Monday, January 3, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Salam, Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hari ini adalah hari sangat sibuk bagi kita yang mempunyai anak untuk ke Sekolah. Terutamanya anak-anak yang menduduki tahun 1. Memang sudah jadi tradisi bila musim 'Back to School'....memang memeningkan. Tapi itu tanggunjawab kita sebagai ibubapa.......mari kita sejenak melihat apa yang berlaku pada hari ini :


03 JANUARI


PEMBUKAAN RASMI SEKOLAH LATIHAN PENERBANGAN HELIKOPTER, TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA
PEMBUKAAN RASMI SEKOLAH LATIHAN PENERBANGAN HELIKOPTER, TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA
Tarikh Peristiwa : 03.01.1975

Pada hari ini dalam tahun 1975, sebuah sekolah latihan penerbangan helikopter, Tentera Udara Di Raja Malaysia telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, bertempat di Pengkalan Tentera Udara di Raja Malaysia, Sg. Besi, Kuala Lumpur. Dengan perasmian sekolah ini Tentera Udara Di Raja Malaysia telah maju selangkah lagi di dalam bidang latihan penerbangan khasnya. Di dalam ucapan perasmiannya, Tun Abdul Razak telah menyatakan bahawa dengan terdirinya sekolah ini, perbelanjaan untuk latihan penerbangan telah dapat dijimatkan dan disamping itu pengalaman di dalam bidang memberi latihan kepada bakal-bakal pemandu diperolehi. Negara kita juga tidak lagi bergantung sepenuhnya bagi kemudahan latihan dari negara luar. Tun Abdul Razak juga berharap anggota-anggota tentera sentiasa menumpukan perhatian dan menjalankan tugas mereka dengan penuh semangat dedikasi. Sekolah latihan penerbangan Helikopter ini akan dapat melatih seramai 24 orang pemandu helikopter setiap tahun. Selain dari menjalankan latihan penerbangan asas, sekolah ini juga akan menjalankan kursus-kursus penerbangan lanjutan. Dan bagi membolehkan sekolah ini menjalankan kursus-kursus penerbangan ini, kerajaan telahpun membeli enam buah helikopter latihan jenis Bell 37 yang berharga $1.2 juta dan empat buah helikopter jenis Alouette yang bernilai sebanyak $8.3 juta. Tentera Udara Diraja Malaysia mula dilengkapkan dengan helikopter dalam tahun 1965 dan semua Juruterbangnya mendapat latihan di United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Selari dengan perkembangan dan pembesaran angkatan tentera, keperluan dan tugas-tugas Tentera Udara Di Raja Malaysia juga telah bertambah. Tugas Tentera Udara Di Raja Malaysia tidak lagi hanya setakat memberi sokongan dan bantuan kepada unit-unit tentera darat dan laut tetapi sudah meluas meliputi banyak bidang di dalam menjamin keamanan, ketenteraman dan kebahagian rakyat. Penubuhan sekolah latihan penerbangan helikopter yang dibuka dengan rasminya pada hari ini merupakan satu daripada langkah-langkah untuk menampung kehendak-kehendak tersebut.


Kata IBM : Selamat Membaca !!

Sumber : Arkib Negara.

Saya Bukan Gila Jawatan : Gobala

Bukan Isu Jawatan Tetapi Isu Kuil Di Tutup Anwar

"Bukan isu jawatan. Jawatan Naib Presiden bukan ada gaji pun." - Gobalakrishnan

"Kalau Gobalakrishnan tak suka dengan PKR, saya syorkan supaya dia masuk BN." - Anwar


Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan menegaskan bahawa kritikan dan pandangan yang beliau luahkan sejak kebelakangan ini terhadap pemimpin PKR, bukan kerana mahukan jawatan penting dalam parti.

Menurut Gobala, tindakannya mengecam Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kerana isu penutupan kuil Sivan di Bukit Gasing, Petaling Jaya oleh kerajaan Negeri Selangor sahaja.

Bekas calon baib presiden itu berkata, penutupan tersebut menunjukkan Kerajaan Negeri tidak faham sensitiviti masyarakat beragama Hindu di kawasan tersebut.

Katanya, isu jawatan bukanlah hal yang sebenarnya. Bukan ada gaji pun katanya lagi. Dan dia tidak pernah minta apa-apa daripada parti. Seterusnya, satu forum akan diadakan untuk mendesak pihak berwajib membuka semula Kuil Sivan di Bukit Gasing kepada penderma untuk mengekalkan fungsinya sebagai tempat ibadah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago, menganggap kenyatan Gobalakrishnan hanya untuk memburukkan nama Anwar dalam kalangan masyarakat India dan bermotifkan politik. Sebelum ini, Gobala menuduh Anwar sebagai anti Hindu dan mendakwa Ketua Pembangkang itu kononnya menutup sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya pada tahun 2008.

Kata IBM : Dulu pemimpin-pemimpin kaum India mengatakan Anwar adalah pemimpin semua kaum. tidak memandang dan memilih bulu. Sekarang apa sudah jadi. Baru sekarang nampak 'Colour' Anwar dan baru tahu siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya.?..Hehehehe..belum terlambat wahai kaum India. Berbaliklah kepangkal jalan, jom ..MIC sentiasa menunggu.........!

Sunday, January 2, 2011

2011 Tahun Rakyat Di Perkasakan : UMNO

UMNO Lambang Kemegahan Orang Melayu, Berjuang Untuk Agama, Bangsa Dan Negara

"Kita sasarkan minimum kita akan adakan satu program Juara Rakyat di semua bahagian bermula tahun ini." - Mazlan


Slogan "Umno Dahulukan Rakyat" akan diperkasakan pada 2011 bagi memberi mesej jelas bahawa Umno sentiasa mahu melakukan yang terbaik dalam hal pembangunan rakyat dan negara, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Pelaksanaannya akan digiatkan melalui program Juara Rakyat yang akan dianjurkan sepanjang tahun dan disuntik dengan "gaya baru" dengan tema berbeza setiap bulan, katanya.

"Tema (program Juara Rakyat) untuk bulan Januari ialah pendidikan dan program ini akan bemula dengan gaya baru dengan mengadakan ceramah juara rakyat ketika aktiviti sedang berjalan.

"Ianya tidak seperti biasa yang hanya melibatkan pameran dan lawatan sahaja seperti sebelum ini dan ini dilakukan bagi memberikan penerangan yang jelas kepada peringkat akar umbi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Program Juara Rakyat pada bulan Februari akan membawa tema "kebajikan" sebelum diteruskan dengan tema-tema lain selepas itu, katanya.

"Kita sasarkan minimum kita akan adakan satu program Juara Rakyat di semua bahagian bermula tahun ini," katanya.

Tahun lepas, Umno berjaya menganjurkan 2,000 program Juara Rakyat di seluruh negara, katanya.

Ahmad berkata Umno juga mahu memberikan mesej yang jelas kepada rakyat bahawa parti itu dan Barisan Nasional (BN) sentiasa mahu menjadi pilihan utama mereka untuk pembangunan ekonomi dan sosial.

"Kita akan jelaskan misi kita untuk menjadi juara di hati rakyat, sedia berbakti di barisan hadapan demi rakyat dan sentiasa mencari yang terbaik untuk diberikan kepada mereka," katanya.

--Bernama


IBM : Tahniah UMNO !!..aku sayang UMNO dulu kini dan selamanya.

Khalid Gagap mengamuk !!!

" Tunggu Isnin Ini (Besok) "


" DYMM Tuanku mesti dengar cakap aku punya, aku MB, so..."

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang terkenal dengan gagapnya, dijangka menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung cadangan tiga nama calon Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Isnin ini.
Khalid tidak berpuas hati dan tidak merestui akan perlantikan Datuk Mohd Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru oleh kerajaan pusat.

Sementera itu, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga dikenali Khalid Gereja berkata, tiga calon tersebut dipilih oleh panel jawatankuasa temu duga terdiri dari speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Chang Khim serta dia Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hassan Mpohammed Ali dan Dr Xavier Jayakumar.

Mengikut kata Khalid, dia akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin negeri berhubung perkara itu selepas perbicangan tersebut.

Dalam pada itu, sumber menafikan perhimpunaan bulanan sempena tahun baru yang dijangka dihadiri SUK baru pada Isnin ini di batalkan bagi memberi laluan kepada pertemuan Abdul khalid dengan Sultan Selangor untuk membincangkan isu tersebut.

Update : Berita terkini : Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini masih bertegas bahawa isu pelantikan Datuk Khusrin Munawai sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri itu masih diperbincangkan.

"Isu lantikan setiausaha negeri masih dibincangkan oleh pimpinan. Bagaimanapun, kerajaan negeri tetap berfungsi sepenuhnya," katanya.

Semalam, kerajaan Selangor dilaporkan kesal dengan sikap ketua setiausaha negara yang didakwanya dengan sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Khusrin

Setakat ini, walaupun pelantikan Khusrin tidak dipersetujui kerajaan negeri, Istana Selangor telah menggeluarkan jemputan untuk majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah Khamis ini.

Menulis di laman Twitter miliknya pagi, dalam nada mengeluh dan sinis, Khalid turut membandingkan pelantikan itu dengan jawatan ketua setiausaha negara yang merupakan lantikan kerajaan pusat.

"Bayangkan jika perdana menteri sendiri tidak terlibat atau dirujuk dalam lantikan ketua setiausaha negara," tulisnya ringkas, ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Ulasan IBM : Nampaknya Pakatan Rakyat di Selangor mulai goyah. Mereka takut dengan bayang2 mereka sendiri. Terutamanya si Khalid gagap ni. Isu perlantikan Setiausaha negeri yang beru membuatkan si khalid ni pening, geram, marah dan seolah-olah 'cacing kepanasan'...kesian...apa-apa pun kita tunggu Isnin ini (Esok) akan perkembangan selanjutnya setelah dia mengadap Duli Tuanku Selangor...

Hari Ini Dalam Sejarah

Salam semua,
Bila kita bercerita tentang wanita, kita masih menggangap kaum wanita ini adalah kaum yang lemah. Tapi, itu hanya tangkapan kita saja. Sebenarnya, ada juga wanita yang mempunyai kekuatan dan semangat juang seperti lelaki. Ini berlaku....mari kita baca coretan 'Hari ini Dalam Sejarah', apa yang berlaku pada hari ini......


02 JANUARI



PENGAMBILAN PERTAMA WANITA UNTUK MENUBUHKAN KOR WANITA DALAM ANGKATAN TENTERA
PENGAMBILAN PERTAMA WANITA UNTUK MENUBUHKAN KOR WANITA DALAM ANGKATAN TENTERA

Tarikh Peristiwa: 02-01-1973

Pada hari ini dalam tahun 1973, seramai 33 orang wanita telah diambil berkhidmat dalam pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia. Pengambilan anggota wanita yang pertama ini telah dijalankan di Pulau Pinang. Para anggota pasukan wanita ini menjalani kurikulum latihan yang sama dengan anggota lelaki dan telah berjaya menunjukkan kemampuan melaksanakan latihan yang telah diberi. Kejayaan yang ditunjukkan anggota-anggota di peringkat awal ini telah mendorong pihak Tentera Laut Diraja Malaysia menambah pengambilan anggota wanita yang mana pengambilan kedua di KD SRI KLANG pada 11 Januari 1973 seramai 50 orang anggota wanita telah diambil. Di atas kebolehan yang ditunjukkan pada 1 Januari 1974, seramai 20 orang anggota wanita simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia telah diserap untuk berkhidmat sepenuh masa di dalam TLDM selama tempoh tiga tahun. Kesemua mereka bertugas di Cawangan Komunikasi sebagai Radio Operator dan Teleprinter Operator. Jelas kepada kita peranan wanita di negara ini telah lama melibatkan diri dalam pelbagai bidang, sesuai dengan usaha-usaha Kerajaan menggalakkan guna tenaga penuh rakyat negara ini dalam pelbagai lapangan pekerjaan.

IBM : Selamat Tahun Baru dan Selamat Membaca..!!

Sumber : Arkib Negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...