Wednesday, March 28, 2012

Wan Azizah Dicabar??....




SEMALAM, Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab menggesa dan mencabar Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menafikan segala tuduhan yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan salah laku moral, termasuk dakwaan terbaru oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan. Zabariah berkata, sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan isteri kepada Ketua Pembangkang itu, Wan Azizah mempunyai tanggungjawab besar untuk memberi penjelasan kepada rakyat.

IBM pun setuju dengan pandangan Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang itu. Sebagai pemimpin parti, Wan Azizah tidak boleh membiarkan wujud pelbagai persepsi dalam kalangan rakyat terhadap Anwar. Sebab itu Wan Azizah mesti tampil menafikan semua salah laku Anwar. Jika Wan Azizah tidak berbuat demikian ia akan menimbulkan persoalan besar dalam kalangan rakyat, kata Zabariah dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Apapun, jelas bahawa Wan Azizah memaksa dirinya berbohong dan akan terus mempertahankan Anwar kerana takut dicop sebagai 'isteri derhaka'. Isteri mana yang tak sayangkan suami kan?. Apa jua yang suami buat, terpaksalah terima. Politik songsang pun politik songsahlah, asalkan bahagia. Begitulah apa yang terjadi pada Wan Azizah. Delima dan derita yang ditanggungnya selama ini akan berterusan sehingga cita-cita si suaminya yang bernama Anwar tercapai.

Bagi Wan Azizah, dosa tolak belakang. Demi maruah keluarga, suami, berbohong itu sudah menjadi 'sarapan' baginya, begitu juga dengan anak-anaknya. Mereka takut dan taksub pada Anwar. Persolaanya, sampaikah cita-cita Anwar untuk menjadi 'Perdana Menteri', dan sampai bilakah Wan Azizah akan berbohong?.....ehmm..jawapanya ada pada Wan Azizah sendiri. Kalau tak percaya, pi tanya dia. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tuesday, March 27, 2012

PRU-13 : Jun Atau September???....



BILA, Jun atau September?. Itulah persoalan yang sering ditanya setiap kali topik pilihan raya umum akan datang dibangkitkan. Dengan beberapa isu yang memerlukan masa untuk diselesaikan, menyebabkan lebih ramai penganalisis politik percaya bahawa pilihan raya akan diadakan kemudian berb anding berlaku lebih awal. Kini September dikatakan sebagai bulan yang berkemungkinan untuk diadakan pilihan raya umum akan datang berikutan terdapat banyak hujah yang menentang spekulasi bahawa ia akan berlaku pada awal Jun. Yang menjadi perdebatan adalah beberapa isu akan memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan. Dan..terdapat rancangan Perdana Menteri yang seolah-olah untuk mengadakan pilihan raya pada Jun.

Difahamkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijadualkan berkunjung ke Amerika syarikat pada minggu kedua bulan Mei, di mana beliau dijangka bertemu dengan Majlis Penasihat Inovasi dan Sains Global di New York. Majlis berkenaan ditubuhkan untuk membolehkan negara itu membuat lonjakan kuantum daripada sebuah negara berpandapatan sederhanan kepada yang berpendapatan tinggi. Menurut sumber, Najib mungkin menghabiskan selama lima hari di Amerika Syarikat, dan selepas itu dia boleh mengambil cuti pendek bersama keluarganya. Menurut salah seorang anggota Barisan Nasional (BN), mereka tidak tahu sama ada ini mengalihkan tumpuan media yang sudah membuat persiapan penuh untuk pilihan raya.

DS Najib pada Sabtu lalu membayangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, dan beliau mengatakan keyakinan kerajaan semakin meningkat dan "rasa-rasa bunyi dah dekat". DS Najib menegaskan, sepanjang lawatan beliau di seluruh negara sejak sehari atau dua hari lepas, beliau melihat keyakinan rakyat telah berkembang. Dan, beliau dapat rasakan. Jun dianggap sebagai tempoh seterusnya bagi Perdana Menteri untuk mengadakan pilihan raya, tetapi masih terdapat isu-isu yang memerlukan penyelesaian. Dengan kedatangan April yang hanya beberapa hari saja lagi, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) masih sibuk menyelesaikan isu-isu pertukaran kerusi dan senarai nama-nama calon masih belum dimuktamadkan.

Sementara itu, DS Najib juga akan membuat lawatan dua hari ke China dari 31 March di mana beliau akan menghadiri pelancaran Taman Perindustrian Qizhou di Nanning bersama rakan sejawatnya dari China, Wen Jiabao. Jika Perdana Menteri tidak mengadakan pilihan raya menjelang Jun, ia akan diadakan selepas Julai berikutan kedatangan bulan puasa (Ramadhan). Seluruh Ogos pula akan menjadi sambutan Hari Raya sehingga kepada persiapan sambutan Hari Kebangsaan. Jika September yang dipilih, penganalisis lain berkata, ia akan diadakan pada minggu pertama bulan itu. Kemudian, terdapat menyuarat Parlimen 24 September sehingga 27 November, dimana Bajet akan dibentangkan. Apabila ia dibentangkan, ia akan diluluskan oleh Dewan Negara, yang bermakna (pembentangan Bajet) akan berlarutan sehingga ke tahun depan. Dewan Rakyat tidak akan dibubarkan apabila Bajet dibentangkan. Ia perlu melibatkan kedua-dua Dewan untuk melakukannya. Nampaknya kita kena menunggu dengan penuh kesabaran. Bukan macam pembangkang dah kelam-kabut dan berserabut.

Kerana apa?....kerana segala tekaan mereka salah dan tak tepat dan mereka juga merasa resah gelisah takut tak sempat membuat persiapan. Maklumlah, terlalu banyak masalah dalam parti dan banyak lagi isu-isu yang belum terjawab dan juga janji-janji mereka di PRU yang lepas masih tidak ditunaikan. Nasib le. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

HARI INI DALAM SEJARAH


27 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

MENTERI PERTANIAN DAN SYARIKAT KERJASAMA MERASMIKAN PELANCARAN MOTORBOT PERONDA JABATAN PERIKANAN NEGERI TERENGGANU

Pada hari ini dalam tahun 1969, Menteri Pertanian Dan Syarikat Kerjasama, Tuan Haji Mohd Ghazali bin Jawi telah merasmikan pelancaran 2 buah motorbot peronda Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, di Kuala Terengganu. Motorbot peronda tersebut yang berharga $ 226,000 telah dibina oleh Limbungan MARA, Kuala Terengganu akan digunakan untuk membuat rondaan di kawasan perairan di Negeri Terengganu. Semasa berucap di perasmian tersebut Tuan Haji Mohd. Ghazali Jawi berkata bahawa dengan penyampaian tauliah kepada 2 buah motorbot peronda tersebut, maka Bahagian Perikanan telah berjaya menyiapkan tiga buah Motorbot Peronda Kelas PA, panjang 45 kaki dan 3 buah lagi Motorbot Peronda yang sampai dijangka siap pada akhir tahun ini ataupun di awal tahun 1970. Dengan pertambahan motorbot peronda, maka ketenteraman dan keselamatan nelayan-nelayan kita boleh diselenggarakan di samping dapat mewujudkan suasana harmoni dan kepercayaan penuh di kalangan nelayan-nelayan kita dalam meneruskan usaha-usaha penangkapan ikan dengan yang demikian dapat menambahkan lagi hasil pengeluaran ikan negara.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA  

Azmin Kena Jawab 5 Rukun Islam???..Tahu Ke Azmin???


SALAM 2 ALL,


AZMIN PERLU JAWAB.....JAWAB JANGAN TAK JAWAB...



PANAS!!..semakin hari semakin panas. Nampaknya persengketaan dua sahabat yang satu ketika dulu duduk sebumbung dengan menggunakan logo yang sama, kini dah menjadi semakin tegang dan belum nampaknya tanda-tanda nak reda. Semalam,  bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menafikan tiga perkara yang didakwa oleh Azmin Ali di Dewan Undangan Negeri Jumaat lalu, sebaliknya menuntut Timbalan Presiden PKR itu menjawab lima persoalan sebelum mempersoalkan kredibiliti pihak lain. 

Salah satu persoalan, menurut Datuk Dr Hasan, beliau mahu Azmin menjelaskan dari mana sumber kewangaannya bersama isteri untuk membeli saham yang mencecah RM2juta pada tahun 1992 hingga 1944. Katanya lagi, Azmin juga perlu menafikan laporan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia S.A. Vickneswaran yang mendakwa dia bersama isterinya termasuk seorang iparnya yang juga memiliki saham mencecah RM8.5 juta pada awal 90-an. Ini adalah lima soalan yang perlu Azmin jawab :

1. Perjelas dari mana sumber kewangaanya, isteri beli saham cecah RM2 juta pada 1992 - 1994.
2. Nafi laporan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A Vickneswaran yang mendakwa beliau, isteri dan seorang ipar miliki saham cecah RM8.5 juta pada awal 90-an.
3. Jawab dakwaan Ummi Hafilda beliau sudah 8 bulan tak ziarah ibu.
4. Sahut cabaran jalani ujian DNA ke atas anaknya di klinik diiktiraf kerajaan untuk menentukan kesahian biologinya
5. Nafi tuduhan buku karangan Syed Husin Al-Attas bertajuk 'Tuhan, politik dan seks' mendakwa Azmin mengetahui hubungan intim isterinya bersama Penasihat@Punahsihat PKR.

Maka, IBM ingin menyatakan bahawa tuduhan Azmi yang mensifatkan Datuk Dr Hasan Ali sebagai 'ejen penyubur fitnah' adalah tidak berasas langsung. Malah, bagi IBM, dialah yang sebenarnya ejen penyubur fitnah dan cerminlah diri tu dulu dan cepat-cepatlah bertaubat. Berbalik pada lima soalan yang perlu Azmin jawab, adakah beliau berani tampil dan menafikan dan akan menjawab 5 solan tersebut?...hehehe..IBM berani potong jari. Tapi...mungkin Azmin boleh jawap 5 rukun Islam...itupun kalau dia masih ingat. 

Jawapannya, tidak. Azmin tidak akan jawab 5 soalan tersebut,  kerana dia 'no egg'. - IBM 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Monday, March 26, 2012

Mai Kita Tengok Kerenah ADUN Pakatan Di Sidang DUN Selangor...


Seluruh rakyat masih lagi ingat, bagaimana sekeping foto Perdana Menteri, Pak Lah (sekarang Tun) dalam keadaan tidur digunakan semaksimum mungkin oleh pembangkang untuk mempertikaikan kredibiliti beliau.
Serangan demi serangan berlandaskan slogan “Jangan Tidur” dilakukan bagi menambah lagi kerosakan imej “Mr. Clean” Pak Lah di mata rakyat.  Sehingga satu tahap, juak-juak pembangkang ini berhimpun sambil ingin menghadiahkan bantal kepada Pak Lah, sebagai simbolik dua dalam satu.
Pertama, ia merujuk kepada “ketiduran” Pak Lah seperti di dalam foto itu, dan kedua, tidurlah terus, sebagai merujuk kepada permintaan, berundurlah dari jawatan Perdana Menteri.
Sememangnya, pembangkang cukup bijak dalam memainkan isu.  Itu tidak boleh dinafikan, sungguhpun isu yang dibangkitkan hampir 90 peratus berbasiskan pembohongan.  Dengan dengan sekeping foto, seluruh negara terasa impak serangan pembangkang melalui isu berkenaan.
Enak menyerang Perdana Menteri ketika itu, pembangkang seharusnya bersikap adil berdasarkan isu yang sama. Selangor pernah digemparkan dengan isu Xavier Jayakumar tidur sewaktu sidang DUN. Namun, mana mungkin pembangkang menggunakan foto itu sebagai modal politik mereka. Adakah ini yang mereka maksudkan, telus,?

Sidang DUN Selangor yang sedang berlangsung menyaksikan adegan-adegan tidak bertanggungjawab ADUN Pakatan kepada rakyat. Kali ini, Yaakob Sapari pula didapati tidur sewaktu sidang DUN berlangsung. Ia sungguh mengejutkan kerana Yaakob merupakan "hero" dalam insiden menahan lori pasir hantu pada waktu subuh dengan hanya berkain pelikat. "Kehebatan"nya itu seharusnya dikekalkan sewaktu sidang DUN berlangsung. Kasihan rakyat Selangor, 2 exco kerajaan negeri dibayar gaji hanya untuk tidur, sewaktu sidang DUN.

Belum pun reda panasnya isu exco yang tidur di dalam sidang DUN, rakyat Selangor dihidangkan dengan seorang lagi wakil rakyat Pakatan, yang khusyu’ melayar Facebooknya sehingga terlupa bahawa dia sebenarnya berada di dalam sidang DUN!
Kedua-dua insiden yang berlaku di atas amat memalukan, bahkan satu penghinaan kepada warga Selangor yang berharap sidang DUN menjadi medan setiap wakil rakyat yang dilantik berhujah demi kesejahteraan rakyat.  Sikap yang ditonjolkan oleh wakil-wakil rakyat berkenaan menunjukkan tiada keseriusan, dan juga tanggungjawab kepada rakyat.
Apa yang berlaku menunjukkan ADUN-ADUN berkenaan tidak peduli kepada perkara-perkara lain yang melibatkan kepentingan rakyat Selangor.  Yang mereka tahu, sampai giliran mereka akan berhujah, tanpa menunjukkan minat kepada usul atau perbahasan lain.
Padan pun sampah berlambak di Selangor, kerana ADUN-ADUN seperti ini juga tergolong dalam golongan sampah masyarakat.
p/s : IBM Kata, "Hahahaha...kata dulang paku serpih, kata orang awak yang lebih. Rupa-rupanya perangai ADUN-ADUN PR ni lagi teruk. Memang memalukan. Apa depa ingat sidang dewan macam tempat depa lepak dan chit-chat dengan komputer?...puiiii!!..dulu depa ambik gambar Pak Lah dan ketawakan dia. Tapi....depa lagi HAMPEHH. Kepada rakyat Selangor, elok benolah kita tolak depa-depa ni semua di PRU ke-13 nanti. Agaknya, apa le komen si Khalid gagap jika nampak gambar yang sungguh memalukan ini?...entah-entah si gagap tu pun tumpang sekaki. Malu...memang memalukan."
SUMBER : SELANGORDAILY.COM - TERIMA KASIH.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...