Monday, February 3, 2014

LIVERPOOL TERCICIR 3 MATA BERHARGA GARA-GARA KESILAPAN 'TOURE'

ISNIN, 03 FEBRUARI 2014

SEMBANG-SEMBANG BOLA : BPL

London: Kesilapan Kolo Toure menghalang Liverpool untuk mengukuhkan cengkaman di tempat keempat dalam saingan Liga Perdana, apabila dipaksa terikat 1-1 oleh West Bromwich Albion di gelanggang lawan, malam tadi. Pasukan ini mengimpikan untuk berada selesa empat mata di depan pesaing terdekat, Everton dan nampak berpeluang untuk menggapai apabila Daniel Sturridge mendapat jaringan pendahuluan. Namun kesilapan Toure di kawasan berhampiran gawang ketika melakukan hantaran pantas disambar Victor Anichebe untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-67. Keputusan seri itu meletakkan Liverpool kini meraih 47 mata daripada 24 perlawanan, tiga mata di belakang Chelsea yang hanya berdepan cabaran besar menentang pendahulu liga, Manchester City awal pagi ini. 

"YOU'LL NEVER WALK ALONE"
Sturridge yang mula membuka tirai jaringan di Stadium The Hawthorns pada minit ke-23, hasil bantuan Luis Suarez untuk menewaskan penjaga gawang, Ben Foster.  Gol penyamaan tuan rumah oleh Anichebe itu sekali gus membenarkan West Brom meraih rekod baru mengikat pasukan yang sedang di kelompok tiga teratas. Kali terakhir mereka mengikat Arsenal 1-1, pada Oktober tahun lalu. 

Pasukan ini juga pernah menewaskan Manchester United 2-1 di laman lawan sebulan sebelum itu, namun tewas kepada Aston Villa 4-3 pada perlawanan terbaru 29 Januari lalu. Kesimpulannya, tiada siapa yang harus disalahkan apabila keputusan yang sebegitu rupa. Semua orang mahu menang. Liverpool, ayuh bangkit diperlawanan seterusnya, jangan diulangi kesilapan seperti itu lagi. Kami peminat-peminat setia mu berdiri teguh di belakang mu. Arios!!.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

LAPORAN DEMI LAPORAN DIBUAT...TAPI, APA KESUDAHANNYA??

ISNIN, O3 FEBRUARI 2014
CERITA pasal repot-merepot ni dah menjadi macam cerita dongeng dalam drama TV. Naik menyampah dan meluat dibuatnya. Kan apa. Ini kerana kebanyakkan kes repot-merepot ni diakhir ceritanya dengan meminta maaf dan bersetuju diselesaikan di luar Mahkamah. Jadi, buat apa susah-susah, buat kecoh, kecam sana kecam sini, akhirnya kita kan tahu akan keputusannya. IBM bukan kondem dan tak setuju dengan isu repot-merepot ni. Tapi, buatlah serius sikit, tegas dengan pendirian kita. Kadang-kadang kita dapat lihat sendiri bagaimana sesetengah NGO begitu emosi, marah dan mengutuk sekeras-kerasnya bila pembangkang membuat provokasi seperti menghina dan sebagainya. Pengikut-pengikutnya begitu bersemangat, buat banner, hentam kaw-kaw. Tapi, di saat-saat akhir, boss depa buat keputusan, selesai diluar mahkamah dan ungkapan "Minta maaf ye" maka, diterima. Apa jadahnya ni.

Tapi, jangan salah tafsir apa yang IBM cuba rungkaikan di sini. Bukan semua NGO yang berbuat demikian. Ada juga yang serius hingga kes di bawa ke Mahkamah. Kejadian seumpama inilah yang IBM nak bawa di dalam entri IBM hari ini. Hangat juga topiknya. Penghinaan dari seorang wakil rakyat dari pembangkang yang membuat video klip sempena tahun baru Cina. Semalam, empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis meminta tindakan diambil terhadap seorang wakil rakyat kerana menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta kerajaan. Laporan dibuat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang didakwa terbabit dalam pembikinan klip video bertajuk 'Onederful Malaysia' sempena Tahun Baharu Cina itu, dimuat turun dan tersebar meluas dalam laman YouTube sejak lima hari lepas.


NGO terbabit adalah Persatuan Aduan Rakyat, Persatuan Inspirasi Melayu Gombak (Impak), Persatuan Pemilik-Pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) dan Gabungan NGO Daerah Gombak. Pengerusi Persatuan Aduan Rakyat yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata laporan itu meminta polis bertindak terhadap pihak yang terbabit dalam mengarah dan menerbit klip video yang disifatkan boleh menggugat perpaduan kaum. "Klip yang tersebar luas ini telah mengutuk Perdana Menteri, isterinya dan mengkritik kerajaan. Malahan klip ini mampu mencetuskan masalah perkauman dengan melaga-lagakan kaum di negara ini. DAPig memang "babi". Jesteru beliau meminta polis menyiasat dengan segera. NGO tersebut berharap Teresa Kok meminta maaf dan menarik balik klip video itu, kata Datuk T. Murugiah selepas membuat laporan polis kira-kira pukul 1.30 petang di Balai Polis Gombak semalam.


Manakala sebuah lagi NGO, iaitu Impak, menerusi Timbalan Presidenya Muhammad Naguib Kaharuddin meminta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat secara menyeluruh berhubung klip video terbabit. 
Klip video berdurasi 11 minit 39 saat itu memaparkan empat individu termasuk Teresa sedang berbual dan membincangkan pelbagai isu berkaitan kaum dan negara. Sementara, apa yang kita dengar didalam berita TV semalam, pihak Polis akan menjalankan siasatan berkenaan isu tersebut samada ianya berupa sebuah kes yang boleh dibawah ke Mahkamah. Kenyataan polis seperti yang dipaparkan diatas : 



Maka, bawa bertenang, jangan kecoh-kecoh ibarat 'ayam bertelur sebiji rioh sekampung'. Akhirnya sia-sia sahaja kerja kita. Jadi, jangan salah anggap apa yang IBM katakan ini. Repot tetap repot, tapi, kesudahaannya biarlah bebaloi. Kalau nak tarik balik repot tu, berbincang, bermesuarah dengan ahli-ahli dahulu, jangan buat keputusan sendiri. Kalau tidak pembangkang ni akan naik tocang, naik kepala dan kurang ajar. Korang dah tengok video tersebut? amacam? Geram tak? Lu orang fikir la sendiri. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

ANWAR AKUI PENYAKIT 'KANSER' DALAM PKR SELANGOR KIAN MEREBAK...

ISNIN,  03 FEBRUARI 2014
Ibarat kata pepatah melayu, "bangkai gajah tak dapat ditudung dengan niru, akan nampak juga". Itulah kemelut yang sedang berlaku di dalam PArti Keadilah Rakyat (PKR) Selangor pada masa ini. Ini diakui sendiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa wujud pelbagai masalah di Selangor yang gagal diselesaikan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga beliau membuat pertimbangan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Anwar berkata, pelbagai masalah besar bertumpu di negeri itu nembabitkan isu kalimah Allah, gereja dan masalah air yang berlarutan selama lima hingga enam tahun dan tidak dapat diselesaikan. Dari aspek ekonomi memang bagus tetapi ada yang tidak selesai. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadapi tekanan yang tinggi dan saya perlu bantu beliau.

Tapi, biasalah Anwar ni. Setiap bantuan yang beliau hulurkan mesti ada balasannya. Contohnya apabila berlaku PRK DUN Kajang yang mana beliau minta PKR Selangor mencalokan beliau sebagai calon setelah kerusi DUN tersebut dikosongkan oleh penyandangnya yang juga dari PKR. Pengakuan Anwar bahawa masalah dalaman memang wujud dan cuba diselesaikan dibuat pada malam semalam  dalam ceramahnya. Ceramah berkenaan dihadiri kira-kira 200 orang penyokong PKR dan diadakan bagi memberi penjelasan tentang keputusan beliau bertanding di DUN Kajang. Sebelum bergegas pulang, dalam sidang akhbar yang ringkas itu,  ketika ditanya tentang kenungkinan Sultan Selangor tidak akan memperkenan beliau sebagai Menteri Besar Selangor jika menang , kata Anwar kalau boleh jangan libatkan DYMM Sultan Selangor  dalam pergelokan politik di negeri Selangor ini.

Tapi, boleh percaya ke cakap Anwar ni? Setahu kita dia akan libatkan sesiapa sahaja sekiranya segala cita-cita dan impian beliau tidak kesampian. Siapa tak kenal Anwar ni, kan?. Oh ya, difahamkan juga mengapa Anwar pulang tergesa-gesa pada malam itu yang mana dikhabarkan ceramah pada malam itu tidak mendapat sambutan. Ramai penyokong-penyokong Anwar bertindak keluar dewan semasa beliau menerangkan kenapa beliau harus bertanding di DUN Kajang pada PRK yang akan datang ini. Tapi, penjelasan Anwar itu tidak dapat diterima oleh penyokong-penyokongnya. Nampaknya penyakit kanser dalam PKR ni kian merebak............Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Sunday, February 2, 2014

MAIS & JAIS SEKAT KEMPEN PERTAMA ANWAR DI KAJANG??

AHAD, 02 FEBRUARI 2014
Anwar Ibrahim tak sabar-sabar lagi nak berkempen di Kajang menjelangnya PRK N25 DUN kajang yang mana beliau adalah calon yang akan bertanding nanti. Tapi, niat Anwar untuk berkempen di hari pertama di situ telah di halang oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kononnya, Anwar akan memberi tazkirah di sebuah Masjid Batu 10, Cheras pada Jumaat lepas.  Sekaligus membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi Menteri Besar Selangor. Menurut kata sumber, pada pagi Jumaat itu, MAIS dan JAIS telah mendapat maklumat dan  akan menangkap Anwar dan seorang lagi sekiranya membaca khutbah dengan alasan tidak ada tauliah, kata sumber daripada pasukan kempen Anwar melalui Facebooknya.

Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty (gambar bawah) dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu. Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan Masjid, Anwar dijadualkan memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah Jumaat. Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan. Sebelum itu, pasukan kempen Anwar merancang untuk berbuat demikian di Masjid Impian Saujana, Kajang namun dihalang oleh Mais.

Mengikut sumber lagi, pada mulanya pentadbiran  Masjid tersebut bersetuju namun selepas ditekan oleh pihak yang berwajib, pihak nazir memberitahu mereka menerima tekanan daripada MAIS. Mereka tidak berani melaksanakan program kami. Kami lantas mencari masjid lain, kata sumber itu yang dipetik daripada The Malaysian Insider. Ini jelas bahawa Anwar begitu ghairah untuk turun padang sebelum tarikh PRK DUN Kajang diumumkan oleh SuruhanJaya Pilihan Raya (SPR) yang hanya akan bermesyuarat pada 5 Februari ini. Anwar ada banyak cerita bohong yang hendak beliau sampaikan penduduk/penghundi di Kajang.

Kepada pengundi-pengundi di Kajang, mereka hars berhati-hati kali ini. Jangan tertipu lagi buat kali kedua dan jangan hanya berpaksi populariti calon seperti Anwar Ibrahim yang telah banyak menyusahkan rakyat semata-mata berpolitik untuk kepentingan peribadi beliau semata-mata. Penduduk/penghundi di Kajang harus pandai membuat keputusan dan jangan hanya semata-mata bahawa negeri Selangor di terjui oleh Pakatan Rakyat (PR). Tapi, impak yang mereka dapat apabila tersalah memilih calon nanti, tuhan sahaja yang tahu.

Kita biar dan lihat sejauh mana keghirahan Anwar dengan team kempennya. Biar diorang tidak tidor malam dan pecah kepala memikirkan strategi apakah yang akan mereka lakukan untuk menabat hati prnduduk/pengundi di Kajang.  Kerana mereka sendiri yang cari pasal mengosongkan kerusi DUN Kajang tanpa memberi alasan yang munasabah. Tak sabar nak tunggu penggumaman dari SPR akan tarikh penamaan calon dan tarik mengundi di DUN kajang. Kita  BN tetap dengan prinsip  "lawan tetap lawan". Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

GILIRAN STOKE CITY PULA MALUKAN MU..

AHAD, 02 FEBRUARI 2014

BERITA SUKAN
TEWAS LAGI!!

Dua jaringan Charlie Adam memastikan Stoke meraih kemenangan pertama mereka di laman sendiri ke atas Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila menang 2-1 di Stadium Britannia, malam tadi. Adam membuka tirai jaringan Stoke pada minit ke-38 menerusi sepakan percuma yang terbias kaki pemain United, Michael Carrick, sekali gus mengelirukan penjaga golnya, David de Gea.

Biarpun Robin van Persie berjaya menjaringkan gol penyamaan United pada minit ke-47, Adam sekali lagi menjadi pemusnah apabila menjaringkan gol kemenangan Stoke, lima minit berselang. Ia memberikan kekalahan kelapan skuad kendalian David Moyes itu selepas 24 perlawanan musim ini untuk kekal terperosok di tangga ketujuh liga dengan 40 mata, jauh ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu, Manchester City yang hanya akan turun beraksi bertemu Chelsea, awal pagi Selasa ini.
United bagaimanapun masih tiga mata mengatasi pasukan tangga kelapan, Newcastle yang tewas 3-0 kepada Sunderland di laman sendiri, malam tadi. Nampaknya, kempunan le United pada musim ini. Kebanyakan piala yang dipertandingkan terlepas dari jangkauan mereka. Soalan : Adakah ini akan menjurus kepada penyikiran David Moyes kerana pristasinya sebagai Pengurus tidak konsisten?........kita tungguuuuu....
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...