Thursday, June 2, 2011

Mustahil Nik Aziz menyanyi, menari

DARI MEJA IBM :
DI TULIS OLEH : TAN MALAKA


Lagu apa yang di dendangkan oleh Nik Aziz ni.?

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T DAN SALAM UKHWAH

JIKA ada orang datang memberitahu bahawa dia telah melihat Mursyidul Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat menari dan menyanyi di suatu majlis tertutup sesiapa pun tidak percaya, akan terus menolaknya mentah-mentah sebagai cerita karut, bohong dan fitnah.

Bagi sesiapapun yang mengenali Nik Aziz sebagai seorang ulama yang tidak putus-putus mengajar agama di surau, masjid, pusat tarbiah, pondok dan sebagainya walaupun telah menjadi Menteri Besar, maka cerita itu akan ditertawakan sebagai cerita dongeng. Memberikan kuliah agama adalah sebahagian dari kerjanya sebagai seorang pemimpin besar politik.

Seorang yang tidak pernah menukar fesyen pakaian hariannya, berbaju kebangsaan Melayu warna putih dan berserban kecil sejak menjadi anggota Parlimen berpuluh tahun lalu, mustahil akan menukarkan kerperbadian asalnya atau stail hidupnya apatah lagi melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Demikianlah betapa hebatnya imej keagamaan dan kerakyataan Nik Aziz dapat mencengkam hati rakyat, melindungi sebarang kesilapannya malah mendapat kemaafan dari pengikutnya atas keterlaluannya tutur katanya dan sebagainya.

Anwar dilihat menari semasa PRK DUN Ijok yang lepas

MAKA apabila Nik Aziz menasihatkan pihak yang dikatakannya menabur fitnah terhadap ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai pelaku dalam video seks agar meminta maaf, ternyatalah beliau menggangap Anwar setaraf dengannya dalam memelihara maruah, mentaati perintah Allah dan sentiasa menghindari dari melakukkan segala perbuatan maksiat.

Jika pengikut-pengikut di anggap fanatik dan taksub kepada Nik Aziz maka demikianlah juga pandangan orang ramai terhadap kepercayaan Nik Aziz kepada Anwar Ibrahim. Apakah Nik Aziz boleh disalahkan..?

Bagaimanapun jika ada orang UMNO yang terdedah melakukan perbuatan maksiat akan cepat Nik Aziz mempercayainya kerana liberalisme UMNO dan kepimpinannya diketahui sejak kepimpinan Tuanku Abdul Rahman. Pendedahan keburukan moral dalam kepimpinan UMNO atau Bsarisan Nasional tidaklah lagi mengejutkan malah dianggap sebagai warisan.

Kita dapat melihat betapa mendalamnya kepercayaan dan penghormatan Nik Aziz kepada Anwar Ibrahim bila dalam mempertahankannya beliau mengingatkan tentang ajaran Islam bahawa "fitnah adalah salah satu daripada dosa besar dan sesiapa terlibat dengannya tidak akan diampunkan dosanya oleh Allah selagi dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada orang yang difitnah."

Tentu ramai penyokong dan pemimpin Pas telah menyaksikan klip video Anwar Ibrahim berdansa dengan seorang isteri orang ketika menjadi Menteri dalam suatu majlis tertutup di kediaman Tun Daim Zainuddin yang pernah disiarkan oleh RTM beberapa tahun yang lalu. Selain itu di dalam satu PRK DUN Ijok sebelum PRU - 12, Anwar menari dari bawah hingga ke atas pentas apabila disambut dengan pukulan gendang dan muzik India oleh masyarkat India di Batang Berjuntai.

Jika sekirannya video seks itu merupakan suatu fitnah, maka dari segi logik akal, mengapakah Anwar tidak mengambil tindakan saman malu kepada Datuk T dan juga kepada akhbar-akhbar perdana dan juga TV3 yang telah mendedahkan video itu tanpa berselindung mendakwa lelaki dalam video itu adalah Anwar Ibrahim.

Adakah pembelaan Nik Aziz itu bertujuan untuk menyelamatkan maruah Pas apabila pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Pas terpaksa bersalaman dengan Anwar Ibrahim ketika menghadiri Muktamar Pas ke - 57 kelak..? Allah Maha Mengetahui !

Wednesday, June 1, 2011

Rasuah bolasepak : Pemain Negeri Sembilan sedia bagi kerjasama

DARI MEJA IBM :
SEMBANG - SEMBANG BOLA

"Saya sedia tampil memberi kerjasama dengan SPRM" - Aidil Zafuan


ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T DAN SALAM UKHWAH

TONGGAK pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Razak bersedia memberi kerjasama penuh jika di panggil pihak suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai isu rasuah.

Katanya, setakat ini belia difahamkan tiada pemain Liga Super terbabit dengan dakwaan dalam mengatur keputusan perlawanan sehingga menyebabkan prestasi pasukan Hobenjang-Hoben musim ini.



Beliau berjanji akan tampil memberi kerjasama penuh seandainya dipanggil pihak SPRM bagi menjalankan siasatan dakwaan yang mengaitkan pasukan Negeri Sembilan terlibat dengan skandal mengatur perlawanan.

Menurutnya, beliau tidak mahu menuduh sesiapa mengenai perkara ini dan jika ianya benar-benar berlaku, biarlah pihak atasan membuat dan mengambil tindakan sewajarnya. Beliau tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hassan yang banyak memberi sokongan kepada pasukannya termasuk soal gaji dan keselesaan pemain.

Tentang isu rasuah ini, beliau betul-betul rasa terkejut dan berharap itu semua tidak berlaku di persada bolasepak negara dan pasukannya sendiri, Negeri Sembilan.

Kesimpulannya, jauhilah rasuah, kerana rasuah akan memudaratkan kita semua. Negara akan terus maju tanpa rasuah, dan sukan bolasepak negara akan terus berkembang tanpa rasuah.

Fitnah punca keruntuhan, senjata paling GANAS

DARI MEJA IBM :

Panassss!!!

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.

SHAH ALAM - Penyebaran FITNAH dalam dunia politik yang berselindung dibalik nama agama boleh menjadi punca utama keruntuhan sesebuah kerajaan. Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sejarah lampau perlu dijadikan panduan apabila banyak tamadun Islam musnah akibat salahguna agama dalam politik seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Usman bin Affan.

Dr. Mohd Asri adalah salah seorang panelis di wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam, semalam. Menurutnya lagi, penggunaan fitnah sebagai senjata politik dapat dilihat di Malaysia di mana golongan politik sejak dulu lagi kerap menyalahgunakan agama untuk menarik sokongan orang ramai. Katanya lagi, orang politik mesti sedar yang menjadi tunjang kehidupan rakyat boleh digunakan untuk mempengaruhi orang ramai bagi mencapai kepentingan politik sesebuah parti itu.


Tiga panelis yang mengambil bahagian. Dr. Mohd Asri (kiri), Nasruddin (tengah) dan Khairy Jamaluddin (kanan)

Wacara yang membincangkan tajuk 'Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman' yang dikendalikan oleh pensyarah Universiti Islam antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik menyaksikan pendebatan tiga tokoh jemputan, iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan, dan bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin.

Wacana siri 4 ini adalah anjuran akhbar Sinar Harian, berjalan dengan baik dan harmoni walaupun agak hangat juga, menunjukkan titik mula debat UMNO dan Pas. Bagi pandangan saya, wacana seperti ini perlu di teruskan lagi supaya kesannya dapat dilihat kepada golongan muda kerana kebanyakkannya mereka lebih suka menilai sesuatu isu menurut dari sudut luaran sahaja. Tahniah kepada penganjur, Sinar Harian, Wacana yang mendapat sambutan hebat.

SPRM : Peguam Negara bebas tuduhan rasuah tunai haji

DARI MEJA IBM :


Tan Sri Abdul Gani Patail - Peguam Negara

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.

KUALA LUMPUR, 01 Jun - Tidak bersalah. Kes ditutup.
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan nama Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) daripada dakwaan rasuah berkaitan dengan ibadat haji dikerjakan oleh Peguam Negara itu tahun ini.

Cerita selanjutnya [KLIK] disini......

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :

01 JUN


PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS) DITUBUH DENGAN RASMINYA
Tarikh Peristiwa : 01.06.1981
Pada hari ini dalam tahun 1981, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah ditubuhkan dengan rasminya. Sebelum penubuhannya, sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kemajuan Filem Nasional ini telah dibentuk pada 26 Julai 1980 oleh kerajaan. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk merangka dan merancang penubuhan FINAS disamping mengkaji tentang rancangan-rancangan untuk memajukan perusahaan filem negara. Jawatankuasa ini juga telah bertanggungjawab merangka akta yang kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen sebagai Akta 244, Akta Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada tahun 1981. Matlamat penubuhan FINAS ialah untuk membangun, memelihara dan mengembangkan industri perfileman di Malaysia. Pada awal penubuhannya FINAS telah diketuai oleh Tan Sri Abdul Samad Idris sebagai pengerusinya dan Encik Ismail Zan selaku Timbalan Pengerusi merangkap Ketua Pengarah FINAS bersama 10 orang ahli Lembaga Pengurus. Sesungguhnya, penubuhan FINAS telah memberi nafas baru kepada kemajuan dunia perfileman di Malaysia seiring dengan kemerdekaan negara yang telah mencapai usia 50 tahun.

DIUCAPKAN SELAMAT MEMBACA KEPADA PARA PEMBACA YANG BUDIMAN - IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...