Monday, July 4, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah.

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

04 JULAI

Tentera Inggeris sedang berperang (Gambar Hiasan)

INGGERIS MENYERANG KUALA SELANGOR

TARIKH PERISTIWA : 04.07.1871
Pada hari ini dalam tahun 1871, pekan Kuala Selangor telah diserang dan dibedil oleh angkatan perang Inggeris. Serangan ini dilakukan ekoran daripada peristiwa serangan lanun ke atas sebuah tongkang yang dimiliki oleh seorang saudagar dari Pulau Pinang yang telah menyebabkan 34 orang terbunuh. Berikutan itu, Gabenor Negeri-Negeri Selat telah menghantar satu rombongan dengan kapal H.M.S Rinaldo dan Pluto ke Kuala Selangor, menuntut kepada Raja Muda Musa agar lanun-lanun yang melarikan diri ke Kuala Selangor itu ditangkap. Rombongan angkatan perang yang tiba ke Kuala Selangor telah bertemu dengan Syed Mashor, Raja Mahmud dan Raja Mahadi dan telah berlaku pertengkaran serta pergelutan hingga menyebabkan seorang anggota tentera Inggeris terbunuh dan dan enam orang tercedera. Lanjutan daripada itu, angkatan perang Inggeris telah menyerang dan membedil kota-kota dan pekan Kuala Selangor. Serangan kali kedua pada 6 Julai 1871 telah membinasakan kubu dan membakar penempatan di pekan Kuala Selangor. Sesungguhnya, pihak Inggeris telah sedia menanti peluang untuk campur tangan di Selangor. Peluang permasalahan lanun ini telah dijadikan alasan untuk memasuki Selangor selepas negeri Perak.
Rumah Api, Bukit Melawati, Kuala Selangor


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA KERANA MEMBACA AKAN MENGURANGKAN STRESS ATAU TEKANAN. IKHLAS DARI : IBM.
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Sunday, July 3, 2011

Bukan seorang, tapi ribuan ahli Pas menyertai UMNO. tak percaya??

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

PASIR PUTEH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat Kelantan kini mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN) setelah 2,800 ahli Pas menyertai UMNO di daerah Pasir Puteh.

Beliau berkata, antara ahli-ahli Pas yang menyertai UMNO itu ialah saudara kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Raja Abdullah Raja Mahmud.

"Seramai 2,800 ahli tinggalkan Pas dan pengundi Pasir Puteh sudah hilang keyakinan kepada Pas," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama rakyat itu, hari ini.

Perdana Menteri turut meminta Raja Abdullah naik ke pentas bagi hadirin mengenalinya yang disambut dengan sorakan para hadirin.

beserta laungan dan teriakan "Gelombang Merah" iaitu gelombang perubahan untuk rakyat, cetusan UMNO Kelantan.

Katanya, keyakinan itu juga bersandarkan seramai lebih 20,000 rakyat hadir pada majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik di sini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Bekas-bekas ahli Pas berkenaan turut hadir pada majlis itu.

Ketika ditemui pemberita, Raja Abdullah, 57, berkata, beliau sudah serik ditipu kepimpinan Pas kerana tidak pernah tetap pendirian dalam perjuangan parti.

"Kalau dahulu, Pas kata wanita tidak boleh dicalonkan kerana ia bercanggah dengan Islam tetapi kini Pas membenarkannya demi perjuangan Islam," kata bapa kepada 11 orang anak itu.

Beliau juga kesal apabila Pas sebelum ini menolak kerjasama dengan orang bukan Islam kerana kerjasama itu bercanggah dengan agama seperti yang dilakukan oleh BN dengan membentuk kerjasama dengan parti kaum Cina, MCA dan kaum India, MIC.

"Sekarang atas alasan untuk menjelaskan Islam, kini golongan yang Pas panggil "kafir" itu (dan) kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan iaitu dengan DAP," kata bekas tentera itu yang mengakui beliau tidak pernah mengundi UMNO - Barisan Nasional kerana menyokong Pas sepenuh hati sebelum ini.

Keyakinan Raja Abdullah terhadap Pas hilang apabila parti itu meninggalkan penubuhan negara Islam dan memperjuangkan negara berkebajikan yang jelas membuktikan Pas mudah tunduk kepada DAP.

Ditanya apakah pertalian saudara antara beliau dengan Mursyidul Am Pas itu, Raja Abdullah berkata: "Ayah saya saudara rapat kepada Nik Abdul Aziz kerana kami berketurunan Raja Jembal, iaitu keturunan kerabat Raja Kelantan lama yang banyak menggunakan Nik dalam nama keluarga." - BERNAMA

NAK DENGAR KOMEN DARI TOK GURU NIK AZIZ DAN NIK ABDUH. APA MEREKA NAK KATA. ADAKAH SURAT KHABAR SALAH CETAK ATAU MEDIA SENGAJA MENGADA-ADAKAN PERKARA YANG TAK BENAR? JAWAB TOK GURU JAWAB, JANGAN TAK JAWAB. SUKA DENGAR NIK AZIZ KATA, CELAKO, CELAKO, CELAKO - IBM

Hari Ini Dalam Sejarah.

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

03 JULAI

HARI INI DALAM SEJARAH :



PERASMIAN PUSAT PERGERAKAN RELA SRI AMAN, SARAWAK

TARIKH PERISTIWA : 03.07.1989

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia atau ringkasnya RELA adalah salah sebuah jentera keselamatan kerajaan. RELA merupakan bukti yang nyata menunjukkan keazaman kerajaan bagi mengembelingkan tenaga rakyat dari semua golongan untuk sama-sama secara sukarela memelihara kamanan negara. Dalam erti kata lain mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara bukanlah semata-mata tanggungjawab pihak kerajaan sahaja, tetapi adalah tanggungjawab semua rakyat. Bagi negeri Sarawak, penubuhan pusat-pusat pergerakan RELA sedang giat dirancang dan dilaksanakan. Pada hari ini 3.7.1989 Menteri Pembangunan Tanah Negeri Sarawak Y.B. Encik Adenan bin Haji Satem telah merasmikan Pusat Pergerakan RELA Kawasan III, Daerah Kecil Meludam, Sri Aman, Sarawak. Bangunan Pusat Pergerakan itu didirikan hasil dari sumbangan Kerajaan negeri Sarawak berjumlah RM20 ribu. Tapak bangunan juga adalah pemberian dari Kerajaan Negeri. Dalam ucapan perasmiannya Encik Adenan menyeru anggota-anggota RELA negeri Sarawak supaya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kerana ini akan meninggikan lagi imej anggota RELA selaku pembantu pasukan keselamatan dalam menjalankan tugas keamanan. Bersempena dengan perasmian Pusat Pergerakan RELA itu, Pejabat RELA Daerah Sri Aman dengan kerjasama Ibu pejabat RELA Negeri Sarawak telah menganjurkan satu kursus Kepimpinan Sehari kepada Ketua Pergerakan dan Ketua-ketua Biro serta ahli-ahli Pergerakan Rela mukim pada 2.7.1989, yang mana telah dihadiri oleh 94 orang ahli RELA dan para penceramahnya di jemput khas dari Jabatan Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Bomba Negeri Sarawak, Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat RELA negeri Sarawak. Sesungguhnya dengan perasmian Pusat Pergerakan RELA Sri Aman, Sarawak diharap para RELA di kawasan berkenaan akan dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka sama ada dalam bidang keselamatan dan kebajikan dan sebagainya.

SELAMAT MEMBACA KERANA MEMBACA BOLEH MEMBANTU ANDA BERKOMUNIKASI DENGAN LEBIH BAIK. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Mat Sabu @Mat Sabun sanggup kena tahan demi Ambiga@Normah dan si Anu tu..

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Masihkah kau ingat wahai Mat Sabu@Mat Sabun ?

Membujur lalu melintang patah. Begitulah kata-kata dan semangat si Mat Sabu, wira Pas yang di agung-agungkan oleh pengikut-pengikut Pas. Baginya, biarpun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pemimpin Pas itu tetap akan meneruskan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Dan begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Pas yang lain tidak akan berundur dan perhimpunan akan diteruskan kerana itulah perjuangan.

Menurut Mat Sabu Pas menyertai perhimpunan Bersih 2.o hanya untuk menuntut keadilan dalam pilihanraya dan bukannya untuk mengugat kestabilan negara. Betul ke Mat Sabu ?..kalau betul kenapa sampai nak berdemo?..kan kerja sia-sia namanya tu. Atau....ada masukkkkk. Duit...duit..siapa tak nak duit kan. Orang Pas tak nak duit ke?

Pagi tadi IBM terserempak rakan-rakan lama yang sama-sama berjuang dalam UMNO dulu, tapi mereka telah menyertai PKR. Sempat juga bersembang dengan mereka. Terkejut juga IBM bila mereka kata, mereka tidak akan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada minggu hadapan kerana merea tidak bersetuju dengan cara yang sebegini. Mereka sudah mula sedar akan perjuangan dan janji-janji kosong PKR.

Tapi...mereka segan untuk berterus terang. Dari wajah dan raut muka mereka menampakkan kekeciwaan dengan sikap para pemimpin mereka. Mereka juga hairan, kenapa kita harus tunduk dan turut kepada perintah pemimpin yang bukan dari kalangan bangsa kita sendiri ?
Amiga ?..siapa Amiga ?..tanya mereka.

Moga mereka-mereka tu akan insaf dan kembali kepangkal jalan dan insyallah IBM akan cuba mendekati mereka memujuk supaya mereka kembali menyertai UMNO/BN. Insyallah. - IBM

Disahkan haram, Bersih 2.0 haram, haram jadah !

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA


PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram berkuat kuasa semalam.

Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, siasatan mendapati Bersih bukan pertubuhan berdaftar tetapi telah bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau berkata, siasatan Kementerian Dalam Negeri mendapati Bersih telah menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu.

Bersih melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, ia boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara.

Malah ia menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum. katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Berikutan dengan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.

Diisytiharkan haram oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

ROS isytiharkan Bersih 2.0 pertubuhan haram. Itu ROS kata, bukan IBM kata. Apapun, itu adalah satu tindakan yang bijak daripada ROS. Negara kita ada undang-undang. Siapa mereka yang membelakangkan undang-undang. Persalah harus di hukum. - IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...