Wednesday, December 29, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

29 DISEMBER

Salam, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Apa agaknya sejarah yang berlaku pada hari ini?...mari kita intai-intai dan baca.......

KEGAGALAN RUNDINGAN BALING
Tarikh Peristiwa Pada 29.12.1955

Pada hari ini dalam tahun 1955, Rundingan Baling telah berakhir dengan tanpa mencapai kejayaan. Rundingan yang berlangsung di antara pihak kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM) ini bertujuan untuk menamatkan darurat Pertemuan bersejarah ini telah berlangsung di dalam empat sesi selama dua hari, bertempat di sekolah Kerajaan Baling, Kedah. Pihak kerajaan diwakili oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Singapura, Encik David Marshall serta Dato' Sir Tan Cheng Lock. Manakala PKM diwakili oleh Chin Peng selaku Setiausaha Agung PKM, bersama dengan Chen Tian dan Abdul Rashid Maidin. Dalam rundingan itu Tunku Abdul Rahman telah menerangkan syarat-syarat berkaitan pengampunan beramai-ramai dan pergolakan politik negara. Beliau meyakinkan PKM bahawa Persekutuan Tanah Melayu sedang menuju ke arah mencapai kemerdekaan dan menyeru PKM agar menghentikan keganasan. Sesungguhnya, Rundingan yang diadakan ini merupakan kemuncak usaha kerajaan dalam mengatasi pemberontakan bersenjata komunis. Kegagalan rundingan ini ialah kerana permohonan PKM agar mereka diberikan pengiktirafan serta dibenarkan mengamalkan ideologi Komunis ditolak dan tidak diterima sama sekali oleh kerajaan.


Dan, kepada guru-guru pula ada sejarah yang harus anda semua peringati..............


KONGRES GURU-GURU SE MALAYSIA
Tarikh Peristiwa Pada 29.12.1966

Para pendidik di negara ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan generasi akan datang. Peranan para pendidik untuk melahirkan generasi sudah terbukti sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi. Pada hari ini, 29.12.1966, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah merasmikan Kongres Guru-Guru Se Malaysia bertempat di Kuala Lumpur. Tujuan utama diadakan Kongres ini untuk membincangkan peranan pendidik dalam melaksanakan dasar-dasar pendidikan dan mengambil inisiatif membentuk masyarakat yang bersatu. Berucap semasa perasmian Tun berkata, harapan Kerajaan memperkukuhkan hubungan saling mengerti dan berbaik-baik antara rakyat berbilang bangsa untuk membantu bangsa yang bersatu dan di sini peranan sekolah dan para pendidik cukup penting sekali. Katanya lagi di bawah satu dasar pelajaran kebangsaan kanak-kanak dari semua kaum belajar mata pelajaran sama di bawah satu bumbung. Dengan itu dapatlah ditanam rasa setia kepada negara dan menjadi warganegara yang baik. Diharap dengan adanya Kongres ini akan dapat mencari cara-cara yang terbaik bagi para pendidik melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka.


SELAMAT MEMBACA !!

Sumber : Arkib Negara


20 Tahun Pas Perintah Kelate.......

20 tahun ?..lama dah...rakyat Kelantan dah tak sabar nak singkirkan Pas dari Kelantan.
Antara rintihan-rintihan yang kedengaran sekarang ni (dalam loghat Kelate). Nanti dulu. Nak kata pantun, bukan pantun, madah, gurindam ? bukan jugak. Apapun moh kita baca......

20 Tahun Pas perintah Kelate
"Doh la tak dok pembangune. Hanya bermaharajalala penindase. Buktinya orgne asli digua muse"

"Masalah air terus berpanjange. Tu tok kira lagi agende pembangune. Ralik dok kecek fitnah ornge"

"Lo ni rakyat koho benge. Siang male dok kecek nok ko Isle DAP jerkah nusut dale lube"

"Dulu tegar nok ko negara Isle. Saing nga DAP Isle dok belake. Jadi pak angguk Lim Kit Sing"

"Anwar Ibrahim jadi panglima pere. Orghe nombor satu dale pembangke. Tapi siye Pas jadi kuda tunggange"

"Baru ni Piala Malaysia Kelate mane. Dok jaja berkat 20 tahun Pas di Kelate. Kalau berkat bakpo tunggu lama nak mene"

"Nik Aziz jadi idame Puak totok ni pehe-pehe .Negara Isle Pas lo ni tinggal kenange"

"UMNO saing nge MCA Pas kato haram. Tapi lo ni Pas nge Dap satu barise. Bulih pulak saing nge Lim Kit Siang. Nilah orghe panggil lidah cabe"

ULASAN IBM : Huhuhu...lucu, memang lucu. Apa jua rintihan yg dipaparkan di atas itu, adalah satu kenyataan bahawa Pas memang HAMpehh....apa lagi wahai rakyat Kelate, nyahkan Pas dari muka bumi Kelate...bila?..di PRU - 13 akan datang ni....Arios!!!!

Tuesday, December 28, 2010

MESTI BACA : Sejarah 1977 : Sebab Sebenar PAS disingkir dari BN.......


"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setingginya pengharagaan kepada tuan-tuan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya......

Untuk mengetahui cerita selanjutnya klik di sini

ULASAN IBM : Setelah habis baca, gunakanlah fikiran anda yang waras dan fikir-fikirkanlah akan kebenaranya. PAS memang menyangkal cerita ini. PAS masih cuba meneggak benang yang basah, dan masih berdendam dengan UMNO..iaitu dendam 'Kesumat'..dendam tak sudah. Demi untuk perpaduan orang-orang Melayu, dah tiba masanya kita kena bersatu....

Menjelang PRK Tenang : Pemuda Pakatan Reput (PR) Mengharapkan Pertolongan Allah ?


Apa kah selama ini mereka tidak mohon pertolongan dari Allah ? ?
Kenapa sekarang baru ingat Allah?.......



Pemuda Pakatan Reput (PR)

KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang pada 1 Januari 2011 akan datang sebagai memulakan gerak kerja pilihan raya secara rasmi.

Majlis pelancaran tersebut akan disempurnakan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pada jam 5 petang di Perkarangan Markjaz Operasi Pemuda PAS jalan Segamat, pekan Tenang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan memberitahu, pemuda Pakatan telah diletakkan dalam keadaan siap siaga dan sedia berjuang bagi merampas kerusi Dun Tenang biarpun menyedari laluan sukar terpaksa dihadapi.

"Insyaallah, Pemuda Pakatan Rakyat akan menurunkan sekurang-kurangnya 1500 orang jentera utama di majlis pelancaran jentera pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kita akan memaksimumkan gerak kerja penerangan dan aktiviti kepemudaan bagi memenangi hati pengundi agar memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Dun Tenang kelak," katanya.

Beliau turut optimis peluang untuk menang sentiasa terbuka untuk Pakatan Rakyat dengan syarat segaka usaha diperkemaskan.

"Kita mengharapkan pertolongan dari Allah SWT agar kejayaan menjadi milik kita di Dun Tenang nanti kerana Johor sangat memerlukan suara dari Pakatan Rakyat untuk check and balance terutama pada setiap kali sidang Dun," katanya lagi.

Sebelum pelancaran, satu sesi ceramah motivasi gerakkerja akan disampaikan oleh beliau, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua DAPSY, Anthony Loke.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jumaat lalu menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor pada 22 Januari depan dan pengundian diadakan pada 30

ULASAN IBM : Memang pemuda PR ini dah reput semuanya. Kerana apa.?...Ketua -ketua depa semuanya dah hampir reput. Dan politik mereka pun dah reput. Inilah yang dikatakan politik ikut-ikutan, pemudanya pun jadi pak turut......Itulah Pemuda Pakatan Reput..berjuang tanpa hala tuju, ikut telunjuk ketua yang hampir reput...

Hari Ini Dalam Sejarah

Salam, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca-pembaca blog yang dihormati dan dikasehi sekelian.
Hari ini TV merupakan satu keperluan yang amat penting didalam kehidupan harian kita sekeluarga. Tahukah anda semua akan sejarah bermulanya perkhidmatan TV dan bilakah ianya bermula di negara ini ?..jom, mari kita imbas kembali dan kita ingat-ingatkan.......

Coretan Oleh : IBM


28 DISEMBER

PELANCARAN PERKHIDMATAN TV MALAYSIA
Tarikh Peristiwa Pada 28.12.1963

Pada hari ini dalam tahun 1963, Perkhidmatan Televisyen Malaysia (TV telah dilancarkan. Upacara pelancaran dilakukan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dari studio sementara TV Malaysia di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Kerajaan Malaysia telah mendapat bantuan dari Suruhanjaya Penyiaran Kanada untuk memperkenalkan perkhidmatan ini. Bantuan tersebut berupa teknikal di bidang kejuruteraan latihan, rancangan dan pentadbiran. Di peringkat awal pelancarannya, masa siaran ialah kira-kira 5 setengah jam sehari atau 44 jam seminggu dengan tambahan masa siaran pada hujung minggu. 50 peratus dari rancangan yang disiarkan dibuat secara terus-menerus dari studio manakala sebahagian lagi adalah filem-filem sumbangan Filem Negara dan lain-lain sumber luar. Sebagai permulaan, penerimaan adalah terhad kepada penonton-penonton ibu negara dan kawasan-kawasan berhampiran. Bagaimanapun dalam tahun 1964, beberapa buah stesen pemancar telah dibina bagi membolehkan lebih ramai penonton menerima perkhidmatan ini. Tiga buah stesen pemancar yang mula-mula dibina terletak di Gunung Kledang Perak, Gunung Tampin Negeri Sembilan dan Gunung Jerai di Kedah. Beberapa stesen pemancar lagi dibina kemudian, antaranya ialah di Gunung Pulai, Johor dan Bukit Maxwell, Perak. Dalam pada itu rancangan juga dibuat untuk studio kekal di sebuah kawasan di Lembah Pantai yang dikenali kini sebagai Kompleks Angkasapuri. Dalam tempoh beberapa tahun sejak pelancarannya, TV Malaysia terus mencatat kemajuan yang pesat. Perubahan dari hitam putih kepada TV warna dalam tahun 1978 merupakan satu lagi kejayaan besar media ini di samping kemajuan kemajuan di segi tambahan masa siaran, penerbitan rancangan tempatan dan sebagainya.

Dan bila pula TV warna di lancarkan ?....jom baca......

PELANCARAN TV WARNA
Tarikh Peristiwa Pada 28.12.1978

Perkembangan di bidang penyiaran pesat berkembang di negara ini, salah satu daripada alat perantara penyiaran di negara ini ialah Televisyen. Di bawah Kementerian Penerangan usaha-usaha telah dijalankan bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat di negara ini. Salah satu perkembangan yang pesat pada bidang ini ialah pelancaran TV Warna. Majlis Pelancaran TV Warna ini dilancarkan sempena genap 15 tahun usia siaran TV di Malaysia pada 28.12.1978. Rancangan pertama yang disiarkan dalam bentuk warna ialah program Puspawarna yang disiarkan secara langsung. Berucap semasa merasmikan Pelancaran TV Warna di Auditorium Besar Angkasapuri, Perdana Menteri Datuk Hussein Onn berharap pihak TV dapat memainkan peranan yang penting bagi menyampaikan maklumat yang tepat, terperinci serta jelas dan bertanggungjawab terutamanya untuk mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk pelbagai kaum di negara ini. Dalam masyarakat moden hari ini penyiaran terutama TV cukup penting sekali sebagai penyampai maklumat, apatah lagi yang berbentuk siaran langsung kepada rakyat. Hari ini dengan adanya stesen TV swasta limpahan maklumat semakin berkembang kepada rakyat dan ini boleh menjayakan usaha-usaha Kerajaan membentuk masyarakat yang bermaklumat.

ULASAN IBM : Selamat Membaca..!!

SUMBER : Arkib Negara


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...