Thursday, January 2, 2014

BERANI PEMUDA PAS MALAYSIA UGUT KERAJAAN YE!!

KHAMIS, 02 JANUARI 2014


Betul ke Pemuda PAS berani nak buat satu lagi perhimpunan besar-besar jika kerajaan tidak mengikut kehendak mereka?…apa sebenarnya yang mereka nak ni??


DENGAN angkuh dan sombongnya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengistihar dan mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan kenaikan kos sara hidup. Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata kehadiran 10,000 golongan anak muda ke perhimpunan di Dataran Merdeka pada malam tadi menunjukkan bahawa masyarakat yang mengalami kesempitan hidup kini tidak boleh lagi berdiam diri.

Dengar nada yang marah, bila ditemui semalam dan menyatakan rasa yang sama, bahawa himpunan malam tadi adalah permulaannya. Katanya, jika kerajaan tidak berganjak dengan sikap degil dan tidak bertoleransi dengan rakyat, himpunan yang jauh lebih besar dari ini akan digerakkan. kata Suhaizan dalam kenyataannya. Katanya, sikap yang ditunjukkan oleh para peserta perhimpunan di Dataran Merdeka itu juga menunjukkan golongan itu menghormati prinsip demokrasi dan tidak bertindak ganas untuk menggulingkan kerajaan seperti didakwa. Tambahnya, ancaman yang timbul berhubung ancaman bom serta ribuan laporan polis oleh NGO pro-kerajaan juga tidak menghalang kemaraan kumpulan berkenaan untuk menyatakan bantahan mereka.

Ancaman sebegitu tidak mampu melemahkan kebangkitan peserta terutama anak muda semakin bersemangat dan berani menyatakan sikap tanpa menghiraukan risiko yang bakal ditempuh mereka, katanya. Menurutnya, ancaman seperti itu hanyalah ketakutan golongan tersebut pada "bayang-bayang sendiri". Sedangkan, kenaikan kos sara hidup itu berpunca dari kegagalan kerajaan mengurus tadbir negara dengan baik, dakwanya. Perhimpunan tersebut masih tetap diteruskan semalam walau Perdana Menteri pada hari sebelumnya mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun kepada Menteri dan Timbalan Menteri sebanyak 10 peratus.

Wow!! berani dan bersemangat nampaknya Ketua Pemuda PAS Malaysia ni. Apa nak dikatakan lagi. Kalau itulah yang mereka mahu, IBM hanya kata, buat dan teruskanlah. Kita tengok siapa yang kena nanti. Apa,  Kalau korang ingat negara kita ini tiada undang-undang ke?…bodoh punya PAS. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

RAKYAT JUGA MESTI PANDAI BERJIMAT DAN BERHEMAH BILA BERBELANJA…..JANGAN ASYIK SALAHKAN KERAJAAN JE BILA HARGA BARANG NAIK..

KHAMIS, 02 JANUARI 2014


Sebuah kedai Cina di Puchong menaikkan harga minuman pada hari pertama Tahun Baharu. Jadi Siapa yang nak di salahkan??


Menurut kata Pakar ekonomi, rakyat Malaysia masih mampu untuk mengawal perbelanjaan dan berbelanja dengan berhemah meskipun akan melalui tempoh tiga tahun yang sukar. Ketua Pakar Ekonomi dari sebuah Bank berkata, pengguna perlu menyelaraskan corak perbelanjaan mereka dengan hanya membeli barang-barang keperluan dan mengetepikan keinginan untuk berbelanja mengikut nafsu. Katanya lagi, dalam tempoh tiga tahun akan datang menyaksikan peningkatan harga berikutan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun depan dan rasionalisasi subsidi yang sedang dilakukan sekarang.
Adalah amat jelas bahawa beberapa perubahan dalam corak perbelanjaan pengguna telah berlaku. Belanjawan bulanan adalah amat penting dan perlu mengambil kira bebanan hutang, perbelanjaan tetap dan juga untuk simpanan luar jangka, katanya. Beliau menganggarkan bagi sebuah keluarga (4 orang) yang tinggal di Kuala Lumpur, julat pendapatan isi rumah adalah antara RM7,000 hingga RM10,000, termasuk bahagian yang diperuntukkan untuk simpanan. Seterusnya, mengikut kata pakar itu lagi, anggaran ini mengambil kira kedua-dua ibu bapa bekerja dan mempunyai dua kereta, hutang pinjaman perumahan dan bayaran pusat jagaan anak-anak merupakan perbelanjaan utama.
Maka, kos sara hidup akan terus meningkat kerana kos mengendalikan perniagaan juga akan naik sehingga memberi kesan kepada pengguna. Jesteru, para pengguna perlu lebih bijak dan berhemah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu ini dan berharap peningkatan yang stabil dari segi pendapatan dalam beberapa tahun akan datang, jangan asyik menunding jari dan menyalahkan kerajaan semata-mata. Selain rasionalisasi subsidi baru-baru ini,  sambung pakar itu lagi, perlaksaanan GST akan menyaksikan perniagaan tertentu menjadikan ia sebagai alasan untuk meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan.
Dan, berdasarkan pengalaman negara-negara lain, harga akan stabil dalam tempoh dua hingga tiga tahun perlaksaaan GST. Oleh itu, perlaksanaan yang berkesan, pendidikan dan penguatkuasaan ketat harus dilakukan bermula sekarang sehingga 2017 untuk mengelakkan pencatutan. Jika perkara ini tidak dibendung, ia akan menyebabkan kenaikan harga yang meluas dan tidak dapat dijustifikasikan. Percayalah. Maka, di sini, IBM ingin menasihatkan para pengguna untuk mengamalkan perbelanjaaan berhemah dan mengurangkan atau menangguhkan sebarang perbelanjaan yang tidak mengikut keutamaan. Tidak seperti pendemo-demo yang ingin mengulingkan kerajaan pada 31 Disember 2013 yang lalu yang kononnya inginkan dan mendesak kerajaan supaya 'menurun' harga barang-barang seperti, tol, gula, minyak dan banyak lagi.
Bagi IBM, itu semua tektik kotor mereka bagi tujuan menghuru-harakan negara. IBM cabar mereka-mereka ini, tolong buktikan, negara mana di dunia ini yang harga barangnya tidak naik? Buktikan. Jangan hanya pandai cakap saja dan merusuh tanpa sebab. IBM juga tahu, bahawa ini adalah anasir jahat yang terancang oleh beberapa badan NGO yang di taja oleh parti politik pembangkang yang ingin memalukan kerajaan yang sedia ada ini. Mereka tahu, itu semua adalah sukar untuk di bendung. Seluruh dunia merasanya. Untuk permulaan ini, eloklah kita berjimat-jimat cermat dan berbelanjalah dengan cara yang berhemah.
Insyallah, kerajaan sedang memikirkan yang terbaik bagi mengatasi masalah harga barang naik ini bagi membantu rakyat yang benar-benar terkena tempiasnya. Harap bersabar. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

LIVERPOOL KEMBALI MENYERLAH ATASI HULL CITY TIGER

02 JANUARI 2014 KHAMIS


Setelah mengalami dua kekalahan tipis berturut-turut di tempat lawan, Liverpool kembali menyerlah menang 2-0 ke atas Hull City Tiger di Anfield malam tadi. Liverpool menguasi perlawanan di babak pertama dengan menyerang bertubi-tubi ke kubu lawan. Hasil dari itu, di minit ke 36' Stadium di Anfield bergema dengan sorakkan peminat-peminat the reds apabila Daniel Agger menanduk masuk dari hasil tendangan sudut untuk Liverpool mendahului Hull City. Walaupun beberapa peluang terhidang di depan gol, namun Liverpool tidak berhasil menambahkan gol.

Dibabak kedua permainan nampak seimbang. Hull City cuba menampakkan kebangkitan, tapi pertahanan Liverpool bermain cemerlang mengaggalkan percubaan Hull City untuk mencari gol penyamaan hinggalah di minit 50' separuh masa kedua, pemain paling berharga Liverpool, Luis Suarez menjaringkan gol kedua Liverpool hasil tendangan bebas di luar petak penalti Hull City. Sekali lagi Stadium Anfield gemuruh dengan sorakkan peminat-peminat Liverpool menjadikan kedudukan Liverpool 2 Hull City 0. Kesimpulan permainan malam tadi, Liverpool sekurang-kurang boleh menjaringkan lebih dari gol kalau tidak kerana kegopahan dan tidak konsisten, iaitu dari Henderson dan Coutinho.

Hujung minggu ini, Liverpool akan berkunjung ke Stoke City. bolehkan Liverpool mendapat 3 mata penuh di sana untuk mengejar dan merapatkan jurang dari lawan-lawannya seperti Arsenal, Manchester City dan Chelsea untuk menduduki ke puncak liga sekali lagi? Sama-sama kita tunggu nanti. Kepada peminat Liverpool, jangan lupa terus menyokong kelab kesayangan anda. Keputusan terkini, Manchester United tewas kepada Spur 1-2 di tempat sendiri. Red Devil kini di tangga ke-enam liga. "You Will Never Walk Alone". Sekian. Majulah sukan bolasepak untuk negara. Dari saya ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT DATANG 2014...


1 JANUARI 2014, RABU





Salam, salam 1 Malaysia dan salam perpaduan.

Pergi sudah 2013, kini 2014 pula menjelma. Maka, marilah kita sama-sama berdoa agar kita di lempahkan rahmat oleh Allah yang maha esa. Kita juga berharap agar, di tahun baru ini, 2014, akan lebih baik dari tahun 2013. Harapan kita semua agar di tahun 2014 negara kita akan lebih berkembang maju, aman dan tenteram.

Justeru, apabila negara aman, ramai pelabur-pelabur  asing akan datang membuat perlaburan di negara ini. Ini akan menambahkan pendapatan negara kita, rakyat juga akan mendapat rahmat darinya. Dari segi politik negara pula, di harap ianya akan menjadi stabil. Kita lupakan seketika perbezaan politik diantara kita. Kita jumpa 5 tahun lagi 

Akhir kata, IBM ucapkan selamat menyambut tahun baru 2014,  teruskan perjuangan kerana perjuangan kita masih belum selesai. Kita rakyat Malaysia, 1 Malaysia. Malaysia boleh!! Sekian. Ikhlas dari saya : IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Tuesday, December 24, 2013

I'LL BE BACK SOON - IBM

24 DECEMBER, TUESDAY 2013

Salam semua,


IBM akan kembali tak lama lagi untuk menulis di blog ini. Harap semua bersabar dan terus memberi sokongan pada blog 'akusayangumno.blogspot.com'.

Terima kasih. Jumpa lagi!! ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...