
Wednesday, May 4, 2011
Yang mana lebih teruk, gila talak, gila KUASA dan gila SEKS??

Tuesday, May 3, 2011
Hari Ini Dalam Sejarah

| PERSIDANGAN PERTAMA MENTERI-MENTERI KOMANWEL 03-05-1960 |
Pada hari ini 3.5.1960 Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menyertai Persidangan Perdana Menteri-Perdana Menteri Komanwel buat pertama kalinya selepas mencapai kemerdekaan. Persidangan ini yang dilangsungkan di London telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Negara Britain, Canada, Afrika Selatan, India, Pakistan, Ceylon, Ghana, Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Rhodesia Nyasaland. Perwakilan Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bersama-sama dengan pegawai-pegawai kanan yang lain termasuk Encik Ghazali bin Shafie Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri, Tengku Yaakub Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu di United Kingdom dan Tengku Jaafar Penasihat di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu di London. Persidangan ini berlangsung selama 10 hari dan dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri British Tuan Harold McMillon. Perbincangan utama dalam persidangan ini tertumpu kepada soal-soal keamanan dunia seperti soal perhubungan antara blok komunis dengan dunia bebas, masalah hubungan timur barat, soal perlucutan senjata dan perkara mengharamkan ujian-ujian senjata Nuklear. Soal yang berkaitan dengan Dasar Apartied Afrika Selatan telah disuarakan di dalam pertemuan-pertemuan tidak rasmi di kalangan pemimpin-pemimpin yang hadir. Perdana Menteri dari Negara Komanwel yang termuda sekali Tunku Abdul Rahman telah menimbulkan soal perbezaan layanan terhadap kaum-kaum di Afrika Selatan. Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan perkara ini ketika membalas ucapan selamat datang Perdana Menteri British kepada anggota-anggota perwakilan persidangan tersebut. Di dalam ucapannya Tunku Abdul Rahman telah menyebut tentang kesan-kesan dasar perkauman Afrika Selatan itu ke atas perhubungan di antara negara itu dengan negara-negara komanwel yang lain. Tunku telah menyuarakan harapan agar Perdana Menteri-Perdana Menteri Komanwel berpeluang membincangkan soal itu sementara mereka berada di London. Walaubagaimana pun sidang telah menegaskan adat kebiasaan persidangan Komanwel yang tidak akan membincangkan soal-soal dalam negeri negara-negara anggota. Tunku Abdul Rahman telah bertindak tegas memprotes dan menentang dasar perkauman Afrika Selatan itu. Hasil dari protes ini dalam tahun 1961 negara-negara Komanwel telah mengundi untuk menyingkirkan Afrika Selatan sebagai ahli. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menyokong tindakan itu. Pemulauan sepenuhnya terhadap barang-barang Afrika Selatan telah dilakukan dan diikuti oleh negara-negara lain yang menentang Dasar Apartied. SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM [SEMBER: ARKIB NEGARA] |
Monday, May 2, 2011
Pok Nik terminum air jampi Nuar..?

KOTA BHARU 1 MEI : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menyifatkan penyebaran video lucah sebagai cubaan terdesak pihak tertentu untuk menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai lambang “tenaga orang Melayu.”
Nik Aziz berkata video seks itu sengaja dibuat dengan raut wajah pelaku kabur dan dalam hitam putih demi membolehkan fitnah terhadap Anwar disebarkan.
“Kalau betul nak kenakan Anwar, kena fokus pada muka, bukan pada tubuh, itu caranya,” katanya mengadakan ceramah di Kampung Parang Puting, di sini malam semalam.
BILA LAGI KEDUA-KEDUA EKO NI NAK BERTAUBAT..?....DUA-DUA PUN DAH HAMPIR SENJA. IBM
BPL : Liverpool 3 Newcastle 0
Liverpool cruised to a 3-0 victory over Newcastle on Sunday afternoon - but who were our standout performers on the day?
As always we caught up with LFC TV commentator John Bradley to gauge his views - do you agree or disagree?

I think it's getting to the stage now where teams are coming to Anfield terrified of the Uruguayan, certainly Newcastle were worried about his movement and ability before the game and it was Luis who was to have the most telling of impacts.
Suarez really excelled in the second period where the Magpies just couldn't deal with him and it eventually led to Mike Williamson hauling him down after he had cheekily robbed the defender. A week ago nobody deserved a goal more than Luis but it never came, but against Newcastle it did as he coolly slotted beyond Tim Krul and once again looked every inch the quality player that Liverpool bought in January.
2. Glen Johnson
Glen had missed the last 3 games after damaging a hamstring against West Bromwich Albion a month ago, but he bounced back well and really hit the ground running.
We saw the two parts of Glen's game come together well against Newcastle. In the first half he was a constant menace down the left hand side and then in the second period he completely nullified the threat from right back of Jonas Gutierrez, who had given young John Flanagan a few problems before half time.
It was also good to see Glen perform so well against one of the pretenders for his place in the England team, and he certainly overshadowed Danny Simpson on the day.
3. Jay Spearing
Once again the midfield axis of Lucas and Jay Spearing had a key role to play at both ends of the field and this was a close call but Jay just edges out the Brazilian on this occasion.
The young scouser was again composed in possession and isn't afraid to put his foot in as he showed with crunching tackles on Kevin Nolan and Joey Barton. His continued improvement under Kenny and Steve Clarke must be a breath of fresh air for the management team and Jay will be one of the players who won't want this season to end,
In truth the reds were comfortable winners on the day, but Newcastle did have a good spell before half time when Jamie Carragher and Martin Skrtel stood up excellently to an aerial bombardment and came through with flying colours.
Another 3 points and into 5th place for the Reds, now let's hope they can maintain it on the road at Fulham next Monday.
SEMBANG BOLA.
AUTOR : PAUL EATEN
LIVERPOOL ON THE WAY TO EUROPE AGAIN..!!
1 Melayu jejas gagasan 1 Malaysia..?
ASSALAMUALAIKUMKUALA LUMPUR - Gerakan idea "1Melayu, 1Bumi" boleh jejas gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berharap agar orang Melayu tidak terikut-ikut dengan idea tersebut kerana ia boleh menggugat perpaduan yang semakin kukuh di negara ini.
Beliau berkata 1Malaysia adalah satu gagasan yang cukup jelas dan tidak menjejaskan kepentingan mana-mana kaum di negara ini.
"Ia bukan sekadar satu slogan, tapi realiti yang perlu dicapai bagi memastikan perpaduan dan kestabilan dalam negara dapat diwujudkan," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras hari ini.
Rafidah diminta mengulas saranan bahawa Umno perlu melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".
Bekas Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata 1Malaysia yang membawa gelaran "Melayu Malaysia", "Cina Malaysia" dan "India Malaysia" perlu diteruskan.
Turut hadir pada persidangan itu ialah Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al Habshee dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras Datuk Faridah Abu Hassan.
Dalam pada itu, Rafidah berkata Wanita Umno perlu mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan bertemu pengundi secara bersemuka di kawasan masing-masing agar maklumat mengenai pelan strategi kerajaan dapat disampaikan dengan tepat.
"Kita perlu kekalkan kerajaan sekarang supaya pembangunan ekonomi dan sosial negara dapat diteruskan, jumpa pengundi paling minimum tiga kali sebelum PRU supaya pengundi lebih jelas dan tidak mudah mendengar fitnah pembangkang," katanya.
Beliau berkata walaupun strategi bertemu pengundi secara bersemuka agak ketinggalan, namun sejak dilaksanakan, ia membawa kejayaan kepada parti, oleh itu, strategi tersebut perlu diteruskan. - Bernama
DAH LAMA TAK DENGAR KAK RAFIDAH BERSUARA. SESEKALI DIA BERSUARA PERIT JUGA TELIGA KITA MENDENGARNYA. APA PUN, ITU ADALAH PANDANGAN BELIAU, ADA JUGA KEBENARANYA. GAGASAN 1 MALAYSIA TETAP DI HATI KU. IKHLAS DARI : IBM