Thursday, July 24, 2014

GEMPAR! PESAWAT AIR ALGERIE HILANG DARI RADAR. ADAKAH IANYA SENASIB MACAM MH370?

KHAMIS, 24 JULAI 2014
MISTERI kehilangan pesawat penerbangan MAS MH370 pada 24 March lalu masih belum terjawab setelah hilang terputus hubungan dan hilang dari kawalan radar, kini berlaku pula kes kedua. Diberitakan Pesawat Air Algerie terputus hubungan hampir sejam selepas berlepas dari Burkina Faso dalam penerbangannya ke Algiers pada Khamis, kata Syarikat penerbangan itu. "Perkhidmatan navigasi udara telah terputus hubungan dengan pesawat Air Algerie pada Khamis dalam penerbangannya dari Ouagadoungou ke Algiers, selepas 50 minit berlepas," kata syarikat penerbangan itu yang dipetik oleh agensi berita negara itu, APS. Ia berkata, Syarikat itu memulakan 'pelan kecemasan' dalam mencari pesawat AH5017, yang melakukan penerbangan selama empat jam sebanyak empat kali seminggu.
Sumber Syarikat itu memberitahu AFP bahawa kehilangan pesawat DC-9 yang boleh membawa kira-kira 135 penumpang. Menurut satu sumber lain, kira-kira 110 orang menaiki pesawat itu. Bila difikir-fikirkan dah macam musim Syarikat penerbangan menjadi target oleh pihak tertentu yang sukar di ramal apakah kehendak mereka. Sabatoj? Rampasan? Dendam politik?. Entahlah...memang sukar dijelaskan. Apapun, akan kita ketahui jua apakah pesawat Air Algerie ini senasib dengan MH370. Wasallam ~ IBM

PDRM BERI AMARAN JANGAN PERLEKEH TUGASAN MEREKA

KHAMIS, 24 JULAI 2014
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyeru orang awam supaya berhenti mempertikai kredibiliti kerajaan dan memperlekeh tugas anggota polis dalam menjalankan siasatan beberapa kes yang menjadi viral di media sosial. Dalam satu kenyataan media 3 muka surat yang dikeluarkan beliau pada Rabu, beliau menasihati dan berharap masyarakat memahami tugas anggota polis terutamanya berkenaan siasatan sesuatu kes.


“PDRM ingin menegaskan bahawa tindakan yang diambil ke atas setiap siasatan adalah berbeza antara satu dengan yang lain, dan bergantung kepada berbagai aspek siasatan termasuklah dari aspek teknikal yang memerlukan masa”, Khalid Abu Bakar. Disiarkan kenyataan penuh 3 muka surat yang dikeluarkan oleh PDRM (Atas). Harap semua faham ye. Polis tahu tugasan mereka. Jadi, kenapa kita membuat tuduhan melulu pada mereka? Polis pun manusia seperti kita dan tak lari dari membuat kesilapan. Wasallam ~ IBM

ISU MB SELANGOR : HABIS LE NUAR. KHALID DAH DAPAT BACK-UP DARI DULI TUANKU

KHAMIS, 24 JULAI 2014

KEMELUT ISU MB BARU SELANGOR BERTERUSAN..
KALAU nak diambil kira apa yang Khalid gagap nyatakan seperti yang dilaporkan oleh Mstar di bawah ini, memang sukar Nuar dan kuncu-kuncunya dalam Pakatan untuk menumbangkan dan menyingkirkan Khalid dari jawatan Menteri Besar Selangor. Apa tidaknya, Sultan Selangor ada di belakang Khalid. Itu yang kita nampak sekarang dan itu jugalah jaminan dari Khalid. Cara Khalid bercakap dan memberi laporan kepada Duli Sultan Selangor ternyata di terima oleh Duli Tuanku :

[Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah memberi jaminan kepada Sultan Selangor bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai menteri besar selagi khidmatnya diperlukan. Abdul Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah membayangkan kepada beliau bahawa baginda mahu sebuah kerajaan negeri yang boleh dipercayai, tegas dan bertanggungjawab. "Saya maklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya akan bertugas sehinggalah saya tidak lagi menjadi menteri besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor di masjid Kampung Assam Jawa dekat sini malam ini.

KHALID JANJI AKAN BERKHIDMAT SEBAGAI MB SELAGI DIPERLUKAN
Semalam Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu bersetuju untuk memilih Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid. Terdahulu, Tuanku Sharafuddin merasmikan masjid berharga RM3 juta itu dengan keluasan 8,000 kaki persegi yang boleh memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Khalid sendiri mengiringi Tuanku Sultan Selangor. Khalid di lihat tiada masalah dengan Sultan dan masih diterima oleh Sultan untuk menerajui Selangor. Manakala, sumber dari istana menyatakan mereka menolak dan tidak suka pada Kak Wan Jijah].

Bayangkan jika Duli Tunku tidak bersetuju dengan cadangan dari PKR dan Pakatan untuk melantik Kak Wan Jijah jadi Menteri Besar Selangor bagi mengantikan Khalid. Apa akan jadi? Adakah Pakatan akan istihar perang dengan pihak Istana?. Perkara ini belum pasti, kita tunggu dan lihat saja lah. Wasallam ~ IBM

SIBUK BETUL PM KITA NI YE. SAMPAI TAK SEMPAT CAKAP DENGAN ISTERI

KHAMIS, 24 JULAI 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak sempat bercakap dengan isterinya Rosmah Mansor untuk tiga hari selepas nahas melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) pada Khamis lalu. Ini kerana beliau sibuk menguruskan krisis yang berlaku empat bulan selepas kehilangan MH370 tanpa jejak, lapor Sin Chew Daily. Harian berbahasa Cina itu juga melaporkan, Datin Rosmah mendedahkan perkara itu dalam majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur semalam.
Turut hadir dalam majlis itu, Menteri Pertahanan yang juga sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. “Beliau malah lalu tanpa bercakap dengan saya,” katanya, sambil bergurau perkahwinannya tiada masalah. Rosmah juga berkata, beliau gembira kerana suaminya amat fokus dalam tugasnya menguruskan tragedi itu. Jangalah risau Datin. DS Najib memang komited dengan tugas beliau. Tak bercakap tu bukan bererti dia benci. Malah lebih sayang lagi. Hehehehe...pandangan IBM je. Wasallam ~ IBM

AZMIN ALI KELUAR PKR?

KHAMIS, 24 JULAI 2014

KEMELUT DALAMAN PKR BERTERUSAN..
GEMPAR semalam. Azmin Ali keluar PKR? Maka, cepat-cepat Timbalan Presiden PKR itu,  Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin beliau meninggalkan parti semalam. Pejabat Mohamed Azmin Ali juga menafikan perletakan jawatan YB Mohamed Azmin dalam PKR, kata kenyataan tersebut. Diberitakan, sebaran Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) semalam selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumum sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu, Azmin dikatakan meletak jawatan dalam parti dan menjadi ahli Parlimen Bebas. Pejabat Azmin juga mendakwa khabar angin tersebut diwujudkan bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan parti, pada ketika pergelutan memang berlaku melibatkan kepimpinan di negeri Selangor.

Justeru, sebaran tersebut diyakini bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR, katanya. Kenyataan tersebut juga memberitahu Azmin ketika ini berada di Mekah menunaikan ibadah Umrah dan menolak kebenaran khabar angin tersebut. Khabar angin peletakan jawatan ini bukan kali pertama berlaku. Ia timbul juga tahun lepas semasa pertikaian untuk melantik Menteri Besar Selangor selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-13. Malah, Azmin juga secara terbuka menyatakan rasa tidak setuju terhadap pelantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar penggal kedua.

Pertikaian tersebut berlarutan sehingga hari ini, malah secara terbuka kepimpinan PKR menyatakan penolakan kepimpinan Khalid di Selangor. Talian hayat Khalid kian pudar. Adakah Khalid kekal sebagai MB Selangor? Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...