Saturday, March 3, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


03 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

DEWAN RAKYAT MELULUSKAN RANG UNDANG-UNDANG BAHASA KEBANGSAAN 1967

Pada hari ini dalam tahun 1967, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dengan 95 undi menyokong dan 11 undi menentang. Tujuan Rang Undang-Undang ini digubal adalah bagi melaksanakan ketetapan di dalam  Bab 152 Perlembagaan Persekutuan, iaitu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi yang tunggal. Rang Undang-Undang ini digubal setelah genap tempoh 10 tahun penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi sebagaimana yang termaktub di dalam Fasal (2) Perlembagaan Persekutuan.  Rang Undang-Undang Bahasa ini menetapkan bahawa mulai 1 September 1967 hanya bahasa kebangsaan yang boleh digunakan dalam urusan rasmi. Namun, demi kepentingan awam, bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan, iaitu melalui penggunaan terjemahan daripada bahasa-bahasa tersebut. Ahli-ahli Dewan Rakyat yang tidak fasih berbahasa Melayu juga dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris. Begitu juga dengan perbicaraan yang dijalankan di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah boleh dijalankan sama ada dalam bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris atau sebahagian dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian lagi dalam bahasa Inggeris.  Sesungguhnya, kelulusan Rang Undang-Undang Bahasa ini telah memantapkan lagi perpaduan masyarakat demi kepentingan negara yang baru merdeka ini.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

PAS Hanya Mahu Kuasa - PM


Najib Tun Razak memberi ucapan motivasi kepada pemimpin tempatan, pengetua dan guru besar sekolah-sekolah dalam Parlimen Pasir Mas pada perjumpaan ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Hutan Chengal, Pasir Mas, Kelantan semalam. Turut sama Mustapa Mohamed (kanan).


JELI - 2 March  Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pas sanggup melakukan apa sahaja termasuk 'berkhalwat' dengan DAP dan membuang tokoh yang berjuang mempertahankan akidah umat Islam semata-mata untuk mendapatkan kuasa.


Kata beliau, Pas tidak mempunyai hala tuju dan dasar perjuangannya semata-mata untuk memancing undi. Perdana Menteri berkata, ia amat berbeza dengan UMNO yang konsisten memperjuangkan dan mempertahankan Islam di negara ini sejak dahulu sehingga hari ini.

p/s : IBM kata, "kalau itupun rakyat Kelantan masih tak sedar, tak tahu apa nak cakap lagi. Dah berbuih pemimpin-pemimpin UMNO bercakap, balik-balik depa ikut cakap Tok Guru yang dah nyanyuk tu. PM pun dah turun padang, apa lagi. IBM hairan, rakyat Kelantan tak nak pembangunan ke?....jawab sendiri le wahai rakyat Kelate. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Sabery Cheek Kata Mahfuz Kaki Bohong, Temberang!!


MEMANG betul. IBM rasa Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz @ Mr. Bean ni tengah sakit tenat. Beliau memerlukan rawatan segera. Kalau tidak beliau akan ketinggalan 'keretapi' dan tak dapat bertanding di PRU ke-13 nanti. Kenyataan dan komen beliau di akhbar-akhbar sejak kebelakangan ini agak keterlaluan, tidak lojik dan tidak masuk akal. Sebiji macam budak-budak sekolah. IBM rasa budak sekolah lagi bagus.

Semalam, Mahfuz@Mr.Bean, buat hal lagi. Bercakap ikut sedap mulut je dan tanpa fakta. Untuk itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek terpaksalah menjelaskan dan juga menafikan dakwan si Mahfuz banggang lagi bodoh tu. IBM rasa, Mahfuz ni dah kena 'sakit jiwa' dan perlu diberi kaunseling. Tapi, IBM tak terkejut pun dengan statement yang Mahfuz buat. Tak lojik langsung kalau Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan dana RM30 juta untuk membiayai program Datuk Dr Hasan Ali. Hilang akal ke?.

Kepada Mahfuz, kalau nak berbohong tu, berpada-pada le. Jangan jadi seperti budak-budak Sekolah. Apa yang KBS dapat dari menaja Datuk Dr Hasan Ali?. Sebenarnya, dari pemikiran IBM, PAS takut dan mula gentar dengan populariti Datuk Dr Hasan Ali. PAS sudah pasti akan tergugat di PRU ke-13 nanti. Maka, PAS dan Mahfuz mulalah buat cerita yang tak masuk akal ini. Pembaca semua nak tahu,.... itulah perangai pemimpin-pemimpin PAS yang sebenarnya. 

Jadi, bolehkah kita menerima pemimpin-pemimpin seperti pemimpin pembangkang yang mementingkan diri sendiri dan mendahulukan politik daripada rakyat. Mereka suka berjanji. Tapi tidak ditunaikan. Janji-janji mereka semuanya kosong, ibarat tin kosong. Setelah apa yang mereka hajati telah tercapai, maka rakyat mereka abaikan. Maka, sudah tiba saat dan ketikanya rakyat berfikir. Kalau disokong juga mereka ini, IBM berani potong jari tangan ni, negara kita akan hancur, ekonomi akan jatuh, rakyat merana dan silap hari bulan negara jatuh muflis, habis kekayaan mereka kebas. Percayalah. Fikir-fikirkanlah. Sekian dari saya. - IBM

                                      TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA   

Friday, March 2, 2012

Nazri Aziz Kata Anwar Macam 'Iblis'. Memang Betul Pun...


SEMALAM, IBM saja singgah sekejab di Malaysia Kini. Terbaca al-kisah DS Nazri belasah Anwar Ibrahim. Huhuhu...memang kasar dan pedih bagi Anwar dan pengikut-pengikutnya bila baca kenyataan DS Nazri tu.  Oh..marah mereka. Apa lagi, melenting le depa tu dan bermacam-macam komen yang mereka berikan. Mereka membalas dengan menyatakan bahawa keluarga Nazri sendiri pun tak terurus, maka Nazri pun mereka anggap macam 'Iblis'.

Antara sebab-sebab mengapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti "Iblis",  kerana cuba mengheret bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi isu keselamatan Israel termasuk beliau sendiri. Siapa tak marah kan?


"Dia sudah kena teruk. Dia macam Iblislah. Bila dia jatuh, dia nak tarik semua orang. Itu perangainya sekarang. "Dia sekarang kata 'bukan hanya saya tetapi Mahathir (juga sokong Israel)'," kata Nazri ketika ditanya tentang tindakan kementerian luar menyiarkan tiga surat Dr Mahathir kepada kerajaan Israel ketika pentadbirannya. Anwar takut sekarang kerana hanya beliau yang berkata keselamatan Israel itu penting." Itupun Anwar nak nafikan lagi. 

Ekoran dari itu, blog pro pembangkang membalas dengan menyiarkan gambar aksi yang kurang sopan anak DS Nazri yang satu ketika dulu hangat diperkatakan. Memang itulah kepakaran mereka menyerang hal peribadi orang. Bagi IBM itu cerita lama, dah lapuk. Sebenarnya, pembangkang sudah ketandusan idea.

Inilah agaknya gambar tak senonoh anak DS Nazri yang disiarkan oleh blog pembangkang tu..

Sila ke blog http://tepakbersulam2.blogspot.com/ untuk mengetahui cerita tentang anak DS Nazri. Baca dan fikir-fikirlah sendiri. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

HARI INI DALAM SEJARAH


02 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

KELAHIRAN Y.T.M TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1903,  Bapa  Kemerdekaan  Malaysia, YTM  Tunku  Abdul  Rahman  Putra  Al- Haj  telah  diputerakan  di Istana  Pelamin, Alor Setar, Kedah.  Merupakan  putera  ke-14  kepada  Sultan  Abdul  Hamid  Halim Shah,  Sultan  Kedah  yang ke- 28.  Bondanya  adalah  Cik  Menjalara  merupakan anak  kepada  seorang  bangsawan  Siam  bernama  Luang  Naraborirak.  Tunku  telah  memulakan  pendidikan  awalnya  di  Sekolah   Melayu   Alor   Setar  sebelum  meneruskan  pengajiannya  di  Sekolah  Debsurin, Bangkok  dan  kemudiaanya  di Penang  Free  School,  Pulau  Pinang.  Pada  tahun  1919,  Tunku  telah  melanjutkan  pelajarannya  ke  England  dan  telah  menubuhkan  Kesatuan  Melayu  Great   Britain.  Sekembali  ke  Tanah  Melayu  Tunku  telah  berkhidmat  sebagai  Pegawai  Daerah  di  Kedah.  Pada  tahun  1951,  Tunku  telah  dilantik  sebagai  Yang  Dipertua  Pertubuhan  Kebangsaan  Melayu  Bersatu  (UMNO)  menggantikan  Dato`  Onn  Jaafar  dan  seterusnya   telah  dilantik untuk  menyandang  jawatan   sebagai  Ketua  Menteri Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1955.  Sesungguhnya, YTM  Tunku  Abdul  Rahman   bertanggungjawab  merintis  jalan  ke arah  kemerdekaan  Tanah  Melayu  pada  tanggal  31 Ogos  1957  serta  merencanakan  penubuhan  Negara Malaysia  pada 16  September  1963.  YTM Tunku  telah  kembali  ke  Rahmatullah pada  tanggal  6 Disember 1990  pada  usia  87 tahun  dan  telah  dimakamkan  di Makam   Diraja  Langgar, Kedah.
SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...