Thursday, December 2, 2010

Berita Gembira : Lebih 44,000 Unit PPR Akan Dijual

"Kita serius nak tolong rakyat." - Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR - Sebanyak 44,146 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR MTEN) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan di jual.
Menteri Wilayah Perseketuan dan Kesejahteran Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, semua penyewa sedia ada di PPR MTEN dan PA DBKL, layak ditawarkan membeli unit berkenaan.
"Kerajaan dengan kerjasama beberapa Bank bersetuju menyediakan tiga keadah pinjaman kepada pembeli layak, yakni skim pinjaman biasa, skim pinjaman bersama dan skim pinjaman dua generasi bagi memudahkan bakal pembeli membiayai pembelian rumah tersebut," katanya dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang bertanya mengenai jumlah rumah pangsa PPR di Kuala Lumpur yang sedang disewa dan akan dijual serta kriteria pemilihan rumah berkenaan.
Raja Nong Chik berkata, bagi pembeli layak tetapi tiada pendapatan tetap, Skim Jaminan Kredit Perumahan turut disediakan.
Selain unit rumah untuk dijual pada masa kini sebanyak 28,865 unit rumah PPR MTEN dan 22,144 unit PA DBKL yang sedang disewakan - Bernama

# IBM : Alhamdulilah. Ini menunjukkan Kerajaan BN begitu prihatin terhadap rakyat yang bermasalah untuk membeli rumah. kini telah terjawab. Inilah komitment kerajaan kepada rakyat. Terima kasih. Terima kasih Kerajaan BN....!

BERITA DARI KAMAR MAHKAMAH

Bapa Simbah Asid DiPenjara Lima Tahun

KUALA TERENGGANU -
Mahkamah seksyen di sini menjatuhkan hukuman lima tahun penjara dan dua sebatan terhadap seorang buruh selepas dia mengaku bersalah menyimbah dua anaknya dengan asid sehingga menyebabkan kecederaan parah pada 15 Ogos lalu.
Mat Haizan Mat Yasin,32, yang berhadapan dengan dua pertuduhan, mengaku bersalah menyebabkan cedera parah ke atas anak perempuannya, Nurul Dhyatul Fazlina, 8. dan anak lelakinya, Mohd Irfan Firdaus, 2, dengan menyimbah asid kira-kira jam 1.45 pagi, pada 15 Ogos lalu di Kampung Sekayu, Kuala Terenggganu.

Penulis Didakwa Tipu Peniaga

KUALA LUMPUR-
Seorang penulis bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan wang RM144,000 tahun lalu.
Mohamed Fareq Abdul Rahman, 35, dari Taman Setapak, disini, di dakwa menipu Ong Eng Huat, 45, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa dua surat tawaran pelantikan sebagai wakil Petronas adalah benar, sehingga mendorong Ong Eng Huat menyerahkan wang RM144,000.

Bapa Mohon Anaknya DiBebaskan

KUALA LUMPUR -
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 20 Disember ini untuk mendengar permohonan seorang bapa untuk membatalkan perintah penangkapan anak lelakinya mengikut Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan mencegah Jenayah 1969).
Hakim, Datuk Mohd Zawawi Salleh menetapkan tarikh itu dalam kamar, semalam, dengan dihadiri Peguam kanan Perseketuan, Najib Zakaria yang mewakali Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia serta peguam, Daniel Albert yang mewakali m Panir Selvam, 54.

Anwar Tak Sabar Nak Jadi PM, Cabar Najib Umumkan Tarikh Pilihan Raya.!

"Minum, minum jugak, habak lah bila PRU-13 ni..?"- Anwar
"Rakan-rakan, Anwar dah tak sabar nak jadi PM ni, macam mana.?..nak bagi ke.?tapi kes liwat dia macam mana.?"- Najib
"Najib, believe me, PR on the way to Putrajaya,"- Anwar.
"Anwar, over my dead body,"- Najib.
Anwar Cabar Najib : Tunjuk Demokratik, Umum Tarikh Pilihan Raya Lebih Awal.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum akan diadakan pada bulan Mac 2011 iaitu lebih kurang empat bulan dari sekarang.
Ini berikutan tindakan Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak mengumamkan penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan.
Oleh itu, Anwar mencabar Perdana Menteri untuk mengumumkan tarikh pilihan raya umum lebih awal.
"Saya mencabar Najib tunjukkan demokratik dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan senarai pemilih dan biar rakyat menentukan.
"Dengan pemilihan UMNO ditangguhkan, saya yakin Najib akan memanggil pilihan raya lebih awal," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.
Kelmarin, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Najib mengumumkan mesyuarat UMNO di semua peringkat ditangguhkan sehingga 18 bulan.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO menangguhkan pemilihan parti bukan kerana untuk memberi fokus kepada pilihan raya umum.
Sebaliknya, katanya, ia semata-mata untuk mengukuhkan perpaduan UMNO.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, penangguhan mesyuarat itu bukan perkara baru tetapi sudah tiga kali.
dalam pada itu, PKR menyifatkan penangguhan pemilihan itu memberi gambaran lemahnya UMNO tidak bersedia dan tidak yakin dengan ahlinya kerana lebih di dorong oleh kelemahan UMNO sendiri.
Setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution berkata, UMNO sebagai parti yang kuat, kukuh dan bersatu padu, tidak perlu bimbang bahawa proses pemilihan UMNO itu akan menyebabkan ketegangan.(Sinar Harian).

# IBM : Tak usah di layan kerenah bodoh si Nuar tu. Itu hak PM untuk mengumumkan bila PRU-13 akan diadakah. kenapa Anwar sibuk-sibuk. Mungkin dia takut PR akan kecundang nanti. Begitu juga dgn PKR, sedang hangat, bergelora pergolakan dalaman mereka. Anwar takut dgn bayang-bayangnya sendiri. Ada hati nak jadi PM konon. Mari kita sama-sama mendoakan kesejahteran dan kemenengan kepada BN. Allah masih sayangkan BN. Hidup Najib, Hidup BN..!!

Wednesday, December 1, 2010

KLINIK 1 MALAYSIA - RAHMAT UNTUK RAKYAT



Gagasan 1 Malaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan terus menjadi agenda kerajaan pimpinan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak. Terbaru YAB Perdana Menteri telah melancarkan Klinik 1Malaysia untuk memulakan operasinya. Serentak dengan itu juga sebanyak 44 buah Klinik 1 Malaysia mula beroperasi di seluruh negara dengan dikenakan kadar bayaran RM1 bagi warganegara dan RM15 untuk warga asing. Klinik 1 Malaysia akan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari bekerja termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.


# IBM : Klinik 1 Malaysia, memang satu rahmat untuk rakyat Malaysia. Terima kasih kepada Perdana Menteri kita, Ds Najib yang telah mengilhamkan klinik 1 Malaysia. Rakyat sihat, Negara maju dan terus membangun.

RM200 Juta Dikumpul Dalam Tempoh Tiga Tahun.?


Kata Cikgu Bad :
SEORANG Pegawai Jabatan Perdana Menteri didakwa memiliki harta kekayaan bernilai RM200 juta dalam tempuh tiga tahun 'menguasai' Jabatan Perdana Menteri, dengan ahli majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Shaharin.(MEDIA KEADILAN).
Beliau memperolehi maklumat dari 'orang dalam' di Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengenai penyelewengan yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan yang dinamakan blognya sebagai Datuk Zakiah Ibrahim.
"Kita mempunyai beberapa dokumen sampingan dan masih menunggu pihak berkenaan untuk memberi respon atau menafikan dakwan. Namun secara tiba-tiba e-mail saya dihujani dengan beberapa pendedahan baru yang berkaitan dengan isu ini.
"Kita sedang menantikan saat sesuai untuk membuat pendedahan lebih serius. Kita tidak perlu terkejar-kejar kerana masih menunggu dokumen yang lengkap. Kami akan dedahkan dalam masa terdekat," katanya kepada Media Keadilan.
Mengikut Badrul Hisham, pemberi maklumat itu menyatakan individu berkenaan mengumpul RM200 juta dalam tempoh tidak sampai tiga tahun 'menguasai' pejabat Perdana Menteri.
Pegawai itu dikatakan berperanan memuktamadkan mereka yang mendapat projek melalui rundingan terus atau 'restricted tender' di kementerian Kewangan, sekali gus 'kuasa' beliau melebihi Datuk Seri Husni Hanadzlah selaku Menteri kewangan kedua.
Mengikut maklumat, keistimewaannya ialah boleh terus menghubungi Menteri untuk 'rundingan' terus' supaya projek itu boleh dikongsi antaranya dan Menteri atau Pegawai kanan Kementerian.

# IBM : Sama ada betul ke tidak infomasi yg Cikgu Bad ni dapat, seolah-olah ini adalah cerita rekaan dari PKR, fitnah yang mana itulah senjata PR untuk menjatuhkan Kerajaan BN. Hairan juga saya, bila pulak Cikgu Bad ni dah jadi Magnum PI..?..tak sabar nak tunggu perkembangan selanjutnya...adakah kebenaran akan berpihak kepada Cikgu Bad..?...tungguuuuu......!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...