Tuesday, April 3, 2012

'Parlimen Bubar Selepas 4 Tahun'??..Tapi, PR Masih Tak Puas Hati!!!



SHAH  ALAM - Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang ditubuhkan enam bulan lalu, mengesyorkan agar Parlimen hanya dibubarkan selepas empat tahun mandat diperolehi bagi memudahkan persedian semua pihak yang menyertai proses pilihan raya. Dalam laporan yang dibentangkan di Parlimen hari ini, PSC berharap keperluan itu diperuntukkan dalam undang-undang. Walaupun peruntukan itu tidak menetapkan tarikh pembuburan dan pilihan raya, tetapi dilihat memenuhi sebahagian tuntutan pihak-pihak tertentu agar Parlimen hanya dibubarkan di akhir tempoh lima tahun mandat semasa. Di bawah sistem demokrasi diamalkan di negara ini, pilihan raya diadakan setiap lima tahun sekali.



Pilihan raya umum ke-12 pada 2008 diadakan empat tahun selepas pilihan raya umum 2004. Sejak negara merdeka pada 1957, sebanyak 12 pilihan raya umum dan 10 pilihan raya negeri Sabah dan Sarawak telah diadakan. "Jawatankuasa mengambil maklum bahawa di bawah Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Perlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikah mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah itu adalah terbubar." Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat cadangan tarikh Parlimen dibubarkan dinyatakan dalam peruntukan undang-undang bagi memudahkan persediaan oleh semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya," kata laporan PSC berhubungan dengan penambahbaikan proses Pilihan Raya.

Kabinet memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa itu Ogos lalu dan pembentukannya diluluskan oleh Parlimen Oktober lalu susulan perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Menurut laporan itu, PSC mengambil maklum bahawa kuasa untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen bukan merupakan kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut peruntukan undang-undang dan turut mengambil maklum bahawa kuasa agensi itu hanya dalam menetapkan tarikh pilihan raya setelah Parlimen dibubarkan. PSC dianggotai sembilan wakil rakyat masing-masing lima dari Barisan Nasional, tiga mewakili komponen Pakatan Rakyat dan seorang Ahli Parlimen Bebas.


Tapi..disebalik laporan yang telah dibentangkan oleh PSC, PR masih tidak puas hati, dan mengikut sumber (keratan akhbar seperti diatas), PR mahu supaya laporan tersebut di pinda. Pakatan Rakyat akan menfailkan notis untuk meminda laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubunbg Penambahanbaikan Proses Pilihan Raya bagi penyata minoriti dimuatkan dalam laporan itu. Mengikut ahli PSC, Azmin Ali, ia mempunyai hubung kait dengan daftar pemilih yang masih bermasalah walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjanji untuk menyelesaikannya.

p/s :  IBM Kata, "memang itu cara pakatan pembangkang ni. Sudah dibawa kedalam Jawatankuasa PSC pun masih tak puas hati, minta pinda itu, pinda ini...macam-macam kerenah pembangkang ni. Memang haram jadah betul. Oleh it, IBM berpendapat, jangan dilayan sangat kerenah depa tu, teruskan dan luluskan saja laporan PSC tu di Parlimen. Pesetankan pembangkang ni. Memang mereka tidak akan rasa puas hati sampai bila. HAMPEHHH dan HARAM JADAH punya pembangkang, sial!!!"

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

FVGH : Durian Runtuh Untuk Warga Felda, Mazlan Aliman Semakin Sasau!!




JANJI Perdana Menteri akan “durian runtuh” buat seluruh warga Felda pada bulan hadapan menunjukkan betapa Felda berada di dalam kondisi kewangan  yang baik.
Perkara ini disambut meriah oleh seluruh warga Felda, yang kembali mengimbas bagaimana almarhum ayahanda Perdana Menteri memulakan langkah bijak bagi meningkatkan kehidupan rakyat. Tidak boleh tidak, kenangan lama kembali mengusik jiwa, tatkala kepayahan dan kesukaran waktu itu meneroka tanah-tanah rancangan bagi membina kehidupan.
Apa yang dilakukan Perdana Menteri ketika ini adalah kesinambungan usaha dari almarhum ayahandanya.  Apa yang berbeza, warga Felda kini dijulang dengan pulangan yang lumayan, dengan penyeranaian felda sebagai Felda Ventures Global Holding ke Bursa Saham Malaysia.
Bukan itu sahaja, tiada seinci pun tanah peneroka yang terlibat dengan penyeranaian ini.  Ia hanya melibatkan tanah kerajaan negeri yang diberikan kepada persekutuan untuk dimajukan, seperti yang termaktub di dalam AKTA GSA 1960.  Dan untuk ini, FVGH akan sewa tanah-tanah milik Felda Plantation, dan bukannya secara percuma!  Ia sekaligus menambah lagi pendapatan keuntungan Felda Plantation. Kaedah sewa ini bersifat sementara, dan bukannya gadai, seperti mana yang diwar-warkan oleh Mazlan Aliman dalam siri jelajahnya.
Apa yang sedang difikirkan oleh Mazlan Aliman, dari mana Felda memperolehi wang yang banyak untuk memberi “durian runtuh” kepada warga Felda.  Ini kerana Mazlan Aliman telah berjaya dalam fasa pertamanya untuk sabotaj, iaitu mendapat injunksi mahkamah menghalang penjualan Koperasi Peneroka Felda (KPF) kepada Felda Holdings.  Inilah cerita yang dibawanya merata, iaitu Felda bakal memperolehi sumber kewangan yang banyak dengan penjualan KPF.
Mazlan Aliman tersentak kali ini, kerana tidak mampu menelaah kemampuan sebenar Felda dari segi kewangan.
Perlu kita faham, dari segi ekonomi dan perniagaann, penyeranaian Felda akan memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada peneroka Felda.  Dan perkara ini juga tidak dibantah oleh kebanyakkan taikun-taikun bisnes yang tahu selok belok perniagaan.  
Maka, Mazlan Aliman adalah soldadu terbaik dalam menyebarkan dakyah pembohongan ini, kerana Mazlan sendiri tiada keupayaan untuk memahami apa yang berlaku. Latarbelakangnya sebagai peneroka Felda yang gagal secara total menunjukkan betapa dia tidak mampu untuk menguruskan apa yang telah diberi padanya.  Inikan pula urusniaga bernilai jutaan ringgit seperti penyeranaian FVGH?
Tentunya ini menjadi kudis kepada Mazlan Aliman, selaku orang paling hadapan menyebar dakyah pembohongan dalam misi menakluki “fixed deposit” Barisan Nasional yang telah terbukti dalam PRU-PRU yang lepas.
Dan “durian runtuh” dari Felda kepada peneroka pada bulan Mei nanti hanya membuktikan bahawa Mazlan Aliman adalah manefestasi kegagalan peneroka, yang mahukan semua orang turut mengalami nasib yang sama seperti dirinya!
p/s : IBM Kata, "kita anggaplah si Mazlan Aliman ni sebagai 'dajal' yang dihantar oleh Anwar Ibrahim si al-juburi untuk menjahanamkan peneroka. Mereka semua dengki hasil pencapaian Felda yang didukungi oleh kerajaan Barisan Nasional. Memang telah nampak kejayaan para peneroka, apatah lagi dibawah kepimpinan Perdana Menteri kita, DS Najib. Oleh itu kepada semua peneroka, janganlah terpengaruh akan hasutan segelintir manusia yang mementingkan diri mereka demi politik kotor mereka."
SUMBER : SELANGORDAILY.COM  ~ TERIMA KASIH
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Monday, April 2, 2012

Siapa Kata Saya Masuk PAS? - Sharir


Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad menyifatkan orang yang percaya dengan dakwaan bahawa beliau keluar UMNO dan menyertai Pas, tidak mengenali karakternya sebagai ahli politik.

Menurutnya, mereka yang benar-benar mengenalinya tahu perkara itu tidak akan berlaku.
"Mereka yang percaya tentang 'lawak' itu sebenarnya lebih kelakar kerana tak kenal saya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beberapa blog hari ini melaporkan kononnya Shahrir dalam satu 'sidang media berdarah' mengumumkan keluar dari UMNO untuk bersama Pas dengan membawa lebih 2,000 penyokong beliau.

Antara yang melaporkan perkara itu adalah adukataruna.blogspot.com yang mana pautan sumber di bahagian bawah cerita tersebut disambungkan kepada laman web Wikipedia mengenai 'April Fool'. Sementera itu adik kepada DS Sharir, Khalid Samad juga menafikannya. Katanya, kalau dia (Sharir) ingin masuk Pas, dialah orang pertama yang akan tahu. Dan, IBM berkeyakinan besar bahawa DS Sharir tidak masuk Pas, itu hanyalah satu guruan politik. Biasalah, dah nak dekat PRU ke-13 ni, macam-macam cerita yang kita dengar dan pembangkanglah yang sangat sibuk mengarang cerita untuk dibuat modal untuk memancing undi. Memang dasar pembangkang, HAMPEHHH!!! - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Sunday, April 1, 2012

Saurez Idam Trofi Kedua..


SEMBANG-SEMBANG BOLA....

PENYERANG Liverpool, Luis Suarez menegaskan, pasukan itu mampu menamatkan saingan musim ini dengan memenangi dua trofi. Saurez menyuarakan keyakinan itu menjelang kunjungan ke Newcastle United bagi menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris di St. James Malam ini (8:30 mlm) waktu tempatan. Ketika ini, peluang skuad bimbingan Kenny Dalgish itu untuk beraksi pada kempen Liga Juara-Juara musim depan dilihat semakin sukar.


Sekiranya tewas kepada Newcastle malam ini, skuad The Reds bakal ketinggalan 11 mata di belakang pasukan tuan rumah yang kini memduduki tangga keenam liga. Meskipun Dalglish kecewa dengan pencapaian pasuukan itu, beliau tetap meletakkan sasaran untuk memenangi gelaran Piala FA selepas merangkul trofi Piala Liga, Februari lalu. Impian untuk memperolehi trofi berganda pada musim ini akan menjadi kenyataan sekiranya mereka berjaya menewaskan musuh setempat, Everton pada aksi separuh akhir Piala FA bulan depan.
Suarez berkata, menjuarai Piasla FA sudah cukup unutk mengubati kekecewaan yang terpaksa dialami pasukan itu selepas sasaran utama dalam liga tempatan tersasar. "Kami berazam untuk memenangi trofi dan layak ke Liga Juara-Juara. Liverpool berjaya mencapai matlamat pertama tetapi kami gagal ke pentas Eropah musim depan, " kata Suarez. Pada masa yag sama, penyerang Uruguay itu turut memberi amaran Kepada Newcastle.
Suarez berkata, Liverpool telah bersedia untuk mencatat kejayaan kedua seperti mana yang dilakukan di Anfield ketika menang 3-1 pada 30 Disember lalu. "Kami bertekad untuk mencatat kemenangan di Newcastle, malam ini, "kata Suarez.
p/s : IBM Kata, "Liverpool boleh...The Reds akan menang malam ini. You'll Never Walk Alone tonight."
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Pok Nik Kaki Kelentung, Sama Dengan Nuar : 'Undi PAS Masuk Syurga janji Kosong'


ITU semua janji kosong, janji orang gila, janji orang munafik. Begitulah Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, masuk syurga hanya dijanjikan oleh ALLAH swt kepada manusia yang beriman dan bertakwa dan tidak pernah dijanjikan kepada manusia yang menyokong parti politik tertentu. "Syurga ini bukan milik manusia tetapi milik ALLAH," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Ceramah Politik Semasa di Kampung Selengkoh di sini malam tadi.

Oleh yang demikian, kenyataan berikut dari PAS yang kononnya menyokong dan mengundi PAS akan masuk syurga hanyalah satu janji kosong yang dilakukan semata-mata untuk meraih sokongan  undi. Jamil Khir berkata bagi menjawab kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz ulama tersohor PAS baru-baru ini bahawa PAS tetap dengan pendirian meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan aspek syurga apabila seseorang itu menyokong parti tersebut ketika pilihan raya. 

Bagi IBM, itu memanglah satu kenyatan yang amat-amat bodoh, tidak boleh diterima akal dan apabila, Nik Aziz membuat kenyataan dan cuba 'memperlekeh' pemimpin Barisana Nasional (BN) supaya mempelajari agama terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, IBM nak tanya Nik Aziz, sudah dalam benarkah ilmu agama yang beliau pelajari dan sudah confirm ke dia masuk syurga?...kalau dah tua, nyanyuk tu buat le cara tua dan cerminkan diri tu dulu.

Apa yang dikatakan oleh Datuk Abd Rahman, ahli Parlimen Kota Belud semalam tu, ada faktanya. Memang PAS telah melakukan 'rasuah politik' yang paling tinggi dengan menjanjikan 'syurga' kepada pengundi. Memang janji itu adalah janji kosong pada rakyat yang PAS tidak boleh tunaikan. Oleh itu sekali lagi IBM nak ingatkan Nik Aziz, jangan cakap sebarangan, dan bukan memberi amaran kepada orang lain seupaya jangan cakap sebarangan.

IBM difahamkan, seramai 20 penyokong PAS menyerahkan borang untuk m,enyertai UMNO. Sumber yang IBM dapat, mereka diketuai MD Sofi Abd Latif telah menyerahkan borang kepada Datuk Jamil Khir yang juga selaku Ketua Penerangan UMNO Kedah. Semoga ramai lagi yang akan mengikut langkah rakan-rakan mereka kerana PAS bukanlah Parti yang benar-benar memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan PAS juga kini telah lari dari perjuangan asalnya. Mari kita Takbir. Takbir!!!!!. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...