Saturday, July 2, 2011

Bapanya nyanyuk, anaknya pula mabuk, mabuk kuasa, mabuk harta..

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Selama 21 tahun bapanya Tok guru Nik Aziz menerajui negeri Kelantan, kita tidak nampak perubahan dan ketambahan ekonomi yang membanggakan, malah masih di takuk lama. Rakyatnya masih ramai yang miskin, masalah sosial meningkat. Pendek kata ramai dikalangan rakyat Kelantan yang mengeluh dan merasa malu, apatah lagi Tok Guru pernah berkata bahawa negeri Kelantan adalah 'Serambi Mekah'.

Gelaran itulah yang membuatkan rakyatnya rasa muak dan mula benci kepada Pas dan perjuangan politiknya. Tapi, bila ditanya, Nik Aziz akan melenting. Maka keluarlah perkataan 'Celako, Celako, Celako'...dan dia kan mengeluarkan fatwanya sendiri yang tidak konsisten dan akan menyalahkan media, kononnya memutar belitkan kenyatannya di akhbar-akhbar.

Kini, klon Ni Aziz sudah muncul. Anaknya yang bernama Nik Abduh akan mewarisi dan mengantikan tempat bapanya bila bersara nanti. Cara dia berpolitik sebiji macam bapanya. Maklumlah baru menang bertanding Timbalan Ketua Pemuda Pas di Muktamar Pas baru-baru ini.
Inikah yang dimaksudkan oleh Nik Abduh ?..Dia tak baca paper le tu. Jangan asyik baca Harakah je..

Kononnya, Nik Abduh telah membuat kajian bahawa amalan 'Rasuah' yang berleluasa punca utama kejatuhan pelaburan Asing di negara ini disekitar 2008 hingga 2009, bukan kerana kumpulan BERSIH yang dikatakan mengugat kestabilan ekonomi dan keamanan negara.

Malah kerajaan BN dipersalahkan kerana bersifat kuku besi kerana tidak memberi ruang sewajarnya kepada rakyat untuk menyuarakan rasa hati mereka. Tuduhan yang Nik Abduh lemparkan ini merujuk kepada perhimpunan Haram BEERSIH pada 9 Julai ini.

Berbalik kepada masalah pelabur Asing yang kononnya lari dan kurang minat untuk melabur di Malaysia, kita nak tanya Nik Abduh yang bodoh lagi bangang, berapa ramaikah pelabur Asing yang telah datang melabur di negeri Kelantan sejak tahun 2009 hingga 2011?

Cubalah celikkan sikit mata tu, bacalah surat khabar, tontonlah TV, jangan butakan mata dan pekakkan telinga wahai Nik Abduh. Cuma satu saja nak nasihatkan pada Nik Abduh ni, kalau umur baru setahun jagung, jangan cuca-cuba lautan dalam nak di renangi, kelak akan lemas sendiri.

Apa yang kamu perlu buat, jaga negeri Kelantan bersama dengan bapa kamu, Nik Aziz. Jangan sampai rakyat menukar haluannya kepada UMNO/BN di PRU ke-13 nanti. Tapi..dah ada angin sepoi-sepoi yang mengatakan rakyat Kelantan akan membuat satu perubahan besar. Kita tunggu.

JOM TINGGALKAN PAS, MASUK UMNO, BUKAN SEORANG, TAPI BERAMAI-RAMAI - IBM




Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

02 JULAI

HARI DALAM SEJARAH :

PEMBUKAAN JAMBATAN SULTAN ABU BAKAR KUANTAN

TARIKH PERISTIWA : 02.07.1963

Pada hari ini 02.07.963, Jambatan Sultan Abu Bakar telah dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Abu Bakar Shah Al-Marhum Sultan Abdullah. Jambatan yang berharga 1.7 juta ringgit ini adalah hasil dari pinjaman wang Amerika Syarikat. Turut hadir di majlis perasmian ini ialah Menteri Pengangkutan Persekutuan Dato' Sardon bin Haji Jubir. Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam titah ucapannya menganggap bahawa jambatan tersebut adalah projek yang kedua besarnya di negeri Pahang yang telah dirasmikan dalam minggu ini. Dengan pembinaan ini maka berakhirlah penggunaan feri yang selama ini digunakan untuk menghubungi bandar Kuantan.

Menteri Pengangkutan Persekutuan

KELEBIHAN MEMBACA. JADIKAN MEMBACA AMALAN HIDUP KITA.
IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER :ARKIB NEGARA]

Friday, July 1, 2011

Ezam Mohd Nor di tahan Polis

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM E.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

< 300 Bantah KM P.Pinang Kerana Sokong BERSIH >

Kira-kira 300 penyokong Umno, PERKASA dan NGO, Suara Anak-anak Malaysia mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang petang tadi bagi membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

NONE
Dalam kekecohan itu enam orang ditahan polis yang turut mengarahkan kira-kira 100 anggotanya untuk mengawal keadaan.

Penyokong kumpulan itu berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Kapitan Keling ke bangunan Komtar selepas solat Jumaat.

Mereka menuntut Lim berundur sebagai ketua menteri kerana beliau secara terbuka menyokong perhimpunan BERSIH yang telah diisytiharkan perhimpunan haram oleh pihak polis.

Dalam perarakan itu yang melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menunju ke Komtar, kumpulan itu juga memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan.

Mereka juga bertindak ganas dengan menolak dua jurugambar - seorang daripada akhbar Cina manakala seorang seorang lagi daripada stesen TV.

NONE
Selepas menahan enam orang dan membunyikan siren, penunjuk perasaan beredar ke Jalan Penang, di mana beberapa beberapa pemimpin Umno termasuk Ezam Mohd Nor membuat ucapan membidas Lim dan kerajaan negeri.

Pada jam 3.30 petang, sekumpulan lagi berarak dari Jalan Penang ke kawasan Komtar membawa dua ekor itik dan menjeritkan nama exco Pulau Pinang dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim. Selain mempersendakannya mereka juga mengajuk cara percakapan Abdul Malik.

Polis hanya membiarkan kumpulan itu dengan telatah dan gelagat mereka.

Polis dikerah untuk menenangkan keadaan.

Kita tunggu pula di Selangor. Bila rakyat Selangor bangkit dan membantah apabila Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim @Khalid gagap, secara terang mengatakan sokongan beliau kepada perhimpunan haram BERSIH ?..malah beliau mengatakan telah membelanjakan wang (duit rakyat) bagi menampung kos perhimpunan tersebut. - IBM

Mat Sabu kata jom pergi demo, kena tangkap tanggung sendiri

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Apalah punya Bos. Suruh anak-anak buah pergi berdemo, tapi tidak akan bela bila kena tangkap. Inilah sebenarnya 'warna-warna' perjuangan PAS.

Ini dinyatakan dengan jelas oleh Mat Sabu@Mat Sabun. Dia kata, bukan saya kata. PAS sudah membuat keputusan untuk tidak memberi bantuan guaman atau sebagainya kepada mereka yang ditahan pihak berkuasa.

Bila dah kena macam ini, siapa yang susah ?

PAS merelakan para penyokongnya di tahan mengikut Akta ISA. Tiada pembelaan kepada mereka. Nasib le korang.

Berani tak bertempat

Dan, adakah ini yang PAS mahu tengok.? Merelakan para penyokongnya di tahan Polis sedangkan arahan adalah daripada pemimpin atasan PAS ?. Memang bahlol dan tolol le penyokong-penyokong PAS ni. Ibarat menghulurkan tengkok untuk di pancung.

Sementara itu, Mat Sabu ada memberi jamin 100 peratus kepada pihak berkuasa bahawa ahli parti itu tidak akan terlibat dengan gejala yang boleh mencetuskan kekacauan. Betul ke Mat Sabun ? Silap hari bulan dia pun tak nampak, hilang entah kemana.

Teringat IBM akan kata-kata seorang bekas ahli PAS : "Pemimpin-pemimpin PAS nampak je warak, berserban, berjubah, berjanggut, ala ulamak, tapi hati dan jiwa mereka kosong, penuh dgn perasaan dendam terhadap sesama bangsa. Saya tinggalkan Pas kerana perjuangannya sudah lari dari landasan yg sebenar."- bekas ahli Pas Cawangan Kelana Jaya.

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAH UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

1 JULAI

HARI INI DALAM SEJARAH :

UNDANG-UNDANG KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA DIKUATKUASAKAN

TARIKH PERISTIWA : 01.07.1952

Pada hari ini 1.7.1952, Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah dikuatkuasakan di negara ini. Undang-undang ini mula dirancang oleh Jabatan Buruh Persekutuan dalam tahun 1949 dan telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam bulan April, 1951. Sebuah Lembaga telah dibentuk melalui undang-undang kumpulan Wang Simpanan pekerja 1951 itu dan menjadi pemegang amanah Kumpulan Wang dengan tujuan membekalkan faedah kumpulan wang simpanan kepada orang-orang bekerja. Di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan ini pihak majikan dikehendaki membayar caruman bulanan bagi pekerja mereka kepada kumpulan wang. Caruman yang terdiri dari sebahagian kecil gaji seseorang pekerja adalah dikumpul, dilabur. Faedah daripada caruman yang terkumpul itu, dibayar kepada pekerja-pekerja yang berhak. Semua caruman yang kena dibayar di bawah undang-undang ini adalah dibayar kepada kumpulan wang termasuklah belanja pentadbirannya. Dengan itu Lembaga adalah sebuah badan berkanun yang berotonomi dari segi kewangan. Ketua kerja ialah Pengurus Besar yang dilantik oleh Menteri.

Semasa ditubuhkan dalam tahun 1951, Lembaga mengandungi 18 orang ahli iaitu:

  1. 6 orang pegawai kerajaan termasuklah Ketua Pos Negara,
  2. 6 orang mewakili para majikan.
  3. 6 orang wakil pekerja.

Kesemuanya dilantik oleh Pesuruhjaya tinggi Majlis Pemerintah pada masa itu. Pengerusi Lembaga pula dilantik dari kalangan ahli-ahli Lembaga, Pengerusi pertama KWSP ialah Setiausaha Kewangan Perbendaharaan. Undang-undang kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951 yang dikuatkuasakan ini telah beberapa kali di pinda untuk mensesuaikannya dengan kepentingan semasa terutama melibatkan soal-soal perlantikan ahli-ahli Lembaga, tugas ahli lembaga, dan kuasa-kuasa yang diluaskan ke Sabah dan Sarawak. Semasa undang-undang ini dikuatkuasakan, bilangan pekerja-pekerja yang didaftarkan ialah 344,308 yang mana meningkat kepada 518,948 pada akhir tahun tersebut. Menjelang bulan September 1955, bilangan ahli telah meningkat kepada 769,392 dan dalam tahun 1960 bilangan ahli kira-kira melebihi satu juta kumpulan ini terus berkembang sehingga hari ini.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA : IKHLAS DARI : IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...