Saturday, September 15, 2012

Filem Hina 'NABI' : Rakyat Terus Bantah!!


MEMANG dunia barat sengaja nak cari pasal dengan negara-negara Islam. Tak habis-habis mereka mencaci kesucian agama Islam hinggakan mereka sanggup membuat filem yang menghina Nabi Muhammad SAW. Jesteru, ianya menimbulkan kemarahan yang amat sangat dari semua umat Islam di serata dunia. Negara kita Malaysia juga tidak kecuali.

Semalam, petang Jumaat, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahya (gambar kecil) mengetuai beratus-beratus orang yang menganggotai pertubuhan bukan kerajaan itu (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.

Mewakili suara umat Islam di seluruh negara menyatakan bantahan terhadap filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad SAW menerusi tunjuk perasaan secara aman selepas solat Jumaat semalam. Aminuddin bersama 15 lagi NGO lain membawa sepanduk yang mengecam tindakan penerbit kerana menghasilkan sebuah filem yang terang-terang menghina Islam.

Bagaimanpun, perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar tanpa apa-apa perkara yang tidak diingini. Mereka tidaklah berlagak ganas seperti himpunan aman yang di anjur oleh BERSIH. Kononnya bersih, tapi...tak sebersih mana pun. Mereka ingkar pada janji. Apapun,  anggota-anggota polis turut berkawal di hadapan kedutaan tersebut bagi memastikan kejadian tidak diingini berlaku. Persoalaannya sekarang, sampai bila kita umat Islam harus diperlakukan sebegini, dihina dan terus dihina. Bila lagi umat Islam nak bersatu? Fikir-fikirkanlah. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
~ PAS bukan ISLAM ~

~ UMNO perjuangkan ISLAM ~

Kerajaan Arab Saudi Puji Najib. PAS Dengki Le Kot!!!

JIWANYA jiwa rakyat. Janji ditepati, Transformasinya berjaya menaikkan ekonomi dan nama negara. Itulah sebab rakyat semakin sayang kepada Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nama beliau terus di puji oleh pemimpin-pemimpin dunia, termasuklah dari Tokoh ulama terkenal dari Arab Saudi.

IBM bukan nak reka cerita. Ianya realiti. Pujian seperti ini dah tentu membuat pembangkang benggang dan dengki sampai ke tahap maksimum. Hehehe.... Tak percaya?  jom baca artikel dibawah ini :

DIPETIK DARI : SELANGOR DAILY.COM :





































Bukan setakat benggang, IBM percaya pembangkang mengelupur apabila mendengar pujian yang serupa itu untuk Najib. Hehehehe...dah tentu saham DS Najib naik, elok bebeno le tu. Pilihan raya pun dah nak dekat. Maka rakyat akan memilih DS Najib dan Barisan Nasional (BN). Tak payah nak tukar kerajaan. Buang masa je. ~ IBM

~ HIDUP UMNO HIDUP BN, SAYANGI SELANGOR YAKINI BN ~
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Mesej PM Pada Ahli UMNO : "Kuatkan UMNO Untuk PRU-13".

DIMAJLIS SAMBUTAN ADILFITRI WANTIA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MALAYSIA 2012 DI PWTC, KUALA LUMPUR :


NAJIB bersama Muhyiddin mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC, Kuala Lumpur semalam.

SEMALAM IBM sempat singgah di PWTC dan meraikan majlis sambutan Aidilfitri anjuran Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia bersama-sama dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan ahli-ahli Majlis tertinggi Umno. Perhhh!...meriah sungguh majlis tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya, sempat mengingat dan berpesan kepada semua ahli-ahli UMNO yang hadir supaya kuatkan lagi UMNO. Berikut sedikit ucapan beliau yang IBM petik dari Kosmo !  :

Mesej dari Perdana Menteri itu menandakan pilihan raya kian hampir. Maka, elok benarlah kita ahli-ahli Umno bersiap siaga bagi menghadapinya. "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat" adalah kata-kata hikmat bagi semua ahli-ahli UMNO dan kuatkan UMNO adalah tanggunjawab kita bersama. Insyallah, kita dipihak yang benar, allah s.w.t akan bersama kita. Amin! ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

~ UMNO UNTUK SEMUA ~

Amri 'Hero' Selangor!!


SEMBANG-SEMBANG BOLA PIALA MALAYSIA :

SKUAD Gergasi Merah, Selangor memastikan ‘misi 33’ terus membara apabila menyambar slot ke suku akhir saingan dengan penuh bergaya selaku juara Kumpulan D selepas menewaskan Sarawak 2-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi. Amri Yahyah muncul wira Gergasi Merah apabila meledak kedua-dua gol pada minit ke - 66 dan 73, sekali gus mengesahkan status Selangor selaku juara kumpulan dengan 13 mata. Turut mengiringi Selangor ke suku akhir ialah naib juara kumpulan, Pahang yang dikejutkan dengan kekalahan 2-3 oleh T-Team di Stadium Darul Makmur, Kuantan dalam satu lagi aksi Kumpulan D malam tadi.

AMRI menjaringkan kedua-dua gol Selangor pada aksi menentang Sarawak di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 2-0.

Pada suku akhir nanti, Selangor bakal berdepan Johor FC sementara Pahang menanti kunjungan juara Kumpulan A, Lions XII. Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kejayaan dramatik juara Liga Super dan Piala FA 2011, Kelantan juga tidak kurang hebat apabila berjaya muncul juara Kumpulan B sebaik ‘mengerjakan’ Terengganu 6-1. Ia ekoran satu lagi pasukan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekadar seri 2-2 ke atas Kedah di Stadium Selayang malam tadi. Gol kemenangan Kelantan dicetak oleh Afiq Azmi (minit ke-13), Nor Farhan Muhammad (28 dan 47), Mohd. Badhri Radzi (76 dan 81) sebelum Indra Putra Mahayuddin melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah sementara gol sagu hati Sang Penyu pula diledak Mohd. Asmizan Kamaruddin pada minit ke-84.
Biarpun berkongsi 11 mata dengan ATM, The Reds Warriors muncul juara kumpulan hasil perbezaan jaringan dan bakal membuat perhitungan dengan Felda United dalam aksi suku akhir nanti. Skuad kendalian B. Sathianathan pula berdepan tugas getir apabila berdepan juara bertahan, Negeri Sembilan yang muncul juara Kumpulan C. Terengganu selaku finalis Piala Malaysia 2011 pula boleh mengucapkan ‘selamat tinggal’ apabila terperosok di tangga tercorot kumpulan dengan sekadar mengutip empat mata. Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan nyaris berputih mata dalam usaha menyambar slot suku akhir apabila sekadar seri 1-1 dengan pasukan berstatus kelab, Felda United.

Skuad pelawat terlebih dahulu di depan seawal minit ke-17 menerusi jaringan Farderin Kadir sebelum Effa Owana menyelamatkan maruah tuan rumah apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76. Begitupun, skuad kendalian Azraai Khor Abdullah sewajarnya ‘berterima kasih’ dengan kejayaan Perak yang berjaya mengejutkan pasukan di tangga ketiga, Sime Darby dengan keputusan 2-0 di Stadium Perak, Ipoh dalam satu lagi aksi kumpulan. Dengan keputusan itu, Sang Rusa yang mengutip 10 mata muncul juara kumpulan, tiga mata di depan Felda United yang turut mara ke suku akhir sekali gus memadam cabaran Sime Darby dan Perak yang masing masing berkongsi enam mata.
Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kejayaan Johor menewaskan PKNS 2-0 dalam aksi Kumpulan A bagaikan tidak membawa sebarang makna apabila gagal menyambar slot suku akhir. Ia ekoran ‘adik’ mereka, Johor FC berjaya mengikat Lions XII dengan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Jalan Besar, Singapura. Dalam perlawanan malam tadi, kedua-dua gol Jengking diledak oleh penyerang import, Muriel Juan Orlando. Dengan keputusan itu, Lions XII dan Johor FC yang berkongsi sembilan mata mara ke suku akhir, mengatasi Johor yang mengutip lapan mata sementara PKNS sekadar mengutip lima mata. Perlawanan suku akhir pertama dijadualkan bermula pada 28 September ini.
___________________________________________________________________________________________
IBM rasa lega bila Selangor menang pada malam ini sekali gus mengunguli kumpulan D dan akan bertemu Johor FC di peringkat suku akhir. Sama-sama kita mendoakan agar Selangor terus mara ke-final dan misi '33' mereka akan berjaya. Insyallah. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday, September 14, 2012

15 Murid Belasah Guru Displin. Mana Displin Murid-Murid Ni??..HAMPEHHH!!!!


DIPETIK DARI : HARIAN METRO.ONLINE

ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.
Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.
Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.
____________________________________________________________________________________________
Apa nak jadi dengan murid-murid sekarang ni. Guru displin pun depa belasah. Nak belajar jadi gengster ke hampa semua. Mak bapak hampa semua hantar ke Sekolah bukan untuk belasah guru atau rakan-rakan yang lain, tapi,  untuk belajar. Sedar le sikit. Hampehh le korang ni ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...