Tuesday, August 5, 2014

KHALID GAGAP DAPAT SURAT 'TUNJUK SEBAB'

SELASA, 05 OGOS 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR :
Akibat enggan tunduk terhadap desakan supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Terdesak dengan agenda untuk menggulingkan Abdul Khalid, PKR menerusi Lembaga Disiplinnya pada Selasa mengeluarkan surat tunjuk sebab (seperti dibawah) terhadapnya yang perlu dijawab dalam tempoh tiga hari. Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, tindakan disiplin itu dibuat berdasarkan kenyataan terbuka Abdul Khalid pada 22 Julai lalu yang enggan mengosongkan kedudukannya selaras keputusan parti. Abdul Khalid perlu menjawab surat berkenaan selewat-lewatnya pada Jumaat ini. 

Mesyuarat Khas MPP pada 21 Julai membuat keputusan sebulat suara bahawa Presiden PKR merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu. "Namun kenyataan media Tan Sri Khalid pada 22 Julai secara terang-terangan telah mengingkari keputusan Mesyuarat Khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor," katanya menerusi kenyataan pada Selasa. Keputusan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Abdul Khalid dibuat pada mesyuarat Khas Biro Politik PKR pada Ahad lalu. Sumber : Mstar. 


P/S - Kesian Khalid. Akhirnya dapat juga surat tunjuk sebab tu. Apa tindakan Khalid selepas ini? Nak jawab ke surat tunjuk sebab itu atau terus membisu dan tidak berganjak dengan keputusan untuk tidak meletak jawatan?..Huhuhu.....rojak...rojak Parti Kelentung Rakyat (PKR) ni. Seronok juga tengok drama parti anak beranak ni ye. Apapun, kita sebagai penonton, tungggu je lah apa keputusanya nanti. Wasallam ~ IBM

MEMANG ADA PERBINCANGAN UNTUK SINGKIR KHALID GAGAP DARI PKR, KATA RAFIZI PONDAN...

SELASA, 05 OGOS 2014

KEMELUT DALAMAN PKR BERTERUSAN..
NAMPAKNYA perancangan untuk menyingkir Khalid dari jawatan Menteri Besar dan ahli dalm PKR masih lagi belum berjaya. Anwar dan kuncu-kuncunya masih lagi tercari-cari ramuan bagimana nak menyingkir Khalid dari parti sekali gus hilang kelayakan untuk terus menjadi Menteri Besar Selangor. Begitulah perancngan mereka. Sungguh jahat mainan politik yang Anwar amalkan dengan kuncu-kuncunya. Isu penyingkiran si Khalid ini telah pun dirancang dalam mesyuarat biro politik parti itu pada Ahad lalu, kata pengarah strategik PKR Rafizi pondan. Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tidak dicapai melalui perbincangan tersebut.  Sama ada beliau akan dipecat atau tidak, anda mesti bertanya kepada lembaga disiplin, katanya kepada pemberita pada majlis makan malam untuk menjelaskan mengapa Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail harus menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar,malam semalam. Beliau berkata majlis makan malam yang sama akan diadakan untuk memberitahu ahli-ahli parti dan akar umbi kenapa Abdul Khalid tidak patut memikul tugas tersebut.

Terdahulu dalam ucapannya, Rafizi mengulangi bahawa Abdul Khalid tidak bekerja dengan baik dengan ahli-ahli parti yang lain. Setiap kali apabila beliau (Khalid) mencipta isu, Anwar Ibrahim perlu datang dan berkata sesuatu. Berapa lama perkara ini perlu berlaku? Sebab itu PKR meminta beliau digantikan dengan Kak Wan (Dr Wan Azizah), katanya. Rafizi juga mencabar Abdul Khalid untuk bertindak balas terhadap Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, yang mendakwa Abdul Khalid menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri Besar. Beliau juga mengutuk perjanjian air antara negeri dan Persekutuan, yang didakwa berat sebelah.

Wan Azizah, sementara itu, berkata mesyuarat di antara Khalid, pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dirinya bagi membincangkan krisis Menteri Besar masih belum berlaku. Dalam ucapan ringkas beliau, Wan Azizah, menyifatkan Khalid sebagai pemimpin yang baik yang telah mencipta asas yang kukuh untuk membawa negara ke hadapan. Tetapi semua tugas tidak boleh dilakukan berseorangan. Kita memerlukan seseorang yang mendengar, berjumpa dan berbincang dengan semua orang sebelum mengambil sesuatu langkah, katanya sebelum bergegas ke acara lain. Itu adalah sindiran untuk Khalid Ibrahim. Apakah cita-cita Anwar untuk melantik isterinya sebagai Menteri Besar akan berjaya? Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM

Monday, August 4, 2014

GARA-GARA TAK MAHU LEPASKAN JAWATAN MB, PKR BUKA PEKONG KHALID GAGAP. HUHUHU!

ISNIN, 04 OGOS 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR..
SATU-satu demi satu cerita yang tak sedap di dengar dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin PKR terhadap Menteri Besar yang tak mahu melepaskan jawatanya, iaitu Khalid Ibrahim. Oleh kerana tiada pilihan lain, setelah PKR membuat pelan A untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim, maka Parti Keadilan Rakyat (PKR) tida mempunyai pilihan yang lain terpaksa menggunakan kaedah yang lain itu menggunakan pelan B. PKR dikatakan akan membuat penerangan secara bertulis (pelan B) kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berhubung alasan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, nota penjelasan yang merangkumi fakta kes melibatkan masalah intergriti itu Khalid akan diserahkan kepada semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada esok (Selasa). 

Nota penjelasan sepanjang lebih 50 muka surat itu didakwa akan mendedahkan secara terperinci mengenai salah guna kuasa oleh Khalid sebagai Menteri Besar. Antara yang terkandung dalam nota tersebut adalah fakta kes membabitkan hutang Khalid sebanyak AS$18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam Malaysia untuk membeli saham Syarikat ketika beliau menerajui Kumpulan Guthrie Bhd. Turut disenaraikan dalam nota itu adalah penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada Eco World dengan harga yang lebih murah daripada nilai pasaran untuk projek pembinaan rumah mampu milik, katanya. Kalau dah tak suka tu, bermacam-macamlah cara digunakan bagi menjatuhkan seseorang. Khalid oh Khalid. Malang nasib mu. 

Tapi, adakah Khalid gagap akan berdiam diri? Tak lawan balik ke? Kalau depa bukak pekung kamu, mereka tu baik sangat ke? Tak kan Khalid tak sebarang modal atau pekung yang juga boleh di ketengahkan kepada mereka-mereka yang begitu ghairah untuk menjatuhkan beliau? Keluarkan sahaja, biar lingkup semua dan PKR hancuss berderai, terutamanya si Nuar sial tu. Hehehe..IBM bukan nak jadi batu api, tapi, sikit-sikit tu ada juga simpati pada si Khalid gagap tu. Kesimpulannya, memang ada hikmahnya akan kemelut dalam PKR ini berlaku. Sekurang-kurang rakyat di Selangor ini sudah mengenali siapa dan Politik apakah yang dibawa oleh PKR untuk mereka. Harap tidak tertipu lagi pada PRU ke-14 yang kana datang. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM

ANWAR MEMANG GILA KUASA, KATA NGO..

ISNIN, 04 OGOS 2014
KALAU dah gila kuasa tu, memang hura-hara negara dibuatnya. Ini baru memerintah beberapa negeri sahaja dah jadi macam tu. Macamana kalau memerintah satu negara? Sekarang baru rakyat sedar akan warna dan corak pemerintahan Pakatan Pembangkang yang menjadikan parti mereka seperti 'perniagaan sendirian berhad' kerana ditadbir oleh anak-beranak, saudara-mara dan orang kepercayaan masing-masing menyebabkan rakyat semakin kecewa. Perkembangan cukup menghampakan tersebut menyedarkan mereka siapa sebenarnya yang layak menjadi pemimpin di negara ini. IBM sependapat dan menyokong penuh apa yang disuarakan oleh Presiden Power Malaysia, M. Mohana bahawa rakyat kini sudah tidak tahan dengan kerenah pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang bukan sahaja meletakkan anak-beranak dan saudara-mara dalam pentadbiran parti, malah kini dilihat semakin rakus apabila cuba merampas kerusi Menteri Besar Selangor yang masih disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Sebagai contoh, dalam DAPig, Lim Kit Siang berjaya menjadikan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, kini 'mimpi ngeri' itu berulang apabila (Datuk Seri) Anwar Ibrahim pula sedang sedaya upaya merampas kerusi Menteri Besar di Selangor untuk diberikan kepada isteri tersayang, (Datin Seri Dr.) Wan Azizah (Wan Ismail). Selepas ini entah apa lagi yang hendak dibuat oleh mereka. Rakyat bukan bodoh untuk dimanipulasi sepanjang masa. Mereka semakin faham dengan 'permainan kotor' pembangkang yang lebih berminat untuk mempromosi keluarga masing-masing. Walaupun hebat dengan slogan antirasuah, antinepotisme dan sebagainya, tetapi mereka juga yang menjadi jaguh dalam tidak mencontohi apa diperjuangkan, katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Seperti yang kita tahu, Anwar sebelum ini mengumumkan Wan Azizah yang juga Presiden PKR sebagai calon untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Persoalanya, kenapa baru sekarang Anwar mahu Khalid di gantikan?. Kan sebelum ini Anwar melambung Khalid Ibrahim kononnya Khalid lah Menteri Besar yang berwibawa dan telus serta membawa negeri Selangor ke arah pentadbiran yang betul, serta bebas dari rasuah. Tapi, apa sudah jadi sekarang? Bagi IBM jawapannya sungguh mudah. Anwar gila kuasa, memang gila kuasa dan mengamalkan politik songsang demi untuk kepentingan dirinya dan keluarga. Selangor akan hancur jika Wan Azizah jadi Menteri Selangor. Tak percaya? Tunggu dan lihat sahajalah. Wasallam ~ IBM

AZIZAH - ANWAR TERUS BERDRAMA....RAKYAT SELANGOR DI TIPU LAGI!

ISNIN, 04 OGOS 2014
Dipetik Dari : MYKMU.NET

Sejak nama Datin Seri Wan Azizah diumumkan sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, tidak dinafikan nama beliau menjadi gah dan keutamaan dari pelbagai pihak untuk berbicara mengenai kisah politik negeri Selangor. Wan Azizah yang diketahui ramai, khususnya ahli-ahli politik mengetahui dirinya hanyalah menjadi boneka buat Anwar Ibrahim sahaja juga sebagai batu loncatan buat suaminya sendiri untuk mendapatkan sesuatu dalam dunia politik. Adalah tidak dapat dipertikaikan, sejak Wan Azizah menang di Kajang dan menjadi ADUN Kajang, fungsi utama Wan Azizah banyak diberikan jalan oleh Anwar untuk bagaimana beliau mengatur perjalanan dalam berpolitik. Maka itu, apabila diasak dengan kenyataan yang tugas Wan Azizah untuk akan datang sebagai Menteri Besar Selangor akan banyak dibayangi dan dikuasai oleh Anwar, ia tidak dapat disangkal sama sekali meski pun Wan Azizah sudah memulakan ‘drama’ mempertahankan suaminya seperti tidak bersalah dalam isu perlantikan MB Selangor.

Selepas ramai pihak menghentam Anwar atas tindakannya yang mementingkan diri sendiri dengan melantik isteri sendiri sebagai MB Selangor untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim, Wan Azizah sehabis baik mencuba untuk tidak membiarkan nama suaminya menjadi buruk.Kata Wan Azizah, setiap kata-kata Anwar Ibrahim yang diterima akan dijadikan nasihat dan tunjuk ajar untuk beliau menggalas tugas yang mencabar sebagai seorang MB. Nampaknya, sifat Wan Azizah yang patuh dan lurus tidak dapat dibuang dari dirinya. Ini dapat dilihat, sepanjang beliau menjadi Presiden PKR, tidak banyak usaha dan kerja yang dilakukan oleh Wan Azizah apatah lagi menyelesaikan krisis dalaman yang melanda parti walaupun kuasanya adalah paling tertinggi dari ahli lain.

Paling jelas untuk dijadikan contoh adalah ketika Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali lebih banyak mengongkong Wan Azizah dari menggunakan kuasa dan menghalang Wan Azizah dari bertanding dalam PRU13. Natijahnya, Wan Azizah hanya mengikut sahaja telunjuk pihak-pihak yang memberikan nasihat kepada dirinya dalam cara untuk bergerak mengatur strategi politik. Justeru itu, apabila Wan Azizah begitu beria-ia memberitahu dirinya akan menggalas tanggungjawab sebagai MB Selangor nanti, dapatkah rakyat percaya akan janjinya itu dan beliau akan lebih baik dari Khalid Ibrahim? Nampak gayanya, Anwar Ibrahim sudah meletakkan calon yang langsung tidak berpengalaman untuk menguruskan pelbagai krisis yang melanda negeri Selangor supaya Anwar yang akan berkuasa nanti.

Memang benarlah walaupun disangkal beria-ia oleh Wan Azizah yang Anwar Ibrahim tidak akan mencampuri tugasnya nanti adalah satu sangkal yang lucu apabila cuba membohongi rakyat apatah lagi semua pihak sudah dapat meramal dan membaca strategi yang diatur Anwar. Sekali lagi dan berkali-kali lagi, Wan Azizah akan terus berbohong dan ‘berdrama’ untuk menutup kesalahan suaminya sendiri serta akan terus dipergunakan oleh Anwar.

P/S - Apa nak buat. Kan itu yang rakyat Selangor nak. Angkat dan sokong lagi Pakatan, apatah lagi Parti Kelentung Rakyat (PKR) yang pelakunnya terlalu hebat sehingga rakyat Selangor tidak perasan mereka di tipu hidup-hidup oleh sepasang suami isteri yang gila dan tamakkan jawatan. Wasallam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...