Saturday, March 2, 2013

TIAN CHUA AHLI POLITIK JIJIK DAN BEBAL ~ SYED ALI


 AHLI POLITIK SIAL SPISIS ANWAR BRAHIM

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua merupakan ahli politik yang jijik, bebal dan tidak waras apabila menuduh kematian dua anggota keselamatan dalam insiden di Lahad Datu sebagai konspirasi UMNO. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Ahli Parlimen Batu itu tidak seharusnya mempolitikkan isu kematian dua anggota tersebut yang mempertahankan negara daripada penceroboh asing. Menurutnya, Tian Chua sepatutnya lebih prihatin terhadap keselamatan negara khususnya membabitkan pencerobohan dilakukan kumpulan yang mendakwa penyokong waris Kesultanan Sulu itu.

"Apa yang jelas Tian Chua adalah seorang pemain politik yang paling jijik, bebal dan tidak berfikiran waras apabila menuduh kematian dua anggota keselamatan tersebut sebagai konspirasi terancang UMNO," tegasnya seperti dipetik dari blog UMNO Bahagian Cheras. Dalam kenyataan menerusi Keadilan Daily semalam, Tian Chua membuat dakwaan kematian dua anggota komando polis tersebut sebagai konspirasi terancang dilakukan oleh UMNO.

Kenyataan tersebut kata beliau, bukan sekadar tidak berasas malah secara langsung menghina pasukan keselamatan dan keluarga dua anggota polis yang terkorban. Syed Ali melahirkan rasa kesal ketika kaum keluarga anggota polis yang terkorban itu sedang berdukacita, Tian Chua pula membuat kenyataan yang tidak sepatutnya. "Mungkin kerana anggota polis itu daripada keturunan Melayu, maka Tian Chua terlalu biadab dengan menuduh UMNO merancang konspirasi," ujarnya. Sebaliknya jelas belau, jika membabitkan bukan Melayu sudah pasti Tian Chua akan 'melalak' dengan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan. - UTUSAN

P/S ~ IBM sokong 100% atas komen DS Syed Ali tentang ahli politik PKR yang jijik, bebal, IBM tambah sikit lagi, sial, anak haram, dan....haram jadah, Tan Chua. Kenyataanya tentang insiden pembunuhan di Lahad Datu adalah sebagi konsiprasi UMNO, memang kurang ajar dan bersifat binatang. Kalaulah akta ISA ada, memang elok dan patut Cian gampang seko ni di sumbat ke dalam, tahan lama-lama, biar dia serek dan belajar menghormati orang dan politik dan juga kebebasa bersuara di negara ini. Bagi IBM, Tan Chua ni tidak boleh di beri muka dan dimaafkan. Pantang IBM bila bangs ku di hina, apatah lagi memperlekehkan akan kematian dua anggota komando di Lahad Datu itu adalah bangsa ku.
Tapi, sayang, bila ISA di mansuhkan, lihat;ah apa pembangkang dah buat kat negara kita ini. Hura-hara dibuatnya. Mereka buat sesuka hati mereka, cakap sesedap mulut depa, seolah-olah negara kita ini dah tak ada undang-undang. Kepada pengundi diluar sana, bangkitlah, buatlah pilihan yang tepat. Tolak Pembangkang. Insyallah, negara kita akan aman damai. Di ketika pilihanraya Umum ke-13 kian hampir, fikir-fikirkanlah kemana undi yang anda nak bagi. RENUNG-RENUNGKANLAH ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

JENAZAH 2 ANGGOTA KOMANDO YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU AKAN SAMPAI KE IBU KOTA HARI INI


MARI KITA SEDEKAH AL-FATIHAH KEPADA MEREKA YANG TERKORBAN ~ 'AL-FATIHAH'

Kuala Lumpur - Jenazah dua anggota polis komando VAT 69 yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah dijadual diterbangkan ke ibu negara pagi ini. Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam ini.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yusoff memberitahu Bernama jenazah dijadual tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang kira-kira 9 pagi.Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.

Allahyarham Zulkifli, yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, meninggalkan seorang balu, Noraziah Noor dan dua anak lelaki berusia empat dan satu tahun. Allahyarham Sabarudin yang berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor pula meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak -- dua lelaki dan seorang perempuan.

P/S ~ Moga kejadiaan yang tidak diduga ini tidak berulang lagi. Ini bukan kehendak kita, dan jangan salahkan sesiapa didalam perkara seperti ini. Jangan kita ikut rentak pembangkang yang mempunyai sikap tak bertanggungjawab yang menyalahkan kerajaan dan pihak polis . Yang menyedihakan pula apabila pembangkang membuat tuduahan kononnya kejadian di Lahad Datu adalah sendiwara dan telah dirancang oleh UMNO. Sial punya statement, dan memang melampau dan kurang ajar. Kalau ia  pun nak mengambil perhatian rakyat kerana PRU ke-13 dah hampir, janganlah insiden pembunuhan ini dikatakan sebuah sendiwara. Mana le otak depa semua ni ye?

Inilah akibatnya bila ISA di mansuhkan. Mereka (pembangkang) boleh bersuara dan buat sesuka hati mereka. Jesteru, IBM rasa, elok beno le kerajaan mengkaji semula dan gunakan kuasa ISA kembali. Silapnya kerajaan kita ini kerana terlalu mengikut kehendak mereka. Sebenanrnya mereka ada agenda mereka tersendiri, iaitu agenda untuk mengulingkan kerajaan BN. Itulah hakikatnya. Maka, fikir-fikirkanlah dan RENUNG-RENUNGKAN ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday, March 1, 2013

NAJIB : PENCEROBOH SULU SEPATUTNYA MENYERAH DIRI..


Ulusan DS Najib Pencerobohan Bersenjata Di Lahat Datu :

Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sepatutnya menerima tawaran menyerah diri dan keluar dari kawasan itu secepat mungkin.
 
"Kita ambil sikap yang berhemah dalam mengendalikan masalah pencerobohan berkumpulan di Lahad Datu kerana kita cuba elak pertumpahan darah dan selesai masalah dengan baik, tetapi mereka yang terlibat harus sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu merupakan kesalahan besar dan serius.
 
"Mereka sepatutnya dapat menerima tawaran kita keluar dari kawasan kita dengan secepat mungkin. Lagi lama mereka kekal di situ mereka akan terdedah dengan bahaya dari segi apa yang boleh berlaku kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 





SUMBER : AntaraPos.com

P/S ~ Tahziah kepada keluarga 2 anggota keselamatan yang terkorban, dalam insiden ini, jasa dan pengorbanan mereka tetap dikenang. Amin!! ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

FITNAH...... BEKAS KPN NAIK ANGIN KERANA DIFITNAH..

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mencabar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengemukakan bukti jika benar beliau sudah menyertai Pas. "Minta dia (Mat Sabu) tunjukkan borang keahlian yang sudah saya tandatangani jika benar saya sudah masuk Pas," katanya ketika ditanya mengenai dakwaan Mohamad Sabu yang beliau sudahpun mengisi borang menyertai Pas. Menurut Musa, dakwaan Mohamad Sabu itu tidak benar kerana beliau tidak pernah mengisi dan menghantar borang permohonan untuk menyertai mana-mana parti politik setakat ini.

Malah, beliau langsung tidak berminat untuk menceburi bidang politik selepas menamatkan perkhidmatan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Mana ada saya masuk Pas... saya tidak masuk mana-mana parti politik. Bagaimana saya boleh masuk Pas jika saya sendiri tidak pernah menandatangani borang untuk menyertai parti tersebut," katanya. Menurut Musa, pemimpin politik seperti Mohamad Sabu mungkin mengambil kesempatan menggunakan namanya untuk menarik perhatian orang ramai terutama di kalangan anggota polis supaya menyokong partinya setelah melihat beliau kerap menegur PDRM. "Jika saya memberi teguran kepada PDRM bukan bermakna saya bencikan pasukan keselamatan itu dan kerajaan.

"Saya menegur kerana sayangkan PDRM dan berharap teguran yang diberi dapat membaiki mutu perkhidmatan serta membawa kebaikan kepada pasukan tersebut," jelasnya. Tegasnya, pemimpin politik tidak wajar mengambil kesempatan di sebalik teguran tersebut untuk kepentingan parti masing-masing kerana beliau sendiri tidak pernah berminat mahu melibatkan diri dalam politik.

Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Bachok, Kelantan malam tadi menyeru anggota polis dan tentera menyertai pakatan pembangkang memandangkan bekas-bekas ketua mereka telah berbuat demikian termasuk Musa yang didakwanya sudah mengisi borang menyertai Pas. "Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan sudahpun mengisi borang menyertai Pas, kalau orang besar sudah masuk Pas, anggota-anggota yang biasa-biasa ini tunggu apa lagi," katanya dalam ceramah perdana yang dihadiri kira-kira 500 orang sahaja.

P/S ~ Fitnah tu kan dah jadi darah daging pemimpin-pemimpin PAShit. Apa nak dihairankan lagi. IBM nak cadangankan pada Tan Sri Musa, saman je Mat Sabun tu, tunggu apa lagi. Kalau dibiarkan naik tocang pencacai-pencacai Pas ni. Jangan tuggu lama-lama Tan Sri, nanti sejok bak nasi, basi pulak nanti. ~ IBM

~ PAS IS DEAD ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

ANWAR BRAHIM SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI? SO, APA TUNGGU LAGI, CABUT LE...

LUAHAN HATI DARI BEKAS ORANG KUAT PAS (WAJIB BACA) :

ISU siapa yang akan menjadi Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat ditakdirkan menawan Putrajaya terus dibincang. Nada perbincangan kelihatan semakin hangat dan goyah. Rakyat yang tidak menyokong Pakatan Rakyat pun turut memberi perhatian kepada isu yang masih belum ada penyelesaian yang melibatkan jawatan nombor satu itu. Rata-ratanya rakyat sama ada penyokong Pakatan atau penyokong BN ataupun mereka yang berada di atas pagar dilihat memberi perhatian istimewa kepada isu ini kerana yang terlibat ialah manusia yang namanya Anwar Ibrahim.

Sebut sahaja Anwar Ibrahim berbagai-bagi imej akan terpancar dan hampir semuanya menjurus kepada negatif untuk dirinya, negatif untuk Pakatan dan malapetaka untuk negara. Tiada siapa yang memiliki akal yang siuman dapat menerima seorang Perdana Menteri dengan imej yang berpecah-pecah dan sehingga kini dari dirinya sendiri, dari partinya dan daripada Pakatan sendiri belum kelihatan ada usaha membersihkan arang yang tercalar di sana sini pada muka Anwar Ibrahim.

Kebanyakan kita bersetuju bahawa untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan latar belakang sosio budaya yang beranika dan kekuatan tatasusila masih ampuh dalam kehidupan sebahagian rakyat, maka mana-mana individu yang tidak dapat memenuhi prasyarat-prasyarat ini sudah tentu tidak diberi ruang dan tempat oleh majoriti rakyat negara ini. Rakyat Malaysia boleh memilih dengan menggunakan kriteria masing-masing seorang Perdana Menteri yang benar-benar menjadi kebanggaan bukan sahaja di kalangan Melayu Islam, di kalangan orang Cina orang India dan suku kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Bahkan dengan sistem demokrasi yang diamalkan, siapa sahaja yang mempunyai kelayakan boleh bersama-sama menentukan bakal Perdana Menteri melalui undi yang mereka berikan.

Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kelmarin terdapat usaha untuk menonjolkan Anwar Ibrahim sebagai penyandang jawatan Perdana Menteri. Pimpinan utama DAP dan PKR cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan endorsement untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri. Tetapi atas respons yang seolah-olah kaku daripada perwakilan di tambah pula dengan posisi PAS terhadap isu ini yang sudah diketahui lebih awal maka percubaan “memasarkan” Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri gagal sama sekali. Pada masa yang sama PAS kelihatan tidak terpanggil untuk membincangkan soal tersebut lantaran PAS melalui Majlis Syura Ulama dikatakan telah membuat keputusan tidak bersetuju menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Rasional PAS mudah ditelah. Sebagai sebuah parti Islam sudah tentu Anwar Ibrahim gagal memenuhi prasyarat parti Islam itu untuk melayakkannya menjadi Perdana Menteri. Kalau kita semak ke belakang sejarah melantik Perdana Menteri di peringkat awalnya hampir tidak menghadapi masalah. Tidak ada gelombang, tidak ada ribut dan tidak kelihatan tanda-tanda wujudnya gelora. Apa yang disaksikan hari ini berbeza sekali. Rakyat daripada berbagai- bagai kedudukan dan latar belakang telah mara ke hadapan menyatakan pendirian mereka berhubung dengan siapa yang sepatutnya duduk di kerusi Perdana Menteri seandainya Pakatan menawan Putrajaya.

Tinjauan yang telah dibuat sekian lamanya di seluruh negara menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim bukan calonnya. Anwar Ibrahim tidak layak. Anwar Ibrahim akan menimbulkan aib di mata dunia dan pemilihan Anwar Ibrahim akan dilihat sebagai kebaculan rakyat negara ini memilih seorang manusia yang dari segi moral mengamalkan prinsip membujur lalu melintah patah. Dari segi agama pula fahaman pluralisme agama dan Islam liberal kini dipenuhi dengan tanda soal yang beliau sendiri pun tidak mampu menghujah balik kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

Indikasi penolakan terhadap Anwar Ibrahim menjadi semakin menyeluruh. Ulasan-ulasan, pandangan-pandangan, observasi-observasi dan kajian-kajian yang dibuat oleh para intelektual sama ada yang mewakili NGO-NGO Islam yang terkemuka telah menambahyakinkan rakyat bahawa tidak ada gunanya mana-mana pihak termasuk DAP dan PKR menghabiskan masa memberikan berbagai-bagai alasan untuk terus menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Apapun yang hendak dilakukan rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu Islam tidak mempunyai apa-apa hujah lagi bila neraca moral dan agama digunakan untuk dijadikan kriteria asas menentukan siapa Perdana Menteri. PAS kelihatan seolah-olah baru sedar bahawa dari lamunan mereka majoriti orang Melayu yang bakal menjadi pengundi mereka menolak Anwar Ibrahim. Seingat saya, sewaktu saya didalam PAS, saya adalah di antara pimpinan Pas yang dari awal-awal lagi mencadangkan supaya Perdana Menteri Malaysia mesti datang daripada jalur kepimpinan PAS. Bahkan saya telah menamakan Presiden PAS Ust Hadi Awang sebagai calon yang paling layak jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim.

Dengan tidak perlu memanjang hujah, letakkan dua gambar insan ini dihadapan kita. Kita yakin secara naluri dan ditambah dengan bisikan dhamir yang cintakan kebenaran, gambar Anwar Ibrahim akan menjadi malap dan terus gelap. Satu perkara yang perlu diberi perhatian supaya rakyat Melayu Islam tidak kelihatan begitu naïve terhadap apa yang berlaku dalam isu Perdana Menteri Pakatan itu. Di satu sudut ada sedikit kelegaan di hati kalangan ahli dan penyokong PAS bila Parti islam itu dilihat menolak Anwar Ibrahim.

Penolakan terhadap Anwar Ibrahim seperti yang disebutkan sebelum ini timbul dengan agak tiba-tiba setelah buat sekian lamanya pimpinan tertinggi PAS menyebut melalui lidah mereka sendiri nama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Perubahan yang agak drastik seperti ini perlu dilihat dari kaca mata yang lebih berhati-hati. Dikhuatiri keputusan PAS walaupun tidak menyebut Anwar Ibrahim tetapi sehingga ke hari Konvensyen semalam PAS masih tidak menyebutkan siapakah di antara pemimpin PAS yang layak menyandang jawatan itu Saya menjangkakan tindakan PAS tidak menamakan sesiapa adalah merupakan satu taktik untuk meraih semula sokongan ahli, penyokong dan masyarakat Islam terhadap PAS dalam PRU ke 13.

Ditakdirkan semuanya berjalan seperti yang distrategikan, PAS akan mengolah semula keputusan parti mengenai calon Perdana Menteri. Saya tidak terperanjat kalau nama Anwar Ibrahim ditimbulkan semula oleh PAS untuk menjadi Perdana Menteri sebagai salah satu daripada percaturan politik terutama dalam situasi di mana PAS memenangi jumlah kerusi yang paling kecil dalam Pakatan Rakyat tersebut. Saya juga berkeyakinan DAP dan PKR akan terus meremehkan dan memperkecilkan PAS seperti yang telah mereka lakukan sebelum ini. Keputusan pilihanraya yang tidak memihak kepada PAS akan menjadikan Parti Islam itu tidak lebih seperti melukut di tepi gantang sekadar untuk mencukupkan korum sahaja.

Akhirnya, isu mengenai Perdana Menteri Pakatan Rakyat sepatutnya tidak perlu dipanjangkan lagi. Tidak ada logiknya mengulang-ulang hujah yang sama terhadap manusia yang sama yang sebahagian besar daripada rekod kewibawaannya telah diketahui di seantero dunia. Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam konteks kepimpinan politik negara. Beliau juga tidak relevan dari segi membincangkan isu politik semasa terutama PRU ke 13. Rakyat sudah muak dengan apa yang berlaku dan rakyat juga tidak mampu lagi menanggung aib disebabkan masalah moral yang bertimpa-timpa tanpa berkesudahan. Apa yang berlaku kepada dirinya akan dipalitkan kepada majoriti penduduk negara ini yang terdiri daripada penduduk Melayu Islam.

Rakyat Malaysia sudah dewasa. Rakyat Malaysia sudah matang dan rakyat Malaysia tidak perlu disogok ke telinga mereka setiap waktu dan masa mengenai Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia lebih prihatin dan cenderung untuk melihat gambar yang lebih besar tentang kerukunan dan kesejahteraan hidup bersama ahli keluarga dan masyarakat sekitar. Mereka tidak mahu dan serik dilibatkan dengan cerita-cerita yang memualkan. Inilah masanya rakyat perlu bangkit menolak Pakatan Rakyat. Bukti Pakatan Rakyat tidak boleh bersatu begitu terang dan jelas di hadapan kita terutama dalam konteks siapa bakal menjadi Perdana Menteri.

Kalau isu asas melantik Perdana Menteri tidak selesai, apa isu yang boleh diselesaikan oleh Pakatan Rakyat yang dikatakan akan menjadi peneraju di Putrajaya nanti. Rakyat tidak sepatutnya memperjudikan masa depan negara dengan mengizinkan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. Seandainya kita lakukan juga, ertinya kita redha melihat anak bangsa kita menerima bahana daripada ketidakprihatinan kita itu.

DITULIS OLEH : YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL


P/S ~ IBM tak mahu komen banyak-banyak. Korang fikirlah sendiri. IBM yakin apa yang disuarakan oleh Datuk Dr Hasan Ali bekas pemimpin Pas negeri Selangor itu ada benarnya dan  mempunyai fakta-fakta yang kukuh untuk kita menolak Anwar dan Pakatan Rakyat. RENUNG-RENUNGKAHLAH ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...