Sunday, January 2, 2011

Khalid Gagap Tak Puas Hati !!

Kononnya Perlantikan Khusrin Tidak Ikut Proses Pemilihan


"Mana boleh jadi ni, depa ingat aku ni siapa? walaupun aku gagap tapi aku ada maruah tau." - Khalid


"Biarkanlah depa bising. Apa pun perlantikan tu sah di sisi undang-undang. " - Mohd Sidek

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan melantik Setiausaha kerajaan Negeri Selangor, Datuk Khusrin Munawi yang disifatkan membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih setiausaha kerajaan negeri.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, KSN telah mengabaikan proses pemilihan mengikut nota amalan perkhidmatan awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat dalam pelantikan tersebut.

“Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan menteri besar sebelum diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk diperkenan.


Terkini !! : Datuk Mohd Khusrin Munawi akan angkat sumpah sebagai SUK Selangor baru jam11 pagi 6 Jan di Istana Kayangan. Haha..hahah..tergagap lagi le nampaknya si Khalid tu.....

(02 Januari 2011)...baru je, masih panas lagi..!


ULASAN IBM : Kalau Duli Tuanku Sultan Selangor telah merestuinya, apa lagi yang Khalid gaggap ni nak ?..oh Ya !..mungkin ini bukan orang dia...susah nak beri kerjasama konon.....hehehehe..nasib le ko Khalid gaggap oii....

Saturday, January 1, 2011

Ucapan Khas Datuk Seri Najib Sempena Menyambut Tahun Baru 2011



PESANAN DARI PERDANA MENTERI

Corak masa depan lebih baik'


NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri


KUALA LUMPUR 31 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru seluruh masyarakat Malaysia untuk menunaikan tanggungjawab bagi mencorakkan masa depan yang lebih baik demi generasi akan datang, serta meletakkan negara di kedudukan yang sepatutnya.
Najib dalam perutusan Tahun Baru 2011 berkata, tanpa sokongan dan kerjasama rakyat, segala yang dirancang dan mahu dilaksanakan oleh kerajaan tidak akan menemui kejayaan.
"Janganlah kita hanya berpuas hati dan hanya berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian. Marilah kita corakkan masa depan generasi hari muka kepada yang lebih baik daripada hari ini.
"Kuasa membentuk adalah di tangan rakyat. Tunaikanlah tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya," katanya.
Najib juga mengingatkan generasi kini supaya tidak memperdagang atau mempertaruhkan nasib generasi akan datang dengan membuat keputusan yang salah.
"Ini bukanlah masa untuk bereksperimen tetapi waktu untuk memperbaharui kepercayaan dan mengukuhkan keyakinan kepada apa yang telah terbukti berkesan," katanya.
Kata Najib, dalam menguruskan negara, terutamanya ehwal ekonomi, kerajaan sentiasa mengamalkan sikap penuh kebertanggungjawaban.
"Sebagai kerajaan yang begitu prihatin dalam meresapi nadi dan naluri rakyat, kita tidak akan sekali-kali membelakangkan kepentingan orang ramai dengan menjanjikan sesuatu atau mengambil sebarang keputusan yang pada mata kasarnya popular namun hakikatnya bersifat amat menjejaskan kemudian hari terhadap kepentingan semua," katanya.
Perdana Menteri berkata, sememangnya mana-mana kerajaan yang menggubal atau menjanjikan dasar-dasar sekadar bersifat popular tetapi tidak bertanggungjawab mungkin akan mendapat pengiktirafan atau sanjungan jangka pendek tetapi untuk tempoh masa panjang, rakyat yang sebenarnya akan menderita.
"Mengambil iktibar daripada kekhilafan-kekhilafan sekeliling, sepanjang 2010, kita telah merancang asas-asas yang kukuh bagi menentukan keseluruhan potensi dan sumber negara mampu dirangsang serta diaturgerakkan ke arah tercapainya wawasan kebangsaan," katanya.
Antara yang diperkenalkan termasuk pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) bersama enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan 12 NKEAnya, sebagai teras kepada Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia ke-10 dan Bajet 2011 - yang merupakan peta laluan komprehensif untuk mengangkat taraf dan mutu hidup lebih tinggi kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Sejak sekian lama, kerajaan yang diberi mandat telah mentadbir dan berusaha dengan ikhlas untuk memberikan yang terbaik kepada keperluan rakyat serta kemajuan negara.
"Sayangnya terdapat pihak-pihak yang menangguk di air keruh dengan sewenang-sewenangnya menuduh bahawa kerajaan hanya berminat terhadap projek-projek tertentu terutamanya yang berbentuk mega. Sesungguhnya lemparan kata-kata itu tidak benar sama sekali," tegasnya.
Sinis menepis kritikan beberapa pihak, khususnya pembangkang, mengenai pembinaan beberapa projek seperti pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Menara Berkembar Petronas dan Jabatan Pulau Pinang, Najib berkata, pihak yang sama kini tersipu-sipu malu dan terkesima untuk mengakui kesilapan mereka kerana terbukti projek-projek yang dilaksanakan kerajaan itu telah memberi manfaat kepada rakyat terbanyak.
"Persoalannya jika pendapat mereka terbukti salah dalam perkara yang sebegitu besar, bagaimanakah mungkin rakyat boleh mempercayai lagi sebarang janji mereka?
"Apatah lagi baru-baru ini janji 100 hari mereka yang hanya akan menambahkan lagi perbelanjaan tanpa mengambil kira realiti pendapatan serta punca kewangan negara," soal Perdana Menteri.
Berharap rakyat Malaysia mampu melihat dan menilai "yang mana kaca, yang mana permata", Najib menegaskan bahawa kerajaan sejak dahulu telah memberi perhatian kepada matlamat untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan.
Ini kerana katanya lonjakan kekayaan negara akan membolehkan peningkatan untuk perbelanjaan dan terlaksananya keadilan sosial.
"Ia berkadar terus, ertinya, semakin meningkat pendapatan kerajaan, maka semakin meningkat perbelanjaan untuk kesejahteraan rakyat," katanya yang menyeru seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama untuk menyahut seruan untuk menuju ke puncak kejayaan. - BERNAMA



ULASAN IBM : Mantap, memang mantap ucapan Perdana Menteri kita. Insyallah, negara Malaysia akan lebih maju di tahun 2011 di bawah payung Barisan Nasional (BN).

PAS Liberal vs PAS "Totok" : DAP & PKR Kaut Untung




KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Dewan Ulama Pas, Datuk Ghazali Hj Ahmad percaya pemberontakan secara halus beberapa pimpinan Pas terhadap usaha meliberilisasikan parti itu akan kelihatan dalam tempoh terdekat dalam usaha memastikan parti itu yang kini kian tersepit bernafas kembali.

Justeru beliau melihat penolakan Dewan Ulama Pas Kedah terhadap buku bertajuk “Menuju Pas Baru” tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Dr Mujahid Yusuf Rawa, adalah satu titik permulaan kepada parti pembangkang berkenaan untuk membersihkan diri mereka... [Read more]


Ulasan IBM : Baca jangan tak baca.

RPK Blogger Ala Hindustan !!


Bila Pembohong jadi Pendusta...itulah RPK

Baru-baru ini Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima satu lagi tamparan hebat apabila 'senjata sulitnya' yang selama ini digunakan untuk memfitnah kerajaan mula 'makan tuan'.

Ini kerana Raja Petra Kamaruddin yang selama ini menjadi 'senjata sulit' beliau, mula melepaskan 'peluru' ke arah Anwar sendiri apabila mendakwa, ketua pembangkang itu juga merupakan pengacau dan 'kuda trojan' dalam UMNO suatu ketika dahulu...


Dan kini lain pulak ceritanya : Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), yang diketuai blogger popular Raja Petra Kamarudin(RPK) akan turun berkempen untuk Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya kecil kerusi DUN Tenang akhir bulan ini.

RPK dalam kenyataannya di laman blognya, Malaysia-Today.net berkata Majlis Perwakilan PAS UK & Eire, Friends of Pakatan Rakyat dan MCLM akan berganding untuk mengutip dana bagi (membiayai kempen) pilihan raya kecil Tenang. Memang RPK seorang pelakun yang hebat bergurukan si Anwar. Memang ngam . Untuk perkembangan selanjutnya..[...]

Klik Di sini..

ULASAN IBM : Kita kena berhati-hati dengan RPK ni, dia adalah seorang blogger yg amat merbahaya kepada senario politik dan keselamatan tanah Air. Kerajaan kena ambil perhatian 'serious' terhadap RPK..tapi itu tidak mendatangkan kudis kepada kita. Biarlah dia nak kempen apa pun. Orang semua dah tahu siapa dia RPK.?



Hari Ini Dalam Sejarah

1 JANUARI

Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Di hari pertama pada tahun baru 2011 ini, agak-agaknya apa yang menarik untuk kita imbau kembali akan sejarah yg berlaku pada hari ini....jom kita lihat......

PERASMIAN KERETAPI BUKIT BENDERA
PERASMIAN KERETAPI BUKIT BENDERA
Tarikh peristiwa: 01-01-1924

Pada hari ini dalam tahun 1924, Perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera, Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Lawrence Nums Guillemard. Perkhidmatan keretapi Bukit Bendera telah dimulakan perkhidmatannya pada 21 Oktober 1923 dan merupakan bukit yang pertama mempunyai stesen keretapi dengan ketinggian 830 meter dari aras laut. Keretapi Bukit Bendera telah diwartakan pada tahun 1950 di bawah Penang Hill Railway Ordinance No. 42/1950. Sejak memulakan perkhidmatannya, keretapi Bukit Bendera merupakan satu badan yang tersendiri di bawah Kerajaan Negeri dan pentadbiran penyeliaan operasinya diletakkan di bawah Jabatan Lektrik, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan telah diambil alih oleh Lembaga Lektrik Negara pada 1 Januari 1976. Mulai daripada 1 Februari 1977, kerja-kerja pengurusan operasi Keretapi Bukit Bendera telah diambil alih oleh Jabatan Kerja Raya dan kemudiaanya di tadbir oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 1 Januari 1982, manakala urusan penyelenggaraan masih dibawah Jabatan Kerja Raya. Sesungguhnya, Perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera merupakan salah satu daya tarikan utama pelancong ke Pulau Pinang.

Selamat Membaca !!
Sumber : Arkib Negara



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...