




| KELAHIRAN Y.T.M TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ |
KELAHIRAN Y. T. M. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-RAJ Tarikh Peristiwa : 08-02-1903 Pada hari ini dalam tahun 1903, Bapa Kemerdekaan Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj telah diputerakan di Istana Pelamin, Alor Setar, Kedah. Merupakan putera ke-14 kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke- 28. Bondanya adalah Cik Menjalara merupakan anak kepada seorang bangsawan Siam bernama Luang Naraborirak. Tunku telah memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Alor Setar sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Debsurin, Bangkok dan kemudiaanya di Penang Free School, Pulau Pinang. Pada tahun 1919, Tunku telah melanjutkan pelajarannya ke England dan telah menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain. Sekembali ke Tanah Melayu Tunku telah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di Kedah. Pada tahun 1951, Tunku telah dilantik sebagai Yang Dipertua Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) menggantikan Dato` Onn Jaafar dan seterusnya telah dilantik untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1955. Sesungguhnya, YTM Tunku Abdul Rahman bertanggungjawab merintis jalan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu pada tanggal 31 Ogos 1957 serta merencanakan penubuhan Negara Malaysia pada 16 September 1963. YTM Tunku telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 6 Disember 1990 pada usia 87 tahun dan telah dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kedah. |
| PERLETAKAN BATU ASAS BANGUNAN BARU : RUMAH BAKTI , ULU KELANG |
| Pada hari ini dalam tahun 1981, telah berlangsung upacara perletakan batu asas bangunan baru Rumah Bakti, Ulu Kelang. Upacara tersebut telah disempurnakan oleh Sultan Selangor iaitu D.Y.M.M Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj. Turut hadir di upacara tersebut ialah Raja Perempuan Selangor, Menteri Besar, Y.B. Datuk Hormat Rafei dan Menteri Perusahaan awam, Y.B. Datin Paduka Rafidah Aziz. Bangunan baru Rumah Bakti terdiri dari dua blok bangunan tiga tingkat dan dijangka siap awal tahun 1982. Bangunan tersebut boleh memuatkan sejumlah 150 orang. Langkah membina bangunan baru itu adalah untuk menggantikan dua blok asrama lama. Pembinaan itu menelan belanja lebih kurang RM 700,000.00 yang terdiri dari hasil derma sebanyak RM 350,000.00 manakala selebihnya akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor. Projek pembinaan tersebut membuktikan betapa kerajaan prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak yatim dan memberi perhatian terhadap perkara tersebut. * SELAMAT MEMBACA : IKHLAS DARI - IBM [SUMBER : ARKIB NEGARA] |

Minggu lalu, BMF mengeluarkan senarai 49 syarikat empat benua yang didakwanya ada berkaitan dengan Taib dan keluarganya.
* TAKUT NAK KOMEN. NANTI TAK PASAL-PASAL KENA SAMAN. INI, MALAYSIAKINI KATA, BUKAN IBM KATA - IBM

| MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) DITUBUHKAN Tarikh Peristiwa : 01-02-1966 |
Pada hari ini dalam tahun 1966, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Akta MARA 1966. Objektif utama penubuhan MARA adalah untuk menambah dan meningkatkan penyertaan kaum Bumiputera dalam kegiatan perdagangan dan perindustrian serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial Bumiputera sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru. Ini dilakukan dengan menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat peniaga Bumiputera yang berjaya. Penubuhan MARA adalah berasaskan cetusan idea dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang telah diadakan pada tahun 1965 di Kuala Lumpur. Melalui Kongres tersebut, resolusi yang mahukan agar RIDA disusun semula telah diluluskan. RIDA atau Rural and Industrial Development Authority ditubuhkan pada tahun 1953 bagi membangun dan memajukan masyarakat di kawasan luar bandar. Sejak penubuhannya banyak pembangunan dan kemajuan telah dicapai oleh MARA. Kekuasaan ekonomi Bumiputera menjadi cabaran masa kini dan agenda utama MARA dalam usaha untuk memastikan Bumiputera mempunyai kedudukan yang sewajarnya. |
| PERASMIAN MAKTAB PERGURUAN TEKNIK DI CHERAS, SELANGOR |
| Tarikh Peristiwa : 01-02-1969 Pendidikan di bidang teknik dan vokasional memainkan peranan yang penting bagi melahirkan golongan pekerja yang terlatih untuk sektor perindustrian, pembuatan serta teknologi. Kerajaan Malaysia, usaha-usaha mengadakan golongan yang berkelayakan untuk mengajar di bidang teknik dan vokasional telah bermula sejak tahun 1960an lagi, usaha-usaha ini bermula dengan penubuhan Maktab Teknik pada 1/3/1969 di Jalan Cheras, Selangor. Pembukaan Maktab Teknik yang berharga 4 juta ini bertujuan untuk mengeluarkan guru-guru teknik selaras dengan perkembangan sekolah-sekolah teknik dan vokasional di negara ini. Berucap semasa merasmikan penubuhan Maktab ini Encik Khir Johari berkata kebanyakan generasi muda berkehendakan latihan di dalam bidang sains, teknik, teknologi dan pertukangan bagi melaksanakan pembangunan negara. Pada tahun 1969, sahaja terdapat 11 buah Sekolah Menengah Vokasional dan 3 buah Sekolah Menengah Teknik di negara ini dan dijangka akan bertambah dengan perkembangan-perkembangan semasa. Peranan pendidikan vokasional dan teknik semakin berkembang hari ini, selaras dengan usaha-usaha negara menuju sebuah negara yang maju pada tahun 2020. TERUSKAN MEMBACA - IBM [SUMBER : ARKIB NEGARA] |
