundi seramai 70,000 daripada 400,000 keanggotaan parti.

Kata beliau berbanding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang diperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk melaksanakan pilihan raya di seluruh negara, Setiausaha Agung hanya mendapat bajet kecil bagi pemilihan.

Anwar juga membidas pihak media yang sentiaa mencari ruang untuk menyerang KEADILAN dengan memperbesar-besarkan dakwaan berhubung pemilihan parti.

"Kenapa kami digambarkan sebagai pihak yang bersalah. Ini kerana Utusan Malaysia yang mengatakan kita bersalah tetapi sejak bila Utusan pernah mengatakan kita betul," kata Anwar sinis.

Beliau menegur sesetengah anggota yang menyertai KEADILAN tetapi masih gagal memahami konsep kepelbagaian kaum yang diamalkan oleh parti dan melihat hanya dari perspektif perkauman.

Beliau menyeru anggota supaya bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umu ke-13 dan tidak hilang tumpuan kepada objektif ini.

"Kita kalah Ijok tapi menang Selangor. Kita kalah di Batu Sapi tapi kita mampu tawan Sabah," katanya.


# IBM : Kesian ahli-ahli PKR ni.....hidup-hidup di kelentong Anwar. Apa. mereka ingat Anwar akan siasat..?semua dah selesai, bye, bye kata nuar.....


AddThis Social Bookmark Button

Anwar, Hadi Sama, kaki Temberang

"I scratch your back, you scratch my back."- PR bangang.

Statement Dari Anwar (Harian sinar) :

Anwar sebelum ini dalam wawancara dengan sebuah akhbar mengatakan akan mengangkat Kit Siang sebagai timbalan Perdana Menteri jika pembangkang berjaya menguasi Putrajaya.
Menurut Anwar jawatan Perdana Menteri yang disandang oleh orang cina tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dan tidak bercanggah dengan kepentingan orang Melayu.

# IBM : Memang sudah jelas, bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak sehaluan bila membuat sesuatu keputusan. Nampak dari luar memang cantik, tapi dalaman mereka tak sehaluan. Mereka hanya berlakun.........

Siapa Yang Cakap Benar, Hadi Atau Anwar..?



Kami Tak Bincang Dan Putuskan Perlantikan Lim Kit Siang Jadi Tim. Perdana Menteri.

" Itu hanya pandangan pribadi (Datuk Seri Anwar), bukannya mewakili keputusan Pakatan Rakyat kerana kita tidak pernah menetapkan dalam perlembagaan untuk meletakkan mana-mana individu sebagai Perdana Menteri."



Sentul Ke Arah Bandar Elit



KUALA LUMPUR - Kewujudan depot tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sekitar tahun 1800-an menjulang nama sentul dan pada waktu itu kebanyakan kawasan sekitar dijadikan kuarters KTMB.
Selari dengan kepesatan pembangunan negara, sentul kini berubah wajah dengan tersergamnya puluhan projek perumahan dan bangunan perniagaan moden.
Kawasan berusia lebih 150 tahun dulunya dipenuhi penghuni setinggan, kini pesat membangun tanpa meminggirkan nilai-nilai tradisinya.
Trasnsformasi pembangunan kawasan Sentul hingga menjadikan antara lokasi tumpuan warga kota ternyata diterima baik penduduk setempat.
Kampung-kampung tradisi seperti kampung Chubadak Hilir dan juga perumahan setinggan di Kampung Chubadak Jaya tidak ketinggalan dalam arus pembangunan tersebut.
adalah difahamkan, Kampung chubadak Jaya kini dalam perancangan untuk dibangunkan dan penduduknya tidak menolak perlaksanaan tersebut walaupun terpaksa melalui proses pemindahan.


Apa Kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejehteran Bandar :

Saravanan berkata, 80 peratus daripada setinggan di kawasan itu dipindahkan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu dan Batu Muda serta baru-baru ini, 18 lagi keluarga dipindahkan.
" Masih terdapat 20 peratus setinggan belum dipindahkan seperti kampung Ratnam Pilai, kampung Railway serta Kampung Tanah Lapang.
"Penghargaan perlu diberi kepada YTL terhadap imej baru yang diberikan dalam masa 10 tahun ini," katanya ketika ditemui di Ibu negara, semalam.
Beliau berkata, setiap pembangunan adalah mengikut kehendak rakyat. Katanya, Kerajaan juga merancang untuk membangunkan kampung tradisi dan setinggan di situ.
Saravanan berkata, Kampung Chubadak Hilir adalah satu-satunya Kampung tradisi di sentul dan Kerajaan merancang un tuk membangunkan Kampung itu dengan menjadikan kampung Baru sebagai comntoh. Menurutnya YTL akan memastikan setiap kemudahan disediakan mengikut kepesatan pembangunan yang dilaksanakan dan penyelenggaran infrastruktur dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

# IBM : Tahniah..! Selamat maju jaya kepada Sentul yang akan jadi bandar ELIT. Ini adalah satu lagi usaha Kerajaan BN yg prihati kepada masalah rakyat.




Wan Azizah Jahil Tolak Ketuanan Melayu



Wan Azizah Terus Menerima Kecaman

SHAH ALAM - Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menidakkan ketuanan Melayu adalah satu kenyataan pemimpin yang jahil tentang kedudukan kaum Melayu di dalam perlembagaan negara.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Reezal Merican Naina Merican berkata, kenyataan tersebut merupakan satu propaganda politik yang di perlukan PKR untuk mengukuhkan kembali perpaduan dalam parti.
Menurutnya, PKR tidak memikirkan persoalaan sama ada kenyataan itu mendatangkan kesan jangka panjang kepada Perlembagaan Negara ataupun tidak.
"Nyata oleh kerana terlalu kemaruk politik, Presiden PKR sanggup untuk melancarkan propaganda politik yang menolak sama sekali 'teras' Perlembagaan Negara selama ini.
" Kita tidaklah terlalu terperanjat kerana dengan kedudukan PKR yang menjadi 'punca kelemahan' Pakata Rakyat, parti tersebut memerlukan suatu propaganda yang lebih berkesan dan mampu menarik perhatian masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sebelum ini, Wan Azizah mengeluarkan kenyataan ketuanan Melayu perlu ditolak dalam ucapan dasar presiden di Kongress Nasional PKR yang berakhir semalam.

Anwar Menjawab, katanya :



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR masih kurang efektif
dalam menyampaikan mesej mereka kepada rakyat terutama apabila media kurang memberi liputan meluas terhadap pemimpin PKR.
Menurutnya, pemimpin PR masih menghadapi halangan untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat seperti sekatan permit akhbar suara Keadilan yang dimiliki PKR.
"Kita tidak efektif dalam menjelaskan penderian dan tindakan kita kepada rakyat, kemudahan internet, hanya terletak di kawasan bandar dan pinggir bandar, bukannya di kawasan luar bandar.
"Itulah sebabnya ungkapan 'ketuanan Melayu' telah diputarbelitkan oleh satu kumpulan yang kaya raya dan orang Melayu yang berkuasa, mereka kaya kerana dasar-dasar pro-Melayu," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Kerajaan Negeri PR, kelmarin.
Sebelum ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, melahirkan pendirian bahawa konsep 'Ketuanan Melayu' perlu di tolak di kongress Nasional parti itu Sabtu lalu.

# IBM : Bercerita pasal kaya raya, siapa sebenarnya yang kaya raya.?..anwar tak kaya raya ke..?...jangan cuba membelikan kenyataan wahai Anwar ooi....nasihatkan Wan Azizah tu, kamu berdua harus 'bertaubat'.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...