Sunday, February 2, 2014

AISWARYA RAI WANITA KEDUA TERCANTIK DUNIA!!

AHAD, 02 FEBRUARI 2014

HIBURAN
PELAKON Bollywood Aiswarya Rai diumumkan sebagai wanita kedua tercantik di dunia selepas pelakon Angelina Jolie. Penyenaraian itu hasil sebuah kajian yang dibuat oleh Hollywood Buzz dengan mengambil nama wanita tercantik daripada beberapa buah negara. Kajian berfokus kepada wanita yang dianggap paling cantik di seluruh dunia oleh para pembaca dan mengambil 30 senarai teratas.
Biarpun di India kini lebih popular dengan Katrina Kaif, namun pelakon itu hanya menduduki nombor 22. Dalam senarai itu juga terkandung beberapa nama selebriti lain seperti Kim Kardashian, Charlize Theron, Mila Kunis dan Keira Knightley. Berita yang mengembirakan itu, tidak membuat Aiswarya Rai sombong dan bangga diri. Beliau diberitakan seperti biasa, senang didekati dan tak banyak kerenah. ~ Sumber.
P/S ~ Pelakun-pelakun wanita tempatan, bila lagi  nak menempah nama seperti Aiswarya Rai ni?.......WA ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA" 

Saturday, February 1, 2014

LAWAN TETAP LAWAN. UNDUR TIDAK SEKALI-KALI, KATA ZAHID

SABTU, 01 FEBRUARI 2014
ITULAH semangat juang yang Barisan Nasional (BN)selalu laung-laungkan. Dulu, kini dan selama-lamanya. Berpegang pada prinsip 'lawan tetap lawan' biarpun belum memuktamad calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan penuh semangat. Beliau berkata, walaupun secara lazimnya kerusi DUN Kajang diperuntuk kepada MCA namun kuasa mutlak pemilihan calon terletak di tangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan akan diputus pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bakal diadakan dalam masa terdekat. Beliau berpendirian bahawa jika BN putuskan untuk letakkan calon dalam PRK DUN Kajang dari parti mana sekalipun, terutama jika parti itu pernah meletakkan calonnya dalam PRU lalu di DUN itu, maka kita akan hormati keputusan tersebut.

Dan sekiranya seseorang calon itu telah dimuktamad menjadi calon rasmi BN, pendirian beliau secara peribadi 'lawan tetap lawan' kerana mana-mana parti yang meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kecil sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, tetap dianggap musuh politik BN, kata kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional 2014 (PENA) peringkat negeri Selangor di Universiti Teknologi MARA petang tadi (Sabtu). 
Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan, yang juga Ketua Penerangan Umno. 
Seperti yang semua maklum, memang hangat bak 'goreng pisang panas' di mana-mana di perkatakan tentang kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 27 Januari lepas dan sehari selepas itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diumum sebagai calon pada PRK berkenaan. Tak mengapa siapa calon mereka (pembangkang). Apa yang pasti ialah kita akan tentang mereka habis-habisan. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Barisan Nasional (BN) Amin! Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA" 

SELAMAT PULANG KE TANAH AIR. TERIMA KASIH KERAJAAN SWEDEN!!

SABTU, 01 FEBUARI 2014
ORANG yang paling gembira ialah Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila keempat-empat anak pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden dibenarkan pulang ke tanah air. Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sweden di atas pertimbangan khas yang diberikan bagi membolehkan mereka (anak pasangan yang ditahan) dibawa pulang. Syukur alhamdulillah, katanya. Kalau mengikut undang-undang yang dikenakan oleh kerajaan Sweden sebelum ini, amat sukar perolehi (kebenaran untuk membawa pulang) anak-anak tersebut, tetapi atas hubungan baik di antara Malaysia dan Sweden dan semangat Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang ditanda tangani kedua-dua negara, mereka beri persetujuan, kata Datuk Seri Najib. 
Perasaan gembira ini disuarakan oleh Perdana Menteri kepada pemberita selepas beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bertemu dan bertanya khabar dengan keempat-empat anak pasangan itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta di sini, Sabtu. Aishah Azizul Raheem, 14, dan tiga adiknya Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, 7, tiba di kediaman Perdana Menteri kira-kira 1 tengah hari dengan ditemani Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan saudara-mara mereka. Jelas kelihatan mereka yang tiba di tanah air pagi ini nampak lesu dan letih selepas menempuh perjalanan selama 17 jam dari Stockholm, namun kelihatan ceria apabila bertemu Najib dan Rosmah yang menyambut ketibaan mereka.
Bapa kanak-kanak tersebut, Azizul Raheem Awalludin dan ibu mereka, Shalwati Norshal ditahan pihak berkuasa Sweden untuk siasatan pada 18 Dis lepas atas dakwaan memukul tangan seorang daripada anaknya kerana tidak solat. Mereka tiba kira-kira 7.04 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)di Sepang dari Stockholm menaiki pesawat Malaysia Airlines. Disamping itu Datuk Seri Najib turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Hamzah Zainudin, iaitu Timbalan Menteri Luar kerana menjalankan tugas dengan baik sehingga berjaya membawa balik kanak-kanak tersebut agar kebajikan dan kesejahteraan mereka terjamin dan psikologi mereka tidak terganggu dengan tekanan yang dihadapi di negara itu.


Datuk Seri Najib juga dimaklumkan bahawa ibu bapa mereka bersetuju supaya anak-anak mereka ditempatkan bersama ibu saudara mereka di Kelantan, kita akan uruskan mereka untuk pergi ke Kelantan dan sekiranya ada apa-apa keperluan kita akan bantu, katanya. Beliau berkata pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membuat pemantauan secara berkesan agar keempat-empat beradik itu dijaga dengan baik dan terlepas daripada mengalami sebarang tekanan perasaan akibat kesukaran yang dialami sepanjang penahanan ibu bapa mereka. Kalau perkara ini tidak diuruskan secepat mungkin, pembangkang dan para pemerhati politik akan menyalahkan kerajaan kerana lambat bertindak.
Semuanya salah BN. Apa jadah. Kini, kes yang mendapat simpati orang ramai, media dan yang lain, tak ada siapa pula yang bersuara, berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang bertindak cepat bagi menyelesaikan kes tersebut sehingga keempat-empat anak pasangan tersebut dapat kembali ke tanah air dengan selamat. Inilah amalan politik tana air kita. Yang buruk cepat-cepat di heboh-hebohkan manakala yang baik-baik tidak mendapat pengiftirafan. Politik apa namanya tu? Apapun selamat pulang ke tanah air  kepada keempat-empat kanak-kanak tersebut. Nak tunggu apa pulak komen pembangkang selepas ini......Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

PRK N25 DUN KAJANG : BERI PELUANG PADA MCA, KATA TUN

SABTU, 01 FEBRUARI 2014
KATA orang, bila orang lama seperti Tun Mahathir Mantan Perdana Menteri mengeluarkan pendapat elok juga kita menilai kembali dan pertimbangkan akan cadangan yang beliau buat. Tak semestinya pandangan beliau itu betul atau mendatangkan kemenangan, tapi, sekurang-kurangnya kita duduk dan nilaikan samada ianya boleh mendatangkan munafaat kepada semua. Maka, IBM berpendapat, tak salah kita mendengara pandangan dari seorang yang begitu berpengaruh pada satu ketika dahulu.

Kepada rakyat/pengundi di Kajang, Tun menyuarakan kepada rakyat disana, mereka perlu memberikan peluang kepada MCA untuk berkhidmat dan mewakili mereka semula di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, itu kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Ujar beliau lagi penduduk Kajang perlu menerima dan melihat transformasi yang dilakukan oleh MCA yang telah berjuang bersungguh-sungguh dan bekerja keras selepas mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada tahun lalu.
 
Bagi beliau tidak ada apa-apa komen tentang MCA perlu letak calon atau tidak kerana itu terpulang kepada BN. Sekiranya ada ramai pengundi Cina adalah lebih baik letakkan calon MCA. MCA kini semakin mantap seperti dulu. Dari pandangan kaca mata beliau rakyat akan faham dan lihat MCA membuat 'come back' dan beliau rasa perlu beri MCA peluang, katanya ketika ditemui wartawan di Wisma MCA dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina semalam.

Dik kerana kemelut dalaman PKR yang menjadi misteri menjurus kepada perletakkan jawatan penyandangnya dari PKR, maka kerusi DUN Kajang dikosongkan bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding juga dikatakan mengambil kira faktor komposisi majoriti pengundi Cina di Kajang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh pada Isnin lalu meletakkan jawatannya. Lee, 42, adalah seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Tambah Tun M, Jika rakyat memberi peluang kepada MCA untuk melakukan yang terbaik demi memastikan kemenangan di tangan Barisan Nasional (BN), hasilnya juga kelak akan memberangsangkan. Barisan Nasional (BN) bertanding setiap masa, tidak kira di mana. BN harus bertanding ( sebab MCA reputasi jatuh), BN tetap sentiasa lawan, ujarnya. Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu menunjukkan kekalahan kerusi BN kebanyakan disumbangkan oleh pengundi Cina yang membuat keputusan untuk tidak mengundi parti pemerintah. Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. Jadi, IBM berpendapat masih ada ruang untuk diperbaiki dan peluang untuk BN menang masih ada. Oleh itu, rakan-rakan semua ayuh, kita tumbangkan Anwar di Kajang.  Jangan takut akan kekuatan Anwar di sana yang dikatakan KEBAL dan sukar untuk ditewaskan. Bagi IBM tiada istilah kebal disini. Anwar manusia biasa, boleh dikalahkan. Lawan tetap lawan. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

PERKEMBANGAN TERKINI MICHAEL SCHUMACHER

SABTU, 01 FEBRUARI 2014

Proses Memujuk Dari Koma Dilakukan Keatas Schumacher
PASUKAN  doktor di Perancis dikhabarkan memulakan 'proses menyedarkan' bekas juara dunia tujuh kali Formula 1, Michael Schumacher daripada koma. Schumacher yang menyambut kelahirannya di Hospital Grenoble mengalami kemalangan ketika bermain ski pada Disember lalu yang menyebabkan dia jatuh dan terhantuk di batu. Dia diberi 'perubatan memujuk' dari koma selepas lebih kurang empat minggu bertarung untuk hidup namun doktor kini telah mengurangkan pemberian sedatif. Pengurusnya, Sabine Kehm (gambar) berkata dalam satu kenyataan: "Pemberian sedatif kepada Michael telah dikurangkan bagi melakukan proses menyedarkannya dan ini akan mengambil mana yang panjang."

Kehm turut menjelaskan pihak keluarga Schumacher membuat keputusan untuk menjelaskan perkara ini kepada media berikutan berita yang dikeluarkan oleh akhbar Perancis mengenai perkara ini. Akhbar terbabit melaporkan mengenai proses yang dijalankan ini. "Keluarga Schumacher sekali lagi memohon agar tidak mengganggu pihak doktor dalam menjalankan tugas mereka. "Dalam masa sama, pihak keluarga juga mengucapkan penghargaan kepada peminat di seluruh dunia yang melahirkan simpati.
Bagi memastikan perlindungan keluarga Michaeal, maklumat hanya akan diberitahu hanya selepas mencapai persetujuan kedua-dua pihak (keluarga dan doktor). "Setakat ini tidak ada apa-apa maklumat yang terkini dapat diberikan," jelas Kehm. Kita doakan agar proses tersebut berjaya dan Schumacher dapat diselamatkan.  Sumber berita ~ Mstar
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...