Sunday, June 1, 2014

PIALA FA 2014 : FELDA UNITED JUMPA PAHANG DI FINAL

AHAD, 01 JUNE 2014
FELDA UNITED mencatat sejarah melangkah ke perlawanan akhir Piala FA selepas menumpaskan penyandang juara, Kelantan pada separuh akhir di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2 dan kedua-dua pasukan terikat menerusi agregat 5-5, namun Felda menempah pertemuan dengan Pahang menerusi peraturan gol di tempat lawan. Felda mendahului 1-0 pada minit ke-20 menerusi pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin, namun Mohd. Izuan Rosli menyamakan kedudukan 1-1, sembilan minit kemudian.

Penyokong Kelantan gembira seketika selepas penyerang import, Francis Forkey Doe meletakkan mereka di depan pada minit ke-34, namun kegembiraan Red Warriors tidak bertahan lama apabila Edward Junior memastikan kejayaan Felda menerusi gol penyamaan minit ke-45. Selamat maju jaya kepada kedua-dua finalist ini. Siapa main baik, dia jadi juara. Majulah sukan untuk negara. Wasallam IBM. SUMBER : UTUSAN ONLINE

SUSPEK TEMBAK AHLI PERNIAGAAN DI TEMERLOH DI KENAL PASTI

AHAD, 01 JUNE 2014
PUNCA sebenar berluasanya kes tembak dan bunuh ini harus dikaji dengan lebih mendalam oleh pihak berwajib dan harus bertindak segera. Ianya di ketagori kes jenayah berat. Persoalanya, bagaimana penjenayah di negara kita ini mendapat bekalan senjata api seperti Pistol ini dengan mudah?. Mudah sungguh mencabut nyawa orang di negara kita ini. Kes dibawah ini umpanya, sungguh mudah. Tembak, lari. Awas, jenayah ada dimana-mana :


Pihak polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kes menembak seorang ahli perniagaan di hadapan sebuah klinik swasta di Jalan Zabidin, Temerloh semalam. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata keterangan juga sudah diambil daripada beberapa saksi. Maklumat mengenai suspek yang dipercayai lebih daripada seorang itu sudah kita perolehi dan kita percaya suspek yang masih berada di daerah itu akan diberkas secepat mungkin, katanya. Beliau berkata siasatan awal mendapati motif kejadian berkaitan dengan urusan perniagaan. Ahli perniagaan berusia 37 tahun itu masih dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Mangsa ditembak sebanyak tiga kali di rusuk kiri pada pukul 8.15 malam. 
Menurut saksi, mangsa dilihat sedang berbual-bual dengan suspek di hadapan klinik terbabit sebelum kedengaran bunyi tiga das tembakan yang menyaksikan mangsa rebah sementara suspek melarikan diri dipercayai dengan sebuah kereta. Sementara itu, Sharifuddin berkata sebuah kedai serbaneka 24 jam di Indera Sempurna di sini disamun seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai kira-kira 6 pagi tadi. Beliau berkata suspek yang menutup muka dengan kain meluru masuk ke dalam premis tersebut sambil mengacukan pedang samurai kepada seorang pekerja wanita dan mengarahkannya mengeluarkan wang dari kaunter. Suspek turut mengambil beberapa kotak rokok dan sebotol air minuman sebelum melarikan diri dengan motosikal, katanya. Mudahnya merompak dan bunuh orang ye ~ IBM.  SUMBER – Bernama, 

AHLI-AHLI CABANG KEMAMAN TOLAK RAFIZI. UGUT AKAN KELUAR PARTI JIKA RAFIZI MENANG

AHAD, 01 JUNE 2014
KALAU parti dah tongang-langang, berceramuk, unsur-unsur gengsterism menyusup ke dalam parti, siapa yang ingin nak jadi ahli. Ahli-ahli sekarang banyak yang cerdik pandai sekarang ini. Mereka boleh menilai. Lagi kejutan dan berita yang kurang enak didengar oleh PKR. Kira-kira 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kemaman mengugut untuk keluar parti beramai-ramai jika keputusan pemilihan jawatan ketua cabang itu berpihak kepada Rafizi Ramli. Ini dijelaskan oleh bekas Ketua Ranting PKR Jalan Jakar, Teow Chew Huat, 58, mendakwa, tindakan itu akan diambil sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak tertentu menggugurkan bekas naib ketua, Lee Sang Liem daripada bertanding jawatan Timbalan pada saat-saat akhir. Menurutnya, kira-kira 200 ahli PKR sekitar Air Jernih dan 100 ahli di Jalan Jakar yang majoritinya berketurunan Cina akan mengambil tindakan itu apatah lagi, beliau percaya majoriti ahli sebenarnya lebih menyenangi pencabar Rafizi, iaitu Mohd Ramlee Hamzah. 

Katanya, tindakan menghalang Sang Liem daripada bertanding amat dikesali memandangkan bekas Naib Ketua Cabang itu merupakan seorang komited dan sangat setia kepada parti. Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas selesai proses Pemilihan Cabang PKR Kemaman di sini hari ini. Chew Huat berkata, beliau dan rakan-rakan lain nekad keluar PKR sekiranya calon pilihan mereka iaitu Mohd. Ramlee tewas kepada Rafizi dan kemungkinan menyertai DAP. Kalau nak main kotor macam ini, lebih baik tak buat pemilihan, kekalkan saja kepimpinan yang ada sekarang, kalau nak buat juga biarlah telus, tegasnya. Nampaknya politik pancung-memancung berluasa didalam PKR yang mana sebelum ini mereka melaung-melaung bahawa parti PKR mengamalkan demokrasi dan bertanding seperti adik-beradik. Tapi, semuanya itu adalah retroik semata-mata. PKR cakap tak serupa bikin, sama seperti 'Punasihat' mereka, Anwar Brahim. Bila lagi PKR ni nak berkubur ye? Wasallam ~ IBM

DATUK MAH BUKTIKAN GERAKAN MASIH RELEVAN. BAGIMANA DENGAN MCA?

AHAD, 01 JUNE 2014
SEMANGAT tidak lekas putus asa di atas kekalahan beliau yang lampau harus dicontohi oleh kita semua. Pujian harus kita berikan kepada Presiden Gerakan ini. Semangat juangnya begitu tinggi sekali. Baginya, kalah di pertanding yang lalu tidak melemahkan semangat beliau untuk terus berjuang demi parti dan negara. Ini juga membuktikan Gerakan masih relevan setelah di pertikai oleh rakan-rakan kongsinya di dalam BN. Soalan Cupu Emas kepada MCA? Adakah MCA masih relevan? :

TELUK INTAN : Datuk Mah Siew Keong menjelaskan, parti Gerakan yang juga komponen Barisan Nasional (BN) pimpinannya itu masih relevan dan tidak ketinggalan seperti didakwa pembangkang. Sebaliknya, Ahli Parlimen Teluk Intan yang baharu itu berkata, parti itu semakin berkembang umpama 'matahari terbit'. Kemenangan saya (dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan) akan memperlihat perkembangan yang lebih besar buat Gerakan. Sejak saya dilantik sebagai presiden parti, tugas saya untuk menjaga akar umbi dalam parti. Apabila kita (Gerakan) sudah kuat, kita akan memberikan laluan kepada pemimpin muda untuk mempertingkatkan lagi kedudukan parti. Tugas saya adalah memperkukuhkan akar umbi. Saya sudah terlibat dalam politik selama lebih 20 tahun. Saya akan bekerja kuat beberapa tahun lagi sebelum saya bersara, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada pertemuan pertamanya bersama rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan di Pasar Besar Teluk Intan di sini, Ahad.

Mengenai pelantikannya sebagai Menteri seperti diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata, ia tertakluk kepada Perdana Menteri mengenai portfolio yang dipertanggungjawab nanti. Apa portfolionya saya tidak tahu. Itu terpulang kepada Perdana Menteri, katanya. Tambahnya, beliau tidak mahu mengambil kesempatan terhadap kedudukannya sebagai presiden parti. Bila saya kalah dua kali, saya ambil dua tanggungjawab untuk parti. Jika saya kalah sekali lagi, saya tidak akan mendapat lagi mandat daripada rakyat untuk menjadi Presiden Gerakan. Saya sudah berjanji sebelum ini sekiranya kalah, saya tidak akan menggunakan 'pintu belakang' untuk dilantik sebagai senator, sebaliknya akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk parti. Adakah bila kalah sebanyak tiga kali saya masih menjadi presiden parti? Saya fikir dari segi moral ia menunjukkan seseorang itu tiada kredibiliti, katanya. IBM sokong 100% akan kenyataan Datuk Mah. Bukan nak bodek, tapi ianya satu kenyataan yang relevan. Wasallam ~ IBM SUMBER : mSTAR

PRK TELUK INTAN : DYANA KECEWA, GUAN ENG PULA MENYALAHKAN PENGUNDI CINA

AHAD, 01 JUN 2014
HARAPAN tinggi mengunung Dyana tidak kesampian. Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud kecewa atas kegagalannya mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan yang disandang parti itu. Walau bagaimanapun, menurut Dyana Sofya perjuangan beliau masih belum selesai dan akan terus bersama rakyat di kawasan Parlimen itu. Beliau begitu kecewa kerana tidak dapat mempertahankan kerusi Teluk Intan tetapi tetap akan berada di sini untuk rakyat dan berharap semua dapat bersama saya untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Kita hadapi kesemua jentera Barisan Nasional (BN) dan hanya tewas dengan lebih kurang 200 undi sahaja, katanya sambil menahan sebak ketika berucap di hadapan kira-kira 200 penyokong DAP di bilik gerakan parti itu, semalam.


Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming. Dyana Sofya memperoleh 19,919 undi, tewas kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong (20,157 undi) dengan majoriti 238 undi. Dalam pada itu, Guan Eng berkata, DAP menerima kekalahan parti itu kepada Siew Keong buat masa ini. Katanya, parti itu akan membuat analisis terlebih dahulu dan mengemukakan bantahan sekiranya mendapati wujud faktor yang meragukan. Kami ada banyak masa. Biar kami buat analisis terlebih dahulu sebelum mengemukakan apa-apa bantahan, katanya. Selain itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui wujud penurunan pola pengundian kaum Cina terhadap parti itu. Dakwanya, kemerosotan itu berlaku kerana ramai pengundi luar tidak pulang ke Teluk Intan. 

Biasalah DAP ni. Bila kalah bermacam-macam alasan diberi dan mereka tetap akan menyalahkan SPR diatas kekalahan mereka itu. Kepada calon BN, Datuk Mah, tahniah, dan mulakan langkah mu, bela rakyat di Telok Intan dan kotakan apa yang telah dijanjikan. Kerana, kemenangan ini masih lagi belum selesai, dan perjuangan masih jauh. Ayuh BN...BN boleh! Wasallam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...