Thursday, January 10, 2013

Pulau Pinang Akan Bankrap??.....Biar Betul..


GARA-GARA PEMERINTAHAN KUKU BESI DAP

SUMBER yang IBM dapat dari utara tanah air, negeri Pulau Pinang. Ini bukan rekaan, tapi, ianya akan menjadi 'Realiti' sekiranya tiada usaha untuk merampas kembali Pulau Pinang dari tangan DAP yang tidak tahu menguruskan negeri tersebut walaupun mereka telah diberi mandat oleh rakyat. Selama hampir satu penggal mereka menjadi kerajaan, apa yang kita lihat dan dengar, rakyat semakin terhimpit, ditindas dan merana akibat perbuatan parti DAP yang memerintah negeri Pulau Pinang ala 'Gengstar'.

Apa yang membimbangkan para pemerhati dan ahli politik, Pulau Pinang dikhuatiri akan berdepan dengan ancaman BANKRAP berdasarkan pembentangan bajet defisit buat kali ketiga berturut-turut oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. Mengikut sumber yang boleh di terima pakai, kebimbangan itu berasaskan kepada pembentangan bajet oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng pada bulan November tahun 2012 yang lalu.


Kebimbangan tersebut berdasarkan negeri Pulau Pinang mengalami bajet defisit sebanyak RM262.04 juta. Angka inilah yang membimbangkan rakyat dan sekiranya berterusan tanpa ada langkah konkrit diambil, negeri Pulau Pinang sedang menuju ke arah bankrap. Sayang sekali sekirannya perkara ini benar-benar berlaku. Apa akan jadi dengan rakyat jelata. Mereka tidak pernah mengalaminya semasa di dalam pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Persoalanya sekarang, bagaimana pakatan pembangkang ini hendak menjadi pemerintah di negara ini sedangkan negeri-negeri yang mereka perintah pun sudah jadi kelam kabut dan beterabur. Nasib rakyat tidak di bela, janji  hanya tinggal janji.  Sekiranya rakyat Pulau Pinang masih tak sedar dan inginkan DAP terus menerajui negeri depa ni, IBM tak tahu nak kata apa lagi. Nasib koranglah. Itu yang korang mahu, teruskanlah.

Kepada rakyat yang inginkan perubahan, hidup selasa, aman dan damai, pastikan anda semua beralih kepada Barisan Nasional (BN). Katakan tidak pada DAP. Transformasi negeri Pulau Pinang harus dibuat selari dengan apa yang dirancangkan oleh kerajaan pusat yang diterajui oleh Perdana Menteri kita YAB DS Najib Tun Razak. Ayuh rakyat Pulau Pinang, jangan sampai negeri tergadai dik kerana dikongkong oleh fahaman politik yang mana pemimpin-pemimpin mereka (pembangkang) mempunyai agenda kotor mereka.

Itu je lah buat masa ni yang IBM dapat maklumat dari kawan IBM di sana. Oleh itu, sekali lagi IBM nak ingatkan korang, bangunlah dan tukarkan kerajaan yang ada sekarang ini kepada kerajaan yang lebih baik, cekap dan amanah, iaitu Barisan Nasional (BN). Ikhlas dari ~ IBM

~ KATAKAN TIDAK PADA PAKATAN PEMBANGKANG ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Awas!! Penyebar Berita Palsu Boleh Didakwa Dan Denda, Siap Korang!!





BERITA PALSU...SEMUANYA PALSU !!

SIAP korang. Jangan cuba-cuba nak buat negara ini hura-hura dengan menyebarkan berita yang bukan-bukan, tak benar. Apatah lagi jika ianya menglibatkan pemimpin-pemimpin negara. Dengan sebaran palsu tersebut ianya boleh menjejaskan nama dan ekonomi negara.  Apa ke jadahnya yang korang dapat bila menyebarkan berita-berita yang tak betul tu?


Jesteru, orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu melalui internet atau khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana mereka boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang iaitu denda sehingga RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penyebaran berita palsu kononnya Perdana Menteri kita, DS Najib Tun Razak diserang STROK ringan. Tapi...DS Najib sihat walafiat adanya.
Apa korang nak sebenarnya. Tak kerja lain ke? Buatlah kerja yang berfaedah untuk diri sendiri dan juga negara.  Kalau korang diupah oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan untuk merosakkan nama negara dan untuk menjatuhkan Perdana Menteri kita, hentikanlah. Sia-sia kerja korang tu. Silap hari bulan korang yang akan ketengah nanti.
Kepada sepolan yang telah menyebarkan berita palsu yang membabitkan Perdana Menteri kita yang dikatakan kena serangan 'strok', elok beno le tampil dan minta maaf secara terbuka dan serah diri secepat mungkin kepada pihak polis untuk siasatan. Manalah tahu, kot-kot ada DALANG disebalik penyebaran berita palsu tersebut.
Memang dah menjadi lumrah di negara kita ini. Apabila menjelangnya pilihan raya umum (PRU), maka macam cendawan tumbuh le segala sebaran dan berita palsu. Untuk Apa?.....untuk memburuk-burukkan nama pemimpin negara yang sedia ada untuk menarik perhatian rakyat yang kononnya pemimpin -pemimpin negara la  ni jahat, kotor dan banyak lagi. Maka, bolehlah mereka menang di PRU ke-13 nanti. Jangan mimpi le korang.
Akhir sekali, IBM hanya nak ingatkan, buatlah kerja yang berfaedah. Jauhkan diri dari membuat jenayah seperti penyebar berita palsu ni. Tak ada untungnya. Malah diri sendiri yang rugi. Mesti di ingat, undang-undang tetap undang-undang. Kita tak boleh lari dari undang-undang yang sedia ada. Bila kita bersalah, tetap akan didakwa. Oleh itu, awas penyebar berita palsu, anda sentiasa diperhatikan. Ikhlas dari saya ~ IBM

BUKTI ADA DALANG DISEBALIK SEBARAN PALSU PENULIS BLOG DARI SARAWAK TERHADAP PERDANA MENTERI (BACA DIBAWAH) :



~JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIPERALATKAN OLEH PEMBANGKANG ~
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday, January 9, 2013

Perhimpunan Aman Kebangkitan Rakyat??..Kepada 'Otak' Depa...Menyusahkan Je....

Perhimpuanan Haram Yang Menyusahkan Rakyat

PERHIMPUNAN aman kebangkitan rakyat?....kepada otak depa. Bangkit apa yang depa (pembangkang) maksudkan tu? Tak cukup ke depa ni menyusahkan rakyat. Kenapa nak menyusahkan rakyat lagi. Dan kenapa harus di heret rakyat bersama ke kancah politik kotor mereka. Tak habis-habis nak membuat hura-hura di dalam negara. Apa yang tak puas di hati mereka-mereka ni, IBM tak faham langsung. Mereka (pembangkang) memang ingin melihat negara ini hancur.

Politik dan fahaman apa yang mereka bawa? Zalim kah kerajaan yang sedia ada ni?...dan adakah kerajaan mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyatnya?....Ini semua adalah kerja bodoh pihak pembangkang yang iri hati di atas kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui negara dan melonjakkan nama negara di kaca mata dunia.

Maka, sudah menjadi darah daging mereka (pembangkang), setiap kali menjelang pilihan  raya umum (PRU), mereka akan mencari jalan, menghasut rakyat untuk bangun menentang kerajaan dengan mengadakan 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' seperti ini pada 12, Januari ini. Apa yang mereka cari?....dan apa yang mareka mahu?.. jawaplah wahai rakan-rakan ku semua.

Perhimpuanan Yang Boleh Mencetuskan Pergaduhan Dan Juga Menyusahkan Rakyat Dan Pihak Berkuasa

Sebenarnya, apabila menganjurkan perhimpunan seperti ini yang kononnya akan berjalan dengan aman, IBM yakin, ianya akan mencetus kepada kekecohan dan rakyat yang akan menanggung risiko yang tinggi seperti berlakunya pergaduhan dan ramai yang akan cedera. Maka, berbaloi kah perhimpunan ini di adakah?. Mula-mula memanglah aman, terkawal, tapi....apabila suasana dah menjadi panas, maka timbulah provokasi di antara kedua-dua pihak, iaitu pihak pengaman (polis) dan pihak penganjur perhimpunan.

Sudah tentu pertempuran akan berlaku. Maka siapa yang harus di salahkan?...dan adakah pihak penganjur boleh mengawal keadaan yang sedang kecoh ketika itu? Dalam hal ini, IBM hairan, kenapa pihak polis berlembut dan membenarkan perhimpunan ini di adakah? Tidakkah pihak polis merasa serek setiap kali perhimpunan/demo yang pihak pembangkang adakan, maka sasaranya adalah pihak polis. Mereka yang memulakan dulu provokasi dan rusuhan, mereka akan manunding jari dan menyalahkan pihak polis.

IBM rasa rakyat semua sudah merasakan 'Transformasi' yang diilhamkan oleh kerajaan di bawah kepimpinan YAB DS Najib untuk rakyat begitu berjaya sekali. Segala bantuan yang di bentang dan dijanjikan di perbentangan badget 2013 telah di tunaikan. Malah banyak lagi transformasi yang akan di buat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Apa yang perlu, ialah supaya rakyat beri mandat dan beri sokongan padu pada kerajaan yang ada sekarang.

Maka, apa perlu kita mengadakan perhimpunan seperti itu?....jangan pening-peningkan kepala. Itu adalah agenda jahat bagi individu yang mempunyai kepentingan peribadi dan ingin membelas dendam demi kefahaman politik mereka yang songsang. Jangan biarkan diri anda di pergunakan oleh pembangkang. Kalau boleh, boikot 'Perhimpunan Aman Kebangkitan Rakyat' pada 12 Januari ini. Buang masa je. Fikir-fikirkanlah. Ikhlas dari saya ~ IBM

~ KATAKAN TIDAK PADA PAKATAN PEMBANGKANG ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Akar Umbi DAP Desak Pemilihan Semua. LGE Boleh Terima Ke??

KETELUSAN  didalam pemilihan CEC DAP terus di pertikai oleh ahli akar umbinya. Mereka telah hilang keyakinan kepada pucuk kemimpinan parti yang mana tiada lagi ketelusan dalam perjuangan parti DAP itu sendiri. Kepincangan di dalam parti sudah nampak jelas. Maka, bolehkah suara akar umbi DAP ini diterima pakai oleh pucuk kepimpinan parti yang diterajui oleh 'Lim's Family'?

Walaupun ada suara-suara yang mendesak agar Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng untuk mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), pemilihan semula??IBM berani potong jari. Granti tak jadi punya. Dengan keegohan, angkuh dari golongan keluarga Lim ini,  impian tersebut mustahil dapat dilaksanakan. IBM sempat ceduk sedikit cerita akan al-kesah DAP, parti 'rasis' ini, dan mengharapkan parti ala komunis ini tumbang di PRU ke-13 nanti. Insyalllah. Jom baca. ~ Ikhlas dari saya ~ IBM


















DIPETIK DARI ANTARAPOS.COM

PETALING JAYA: Ahli DAP akar umbi hari ini menggesa Setiausaha Agung, Lim Guan Eng mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ekoran terdapat kesilapan pengundian yang dilakukan oleh jawatankuasa itu.

Pengerusi DAP Taman Chi Liung Indah, K.Yogasigamany (gambar atas) berkata ianya penting bagi mencerminkan ketelusan dan kebertanggungjawaban CEC dalam mempamerkan imej yang amanah kepada ahli parti lain ekoran kesilapan itu.

"Ahli bawahan DAP merasakan sepatutnya mengadakan semula pemilihan CEC tersebut kerana ini akan menterjermahkan integriti dan keyakinan terhadap DAP yang merupakan adalah tulang belakang kepada Pakatan Rakyat.

"Sekiranya pemimpin atasan, merasakan Zairil Khir Johari yang juga merupakan anak kepada bekas Menteri Umno itu boleh dijadikan alat untuk memusnahkan Umno, kita boleh menggesa ahli dan delegasi untuk memilih beliau terus.

"...dan memastikan beliau berada di dalam CEC sekaligus boleh menghentikan tuduhan bersabit keputusan undian yang telah dimanipulasikan oleh sesiapa," katanya dalam satu sidang media tadi.

Pengumuman pembetulan keputusan CEC DAP baru-baru ini menimbulkan banyak persoalan ekoran ia diubah selepas tiga minggu berlakunya pemilihan CEC di Pulau Pinang dan tidak dibuat dengan segera.
Guan Eng perlu jawab pelbagai persoalan

“Perkara pertama ialah mengapa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak serta merta membuat semakan semula keputusan dan mengapa perlu tunggu hingga tiga minggu baru hendak mengumumkan pembetulan keputusan. Mengapa begitu lama mengambil masa untuk mengumumkan kesilapan tersebut?” soalnya.

Malah katanya, kini kekecapakan pengurusan parti itu menguruskan pemilihan undi dipersoalkan biarpun tidak melebihi daripada 3,000 ahli yang mengundi pada CEC itu tempoh hari.


“Persoalan seterusnya bagaimana Pengarah Pemilihan, Pooi Weng diberikan untuk menguruskan pemilihan CEC DAP yang dilihat begitu agresif dan bersaing kali ini dalam sejarah DAP yang sekaligus cermin kepada persiapan menghadapi pilihan raya dalam menuju ke Putrajaya?” katanya.

Katanya lagi tindakan parti membuat pembetulan terhadap keputusan CEC itu turut memberi kesan secara tidak langsung kepada ahli jawatankuasa. “Sekiranya terdapat sedikit kesilapan di dalam keputusan pemilihan tersebut, tetapi mengapa saudara Vincent Wu dan Zairil Khir Johari Abdullah sahaja yang terkesan dengan kesilapan tesebut? Bagaimana asasnya saudara Zairil boleh terus melompat  ke tangga 20 dan secara automatik menempatkan beliau di dalam CEC? Mengapa terlalu besar perubahan keputusan undian? “Bagaimana pula dengan saudara Tan Geng Siaw? Yang adalah ahli lama yang kalah  satu undian daripada Zairil yang mana baru saja melibatkan diri dengan DAP pada tahun 2010?,” soalnya lagi.
 DAP kambing hitamkan ahli parti 
Selain itu, Yogasigamany menyifatkan tindakan memperbetulkan keputusan tersebut turut menjadikan orang tertentu sebagai 'kambing hitam' atas beberapa perkara asas yang dipersoalkan oleh ahli parti. "Ahli DAP berbangsa India juga merasakan pelik bagaimana Profesor Ramasamy yang dikenali ahli dan sudah lama di dalam DAP turut kalah di dalam CEC?  Ada kemungkinan juga dia turut menjadi mangsa?"Mengapa tiada ahli peringkat atasan dalam DAP bertanggungjawab dalam isu ini dan tidak menjadikan orang tentu sebagai kambing hitam?," katanya.Rombakan keputusan pemilihan CEC baru-baru ini dikenalpasti sebagai kesilapan teknikal akibat pengiraan undi. 
Pelbagai pihak yakin bahawa ia dibuat semata-mata bagi membolehkan ahli Melayu tersenarai sebagai anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang dipilih. Banyak pihak skeptikal terhadap pindaan keputusan itu kerana ia berlaku selepas kira-kira tiga minggu selepas pemilihan CEC yang diumumkan pada 15 Disember lalu memperlihatkan tiada wakil Melayu yang menang. Malah terdapat beberapa pemimpin Barisan Nasional melihat tindakan DAP meminda keputusan pemilihan CEC menunjukkan mereka tertekan dalam usaha membuktikan parti itu mengambilkira pendekatan pelbagai kaum.

 Bukan itu sahaja, banyak pihak tampil dan melihat seolah-olah pindaan yang dibuat sengaja memberi peluang kepada Zairil yang merupakan Setiausaha Politik kepada Guan Eng dari kedudukan ke-39 kepada kedudukan ke-20 untuk membolehkan beliau dilantik sebagai anggota CEC yang terakhir. Sementara Vincent Wu yang pada mulanya diisytiharkan sebagai anggota CEC dengan memperoleh 1,200 undi telah jatuh ke tempat ke-26 menurut laporan terbaru yang dikeluarkan oleh DAP.


~ INGAT KOMUNIS INGAT DAP ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

LIGA SUPER MALAYSIA 2013


SHAH ALAM 8 Jan. - PEMAIN import Selangor, Francis Fokey Doe diasak oleh pemain import Negeri Sembilan, William Modibo (kanan) dalam perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini. Perlawanan itu berkesudahan Selangor mengalahkan Negeri Sembilan 1-0.


SEMBANG-SEMBANG BOLA :

SEMALAM, berlangsung beberapa perlawanan bolasepak Liga Super Malaysia 2013. Keputusan yang mengejutkan apabila pasukan yang berbelanja besar, Johor Darul Takzim tewas kepada pasukan Pahang di Kuantan. Apa sudah jadi?...apapun jom tengok keputusan semua perlawanan yang berlangsung semalam.

BERIKUT KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 2013  :

PAHANG  3  -  JOHOR DARUL TAKZIM  0

PERAK  1    -   T.TEAM 0

TERANGGANU  1  -  FELDA UNITED 1

SELANGOR  1 -  NEGERI SEMBILAN 0



Kepada semua peminat sukan bola sepak, jangan lupa turun ke Stadium berhampiran tempat anda, sokonglah pasukan kesayangan dan sama-samalah kita semarakan sukan bolasepak bagi menaikkan taraf sukan bolasepak tanah air ke tahap yang lebih tinggi. Majulah sukan untuk negara ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...