Tuesday, April 5, 2011

PKR Makin Tenggelam, Anwar Makin Hilang

Assalamualikum dan salam sejahtera semua.

Adakah politik DS Anwar Ibrahim sudah sampai ke penghujungnya..?. Terlalu banyak isu-isu peribadi si nuar ni di bongkar dan terus di bongkar. Kesimpulannya, adakah pemimpin seperti ini harus di beri tempat dan di sokong, seterusnya di beri mandat untuk menjadi seorang Perdana Menteri dan sekali gus menerajui negara kita Malaysia yang tercinta ini..?..fikir-fikirkanlah sebelum PRU ke - 13 di umumkan. Bagi saya, sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, kesejehteraan, wajiblah kita tolak Pakatan Rakyat.

KUALA LUMPUR,Penganalisis politik tempatan, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussein melihat perkembangan pakatan pembangkang khususnya PKR sebagai langsung tidak konsisten dan menjangka hanyatnya akan berakhir berikutan pelbagai isu dalaman yang melanda parti terbabit.

Katanya, jika mengikut trend semasa, adalah sukar bagi PKR untuk mengekalkan sokongan bukan hanya dari kalangan ahli-ahlinya sendiri tetapi juga masyarakat keseluruhannya.

“PKR berdepan dengan masalah pemimpin, kepimpinan dan hal ini akan lebih menyukarkan lagi mereka untuk menentukan haluan dalam arena politik apatah lagi pemimpin tertingginya iaitu Anwar Ibrahim berdepan dengan masalah peribadi,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, hal-hal dalaman PKR ini secara tidak langsung menjadi faktor penolak yang menyebabkan hilangnya rasa percaya dan keyakinan anggota di dalamnya untuk terus bersama dalam parti tersebut.

“Kita melihat watak Anwar ini ibarat seorang general perang yang terus bercakap soal keyakinan diri dan matlamat peribadinya tanpa mahu mengaku kalah biarpun sebenarnya beliau tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

“Kepimpinan tertinggi parti sendiri menghadapi masalah yang gagal untuk dijelaskan kepada ahli-ahlinya sedangkan secara keseluruhannya anggota PKR mahukan matlamat perjuangan yang nyata, dan ini telah menyebabkan ramai di kalangan mereka meninggalkan parti tersebut kerana kegagalan pemimpin utamanya untuk memainkan peranan dan melunaskan semua impian yang telah dinyatakan sebelumnya,” katanya.

Ahmad Atory yang juga pensyarah politik di Universiti Sains Malaysia (USM) juga memberitahu bahawa Anwar cenderung mengamalkan teori wacana dalam kepimpinannya untuk mempengaruhi rakyat bagi berpihak keadaan dirinya.

“Pandangan ini umumnya dipergunakan oleh golongan sosialis dalam perjuangan mereka untuk menyampaikan idealogi mereka kepada rakyat dan diaplikasikan sepenuhnya sehinggakan tidak akan sanggup untuk mengaku kalah biarpun sudah tidak mendapat sokongan dari rakyat.

“Kita lihat bagaimana sikap Anwar biarpun ramai di kalangan sahabatnya yang sebelum ini menjawat kedududkan tinggi dalam kepimpinan PKR meninggalkan beliau, tetapi Anwar tetap mahu mencipta pengaruh sendiri dengan mewujudkan pelbagai persepsi sama ada dengan memburuk-burukkan kerajaan atau mengalihkan perhatian kepada perkara lain.”

Jelasnya lagi, inilah ketempangan politik Anwar yang tetap mahu mendabik dada biarpun sudah semakin tenggelam dengan pelbagai perkara dan para penyokongnya sudah tidak yakin dengan kepimpinannya.

“Pada pandangan saya, Anwar ini akhirnya akan tenggelam dan ditinggalkan sebegitu sahaja sedangkan dirinya tetap mahu menegakkan apa yang dipercayainya tanpa mahu mengaku kalah. Inilah Anwar Ibrahim,” tegasnya. - MediaUMNO


Hari Ini Dalam Sejarah

05 APRIL

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.
Mengimbau kembali akan sejarah perkembangan kereta nasional kita, Proton dengan model barunya. Mari baca......


PELANCARAN PROTON TIARA
Tarikh Peristiwa : 05-04-1996

Pada hari ini dalam tahun 1996, Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan kereta Proton Tiara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Turut serta dalam majlis pelancaran tersebut ialah Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Datuk Seri Yahya Ahmad Pengerusi PROTON-DRB Sdn.Bhd (USPD). Proton Tiara merupakan produk sulung hasil kerjasama Usahasama Proton - DRB Sdn. Bhd. (USPD) dengan Citreon Automobil Industries pengeluar kereta terkemuka yang berpangkalan di Perancis. Proton Tiara yang menggunakan enjin 1124 cc, merupakan kereta kompak yang dibangunkan berdasarkan model Citreon AX. dijual pada harga antara RM 34,000.00 hingga RM 37,000.00 seunit. Pada peringkat awal, pengeluarannya sebanyak 1,900 unit sebulan akan dikeluarkan berbanding dengan kapasiti penuh pengeluarannya antara 2,500 hingga 3,000 unit. Sesungguhnya, pelancaran Proton Tiara ini telah membuka lembaran baru industri automobil negara dalam melaksanakan projek usahasama yang menggabungkan industri kereta tempatan dengan teknologi industri kereta dari Eropah.


SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Monday, April 4, 2011

Terkini : Senarai 71 Calon Barisan Nasional


Assalamalaikum Semua.

Berikut adalah senarai nama-nama calon yang akan memenangkan Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak :

KUCHING: Senarai 71 calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB

N.3 (Tanjung Datu) – Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem

N.4 (Pantai Damai) – Dr Abdul Rahman Junaidi

N.5 (Demak Laut) – Dr Hazland Abg Hipni (muka baru)

N.6 (Tupong) – Datuk Daud Abdul RahmanN.7 ( Samariang) – Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali

N.8 (Satok) – Datuk Amar Abg Johari Tun Openg

N.14 (Asajaya) – Abd Karim Rahman Hamzah

N.15 (Muara Tuang) – Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud

N.17 (Tarat) – Roland Sagah Wee InnN.18 (Tebedu) – Datuk Seri Michael Manyin Jawong

N.19 (Kedup) – Maclaine Ben @ Martin Ben (muka baru)

N.20 (Sadong Jaya) – Aidel Lariwoo (muka baru)

N.21 (Simunjan) – Mohd. Naroden Majais

N.22 (Sebuyau) – Julaihi Narawi

N.23 (Lingga) – Simoi Peri

N.24 (Beting Maro) – Razaili Gapor (muka baru)

N.30 (Saribas) – Ricky @ Mohd Razi Sitam (muka baru)

N.31 (Layar) – Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang

N.32 (Bukit Saban) – Robert Lawson Chuat

N.33 (Kalaka) – Abdul Wahab Aziz

N.35 (Belawai) – Datuk Talif @ Len Salleh (muka baru)

N.36 (Semop) – Abdullah Saidol (muka baru)

N. 37 (Daro) – Murni Suhaili

N.38 (Jemoreng) – Gani @Abu Sema Jahwie

N.44 (Machan) – Datuk Gramong Juna

N.49 ( Nangka) – Dr Annuar Rafa’ee (muka baru)

N. 50 (Dalat) – Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming

N.51 (Balingian) – Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

N.55 (Katibas) – Datuk Ambrose Blikau Enturan

N.58 (Jepak) – Datuk Talib Zulpilip

N.60 (Kemena) – Dr Stephen Rundi Utom

N.62 (Lambir) – Ripin Lamat (muka baru)

N.67 (Telang Usan) – Dennis Ngau (muka baru)

N.68 (Bukit Kota) – Dr Abdul Rahman Ismail

N.71 (Bukit Sari) – Datuk Amar Tengah Ali Hassin @ Tengah Ali Hasan

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)

N.1 (Opar) – Ranum Mina

N.9 (Padungan) – Sim Kiang Chiok (muka baru)

N.10 (Pending) – Prof. Dr Sim Kui Hian (muka baru)

N.11 (Batu Lintang) – Sih Hua Tong (muka baru)

N.12 (Kota Sentosa) – Datuk Yap Chin Loi N.13 (Batu Kawa) – Tan Joo Phoi

N. 16 (Bengoh) – Dr Jerip Susil

N.27 (Simanggang) – Datuk Francis Harden Hollis

N.28 (Engkilili) – Johnical Rayong Ngipa

N.39 (Repok) – Datuk David Teng Lung Chi

N.40 (Meradong) – Ling Kie King (muka baru)

N.45 (Bukit Assek) – Chieng Buong Toon (muka baru)

N.46 (Dudong) – Datuk Tiong Thai King (muka baru)

N.47 (Bawang Assan) – Datuk Seri Wong Soon Koh

N.48 (Pelawan) – Goh Chung Siong

N.59 (Kidurong) – Ling Kuong Meng (muka baru)

N.63 (Piasau) – Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam

N.64 (Pujut) – Chia Chu Fatt

N.65 (Senadin) – Datuk Lee Kim Shin

Parti Rakyat Sarawak (PRS)

N.25 (Balai Ringin) – Snowdan Lawan

N.26 (Bukit Begunan) – Mong Dagang

N.29 (Batang Ai) – Malcom Mussen Lamoh

N.43 (Ngemah) – Alexander Vincent (muka baru)

N.52 (Tamin) – Joseph Mauh Ikeh

N.53 – (Kakus) – John Sikie Tayai

N.54 (Pelagus) – Stanley Nyitar @ Unja Malang (muka baru)

N.56 (Baleh) – Datuk Seri James Jemut MasingN. 57 (Belaga) – Liwan Lagang

Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP)

N.2 (Tasik Biru) – Datuk Peter Nansian Ngusie

N.34 (Krian) – Datuk Peter Nyarok Entrie

N.41 (Pakan) – Datuk Sri William Mawan IkomN.42 (Meluan) – Wong Judat

N.61 (Bekenu) – Rosey Yunus

N.66 (Marudi) – Sylvester Entri Muran

N. 69 (Batu Danau) – Palu @ Paulus Palu Gumbang

N.70 (Ba’kelalan) – (misteri)

KITA DOAKAN AGAR MEREKA SEMUA AKAN MEMBAWA KEMENANGAN KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL DAN KHUSUSNYA UNTUK RAKYAT SARAWAK. SELAMATKAN SARAWAK DARI PAKATAN RAKYAT. IKHLAS DARI : IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

04 APRIL


Assalamualaikum para pembaca yang di muliakan, dan di rahmati oleh Allah s.w.t.

Mengingati Sejarah silam..?...jangan malu, singgah dan baca.....

PENGIKTIRAFAN PILIHANRAYA UMUM SABAH YANG PERTAMA
Tarikh Perstiwa : 04 -04-1967


Pada hari ini 4.4.1967, seramai 15 orang pemerhati rasmi dari 5 buah negara Asia telah tiba di Jesselton untuk meninjau dan menyaksikan perjalanan pilihanraya umum Sabah. Pilihanraya yang pertama ini akan berlangsung pada 8-25 April 1967. Pemerhati-pemerhati dari negara-negara Indonesia, India, Ceylon, Jepun dan Thailand berada di sini selama sepuluh hari untuk menyaksikan seramai 192,440 pengundi daripada 32 kawasan pilihanraya. Seramai 53 orang calon dari empat buah parti politik dan seramai 26 orang calon bebas akan betanding dalam pilihanraya ini. Para Pemerhati Khas ini telah menemui pemimpin-pemimpin dari parti-parti politik yang terbesar yang bertanding dalam pilihanraya itu iaitu USNO dan UPKO. Mereka juga diberi peluang meninjau pendapat para pengundi pada hari-hari mengundi. Dalam lawatan ke 60 buah pusat pengundian para pemerhati khas ini telah menyaksikan sendiri kerja-kerja memateri dan membahagikan peti-peti undi serta pengiraan kertas-kertas undi. Di akhir tinjauan itu mereka menyatakan rasa puas hati bahawa pilihanraya itu telah dijalankan dengan cara yang demokratik dan rakyat Sabah telah menegaskan pendirian mereka untuk kekal dalam Malaysia. Kenyataan mereka itu adalah sangat penting sebagai suatu pengiktirafan antarabangsa terhadap pemilihan yang dijalankan di Sabah.

SELAMAT MEMBACA SEMUA SEMOGA MINDA ANDA BERFUNGSI DAN MENGIMBAUKAN CERITA LAME.....Ikhlas Dari : IBM

[ SUMBER : ARKIB NEGARA]


Sunday, April 3, 2011

PR Sarawak : BN makin yakin, PR makin tertekan

Assalamualaikum.

Pakatan rakyat (PR) sudah mula rasa nak demam bila menjelangnya PR Sarawak. Kesefahaman yang tidak pernah ujud di antara mereka sudah ketara. Tapi. BN jangan terlalu merasa yakin. Tingkatkan usaha, turun padang, bantuan hari di ulur dan teruskan pembangunan di kawasan2 terpencil di sana. Insyallah, BN sentiasa di hati rakyat Sarawak.

Pelepasan kitab Injil dalam bahasa Melayu yang ditahan, pergeseran melibatkan Parti Keadilan Rakyat dan Parti Nasional Sarawak (SNAP), dan curahan bantuan dan projek ke Sarawak menjadikan Barisan Nasional semakin yakin hadapi pilihan raya negeri itu.

Walaupun menjejaskan pemerintah sejak awal, tindakan melepaskan Injil yang ditahan ketika pilihan raya semakin dekat dilihat mampu meredakan kemarahan penganut Kristian terbabit di Sarawak.
Perselisihan merebut kerusi melibatkan PKR dan SNAP yang tidak selesai lagi juga mampu menjejaskan peluang Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi yang baik dalam pilihan raya ini nanti, walaupun DAP dijangka tidak terjejas.
Sejak awal Mac lalu, gandingan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan perhatian terhadap Sarawak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...