Wednesday, January 29, 2014

PKR PANAS BUNTUT. PAS BERI AMARAN JANGAN 'SENTUH' KERUSI MB SELANGOR!!


RABU, 29 JANUARI 2014
PKR kini panas buntut. Cita-cita mereka untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya beliau memenangi Pilihanraya Kecil  (PRK) DUN Kajang yang akan diadakan nanti ditentang mati-matian oleh parti PAS. Begitu juga dengan Pemuda PAS yang mengancam untuk memboikot semasa berkempen nanti. Nampaknya krisis dalam Pakatan Rakyat Selangor begitu meruncing sekali. Mereka sudah hilang pertimbangan dan tidak lagi menghormati sesama sendiri, tiada lagi sepakatan seperti apa yang mereka beritahu rakyat Selangor bahawa Pakatan Rakyat adalah sebuah parti gabungan yang membela rakyat. Tapi,  semuanya itu bohong semata-mata. 

Dengan itu, PAS Selangor memberi kata dua kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kontroversi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dikaitkan dengan konflik dalaman parti itu berhubung kedudukan Menteri Besar. Menurut Setiausahanya, Mohd Khairuddin Otman (gambar) berkata, PAS akan menuntut hak mereka sekiranya kekosongan berkenaan bakal membawa kepada pertukaran Menteri Besar kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang melebihi PKR dan DUN Selangor. Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.

Katanya lagi, PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai calon utama kita. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN. Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan pada Isnin secara tiba-tiba selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Selang beberapa hari (semalam) Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon bertanding di kerusi tersebut pada pilihan raya yang akan diadakan dalam masa 60 hari. Pada PRU-13, PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR 14. Mengulas lanjut Mohd Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras bagaimanapun berkata, PAS Selangor menganggap kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR tanpa melibatkan kedudukan jawatan Menteri Besar yang disandang Abdul Khalid sejak 2008.
Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan masuk campur. Selagi isu jawatan Menteri Besar Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja, katanya. Sekiranya PKR meneruskan hasratnya melantik calonnya mereka untuk menjadi Menteri Besar Selangor, PAS tidak teragak-agak menentang dan juga akan menghantar calonnya bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor dan tidak akan memberi laluan mudah pada Anwar Ibrahim. Itu amaran keras dari PAS. 
Kepada rakyat dan pengundi di Kajang, ambilah aktibar bahawa korang semua di tipu hidup-hidup oleh parti Pakatan Rakyat yang kononnya sebuah parti yang membela nasib rakyat. Tapi, itu hanya dusta. Pakatan Rakyat telah mengkhianati rakyat. Pemimpin-pemimpin pakatan rakyat hanya mementingkan diri mereka sendiri. Mereka berpolitik semata-mata untuk menjaga periuk nasi mereka sahaja, bukan untuk rakyat. Oleh itu, berfikirlah masak-masak, gunakan akal yang ada dan jangan salah undi semasa nak mengundi nanti. Ingat, jangan pisang berbuah dua kali. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Tuesday, January 28, 2014

SPEKULASI KE ATAU TIDAK, MEMANG ITULAH YANG ANWAR HENDAK. TETAP MAHU JADI MB SELANGOR

SELASA, 28 JANUARI 2014
WALAU apa pun alasan yang diberi oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim samada semuanya itu adalah spekulasi, itu adalah wajah Anwar yang sebenarnya. Kalau tak berbohong atau putar-belit bukan Anwar Ibrahim namanya. Sekarang sudah jelas. Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim@Khalid gagap telah pun mengumumkan bahawa calon pilihan raya kecil (PRK) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Jadi, mana yang dikatakan itu hanya spekulasi? dan apa pula motif dan tujuan PKR meletak Anwar sebagai calon mereka?

Apabila ditanya oleh pemberita hari ini (Selasa) setelah nama beliau  diumumkan sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang , Anwar menolak dakwaan ia adalah untuk memberi laluan kepadanya menjadi menteri besar Selangor kemudian. Beliau yang akan bertanding di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, perkara itu hanyalah spekulasi dan pada masa kini hanya akan memberi tumpuan untuk menang di Kajang. Isu untuk (jadi MB) hanya spekulasi. Kita nak tumpu menang pilihan raya. Harapan beliau kalau boleh bila kerusi itu adalah kerusi untuk Pakatan Rakyat jangan ada pembaziran untuk belanja pilihan raya dan bagi ruang untuk kita uruskan kerja mereka, katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.

Anwar berkata demikian selepas namanya diumumkan sebagai calon bagi DUN Kajang yang dikosongkan oleh penyandang sekarang Lee Chin Cheh semalam tanpa sebab. Pengumuman mengenai keputusan untuk meletakkan Anwar bertanding di kerusi DUN berkenaan dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media yang sama. Anwar berkata, Abdul Khalid akan menjalankan tugasnya sebagai menteri besar Selangor sepertimana biasa. Jelas Anwar lagi, beliau membuat keputusan untuk bertanding selepas namanya dicadangkan dan dipersetujui dalam perbincangan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. 
Apapun, itu perihal dan masalah dalaman PKR. Bagi kita, siapa pun calon yang PKR letak untuk bertanding di DUN Kajang, tidak menjadi masalah. Kita tetap akan meletakkan calon kita yang berwibawa. Pastikan kita kerja kuat untuk mempastikan calon kita menang dan sekali gus mengaggalkan cita Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Setelah cubaan demi cubaan gagal untuk menjadi Perdana Menteri, kini Anwar beralih pula pada jawatan Menteri Besar. Jadilah, katanya. Itulah fahaman Anwar yang berpolitik songsang semata-mata kerana nafsu, dan ingin membalas dendam. Kini semuanya sudah terjawab. Ayuh rakan-rakan seperjuangan, bersiap-sedialah kita bagi menghadapi PRK DUN Kajang ini.
Dengar cerita, angkatan muda Pas (pemuda) tidak akan menyertai PRK kali ini. Betul ke ni? kenapa dan mengapa pula jadi lagu tu. Rojak..rojak...memang dah jadi rojak Pakatan Rakyat Selangor ni. Bila le mereka nak bungkus untuk selama-lamanya? Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

'PELAN DAMAI' ANWAR PERLU DITOLAK. ITU HANYA SANDIWARA.....

SELASA, 28 JANUARI 2014
SEMALAM berita di TV, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjelaskan bahawa  beliau akan mempertimbang cadangan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dan bermuafakat ke arah 'pelan damai', dengan berunding bersama Jemaah Menteri. Perdana Menteri berkata yang penting ialah negara sentiasa aman dan dapat menentukan kesejahteraan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan kerajaan. Tapi, ramai pemerhati dan pengamal politik diluar sana menyuarakan perkara yang berbeza. Rata-rata ramai yang menentang dan memberi amaran supaya kerajaan BN berhati-hati kerana itu adalah sandiwara dari Anwar Ibrahim. Siapa tak kenal Anwar Ibrahim yang mempunyai banyak watak. Salah satu watak yang sudah menjadi darah dagingnya ialah penipu. 

Maka, kerajaan perlu menolak dengan tegas pelawaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berbincang soal permuafakatan nasional. Ini disuarakan oleh bekas sahabat karib Anwar yang dulu amat berpengaruh dalam parti PKR yang kini menjadi Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor (gambar). katanya, Anwar sendiri sebenarnya sudah bankrap idea dalam berpolitik dan atas sebab itu beliau secara tiba-tiba membangkitkan soal permuafakatan nasional bagi meraih perhatian. Anwar memang sudah bankrap dari segi moral dan politik tetapi dia masih hidup kerana kita sendiri lemah dan lembab dalam bertindak, kata Ezam menerusi laman Twitternya hari ini. Pada Ahad lalu, Anwar menawarkan 'pelan damai' kepada BN untuk bersama-sama membincangkan mengenai isu nasional dan perpaduan kononnya demi kepentingan rakyat.

Persoalan yang sama IBM ajukan pada entri IBM yang lepas. Ramai yang bersependapat dengan IBM. Kenapa sekarang? Kenapa sekarang baru Anwar inginkan 'pelan damai' sedangkan beliau telah banyak menyusahkan rakyat dan memburuk-burukan pentadbiran kerajaan yang sedia ada semata-mata pakatan rakyat tewas di dalam PRU ke-13 yang lepas sekali gus melenyapkan impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau apa yang IBM kata ini salah, harap maaf kerana bukan IBM sahaja yang berkata demekian malah ramai lagi termasulah YB Senator Ezam Mohd Noor sendiri. Ini masalah negara, maruah bangsa dan agama. Damai  seperti mana yang Anwar mahukan? Tuhan dan Anwar sahaja yang tahu......Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Monday, January 27, 2014

SESUAIKAN DIRI JIKA MAHU KEKAL RELEVAN, KATA PM

ISNIN, 27 JANUARI 2014
Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno perlu menyesuaikan diri dengan perubahan semasa untuk kekal relevan di mata rakyat. Beliau mencatatkan demikian dalam laman Twitternya hari ini, Isnin ketika merujuk kepada pautan satu berita Bernama semalam. Dalam laporan berita itu, Najib dipetik sebagai berkata Umno perlu bijak meneliti perubahan demografi serta melakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya. Ia bertujuan mengelakkan parti itu daripada ditolak masyarakat bandar dan dilihat hanya sebagai sebuah parti untuk orang luar bandar.


Kepada pemimpin-pemimpin Umno diluar sana tu, dengarlah nasihat daripada Presiden kita ini. Jangan hanya pandai berpolitiking. Rakyat sekarang sudah matang.  Mereka tahu menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Silap langkah, kita akan dihukum pada PRU ke-14 yang akan datang. Oleh itu, jangan leka dan tidur lagi kerana rakyat akan menghukum kita sekiranya kita masih lagi tidak pandai mengambil hati mereka dan menyesuaikan diri seperti apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Najib itu. 

Untuk itu, marilah kita sama-sama membawa parti Umno, parti keramat ini ketahap yang lebih tinggi sekali gus meneruskan perjuangan yang masih belum selesai dan sama-sama kita buktikan bahawa parti Umno ini masih relevan dan akan terus membela nasib rakyat. Ingat, kalau kita masih menabik dada, tidak turun padang, padah akan menanti kita. Fikir-fikirkanlah. Ini bukan satu amaran, tapi ianya sebagai azimat buat kita untuk menyakinkan rakyat agar mereka akan terus menyokong kita, iaitu parti Umno. Tidak ada lagi istilah bahawa Umno itu 'kebal'. Itu cerita lama.....cerita dulu-dulu.....Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

TERSEBAR LUAS ANWAR AKAN JADI MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU? BIAR BETULLL!

ISNIN, 27 JANUARI 2014
WALAUPUN belum ada kesohehan yang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, cerita hangat dan menarik ini sudah tersebar luas di merata negeri.  Dan seperti biasa, Anwar dengan penafiannya, kata itu hanya "spekulasi". Itu jawapan bersahaja dari Anwar ketika ditemui hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada  pagi ini (Isnin). Menurut Anwar, beliau telah menemui Abdul Khalid seperti biasa dan kali terakhir pada Jumaat dan bukan hari Ahad sepertimana yang dilaporkan media. Beliau bertemu dengan (Abdul Khalid) setiap minggu. Seperti biasa mereka bertemu samada di pejabat atau di rumah, kata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketika ditanya berkaitan spekulasi yang dia telah mencapai persetujuan dengan Khalid Ibrahim untuk mengambilalih kerusi menteri besar.

Ditanya adakah perbincangan mereka menyentuh mengenai kedudukan menteri besar Selangor, Anwar berkata, ia hanya melibatkan perkara penting berkenaan parti dan negeri tersebut sahaja. Selain itu, beliau turut bertanya sekiranya terdapat cadangan mengenai kerusi yang 'selamat' untuk ditandingi bagi melayakkannya menjadi menteri besar. "Kerusi selamat? Boleh anda cadangkan satu kerusi yang selamat di Selangor?" soalnya sambil sekali lagi menolak spekulasi berkenaan.
Sebelum itu, sebuah portal berita tempatan melaporkan yang Abdul Khalid telah bersetuju untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dalam masa terdekat ini. Laporan yang memetik sumber-sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyebut yang Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini. Mereka berkata, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar. Satu pilihan raya kecil dijangka terpaksa diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor sebelum mengambil alih kedudukan tersebut.
Kononnya, Abdul Khalid yang kini berhadapan dengan tekanan kuat oleh partinya sendiri berhubung kemelut dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan isu serbuan Jabatan Agama Islam (Jais) ke atas Pertubuhan Bible Malaysia dikatakan bersetuju dengan perubahan itu selepas mengadakan mesyuarat dengan Anwar pada Ahad. Kalau perkara ini betul-betul jadi, maka tak salahlah kalau kita cop si Anwar ini gila jawatan. Tak dapat jadi Perdana Menteri (PM), jadi Menteri Besar (MB) pun tak apalah. Asalkan krier politik jahatnya berterusan. Dan....apa jadi dengan si Azmin pulak? tidakkah beliau rasa kecewa kerana beliau juga ada bercita-cita nak jadi Menteri Besar Selangor? Rojak...memang rojak PKR Selangor ni........
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...