Thursday, November 3, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

{DARI MEJA IBM} :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA


 3 NOVEMBER



PENGURNIAAN PANJI-PANJI PASUKAN PERTAMA ASKAR PENINJAU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

TARIKH PERISTIWA : 3.11.1962

Pasukan Pertahanan memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan keamanan di dalam negara ini. Kemampuan pasukan askar kita telah terbukti kewibawaan pada zaman darurat dahulu. Kemampuan menghapus kegiatan dan kezaliman Komunis (1948-1960) menjadikan pasukan askar wira negara. Di atas jasa yang ditunjukan itu, pada hari ini 3 November 1962 Pasukan Pertama Askar Peninjau Persekutuan Tanah Melayu telah dikurniakan `Panji-Panji’ yang menjadi lambang kehormatan, kemegahan dan bukti taat setia kepada negara.Pengurniaan panji-panji yang julung-julung kali bagi pasukan ini telah dilakukan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Putera Ibni Almarhum Tuanku Syed Hassan Jamalulai dalam satu istiadat di Perkhemahan Tentera Sungai Udang, Melaka. Pasukan ini ditubuhkan pada 2 Sept. 1952 di Taiping Perak dikenali dengan nama Batalion Pertama Pasukan Tentera Persekutuan. Ianya ditubuhkan atas inisiatif  Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu dan beliau telah dilantik sebagai Kolonel Pasukan yang pertama dan apabila beliau bersara pada Mei 1954, DYMM Raja Perlis telah menggantikan tempatnya sebagai Kolenel Pasukan yang kedua. Pengorbanan Pasukan Tentera ini kepada rakyat untuk mewujudkan keamanan terbukti dengan kejayaan mengalahkan komunis di Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Pahang dan kejayaan cemerlang dicatatkan di Tangkak, Johor apabila pasukan ini berjaya   mengisytiharkan Kawasan Putih di kawasan ini pada tahun 1957.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA PEMBACA YANG BUDIMAN. MOGA MENDAPAT MENAFAAT DARINYA, INSYALLAH. IKHLAS DARI SAYA : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

HARAM!! Itu Keputusan KDN

{DARI MEJA IBM} :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA



PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri pada Rabu mengharamkan pengedaran buku kontorversi panduan seks yang dikeluarkan oleh Kelab Isteri Taat berkuat kuasa serta-merta.
Sesiapa yang didapati memiliki buku Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia akan dikenakan denda hingga RM5,000.
Manakala mereka yang didapati mencetak serta mengedar buku berkenaan untuk dijual di pasaran boleh kenakan denda tidak melebihi RM20,000, penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekalinya.
Setiausaha bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Abdul Aziz Mohd Nor berkata buku berkenaan tidak boleh diedarkan kepada orang ramai.
“Kami telah membuat siasatan dan mencari buku berkenaan termasuk di Kelantan dimana ia didakwa pertama kali ditemui namun gagal menjumpainya.
“Akhirnya kami mendapat sebuah buku ihsan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan selepas meneliti isi kandungannya, kami dapati ada sebab kukuh buku berkenaan perlu diharamkan,” katanya kepada The Star.
Abdul Aziz berkata sebab pertama adalah kerana buku berkenaan diedarkan oleh sebuah pertubuhan yang secara jelas mempunyai hubungan dengan kumpulan ajaran sesat al-Arqam.
“Oleh kerana pertubuhan berkenaan telah diharamkan, maka apa kaitan dengannya termasuk kelab atau buku yang diterbitkan oleh mereka juga akan turut diharamkan,” katanya.
Beliau berkata buku berkenaan turut melanggar garis panduan penerbitan dan penapisan yang dikeluarkan oleh Jakim.
“Berdasarkan siasatan yang kami jalankan dan hasil penemuan yang dibuat oleh Jakim, kita perlu mengharamkan buku ini,” katanya.
Buku kontroversi berkenaan telah ditulis oleh Hatijah Aam yang juga isteri kepada bekas pengasas kumpulan al-Arqam, Ashaari Muhammad dan pengasas Kelab Isteri Taat.
Kelab berkenaan ditubuhkan oleh Global Ikhwan Sdn Bhd, sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh kumpulan al-Arqam.
Ketika dihubungi, jurucakap kumpulan Global Ikhawan, Siti Maznah Mohd Taufik turut mempersoalkan keperluan pengharaman buku berkenaan, kerana menurutnya buku tersebut diterbitkan untuk ahli-ahli mereka sahaja.
"Kita tidak pernah merancang untuk mengedarkan buku ini kepada orang luar. Buku ini diterbitkan untuk memberi pengetahuan kepada ahli kami,” katanya.
Selain ahli pertubuhan itu, buku berkenaan turut diedarkan kepada media pada sidang akhbar ketika mereka melancarkan buku berkenaan baru-baru ini.
"Kami hanya mengedarkan buku berkenaan kepada pihak media supaya mereka dapat membaca dan memahami isi kandungan buku berkenaan,” katanya.



IBM Sokong di atas tindakan yang di ambil oleh KDN. Banyak mendatangkan mudarat daripada kebaikan. Tak tahulah apa motif mereka-mereka ini. Dah tak ada kerja lain kot. Nak glamour ke?.....kalau iapun terbitlah buku yang elok-elok sikit. Hampeh betui depa ni.
Anda semua ada beli ke?....hentikan, buang duit je....:)

Wednesday, November 2, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

{DARI MEJA IBM}
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR  KITA


2 NOVEMBER 



BANK NEGARA MALAYSIA MELANCARKAN KEMUDAHAN `PEMBIAYAAN SEMULA KREDIT EKSPORT' (ECR) KE 2

TARIKH PERISTIWA : 2.11.1989

Pada hari ini 2.11.1989 Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaffar Hussein telah melancarkan kemudahan `Pembiayaan Semula Kredit Ekspot (ECR) Ke 2, bertempat di Bank Negara, Kuala Lumpur. Di bawah skim itu pembiayaan pra-hantaran dibahagikan kepada empat jenis iaitu pinjaman nilai tambahan (VAL), pinjaman bahan mentah tempatan (DIL), pinjaman barang siap tempatan (DOL) dan pinjaman bahan mentah asing (FIL). Pembahagian skim itu kepada empat jenis pinjaman dengan kaedah pengeluar terkawal bertujuan memastikan bantuan yang diberikan itu digunakan sepenuhnya untuk tujuan eksport. Pelancaran skim tersebut dibuat setelah jawatankuasa khas Bank Negara menilai skim percubaan ECR II yang telah diuji sejak tahun 1986 lalu. Melalui skim ECR II, hanya pinjaman nilai tambahan (VAL) dikeluarkan terus kepada pengeksport manakala pinjaman bahan mentah tempatan (DIL), pinjaman barang siap tempatan (DOL) dan pinjaman bahan mentah asing (FIL) akan dikeluarkan terus kepada pembekal- pembekal bahan mentah apabila dokumen yang mengesahkan pembelian dan penghantaran barangan dikemukakan. Pinjaman nilai tambahan (VAL) adalah bertujuan untuk membantu pembiayaan kos operasi pengeksport dan ianya tidak melebihi 30 peratus daripada jumlah pinjaman yang layak diterima. Di bawah skim baru itu juga, had pembiayaan bagi setiap pengeksport sebanyak RM 3 juta telah dinaikkan kepada RM5 juta, manakala had pembiayaan maksimum RM 10 juta yang dikenakan sebelum ini dimansuhkan. Bank-bank perdagangan diberi hak menentukan had maksimum pembiayaan tersebut. Walau bagaimanapun pinjaman mereka tetap tertakluk kepada keperluan nisbah modal hutang 60:40 yang ditetapkan oleh Bank Negara. Sesungguhnya dengan terlancarnya kemudahan `Pembiayaan Semula Kredit Eksport' ke 2 pada hari ini diharap ianya akan dapat membantu Bank Negara mengemaskini cara pembiayaannya bagi memastikan bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi tujuan eksport.
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA.
IKHLAS DARI SAYA : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Bob Lokman Tak Ada Telo, Pengecut Nak Mampus!

{DARI MEJA IBM} :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA



Waran tangkap terhadap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman, sudah dikeluarkan Jumaat lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Mengikut sumber dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), pihak Jais sedang mengesan bekas artis berusia 47 tahun itu dan akan menahannya untuk membantu siasatan berhubung kes menyampaikan ceramah tanpa 'TAULIAH'.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menahan Bob Lokman jika didapati beliau berada di Selangor dan yakin dapat menahannya dalam masa terdekat. Sebelum ini, Bob Lokman ditahan ketika menyampaikan tazkirah di sebuah masjid di Sungai Lui, Hulu Langat dan dibawa ke balai Polis berhampiran kerana dikatakan tiada tauliah memberi ceramah berkaitan ilmu agama pada 10 Oktober lalu.

Disamping itu, dipihak Bob Lokman pula mendakwa beliau tidak dihubungai oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut. Boleh percaya ke cakap si Lokman ni?....rakan-rakan fikirlah sendiri.

Baru saja belajar agama dan baru nak jadi manusia yang berguna dah buat macam-macam hal. Inilah manusia yang tidak sedar diuntung. Memurak perandakan umat Islam di negara ini. Apapun, kemana ko nak lari Bob?. Sedah je diri. Mengaku sajalah yang ko tu bersalah, tiada tauliah untuk berceramah. Undang2 tetap perlu dihormati Bob, sendiri mahu ingat le!
Ikhlas dari saya : IBM

Tuesday, November 1, 2011

IBM KEMBALI....MENERUSKAN PERJUANGAN!!


ASSALAMUALAIKUM SEMUA, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.

IBM kembali lagi bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai. Maaf kerana lama menghilang dik terlalu sibuk dengan kerja-kerja dan sengaja menghilangkan diri untuk mencari ketenangan buat seketika.

Kepada pembaca yang masih setia dan terus membaca di blog IBM, diucapkan ribuan terima kasih kerana kita di pihak yang sama. Insyallah IBM akan terus berjuang demi bangsa dan negara.

Tunggu posting IBM yang terkini tak lama lagi. Wasallam.

Ikhlas dari saya yang benar : IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...