Friday, June 3, 2011

Bahaya menanti kita, Telefon bimbit penyebab kanser..

DARI MEJA IBM :

Pengunaan telefon bimbit yang berlebihan mengundang bahaya


ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA

PENGGUNA - pengguna telefon bimbit berisiko menghidap kanser otak dan mereka dinasihatkan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan alat pendengaran telefon, kata beberapa pakar barah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut WHO, penggunaan SMS dan alat pendengaran telefon itu akan mengurangkan si pengguna terdedah pada gelombang telefon bimbit.

Medan frekuensi elektromagnetik radio yang dibebaskan telefon bimbit berisiko menyebabkan kanser pada manusia,” kata kenyataan Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC) selepas persidangan lapan hari diadakan di Lyon Perancis kelmarin.

Pakar-pakar membuat rumusan itu berdasarkan penelitian ke atas kajian melibatkan manusia dan kajian epidemiologi yang menunjukkan peningkatan berlakunya glioma iaitu sejenis kanser otak,” kata Presiden IARC, Jonathan Samet.

Dua kajian utama menunjukkan mereka yang paling kerap menggunakan telefon bimbit lebih berisiko dijangkiti kanser otak, katanya dalam satu sidang akhbar melalui telefon.

Beberapa individu berisiko tinggi yang dipantau dalam kajian-kajian tersebut telah menggunakan telefon bimbit mereka pada kadar purata 30 minit sehari selama 10 tahun.

“Kami tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku sekiranya orang ramai menggunakan telefon bimbit untuk tempoh masa yang lebih lama dan sepanjang hayat mereka,” kata Samet.

Terdapat sekitar lima bilion telefon bimbit berdaftar di dunia dan jumlah itu serta masa penggunaannya semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jelas IARC, bukti saintifik menunjukkan telefon bimbit berpotensi menyebabkan kanser tetapi ia masih perlu dibuktikan.

IBM : Difahamkan juga, jika kita menggunakan telefon bimbit melebihi 30 minit, risiko mendapat kanser otak tinggi. Oleh itu elakkan daripada menggunakan atau bercakap melebihi 30 minit. Demi kesihatan, kita harus berwaspada.


Thursday, June 2, 2011

Anwar cari jalan nak cabut..? kes liwat tertangguh lagi.....

DARI MEJA IBM :
SUMBER : UMNOLINE.COM


ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA

KUALA LUMPUR, 2 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menfailkan pemohonan ketiganya supaya Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya dan menuntut satu perintah untuk perbicaraan dihadapan Hakim yang lain.

Ini merupakan percubaan ketiganya selepas dua percubaanya sebelum ini ditolak oleh hakim. anwar menfailkan pemohonan itu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi pada pukul 10:30 pagi melalui firma peguam Tetuan Karpal Singh & Co. Dalam pemohonannya, Anwar menyatakan bahawa Mohamad Zabidin bersikap berat sebelah dan silap dalam mentafsir peruntukan seksyen 182A (1) dan (2) kanun prosedar jenayah.


Selain daripada menuntut satu perintah mengundurkan diri dan perbicaraan semula, Anwar juga menuntut satu perintah supaya jaminan terhadapnya disambung sementara menunggu perkara itu didengar oleh hakim lain dan perintah-perintah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Anwar memfailkan permohonan itu dengan satu afidavit sokongan yang disahkannya.

Dalam afidavit itu, ketua pembangkang itu menyatakan bahawa selepas berunding dengan para peguamnya, Anwar berpendapat bahawa beliau akan dinafikan perbicaraan yang adil dan keputusan Mohd Zabidin dalam memerintahkannya untuk membela diri hanya semata-mata ‘formaliti kosong’.

Peguamnya Karpal Singh memberitahu pemberita bahawa Seksyen 182A jelas menyatakan bahawa hakim perbicaraan di akhir kes pendakwaan hanya untuk menentukan sama ada pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie ata utidak.

“Hakim diperlukan untuk memberi keputusan yang lebih jelas selepas mendengar kedua-dua pihak pada peringkat pembelaan dan pendakwaan dan bukan pada akhir ke spendakwaan,” katanya.

Karpal berkata Mohamad Zabidin akan mendengar permohonan itu Isnin depan dan jika hakim menolak permohonan itu, pihak pembelaan akan menuntut supaya keputusan itu ditangguhkan sebelum membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan.

“Terdapat duluan bagi permohonan seperti ini, di mana mahkamah biasanya membenarkannya sementara menunggu rayuan,” kata Karpal.

Pada 16 Mei, Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes ini, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai.

Dalam keputusannya, Mohamad Zabidin berkata testimoni Mohd Saiful adalah selaras dengan saksi-saksi pakar bahawa terdapat penetrasi zakar.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun,tahun yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam Anwar, S.N. Nair memberitahu pemberita bahawa pihak pembelaan setakat ini hanya menyoal lima daripada 25 saksi.

Katanya antara saksi-saksi itu ialah bekas ratu pecut negara Datuk Mumtaz Jaafar dan bekas pegawai perubatan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Dr Mohd OsmanAbd Hamid.

Nair berkata pihak pembelaan juga akan mendapatkan bantuan pihak pendakwaan bagi menemu bual Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Sebaik sahaja selepas mahkamah memerintahkan Anwar untuk membela diri, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abbiden menawarkan 72 saksi kepada pihak pembelaan termasuk Najib dan Rosmah.

IBM : Letih di buatnya. Asyik tangguh, tangguh, bila nak habisnya..? Memang si Anwar ni kaki putar belit dan sedang mencari idea macamana nak cabut, kemungkinan ke luar negara..?


Perlawanan akhir Piala FA 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil

DARI MEJA IBM :
SEMBANG - SEMBANG BOLA (LIGA TEMPATAN)



ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T DAN SALAM UKHWAH

PENENTUAN siapa yang akan dinobatkan juara 'Piala FA 2011' akan terjawab di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun ini.

Pada tahun menampakkan peningkatan dan penguasaan pasukan-pasukan dari pantai timur. Di persada liga super di terajui oleh pasukan Kelantan teratas, diikuti oleh Terengganu di tempat kedua dan di tempat ketiga 'The Red Giant' Selangor.

Stadium Nasional Bukit Jalil

Sudah pasti perlawanaan akhir Piala FA ini akan menjanjikan satu perlawanan yang begitu hebat diantara dua negeri yang berjiran. Kita juga berharap agar perlawanan akhir ini dapat berjalan dengan penuh semangat kesukanan. Dalam sejarah bola sepak tanah air, kedua-dua jiran ini adalah musuh ketat.

Apapun, Kelantan sudah pasti mahu menang dan terus mahu menambah koleksi piala untuk di bawa pulang ke Kelantan, dan Terengganu juga mengidamkan kejuaraan untuk menjulang Piala FA buat kali pertama sekali gus membawa pulang ke Terengganu.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA KEDUA-DUA PASUKAN. MAJULAH SUKAN BOLASEPAK UNTUK NEGARA.

Sepp Blatter menang besar, kekal terajui FIFA

DARI MEJA IBM :
SEMBANG - SEMBANG BOLA

Fifa senior vice-president Julio Grondona (right) congratulates Sepp Blatter at the 61st Fifa Congress at the Hallenstadion in Zurich, June 1, 2011.

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T DAN SALAM EKHWAH

ZURICH, 2 Jun - Presiden Gabungan bola Sepak Anteabangsa (FIFA), Sepp Blatter dipilih semula menerajui badan pentadbiran bola sepak itu, semalam selepas memenangi 186 daripada 203 undi.

Susulan pemilihan semula, Blatter berikrar untuk membersihkan FIFA selepas tercemar akibat dakwaan RASUAH.

Blatter, 75 menang tanpa persaingan untuk tempuh empat tahun lagi selepas penarikan diri Ketua bola sepak Asia, Mohamad Hamman, ahad lalu yang mana kemudiannya digantung akibat dakwaan cuba memberi rasuah kepada pengundi menerusi sampul surat berisi wang tunai.

Harap, apa yang di janjikan oleh Blatter dapat ditunaikan dan memperbaiki pentadbiran di dalam FIFA. Rasuah bola sepak juga amat merbahaya jika tidak dibendung. Kita tunggu dan lihat akan perkembangan bola sepak dunia dan FIFA dalam masa empat tahun akan datang ini.


HINDARKAN RASUAH. BOLASEPAK NEGARA AKAN TERUS BERKEMBANG TANPA RASUAH.


Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :

02 JUN

Lapangan Terbang Pulau Pinang

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T DAN SALAM UKHWAH.

PEMBUKAAN RASMI LAPANGAN TERBANG PULAU PINANG
Tarikh Peristiwa : 02.06.1979

Lapangan terbang dianggap sebagai satu keperluan yang sentiasa bertambah mengikut peredaran masa. Kapal terbang merupakan salah satu pengangkutan yang menghubungkan negara dengan dunia luar. Menyedari keadaan inilah pada hari ini 2 Jun 1979 lapangan terbang yang baru Pulau Pinang telah disiapkan dan dirasmikan. Perasmian dilakukan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri, Pulau Pinang, Tun Datuk Haji Sardon bin Haji Jubir. Sejarah Perkhidmatan penerbangan di Pulau Pinang sudah bermula sejak tahun 1930-an lagi apabila lapangan terbangnya negara ini dijadikan sebagai tempat persinggahan kapal terbang - kapal terbang yang berulang alik antara negara-negara Eropah dan Asia Tenggara. Lapangan Terbang Pulau Pinang ini mengendalikan penerbangan tempatan antara Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura dan dikelolakan oleh Wearne's Air Service Ltd. Sementara penerbangan antarabangsa ke Eropah pula melibatkan penerbangan 3 buah syarikat iaitu.

  1. Imperial Airway Ltd. - kemudiannya dikenal dengan nama British Airways dan British Overseas Airways Corporation. Penerbangan 2 kali seminggu antara London dan Australia melalui India menggunakan `flying boats' dan singgah di Glugor Marine Station, Pulau Pinang.
  2. Imperial Airways (Far East) Ltd. - Terbang sekali seminggu di antara Pulau Pinang - Bangkok - Hong Kong.
  3. K.L.M. (Royal Dutch Airlines) iaitu perkhidmatan 3 kali seminggu di antara Amsterdam dan Batavia (Jakarta), melalui bandar-bandar di Eropah, India dan Pulau Pinang.

Di samping itu Kelab Penerbangan Pulau Pinang juga menjalankan perkhidmatan secara sementara (adhoc) dengan menggunakan kapal terbang kecil yang boleh memuatkan dua orang penumpang sahaja. Pembukaan rasmi lapangan terbang Pulau Pinang pada hari sini adalah sebagai memantapkan lagi perkhidmatan penerbangan yang telah lama berjalan di negeri itu. Lapangan terbang yang baru ini adalah yang pertama di Malaysia dan terbaru di Asia Tenggara ketika itu. Bangunannya dilengkapi dengan beberapa peralatan moden seperti alat `passenger loading bridges' yang boleh dipanjangkan sepenuhnya sehingga 18.3 meter, sistem isyarat keselamatan moden yang dipasangkan di bangunan terminal dan melibatkan `fire alarm control panels' serta beberapa peralatan kebakaran moden alat letronik `Flight Information Display System' iaitu untuk memberi maklumat kepada para penumpang mengenai butir-butir perjalanan kapal terbang dan beberapa peralatan lain lagi. Pembukaan rasmi lapangan terbang Pulau Pinang yang moden dan lengkap ini akan menjadikan sistem perkhidmatan penerbangan di Pulau Pinang yang cekap dan sistematik. Lapangan terbang ini akan menjadikan Pulau Pinang lebih dekat kepada dunia luar dan membuka peluang kepada perdagangan, perindustrian dan pelancongan di negeri Pulau Pinang lebih berkesan lagi.

Firefly adalah penerbangan tambang murah di bawah subsidi Penerbangan Malaysia telah memulakan operasinya di enam destinasi dari hub penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI : IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...