Monday, June 2, 2014

PROMASI TAHUN MELAWAT M'SIA DI CINA AKAN DITERUS....

ISNIN, 02 JUNE 2014
MEMANG ada desas-desus mengatakan ada sesetengah pihak cuba membusuk-busukan nama Malaysia di negeri China ekoran tragedi kehilangan MH370. Mereka (tak payah sebut nama) cuba mengagalkan kempen/promosi tahun melawat Malaysia 2014 dan cuba melaga-laga dan memburukkan nama negara supaya rakyat China bencikan Malaysia sekali gus membatalkan hasrat mereka untuk datang melancung ke Malaysia. busuknya hati mereka-mereka ini. Tapi...bila baca kenyataan di bawah ini, lega rasa hati ini :

PROGRAM promosi jelajah Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di China akan disambung semula selepas ditangguh sejak Mac lalu ekoran tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata promosi itu akan diadakan dalam masa terdekat hasil reaksi positif lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu bersempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China. Lawatan Perdana Menteri ke China sedikit sebanyak meredakan keadaan dan beri reaksi positif, tambahan pula kita memang mempunyai hubungan baik dengan China sehingga mereka bersedia pinjamkan dua ekor panda gergasi.

Beliau dimaklumkan bahawa ada perjanjian persefahaman ditandatangani antara Malaysia dengan China dalam sektor pelancongan meskipun saya tidak hadir kerana menziarahi Almarhum Sultan Azlan Shah, katanya pada sidang media berkaitan kerjasama Tourism Malaysia dengan Persatuan Teksi Sango, Jepun di ibunegara semalam. Dalam perkembangan lain, beliau berterima kasih dan bersyukur dengan pembebasan wanita warga China iaitu Gao Hua Yuan, 29, dan Marcy Dayawan, 40, dari Filipina pada Jumaat setelah diculik sejak 2 April lepas. Sebagai rakyat biasa, kita juga harus mempromosikan tahun melawat Malaysia 2014 walau dengan cara apa sekali pun. Berkorban demi negara beb. Wasallam ~ IBM  SUMBER - Bernama

ISYARAT JELAS KINI ORANG MELAYU TOLAK DAPIGS.

ISNIN, 02 JUNE 2014
DAP disarankan supaya jangan terlalu angkuh dan sombong. Kekalahan mereka (DAP) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Teluk Intan merupakan isyarat jelas rakyat khususnya orang Melayu tidak pernah rela berteduh di bawah telunjuk parti berkenaan. Ini dijelaskan oleh beberapa orang penganlisis politik bahawa cara yang digunakan DAP dengan menjadikan calon Melayu sebagai pertaruhan bagi mendapatkan sokongan orang Melayu bertukar menjadi liabiliti kepada parti tersebut. Kekalahan calon wanita muda Melayu DAP di Parlimen Teluk Intan merupakan satu kemenangan kepada umat Islam di negara ini. Setidak-tidaknya calon itu bebas daripada dijadikan boneka perhiasan parti tersebut. 

Pemimpin DAP harus sedar hasrat untuk mendapat sokongan kaum Melayu terhadap parti itu adalah sama seperti ‘angan-angan Mat Jenin’ malah pengundi Teluk Intan sedar pakatan pembangkang mengalami masalah kepemimpinan dalaman serius sehingga berlaku pertindihan soal dasar dan polisi yang tidak konsisten, katasalah seorang dari mereka semalam. Dalam pada itu, me­ngulas dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu 66.5 peratus antara punca DAP kalah, mereka (penganalisis) berkata perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan alasan. 

Persoalannya perlukah DAP menuding jari terhadap BN atas kekalahan calon mereka atau perlu menyalahkan diri sendiri serta rakan sekutu mereka yang hanya bermain sandiwara semasa tempoh kempen demi bagi mendapatkan sokongan pengundi semata-mata? kata mereka lagi.. Dalam pada itu mereka melihat kejayaan BN di Teluk Intan perlu dijadikan sebagai pemangkin kebangkitan sokongan rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Kerajaan BN khususnya UMNO perlu bertindak lebih agresif dalam mempertahankan agenda rakyat terutama kaum Melayu di negara ini.

IBM setuju dengan pandangan yang bernas dari penganalisis politik tersebut. Kepada DAPigs, jangan korang ingat semua bangsa Melayu korang boleh kuda-kudakan. Bersiap sedialah pada PRU ke-14 nanti. Insyallah, DAP/Pakatan haram akan tertunging. Wasallam ~ IBM

KESIAN APEK KIT SIANG MERATAP, MENANGGIS KERANA 400 PENGUNDI LUAR TAK BALIK MENGUNDI MENYEBABKAN DYANA KALAH. KAH..KAH..KAH!!

ISNIN, 02 JUNE 2014
DALAM perjuangan DAPigs ni, walaupun tewas, ada kemenangan. Itu yang diwar-warkan oleh pemimpin-pemimpin bengong DAP ni. Dyana tak tewas kata DAP. Dik kerana disebabkan oleh 400 pengundi luar yang tak balik mengundi, membuatkan Dyana tewas. Begitu yakin DAP bahlol ni yang pengundi luar tu akan menyebelahi (mengundi) mereka. Inilah yang dinamakan politik songsang yang diamalkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat. Cerita di bawah ini membongkar akan kebodohan dan tidak kematangan politik DAP. Dulu kini dan selama-lamanya : 
PENASIHAT@PUNAHSIHAT DAP, Lim Kit Siang berkata sekiranya 400 pengundi luar di kerusi Parlimen Teluk Intan pulang untuk mengundi, kerusi Parlimen itu sudah pasti menjadi milik calon mereka Dyana Sofya Mohd Daud. Malah, ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, keputusan sudah pasti memihak kepada Dyana Sofya jika tarikh pengundian dilakukan pada hari ini (Ahad). Jika 400 pengundi luar atau 1% daripada 40,236 pengundi keluar mengundi di Teluk Intan, Dyana Sofya akan menjadi ahli Parlimen Teluk Intan hari ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur. 
Lim berkata, perkara itu berlaku kerana pengundi luar tidak mempunyai masa untuk pulang ke Teluk Intan kerana ia diadakan pada Sabtu. Jika PRK Teluk Intan diadakan hari ini, Ahad, pengundi sudah pasti boleh pulang ke Teluk Intan untuk mengundi dan keputusannya sudah pasti berbeza. Kita mesti belajar daripada kesilapan kita, katanya. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) daripada parti komponen Gerakan, Datuk Mah Siew Keong atas kemenangan beliau. 
Dyana mungkin tewas dalam PRK Teluk Intan pada 31 Mei, tetapi apa yang penting, kehadirannya mewakili Malaysia baru untuk memenangi perjuangan hari esok dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia terhadap politik baru. Perjuangan mencapai impian rakyat Malaysia diteruskan bermula semalam, katanya. Mah menewaskan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi, menjadikan beliau memenangi kerusi berkenaan sekali gus menjadi ahli Parlimen Teluk Intan. Maka, menanggis tak berlakulah Kit Siang, dan Dyana bengggang habis. Tapi, mereka (DAP) kata mereka tak kalah. Politik apa namanya ni? Korang fikirlah sendiri. Wasalam ~ IBM. SUMBER : Portal Pembangkang.

Sunday, June 1, 2014

WARGA BRITISH HILANG DI PULAU TIOMAN. HISHAMUDDIN JANJI PENCARIAN AKAN DITERUSKAN

AHAD, 01 JUNE 2014
KEHILANGAN warga British ini sudah masuk hari ke ke-enam. Namun masih belum di temui. Mengikut kata Polis, kehilangan warga British itu tiada kaitan dengan unsur jenayah. Apapun, pencarian harus diteruskan. Itu yang dijanjikan oleh Menteri Pertahanan. Jangan sampai dunia mengkritik akan kelemahan negara bagi menyelesaikan masalah warga asing yang hilang :

MALAYSIA memberitahu United Kingdom bahawa negara ini tidak akan berhenti dalam usaha mencari warga Britain, Gareth David Huntley, 34, yang hilang di Pulau Tioman Selasa lepas, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Menteri Pertahanan itu berkata isu kehilangan lelaki itu telah dibincangkan di mesyuarat dengan rakan sejawatannya dari UK, Philip Hammond di Singapura di luar sidang, Shangri La Dialogue yang baru selesai. Hishammuddin bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat peringkat Menteri Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) kesembilan di sini, Ahad.

Menurut siasatan Polis Diraja Malaysia, tidak ada unsur jenayah dapat dikaitkan dengan kes warga Britain yang hilang itu. Namun, pihak berkuasa akan meneruskan siasatan, katanya. Huntley, yang dikatakan bekerja dan tinggal di Projek Juara Penyu di Kampung Juara, Pulau Tioman dilaporkan hilang setelah pergi ke Air Terjun Lubuk Teja pada hari tersebut. Dah ditubuh ke anggota penyelamat?. Langsung tak dengar berita pun. Apa cerita ni? Risau takut pembangkang akan mengambil kesempatan mengapi-api dan melaga-lagakan Malaysia dengan kerajaan United Kingdom. Pembangkangkan cekap dan pakar dalam hal ini. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM

SUAMI RAFIDAH AZIZ MENINGGAL DUNIA. AL-FATIHAH!

AHAD, 01 JUNE 2014
SINGAPURA : Bekas pengerusi Maybank, Tan Sri Mohamed Basir Ahmad meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 3.51 pagi Ahad. Tokoh perbankan terkenal itu meninggalkan isteri, Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, seorang anak lelaki Alfian, dua anak perempuan Rohaiza dan Rohaila serta lima cucu. Menurut Alfian, jenazah Mohamed Basir, 75 akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan tengah hari Ahad. Beliau berkata, bapanya dimasukkan ke hospital itu pada petang Jumaat. 

Sebaik tiba, jenazahnya akan dibawa ke Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk disembahyangkan, sebelum dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Sementara itu, ketika dihubungi, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Husni Zai Yaacob berkata, Mohamed Basir meninggal dunia kerana serangan jantung dan suruhanjaya tinggi itu sedang membuat persiapan untuk membawa pulang jenazah Allahyarham ke Kuala Lumpur. 

Mohamed Basir menjadi pengerusi Maybank selama 16 tahun, bermula sebagai pengarah pada 5 Ogos 1993 selepas berkhidmat sebagai penasihat Bank Negara Malaysia sejak 1980. Beliau dilantik sebagai pengerusi Maybank pada 9 Oktober 1993. Salam takziah kita ucapkan kepada keluarga Tan Sri Rafidah, moga roh suaminya, Tan Sri Mohamed Basir dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan solehin. Amin! Wasallam ~ IBM.  SUMBER : mstar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...