Friday, July 4, 2014

BERITA YANG KHALID GAGAP TAK MAHU DENGAR. MENGAKU KALAH JE LAH KHALID!

JUMAAT, 04 JULAI 2014
ORANG yang paling kecewa apabila mendengar berita yang di bawah ini  adalah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim@Khalid gagap. Dah le kalah di Cabang, di peringkat tertinggi PKR pun berkemungkinan dia 'out'. Kerusi Timbalan Presiden PKR yang di tandanginya semakin jauh dari gengamannya. Kesian si Khalid. Tapi, biasalah, politik. siapa tak kenal politik PKR. Hehehehe. Tak nak le cakap yang bukan-bukan. Nanti hilang pahala puasa ni nanti. Bacalah berita yang dibawah tu. Khalid dah tentu akan terus tergagap-gagap. Apa pulak komenya nanti? :

Tidak akan ada pemilihan semula bagi cabang Kuala Selangor kerana proses pemilihan dan pengiraan undi dilakukan mengikut peraturan, tegas Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul. Justeru menurut Johari, desakan bekas penyandang jawatan ketua Cabang itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meminta JPP mengadakan pemilihan semula kerana mendakwa wujud unsur sabitaj semasa pengiraan undi, adalah tidak berasas. Tidak ada apa yang berlaku masalahnya. Tak boleh (lakukan pemilihan semula)... tiada asasnya. Apa asasnya, ujar beliau kepada Antarapos, semalam. Johari dalam masa yang sama mengesahkan pihaknya masih belum menerima sebarang aduan daripada pihak Khalid yang juga Menteri Besar Selangor, secara rasmi.
 
Dalam persaingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Bahagian Kuala Selangor minggu lalu, Khalid tewas kepada pesaingnya yang juga bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dengan majoriti 186 undi. Khalid hanya memperoleh 515 undi, berbanding Manikavasagam atau lebih dikenali dengan nama Mike berjaya mendapat 701 undi. Berikutan kekalahan tersebut, setiausaha politik Khalid, Azman Abidin mendesak JPP mengadakan pemilihan semula kerana mendakwa wujud elemen sabotaj ketika proses pengiraan undi bagi cabang berkenaan.
 
Malah, Azman berkata pihaknya kini sedang mengumpul bukti dan maklumat berhubung perkara tersebut bagi membolehkan pemilihan semula Cabang itu diadakan semula. Namun terdahulu, Johari menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa insiden 'blackout' yang berlaku semasa pengiraan berlangsung berpunca daripada kerosakan litar pintas di seluruh blok Tropicana dan bukan hanya berlaku di pejabat PKR (tempat pengiraan undi dijalankan). Kesimpulannya, PKR semakin berserabut. Retak menunggu belah. Wasallam ~ IBM

Thursday, July 3, 2014

AMBOI! SERONOKNYA DEPA DAPAT BANTUAN AIDILFITRI DARI KERAJAAN. KERAJAAN BN MEMANG PRIHATIN!

KHAMIS, 03 JULAI 2014
BERUNTUNG betui korang penjawat awam dapat bantuan khas kewangan sempenan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. Apa lagi yang korang nak dari Kerajaan? Semuanya ada. Tapi, masih ada lagi penjawat awam yang tidak puas hati dengan kerajaan dan menyokong pembangkang dan menjual rahsia kerajaan pada pembangkang. Cukup...cukup le tu. Hentikan perbuatan bodoh tu. Sememangnya kerajaan BN prihatin terhadap rakyatnya dan memang tepat  dengan sloganya, "rakyat didahulukan, pencapian diutamankan". Tahniah dan Terima kasih PM! :

Kerajaan bersetuju memberi bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi gred 1 hingga gred 54. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bantuan khas itu juga akan turut dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250. Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai ini, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta. Kerajaan berharap dengan bayaran bantuan khas kewangan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran, kata Perdana Menteri. Sudah semestinya kerana kos saraan hidup sudah meningkat. Bantuan ini memang tetap pada masanya. Nasihat IBM, jangan boros bila berbelanja. Wasallam ~ IBM

SUSPEK KES BUNUH TIMBALAN KP KASTAM BERJAYA DITAHAN. TAHNIAH PDRM!

KHAMIS, 03 JULAI 2014
BAK kata perpatah melayu, sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga akhirnya. Begitulah dengan al-kesah pembunuhaan Tim. Ketua Pengarah Kastam yang agak mengemparkan kita, akhirnya pembunuh tersebut dapat di berkas, walaupun di khabarkan hanya suspek. Siasatan akan di jalankan, lambat laun akan terbongkar juga. Tahniah kepada PDRM yang dapat menghidu sehingga tertangkapnya suspek tersebut. Setiap yang bersalah akan menerima balasannya, dunia dan juga di akhirat. Awas semua. Jenayah ada di mana-mana :

Suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim tahun lalu berjaya diberkas. Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan bersama tiga lagi rakannya dalam dua serbuan berasingan pada awal pagi Selasa. Empat lelaki telah ditahan di Ampang dan Batu Caves. Mereka berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an,kata sumber. Menurut sumber, salah seorang suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Taman Jati, Rawang kira-kira pukul 10 pagi Rabu. Sehelai kemeja-T yang dipercayai digunakan oleh lelaki semasa menembak Shaharudin turut dijumpai. Lelaki tersebut kini berada di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, katanya.

Tempat kejadian pembunuhan Tim. KP Kastam Datuk Shaharuddin
Shaharuddin, yang mengetuai Jabatan Perkastaman/Cukai Dalam Negeri akan bersara dalam tempoh setahun lagi sebelum beliau ditembak mati pada 26 April lalu. Beliau berkhidmat di jabatan tersebut selama lebih 30 tahun dimana beliau banyak berjasa dalam menjayakan operasi mengekang ketirisan wang bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 26 April tahun lalu, Shaharuddin maut akibat ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada PDRM yang berjaya mengheret suspek ke muka pengadilan walaupun ianya adalah suspek sahaja. Tapi, bukti yang di jumpai pada suspek sudah cukup untuk mendakwa si sial tu ke Mahkamah untuk dibicarakan dan di hukum mengikut kesalahan yang dilakukannya. Seperti yang IBM tulis di atas sana, awas, jenayah ada dimana-mana. Oleh itu berhati-hati dan berilah kerjasama kepada pihak yang berkuasa. Insyallah, kita selamat. Wasallam ~ IBM

KHALID GAGAP DIKATAKAN MENDAHULUI JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PKR? EHH..EHH..MACAM TAK PERCAYA JE...

KHAMIS, 03 JULAI 2014
ITULAH berita yang diterima dari kem Khalid gagap. Tapi, ianya dinafikan oleh kem Azmin Ali. Kata mereka itu adalah mustahil dan Khalid kini di ambang kekalahan. Apapun, lantak pi  lah depa. Nak berperang ke, nak pancung-memancung, lantak pi lah depa. Kenyataan di bawah ini sedikit sebanyk membolehkan anda para pembaca sekalian membuat penilian. Baca jangan tak baca :

Kem calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Menteri Besar Selangor itu kini mendahului persaingan merebut jawatan nombor dua dalam parti itu, walaupun gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang Kuala Selangor. Sumber terdekat Khalid memberitahu The Star Online bahawa beliau kini mempunyai kelebihan berbanding Azmin Ali dengan memperolehi majoriti 700 undi untuk jawatan tersebut, selepas pemilihan baharu yang diadakan di beberapa bahagian. Namun, kem Azmin menafikan jumlah majoriti undi tersebut dengan mendakwa Khalid berada di ambang kekalahan. Berdasarkan pengiraan kami, Khalid menerima lebih banyak undi di 11 cabang di Selangor, lima di Sarawak dan empat di Sabah. Di Sabah misalnya, beliau mendapat lebih 1,700 undi," kata sumber

.Setakat ini, PKR mengadakan pemilihan semula di 25 cabang dengan baki dua lagi cabang iaitu di Puchong dan Kelana Jaya akan diadakan pada 10 Ogos ini. Pemilihan semula diadakan di 27 cabang kerana wujud pelbagai percanggahan dan penyelewengan dalam proses pengundian yang diadakan secara rasmi dari 26 April hingga 11 Mei lalu. Menurut sumber tersebut, Khalid menang di Kota Raja, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sepang, Selayang, Subang, Kapar, Klang, Shah Alam, Hulu Langat dan Kuala Langat. Di Sabah, Khalid mendapat majoriti undi di Pensiangan, Keningau, Tenom dan Papar. Sementara itu, undi di beberapa bahagian di Sarawak iaitu di Limbang, Julau, Kapit, Sarikei dan Batang Sadong turut dikatakan berpihak kepada Khalid.

Bagaimanapun, kem Azmin menegaskan Ahli Parlimen Gombak itu belum tewas tetapi sebaliknya memperkukuhkan kedudukan selaku pendahulu. Menurut sumber yang enggan dikenali, Azmin menerima 20,351 undi manakala Khalid mendapat 15,767 undi sehingga 1 Julai. Sementara itu, pencabar ketiga, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempunyai peluang tipis untuk menang selepas sekadar memperoleh 9,590 undi setakat ini. Keputusan itu tidak termasuk undi dari Subang, Sg Besar, Keningau, Pensiangan, Papar, Tenom, Kelana Jaya dan Puchong. Adalah tidak benar Khalid sedang mendahului. Walaupun terdapat undi dari beberapa cabang, ia masih tidak diambil kira, Azmin masih kekal mendahului," kata sumber dari kem Azmin.

Andai kata Khalid gagap tewas, jawatan Menteri Besar pun terlepas, agak-agak ke mana dia nak pergi lepas ni? Bertanding Ketua Cabang pun tewas...jadi, adakah Khalid akan mencari tali hayat yang baru dengan menyertai parti lain? Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM

Tuesday, July 1, 2014

PANAS! RAFIZI DI SARAN BERAMBUS DAN LETAK JAWATAN PENGARAH STRATEGI PKR!

ISNIN, 01 JULY 2014
LOBANG sudah pecah. Sekarang baru kita tahu rupa-rupanya ramai di kalangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PKR tidak suka dan sebulu dengan Rafizi jambu ni. Mereka mendesak supaya Rafizi meletakkan jawatan pengarah strategi PKR kerana segala strategi yang di alunkan oleh Rafizi tidak menjadi malah ianya menambah derita PKR di atas kemelut mereka yang kian meruncing dan rata-rata ahli-ahli PKR menyalahkan Rafizi di atas kepincangan di dalam PKR. Rafizi lah dalangnya dan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Rafizi. Jadi, Rafizi di persilakan letak jawatan seperti apa yang tetera di bawah ini. Baca jangan tak baca: 

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli digesa supaya meletakkan jawatan kerana beberapa tindakannya didakwa membawa kepincangan kepada perpaduan ahli di dalam parti itu. Bekas Ketua Penerangan PKR Kedah, Ishak Man berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) perlu membuat keputusan mengenai perkara itu kerana jika Rafizi tidak meletakkan jawatannya PKR mungkin akan hilang kepercayaan daripada ahli dan rakyat. Ishak mendakwa, Rafizi adalah arkitek kepada malapetaka yang dihadapi oleh PKR sekarang dan beliau juga didakwa menjadi penyebab kepada kemelut di dalam parti itu. Rafizi kena ambil tanggungjawab ini sebab beliau gagal dalam beberapa tindakannya dan kita tidak mahu lihat beliau terus gagal jadi kena letak jawatan. MPT perlu buat keputusan sama ada melantik Pengarah Strategi parti yang baharu atau melucutkan jawatan Rafizi jika beliau tidak mahu meletakkan jawatan, katanya ketika ditemui di Jalan Kancut di sini hari ini.

Ishak mendakwa, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang juga sebenarnya dirancang oleh Rafizi selaku Pengarah Strategi PKR. Kemelut politik dalaman PKR terus menjadi ketara apabila ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengisytiharkan letak jawatan untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang. PRK Kajang merupakan satu tindakan provokasi terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk bertanding Timbalan Presiden. PRK Kajang juga merupakan satu platform politik mendorong Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk pertahankan jawatan Presiden dan PRK Kajang juga sebenarnya merupakan pisau yang akan menikam politik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, dakwanya lagi. Nampaknya tali hayat Rafizi pun akan berakhir seperti apa yang berlaku kepada Menteri Besar Selangor, si Khalid gagap. PKR hancus dik kerenah Rafizi dan PKR memang Parti Kelentong Rakyat. Wasallam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...