Sunday, August 24, 2014

SIKAP TAK PEDULI PUNCA KHALID DI SINGKIR? SUDAHLAH..ITU SEMUA SENDIWARA ANWAR!!

AHAD, 24 OGOS 2014

SUMBER : 

Sikap tidak peduli Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap kebajikan partinya sendiri dan rakyat Selangor merupakan punca mengapa Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menggulingkan beliau sebagai menteri besar. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun beliau menyokong dasar penjimatan dan ketelusan yang diamalkan Khalid, menteri besar itu seharusnya lebih terbuka dalam soal kebajikan rakyat. "Tetapi dermalah sikit. Bukan soal kontrak, bukan soal jawatan yang dituntut. "Saya tak setuju kalau parti nak minta kontrak...saya tak setuju dan saya beritahu secara terbuka pada kongres yang lalu bahawa saya sokong Tan Sri Khalid yang ikut peraturan dan tidak mudah meluluskan (peruntukan) hanya kerana kepentingan parti," katanya ketika menyampaikan Ucapan Amanat Ketua Umum pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad. 


Menjelaskan lanjut Anwar berkata, sikap tidak peduli Khalid terhadap rungutan yang dibangkitkan rakyat menjadi isu utama mengapa beliau perlu digugurkan. "Macam pembinaan projek Kidex (Lebuhraya Kinrara Damansara)...puluhan ribu bantah. Panggillah dan dengar (rungutan rakyat). Itu sahaja permintaan rakyat. "Dalam menjawab soal Selangor, saya tekankan isu kepedulian. Kalau dah ada peruntukan dari Marris (Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya) daripada kerajaan Persekutuan, gunakanlah," katanya. Khalid berhadapan tekanan daripada pelbagai pihak, termasuk Anwar yang mendesak supaya beliau turun dari kedudukannnya kerana kerap membelakangkan parti dalam membuat sebarang keputusan berhubung pentadbiran negeri Selangor. 

Kemarahan PKR terhadap Khalid dilihat semakin memuncak apabila beliau akhirnya dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu selepas ingkar perintah parti untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penggantinya. 

P/S ~ Jika 1,000 ayat yang keluar dari mulut Anwar kepada perkara yang di atas tu, satu pun sukar tak boleh pakai dan tidak boleh dipercayai. Semuanya bohong dan beliau bersediwara. Siapa tak kenal Anwar. Kalau satu hari tidak berbohong, bukan Anwar namanya. Apapun nasib Khalid akan kita ketahui esok setelah beliau mengadap Sultan Selangor. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. Wasallam ~ IBM

WAN AZIZAH@NENEK KIPAS 'BERAT HATI' NAK JADI MB, TAPI HATI TU NAK. TAK TAHU MALU! PUIIII!

AHAD, 24 OGOS 2014

SUMBER : 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan bahawa beliau sebenarnya 'berat hati' untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Pendedahan itu dibuat ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berusaha mendapatkan sokongan penuh sekutunya iaitu PAS mengenai keupayaan Presiden parti itu. Bagaimanapun, menurut Dr Wan Azizah, beliau terpaksa meneruskan rancangan partinya untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dasar perjuangan. "Bila saya ditanya nak sangat ke jawatan ini (menteri besar) apabila bertanding di (DUN) Kajang, terus terang saya katakan bahawa bukanlah niat dan keinginan di hati. 

"Tapi nama saya dikemukakan, jadi sebagai seorang pejuang saya terima. Kalau inilah amanah yang diberikan, saya terima walaupun hati berat. "Bukan ini (jawatan) yang saya inginkan, bukan ini yang saya cari tapi saya cari redha Allah," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad. Dr Wan Azizah menghadapi laluan sukar untuk diangkat sebagai menteri besar Selangor terutama keraguan yang ditimbulkan PAS berhubung keupayaannya untuk memimpin sebuah kerajaan negeri. Menerusi mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu, parti akhirnya menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua menteri besar Selangor yang baharu, selain Dr Wan Azizah.

P/S ~ Orang macam ini pun ada dalam dunia ni ye. Dia tahu ramai yang tak suka dia jadi MB, tapi masih menaruh harapan, meroyan, kempen sana-sini untuk dapatkan simpati rakyat. Itulah isteri masali kesayang Anwar Ibrahim yang tak sedar diri dan malu. Bak kata perpatah, 'hidup tak mancung, pipi tersorong2. Nenek kipas..nenek kipas....berkipaslah ko sampai hari kiamat. Wasallam ~ IBM

ANWAR AKUI KONGRES PKR TONGGANG LANGANG, SELERAK-BARAK DAN...DAH NAK LINGKUP...!!

AHAD 24 OGO2 2014
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kaedah pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dirombak semula kerana sistem sedia ada didapati tidak praktikal hingga menimbulkan pelbagai masalah. Menurut Ketua Umum PKR itu, beliau sendiri pada mulanya tidak bersetuju dengan sistem 'satu ahli, satu undi' yang digunapakai sejak dua pemilihan yang lalu. "Saya antara orang yang kurang setuju dengan proses ini, pemilihan ini (sistem)...saya tidak setuju. Tetapi bila diputuskan, ya kita teruskan. "Memanglah selerak-barak, sebab kita mengambil keputusan yang dari segi ideanya sistem demokrasi itu memang baik tetapi pelaksanaannya tidak upaya kita laksanakan dengan berkesan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Amanat Ketua Umum pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad. 

Justeru katanya Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sedia bertanggungjawab terhadap semua masalah yang timbul berkaitan pemilihan parti. "Jadi saya terima, bukan kelemahan JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat), kelemahan pimpinan keseluruhannya dalam menangani langkah pemilihan pimpinan parti baru-baru ini. "Dan pastinya dalam peringkat segera kita harus cadang rombak semula supaya ia demokratik tetapi praktikal untuk dliaksanakan," katanya. Pemilihan PKR yang berlangsung sejak April lalu dan hanya berakhir pada awal bulan ini merupakan yang proses pemilihan paling panjang pernah dikendalikan PKR. Sepanjang proses itu berlangsung, pelbagai masalah dilaporkan berlaku, termasuk insiden keganasan serta dakwaan rasuah membabitkan calon peringkat tertinggi parti. 

Sementara itu, Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul ketika ditemui tetap mempertahankan sistem 'satu ahli, satu undi' yang digunakan PKR. Mengakui wujud kelemahan dari segi perlaksanaannya, Johari bagaimanapun mahu sistem itu diteruskan pada pemilihan akan datang. "Saya akan pertahankan sistem ini kerana ia baik. Cumanya (perlu fikir) bagaimana kita boleh perbaiki proses, yang pasti sistem itu adalah yang terbaik kerana anggota terlibat secara langsung. "Bagi kami sekurang-kurangnya tiga bulan untuk turun ke bawah tanya pendapat mereka, dan kita akan persembahkan kepada parti. "Bergantung kepada keadaan, kalau sekiranya terpaksa ubah semula semuanya, memang akan kita ubah. Tetapi bagi kita lihat dulu macam mana keadaannya sekarang ini," katanya.

P/S ~ Kalau parti di kontrol oleh anak-beranak yang menggangap parti tersebut adalah hak mutlak mereka, itulah jadinya. Memang porak -peranda, tongggang-langgang dan berselerak-barak akhirnya. Tapi, kenapalah bodoh sangat ahli2 PKR ni? masih setia gila dgn Anwar tu. Apa depa dapat ye? dah kena nasi kangkang kot...hehehehe. Wasallam ~ IBM

HADI AWANG AKUI ADA MASALAH 'MENTAL' DIKALANGAN AHLI PAS. SEWEL LE TU!

AHAD, 24 OGOS 2014
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) mengakui parti itu kini berhadapan dengan masalah sikap dalam kalangan mereka yang tidak beradab dalam ‘berjemaah’. Menurut Abdul Hadi, mereka itu bukan sahaja lantang kerana cuba bertindak mendahului pemimpin tetapi juga mahu agar pemimpin mengikut apa-apa langkah yang mereka mahukan. Abdul Hadi membayangkan gambaran itu melalui kenyataan berkias dalam sedutan video yang dimuat naik dalam Facebook rasminya petang ini. “Kalau sembahyang berjemaah, ada adab sembahyang berjemaah. 

Antaranya imam boleh baca kuat, makmum tak boleh baca kuat. Kalau kata ‘amin’ tak apalah. Ini (baca) Fatihah sama kuat dengan tok imam juga. Kemudiannya, rukuk dan sujud tak boleh dahului imam. (Mereka) ini pintas rukuk dan sujud dulu (daripada imam). Ini yang berlaku. Jadi kita kena ada adab-adab berjemaah. Kadang-kadang (apabila) berasa lambat sudah, nak suruh beri salam deras (segera), suruh tok imam beri salam deras, ini masalah yang kita hadapi,’’ katanya. Kenyataan beliau difahamkan merujuk kepada kemelut politik yang berlaku di Selangor apabila pendirian beliau dan Majlis Syura Ulama disanggah oleh beberapa pemimpin pro Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwarinas) berhubung kedudukan Menteri Besar. 

Sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri Pas di Selangor memutuskan menyatakan pendirian mereka menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail walaupun pucuk pimpinan tertinggi Pas belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut. Kesimpulannya, jelas disini sikap ahli-ahli PAS adalah seperti orang yang bertuankan 'duit 'semata-mata. Mereka boleh mengubah fikiran mereka bila-bila masa dengan erti kata lain yang senoneng dengan perangai mereka (PAS) buat 'U' turn. Asalkan masuk, penuh poket mereka, maka, lupalah apa tujuan sebenar perjuangan mereka. 

Ekoran itu, Pas Terengganu mengingatkan pergolakan politik di Selangor perlu dijadikan pengajaran besar kepada Pas untuk ‘menapis’ barisan kepimpinan sebelum diberi kepercayaan agar mereka memikul agenda parti dengan sentiasa taat dan setia kepada presiden dalam apa jua keadaan. Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat menegaskan, mereka tersasar daripada ‘akhlak berjemaah’ tidak perlu dan tidak layak diberi amanah dengan dilantik menjadi pemimpin kepada ‘Harakah Islamiyah’ pada masa akan datang. Jadi, jika ahli-ahli PAS berterusan berperangai seperti itu (mentaliti) yang sukar untuk diubah, tidak hairanlah PAS terus di gelar "Parti Ajaran Sesat" kerana kesesatan mereka dalah berpunca dari 'mentaliti' pemimpin PAS itu sendiri. Fikir-fikirkan. Wasllam ~ IBM

Saturday, August 23, 2014

4 LAGI AHLI PKR DIGANTUNG. DEMOKRASI KE NAMANYA TU? ASYIK PECAT AHLI JE

SABTU, 23 OGOS 2014

SUMBER : 
Lembaga Disiplin PKR hari ini menggantung serta merta keanggotaan empat anggotanya kerana didakwa terlibat bersama kumpulan pro-Khalid yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dalam satu sidang media Rabu lalu. Pengerusinya Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata mereka yang terlibat bersama Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) dan NGO lain dalam sidang media itu ialah Dr Wan Suhaimi Wan Daud dari cabang Pasir Mas, Nasaruddin Mohamad (Cabang Sepang), Abdul Rahim Abdul Wahab (Cabang Selayang) dan Rosmah Suly dari cabang Batu. "Anggota-anggota ini akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan serta-merta sehingga siasatan selesai," kata Tan dalam kenyataannya hari ini. 

Rabu lalu, sekumpulan 12 NGO termasuk PASMEB melancarkan gerakan mempertahankan pentadbiran Khalid sehingga penggal berakhir dan mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang didakwa menjadi punca krisis, kekecohan dan ketidaktenteraman politik di negeri itu. Dalam kenyataan itu juga, Tan turut mengumumkan pemecatan Ketua AMK Kuantan Cabang Aidil Haryan Mat Nor kerana secara terbuka memaparkan gambar beliau membakar bendera parti melalui laman sosial Facebook. Tan yang juga MP Wangsa Maju berkata tindakan Aidil itu memberi implikasi buruk kepada imej dan kredibiliti parti kepada masyarakat umum. "Beliau turut mengakui tindakan membakar bendera parti dan mencabar agar beliau dipecat dari parti," katanya sambil menambah keputusan itu telah dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat semalam.

P/S ~ Mana yang dikata PKR ni sebuah parti yang mengamalkan demokrasi? Silap sikit gantung ahli, pecat dan macam-macm lagi. Kalau pemecatan yang terbaru ini semata-mata kerana menyokong Khalid gagap, demokarasi apa namanya? Mampus dan lingkup le korang. Tanpa PKR pun depa  boleh hidup dan terus berpolitik. Dasar parti anak-beranak begitulah. Nasib le korang. Jadi, nak buat apa tunggu lagi kat PKR ni? Wasallam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...