Friday, September 2, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMU MUALAIKUM W.B.T SALAM AIDILFITRI SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA
02 SEPTEMBER
 ~ HARI INI DALAM SEJARAH ~

PERTABALAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG YANG PERTAMA TARIKH PERISTIWA : 02.09.1957

Pada hari ini dalam tahun 1957,  DYMM Seri Paduka Tuanku Sir Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dengan  rasminya telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu merdeka yang pertama.  Istiadat pertabalan yang gilang-gemilang ini telah  dilangsungkan  di  Balai Rong Seri, Istana Negara  dan  dihadiri oleh lebih daripada 500 orang jemputan  termasuk Raja-Raja Melayu, Sultan Brunei, Gabenor Melaka dan Pulau Pinang, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet, tetamu  istimewa dari dalam dan luar negeri serta  Duke of Gloucester  yang mewakili Baginda Queen.  Istiadat  Pertabalan telah  dimulakan  dengan  keberangkatan  DYMM Seri Paduka  Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dengan diiringi oleh Datuk Paduka Maharajalela Tuan Haji Mustapha Albakri, juruiring-juruiring dan panglima-panglima yang  membawa alat-alat kebesaran  serta  iringan  bunyian  oleh gendang  perang,  paluan nobat nafiri dan tembakan meriam sebanyak 21 das.  Surat perisytiharan pertabalan Yang di-Pertuan Agong  telah dibacakan  oleh  Tuan  Haji  Mustapha Albakri, Datuk Paduka Maharajalela yang juga  merupakan  Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu Persekutuan Tanah Melayu. 


~ SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI SAYA : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

60 Kerusi Parlimen? woww!!..berselera beso Pas nampaknya...

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t salam AidilFitri salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua.

Berselera betul nampaknya Presiden Pas ni. Maklumlah mood di dalam bulan yang mulia ini, bulan kemenangan (Aidilfitri). Pas begitu konfiden akan meraih kemenangan di dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang, dengan menyasasarkan 60 buah kerusi Parlimen.
Itulah sasaran mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) sekali gus mereka menerajui negara.



Selain dari itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, begitu yakin, Pas akan merampas kembali negeri Terengganu dari tangan Barisan Nasional (BN) dengan memenangi kerusi DUN secara majoriti di Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


~ Hoo..hoo..hoo...biar betul ni. Memang berselera beso Pas ni. Apapun itu hanyalah main sekeloji dari Pas dan tangkapan Pas sahaja. Tak mendatangkan kudis bagi UMNO/BN, dan kita tak pernah gentar bagi menghadapi pembangkang. Ayuh Pas!..kita bertempur di PRU ke-13 nanti. Kita tengok siapa yang kena dan siapa yang menang. Hidup BN!!!. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Thursday, September 1, 2011

"Tarik Balik Kenyataan Kamu" : Amaran Karpal Singh pada Mat Sabu


[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam AidilFitri Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua




 Karpal Singh Mahu Mat Sabu Tarik Balik Kenyataan Berhubung Tragedi Bukit Kepong

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.

Pemimpin DAP itu berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.
"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya," kata Karpal Singh.
Mohamad Sabu, yang juga Timbalan Presiden PAS, semasa berceramah di Tasek Gelugor di sini pada 21 Ogos lepas didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Karpal Singh berkata Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
"Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini," katanya.
Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyatan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan.
"Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya. Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif," kata Karpal Singh.
Mat Sabu yang kemudiannya menjelaskan tentang kenyataannya berkata mereka yang menyerang Bukit Kepong adalah hero kerana mereka pejuang kebebasan, dan bukan kerana mereka menyerang anggota polis Melayu.

~ Apa akan jadi sekirannya Mat Sabu tidak menarik balik kenyataan beliau?..adakah Karpal Singh akan melenting?...atau ini cuma lakonan sesama mereka semata-mata. Manalah tahu, munkin ini akan mendapat simpati daripada rakyat yang kononnya DAP lah perjuangan rakyat yang sebenarnya. Faham-faham je lah...PRU ke-13 dah nak hampir. Kalau tak percaya....tungguuuuu. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Peristiwa Bergambar Di Sana-Sini.....

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam AidilFitri Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua


Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar Ibu Kota semasa cuti Hari Raya dan Hari Kemerdekaan :


29 OGOS 2011: Gambar yang dirakam pada jam 2 petang ini menunjukkan Jalan Tun Razak berdekatan menara Lembaga Tabung Haji kelihatan lenggang berikutan kebanyakan warga kota sudah bercuti atau pulang ke kampung halaman sempena dengan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.






30 OGOS 2011: Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Mohan Parameswaran yang berpakaian baju Melayu bercorak Jalur Gemilang semasa hadir pada rumah terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya.



30 OGOS 2011: Ribuan rakyat memenuhi kawasan Istana Negara untuk bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Pemaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah selepas Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara di Kuala Lumpur.



30 OGOS 2011: Sekumpulan remaja mengenakan baju raya bertemakan Jalur Gemilang yang ditaja khas oleh Butik Khais Silk sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan negara, yang disambut serentak pada tahun ini, ketika tiba di Tebingan Sungai Kuching untuk beraya di Kampung Gersik, di Kuching, Sarawak. - 
~ Selamat bercuti kepada semua warga kota dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 tahun. Moga negara kita aman dan damai selalu. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam AidilFitri Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua
01 SEPTEMBER

~ HARI INI DALAM SEJARAH ~

BAHASA MELAYU DIISYTIHARKAN SEBAGAI BAHASA RASMI NEGARA

TARIKH PERISTIWA : 01.09.1967

Pada hari ini dalam tahun 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967. Dalam warkah perisytiharan melalui Titah Diraja yang disiarkan melalui radio dan televisyen, baginda mensifatkan pendaulatan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal merupakan permulaam suatu zaman baru dalam sejarah kemerdekaan negara ini. Baginda telah menyeru seluruh rakyat supaya mengguna dan memajukan bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh sebagai bahasa rasmi negara ini. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pula dalam satu kenyataannya telah menegaskan bahawa pendaulatan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi menjadikan kemerdekaan Malaysia lengkap apabila penggunaannya sudah dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tercatat dengan jelas sebagai Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah dimuatkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan pengantar yang tunggal di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi melalui Penyata Razak 1956 dan disokong kuat oleh Penyata Rahman Talib 1960. Usaha-usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskan penggunaan Bahasa Kebangsaan ini telah dijalankan dengan lebih giat dan serius melalui minggu dan bulan Bahasa Kebangsaan perjuangan politik bahasa, serta menambahkan buku-buku ilmu pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Usaha-usaba mendaulatkan Bahasa Kebangsaan ini telah menghadapi berbagai kesulitan yang lahir dari soal-soal politik bahasa itu, soal sikap dan penerimaan rakyat terhadap masalah bahasa itu sendiri dan juga sikap tidak tegas pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan-kakitangan kerajaan dalam menggunakan bahasa itu. Bagaimanapun hasil dari sikap dan pendirian tegas Kerajaan dalam soal ini, pada hari ini dalam tahun 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Berikutan dari pengisytiharan baginda itu,pada hari yang sama, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan surat Pekeliling Am No. 12 Tahun 1967 yang mengarahkan bahawa daripada tarikh itu, Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu sahaja hendaklah digunakan untuk maksud-maksud rasmi dalam pentadbiran sehari-hari yang dijalankan oleh kementerian-kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan, Kerajaan-kerajaan Negeri, Kerajaan-kerajaan tempatan dan badan-badan berkanun di Negeri-Negeri Tanah Melayu kecuali di Parlimen, Dewan-Dewan Negeri dan Mahkamah di mana bahasa Inggeris boleh digunakan setakat masa yang telah diperuntukan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Jikalau Bahasa Kebangsaan tidak dapat digunakan sepenuhnya Surat Pekeliling itu membolehkan penggunaan bahasa Inggeris mengikut yang diperuntukkan dalam Sek. 4 Akta tersebut.

~ SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...