Tuesday, March 25, 2014

MH370 KEHABISAN MINYAK, KATA INMARSAT

SELASA, 25 MARCH
Firma Satelit Britain, INMARSAT yang berjaya merungkai kedudukan terakhir pesawat MH370 di Lautan Hindi, turut membuat pendedahan yang menyatakan pesawat tersebut kehabisan minyak. Naib Presiden Kanan INMARSAT, Chris McLaughlin dalam satu temubual di Sky News berkata, pesawat yang terbang ke arah selatan itu menghadapi situasi tersebut. Beliau berkata, pendedahan bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia adalah berdasarkan analisis baru oleh penyiasat-penyiasat di United Kingdom dan INMARSAT. Menurut laporan BBC, INMARSAT mengemukakan data baru itu kepada bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) supaya ia boleh diperiksa sebelum disebarkan kepada orang awam.

INMARSAT berkata, pengiraan terbarunya melibatkan sejumlah besar data analisis yang memberi tumpuan kepada beberapa faktor termasuk pergerakkan pesawat lain. Firma itu menambah, bahawa ini adalah teknik terbaru dan oleh kerana itu, analisis tersebut memakan masa. Katanya, firma itu mengkaji “ping” elektronik yang pesawat itu hantar kepada salah satu satelitnya. Kami telah berurusan dengan sesuatu yang baru. Kami telah cuba untuk membantu siasatan berdasarkan hanya satu isyarat yang diterima sekali setiap jam dari sebuah pesawat yang tidak ada sebarang data GPS, masa dan jarak maklumat.

Mereka berjaya mencari jalan untuk mengatakan hanya satu “ping”  sahaja boleh digunakan untuk mengatakan pesawat itu membuat perjalanan. Kemudian, melalui proses penyingkiran dengan membandingkannya dengan pesawat-pesawat yang lain, diketahui ia terbang ke arah Selatan, kata MacLaughlin. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu, disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Najib berkata, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit INMARSAT dan AAIB yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke koridor selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu. Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah. Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, kata Najib.

P/S ~ Persoalan yang timbul. Kenapa MH370 menukar haluan sedangkan distinasi sebenarnya ialah ke Beijing? MH370 juga dikata berpatah balik menghala ke Penang, dan kenapa tiba-tiba boleh menuju ke Lautan Hindi. Atas sebab apa dan arahan siapa? Harap jawapan ini dapat dirungkai dengan segera kerana kerajaan dan MAS di kecam hebat oleh keluarga mangsa terutamanya dari kaum keluarga warga Cina dan juga pembangkang haram jadah. Sedih dan geram dengan sikap pembangkang yang tak habis-habis menyalahkan kerajaan. Wasallam ~ IBM


 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

MALAYSIA RAKAM TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA PENUMPANG DAN KRU MH370

SELASA, 25 MARCH
Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga penumpang dan kru pesawat MH370 yang disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak menghormati privasi setiap ahli keluarga mangsa. Katanya, Malaysia telah memaklumkan berita menyedihkan itu kepada mereka. – UTUSAN ONLINE
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

MH370 : ISTERI KAPTEN ZAHARIE AKAN DISIASAT OLEH FBI....

SELASA, 25 MARCH 2014
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan menyoal isteri juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, menurut laporan tabloid British, Daily MirrorLaporan tersebut hari ini menyatakan bahawa isteri dan ibu kepada tiga orang anak, Faizah Khan akan disoal dalam penyiasatan yang disokong oleh FBI dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang yang telah memasuki minggu ketiga. Ejen perisikan Amerika dikatakan akan menerajui siasatan menjurus kepada latarbelakang Zaharie, 53, dan pembantu juruterbang beliau, Fariq Abdul Hamid, 27. Walau bagaimanapun tabloid itu memetik sumber yang rapat dengan siasatan sebagai berkata bahawa, semakan terhadap Fariq hampir selesai dan setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda yang dapat membantu siasatan, dan ini bermaksud Zaharie kini menjadi tumpuan.

Ia memetik sumber sebagai berkata: Nampaknya tidak apa-apa dalam kehidupan Fariq Hamid yang dapat mencadangkan motif rampasan. Kehidupan peribadi Zaharie, bagaimanapun, adalah jauh lebih rumit dan sedang dalam proses untuk membongkarkannya. Laporan itu menambah siasatan FBI akan cenderung kepada kehidupan peribadi Zaharie termasuk hubungannya dengan keluarga dan kecenderungan politik beliau. Mereka juga dikatakan berminat untuk memeriksa laporan bahawa Zaharie menerima panggilan telefon dua minit sebelum berlepas daripada seorang wanita misteri menggunakan nombor telefon bimbit yang diperolehi menggunakan identiti palsu.

Polis Bukit Aman bagaimanapun pada hari Ahad menafikan laporan tabloid British Daily Mail mengenai panggilan misteri dengan menyatakan ia spekulasi semata-mata. The Daily Mirror juga melaporkan bahawa FBI berharap untuk mencari petunjuk dari tiga skrin simulator penerbangan rumah Zaharie di mana beliau bermain tiga permainan : Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan X-Plane 10. Ejen FBI di Amerika Syarikat terus memeriksa cakera keras simulator dalam usaha untuk mendapatkan apa-apa petunjuk tentang apa yang mungkin telah berlaku atau mengenai fail yang telah dipadam, menurut laporan. Pihak berkuasa juga dikatakan telah menamatkan pusingan kedua tapisan bagi setiap penumpang, termasuk dua warga Iran yang membuat kunjungan menggunakan pasport palsu.


P/S ~ Ramai yang tertanya-tanya kenapa mesti FBI masuk campur dan menyiasat kes kehilangan pesawat MH370 ini?....kenapa tidak gunakan kepakaran pihak Polis kita sendiri? Banyak jawapannya dan ungkainnya. Bagi IBM elok juga FBI masuk campur kerana saban hari kehilangan MH370 ini tiada petujuk yang jelas samada ianya di culik atau terhempas. Kita tunggu dan lihat sahajalah. Jangan suka buat andaian yang negatif. Apapun teruskan berdoa agar anak-anak kapal dan penumpang-penumpang MH370 dapat ditemui. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Monday, March 24, 2014

SAH! PESAWAT MH370 BERAKHIR DISELATAN LAUTAN HINDI ~ NAJIB

ISNIN, 24 MARCH 2014
PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu 'berakhir' di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia. Beliau yang bercakap dalam sidang media pada malam Isnin berkata, berdasarkan analisis baru, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) telah menyimpulkan bahawa pesawat MH370 telah terbang di sepanjang Koridor Selatan, di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia. Najib menambah, Immarsat yang merupakan syarikat United Kingdom menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan. Menggunakan sejenis analisis tidak pernah digunakan sebelum ini, mereka telah dapat mengesan laluan penerbangan terakhir MH370. Kedudukan itu jauh dari mana-mana lokasi pendaratan.


Dengan duka cita saya perlu memberitahu anda bahawa menerusi perkembangan terbaharu ini, pesawat MH370 ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi, katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur. Najib berkata, satu sidang media akan diadakan pada Selasa berhubung perkembangan lanjut mengenai pesawat MH370. Beliau menambah, ia merupakan peluang terawal untuk menunjukkan komitmen dan menghormati keluarga penumpang dan anak kapal, yang merupakanprinsip dalam penyiasatan berhubung kehilangan pesawat MH370.
MAS (Penerbangan Malaysia) telah memaklumkan mengenai perkembangan ini kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal. Saya tahu berita yang paling baharu ini merupakan sesuatu yang begitu sukar bagi kita semua, katanya. Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777, hilang dari radar Malaysia pada pukul 1.30 pagi 8 Mac selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing. Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
P/S ~ Al-Fatihah untuk aanak-anak pesawat MH370 dan juga penumpang-penumpang yang beragama Islam. Kepada semua keluarga mangsa, takziah, terimalah adanya kerana itu semua adalah ketentuan dari Allah SWT. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

KINI MH006 PULA BERMASALAH. TERPAKSA MENDARAT CEMAS KE HONG KONG. APA SUDAH JADI DENGAN MAS?

ISNIN, 24 MARCH 2014
Belum lagi terungkai kehilangan MH370, kini satu lagi pesawat milik MAS MH006 menghadapi masalah. Malaysia Airlines (MAS) Isnin mengesahkan pesawat MH006 syarikat penerbangan itu dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul, malam tadi, dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Pengurus Perhubungan Awam Media MAS Kharunnisak Dzun Nurin berkata pesawat Airbus A330-300 itu selamat mendarat di Hong Kong.

Bekalan tenaga biasa terus dibekalkan menggunakan unit Kuasa Bantu dan kapal terbang itu kemudian dilencongkan ke Hong Kong untuk pembaikan dan mendarat dengan selamat, katanya. MH066 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11.37 malam dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 6.50 pagi waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia). 

Beliau berkata kesemua 271 penumpang dari MH066 dipindahkan ke penerbangan lain. Penerbangan balik MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan dan penumpang dipindahkan ke pesawat lain di samping penerbangan berikutnya oleh Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur, katanya. Selepas kehilangan MH370, dilaporkan semalam pesawat MH114 dari kuala Lumpur ke Kathmandu  dilanggar oleh sekumpulan itek yang menyebabkan cermin hadapan pesawat tersebut pecah berkecai. 

Nampaknya nasib begitu malang bagi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Satu bala ke satu bala. Apapun, itu adalah ketentuan dari Allah swt. Kita tidak dapat melayan takdir. Maka, marilah kita sama-sama berdoa agar MAS terus beroperasi dengan cemerlang dan janganlah pulak takut untuk menaiki pesawat MAS. IBM yakin para pegawai MAS dapat menghadapi segala apa jua dugaan. Insyallah. Wasallam ~ IBM
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...