Sunday, September 28, 2014

PENYELEWENGAN SEMASA JADI MB SELANGOR? KHALID CABAR ANWAR BUAT LAPORAN SPRM? ADA BERANI?

AHAD, 28 SEPT 2014

SUMBER.....
Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat semua perjanjian yang diluluskan sepanjang tempoh beliau menjadi Menteri Besar Selangor. Beliau mengalu-alukan semua pihak termasuk SPRM untuk semak dan siasat semua perjanjian yang ditandatangai semasa beliau menjadi Menteri Besar. Ini termasuk perjanjian air Selangor dan perjanjian pembangunan di Canal City. Peguam beliau akan keluarkan kenyataan penuh berhubung hal ini, ujarnya di laman mikro Twitternya. Cabaran itu dibuat sebagai reaksi kepada kenyataan Anwar semalam kononnya beliau akan meminta Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali mendedahkan senarai syarikat dan individu yang mendapat manfaat jutaan ringgit daripada rundingan air yang ditandatangani Khalid. Anwar berkata demi ketelusan, rakyat Selangor patut tahu siapa yang mendapat manfaat daripada kontrak itu. 

Beliau tidak kisah jika orang ramai mendapat faedah dariapda rundingan itu tetapi siapa yang akan membayarnya? Rakyat Selangor, katanya ketika ditemui di ceramah menentang Akta Hasutan 1948 di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam semalam yang hanya di hadiri seramai 300 orang lebih. Aduhai! Sedih dan malunya Anwar. Sumber dari Penang berkata, Anwar juga di boo oleh kalangan orang yang hadir pada malam itu. Jadi, bagi IBM Anwar gagal untuk membutakan rakyat si Sebarang Jaya dengan fitnahnya. Rakyat disana sudah bosan dengan kerenahnya. Anwar Penipu besar dan  penfitnah tersohor dan no 1 negara. Wasallam ~ IBM

PAS AKUI MEMANG PKR & DAPIGS PEMBULI...PAS BARU SEDAR KE??

AHAD, 28 SEPT 2014

SUMBER.....
BARU sekarang ke PAS sedar yang diri mereka selalu dibuli dalam Pakatan Rakyat?. Atau mereka sengaja diri mereka di buli kerana tiada trempat lagi untuk mereka bergantung dan mengadu. Kaalu mereka (PAS) bersendirian, mereka akan mampus dan berkubor. Maka, hendak tak hendak mereka terpaksa tanggung segala sengsara semasa mereka berada di dalam Pakatan. Ini bukan cerita rekaan dari IBM atau IBM sengaja menulis apa yang tidak benar. Tapi, tembalang bahawa PAS  dibuli kaw-kaw oleh PKR & DAPigs selama mereka bersama PakatanRakyat di luahkan oleh anak Mursyidul Am PAS sendiri. Nik Abduh Aziz mendakwa Parti Keadilan Rakyat dan DAP kini makin berubah dan lebih menonjol dengan sikap umpama Umno sebagai pembuli. Kenyataan dan rintihan beliau itu disiarkan menerusi laman Facebook pada hari ini,Ahad. Maknaya, itu bagai petanda wujudnya pergeseran yang semakin meruncing di kalangan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat. Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz itu mendakwa, ada di kalangan pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan bahawa PAS perlu dihukum kerana bertindak bertentangan dengan keputusan Pakatan Rakyat ketika krisis Menteri Besar di Selangor. 

Mereka berkata PAS akan mati dan ditanam di Selangor. Di Sarawak, mereka (PKR & DAPigs) mengumumkan tidak lagi mahu bersahabat dengan PAS. Kini mereka mahu menjadi umpama Umno, bersikap sombong apabila memiliki kuasa, katanya. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, DAP mula menonjolkan sikap buruknya ketika mendapat kuasa hanya sepenggal, tetapi PAS menjadi mangsa buli Umno ketika berkuasa di Kelantan dan Terengganu untuk tempoh lebih lama. Mereka sering mewar-warkan kegagalan kami, tetapi mereka lupa bahawa PAS juga ada cerita kejayaan tersendiri, katanya sambil menambah PKR juga tiada bezanya dengan DAP. PKR juga mahu membuli kami. Mereka mencuri sambil membuli. Sesuatu yang baik apabila PKR berhadapan masalah dalaman, jadi mereka tidak sekukuh DAP, malahan ada di kalangan mereka yang tidak sehaluan, jadi tindakan mereka membuli kami tidak begitu berkesan, katanya.

Perpecahan mula melanda Pakatan Rakyat sejak krisis Menteri Besar Selangor, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepemimpinan ulama parti itu memilih untuk menangani krisis itu dengan cara mereka. Ia berlarutan apabila empat bekas Exco Selangor yang dilabel sebagai pengkhianat apabila enggan meletak jawatan daripada pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai solidariti kepada pemecatan enam Exco PKR dan DAP. Sebaik dilantik, Menteri Besar yang baharu, Azmin Ali memutuskan untuk mengurangkan jumlah Exco di kalangan wakil rakyat PAS kepada tiga berbanding empat sebelum ini di mana ia dilihat sebagai hukuman kepada parti berkenaan. Nik Abdul juga berkata, walaupun menjadi mangsa, PAS masih mampu meneruskan perjuangan dan berjaya melaluinya. PAS berjaya dalam banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri. 

PAS juga melebarkan sayapnya di mana sahaja ia pergi, katanya. Beliau seterusnya turut menasihatkan DAP supaya tidak menjadi pembuli kerana ia akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat, seolah-olah cuba 'membunuh' parti itu. DAP seharusnya tahu bahawa PAS tidak akan mati kerana ada jangka hayat yang panjang. Jika Umno tidak mati lagi, kenapa pula PAS yang harus mati. Jika PAS mati, siapa yang akan berjuang untuk Islam? Umno? PKR? DAP?, katanya sambil menegaskan bahawa Islam ada nadi parti itu yang memungkinkan ia terus subur. PAS akan hanya mati atau disisihkan jika ada pihak yang lebih baik untuk memperjuangkan Islam. Setakat ini, tiada yang seumpama itu muncul. Nik Abduh tidak fikir PasMA ada keupayaan untuk menggantikan PAS. 

Mereka boleh bermimpi di siang hari tetapi jangan jadi pembuli, katanya merujuk kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dibentuk beberapa kepemimpinan PAS. Apapun, IBM cuma nak perbetulkan akan kenyataan Nik Abduh bahawa UMNO bukan pembuli seperti kenyataan beliau diatas. Kalau PAS kena buli oleh PKR & DAPigs, itu bukan salah Umno, PAS sendiri yang cari penyakit. Jangan salahkan dan kaitkan orang lain dengan masalah dan musibah yang menimpa PAS. PAS sendiri yang cari penyakit. Fikir-fikirkan dan BERTAUBAT lah cepat-cepat wahai orang-orang PAS. Jangan jadi kaldai PKR & DAPigs seumur hidup. Wasallam ~ IBM

DAPIGS MALUKAN PAS LAGI! DUA MP MEREKA YANG DIKATAKAN 'PENGKHIANAT' DIANGGAP 'PENYELAMAT' PR...HUHUH!

AHAD, 28 SEPT 2014

SUMBER....

ADUHAI! Malunya PAS. Apa tidaknya, PAS mengelar pengkhianat kepada dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin, tapi diraikan dan mendapat sambutan sebagai seorang wira daripada penyokong Cina dalam majlis makan malam DAP malam semalam. Duduk bersebelahan pemimpin popular DAP Lit Siang, hadirin bangun memberi tepukan gemuruh dan beberapa pemimpin DAP menggelar mereka sebagai “penyelamat Pakatan Rakyat”. Kamu bukan pengkhianat, kamu wira rakyat, kata bekas exco Selangor Ronnie Liu di majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 700 orang di Petaling Jaya malam tadi. Sementara itu, ADUN Bukit Gasing R Rajiv berkata, mereka berdua harus menandatangani akuan berkanun (SD) bersama wakil PKR dan DAP bagi menghancurkan harapan kerjasama PAS-Umno. 

Jika tidak keraja mereka, kita sudah tentu akan lihat kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno, katanya. PAS, ada apa cerita lagi? Mana telo korang semua. Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, apatah lagi menabik dada bahawa PAS adalah seuah parti Islam, tapi, membisu seriu bahasa apabila rakan kongsinya seperti DAPigs menghina dan terus menghina mereka. Apapun, itu kehendak PAS. Mereka rela dihina, dicaci oleh DAPigs dan PKR, namun 'hati busuk' mereka tetap berdendam dan berdendam dengan UMNO. Kini, perjuangan mereka adalah untuk menjatuh dan menumpaskan UMNO. Sila..silakan wahai PAS. kita tengok siapa yang tak islammik dan siapa yang akan tersungkur ke tanah nanti. Wasallam ~ IBM

Friday, September 26, 2014

PKR-DAP DIBIDAS KAW-KAW OLEH SULTAN KERANA KAKI HASUT DAN FITNAH. PADAN MUKA...!

JUMAAT, 26 SEPT 2014

SUMBER....
PADAN muka PKR & DAPig. Kena kaw-kaw dari  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang membidas pimpinan PKR yang tak ada kerja lain asyik “menghasut dan menyebar tohmahan” untuk memaksa Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan sebagai Menteri Besar Selangor, bulan lalu. Kemelut dan pergolakan dalam Pakatan Rakyat ini bermula daripada ….'Langkah Kajang' dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, titah baginda. Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Khalid supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor, titah Tuanku di Istiadat Pelantikan Exco Kerajaan Negeri Selangor di Istana Alam Shah di  sini. Perkara  hasut  menghasut  dan  melempar tohmahan-tohmahan  terhadap  Tan Sri Khalid berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, dimana umat Islam sepatutnya membuat ibadah, titah baginda dalam mengupas krisis kepimpinan Selangor yang berlarutan sembilan bulan. Sultan Sharafudin berkata PKR tidak mengendahkan nasihat baginda supaya bulan Ramadan tidak dicemari dengan tohmahan sedemikian. 

PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadan dengan menghina dan mencaci sehingga berjaya dalam niat untuk menjatuhkan Khalid sebagai MB Selangor, titah baginda.  Titah Tuanku dilihat sebagai respon tegas terhadap teguran terbuka PKR ke atas pihak istana kerana tidak melantik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar walaupun beliau dikatakan memperolehi sokongan majoriti ADUN Selangor. Selasa lalu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akur dengan keputusan Istana Selangor melantik timbalan presidennya Azmin Ali sebagai Menteri Besar namun menyifatkan bahawa ia tidak mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri. DAP memberi sokongan penuh kepada usaha PKR memecat Khalid untuk diganti dengan Wan Azizah. Hanya PAS bertegas menolak Wan Azizah dan sebaliknya mengemukakan Azmin sebagai salah seorang daripada calon MB untuk pertimbangan baginda Sultan.

Dalam titahnya, Sultan Sharafuddin membidas pemimpin yang mempertikaikan kuasa baginda dalam urusan pelantikan Menteri Besar sebagai jahil terhadap perlembagaan negeri. Baginda dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Baginda yakin mereka mempunyai agenda yang lain. Baginda adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan Beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah dimeterikan pada tahun 1959,  titah Tuanku. PKR  memecat Khalid daripada parti itu setelah beliau enggan meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Azizah. Malah parti itu menuduh Khalid sebagai tidak berwibawa kerana dikatakan terbabit dalam beberapa urusan yang mencurigakan namun tidak mengemukakan sebarang bukti kukuh. Khalid menafikan segala tuduhan itu dan mengambil tindakan mahkamah terhadap Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution. 

Sultan Sharafuddin menyifatkan Khalid sebagai Menteri Besar yang menjalankan tugas dengan jaya dan sempurna. Titah Sultan Selangor hari ini mencerminkan bertapa rapuhnya hubungan istana dengan PKR dan DAP. Ia juga memberi petanda misi sukar yang menanti Azmin selaku MB untuk memperbaiki hubungan dua parti itu dengan Istana Selangor . Dengan titah sebegitu rupa dari duli Tuanku Sultan,  adalah PKR & DAP masih ingin meneruskan agenda jahat mereka demi untuk memuaskan nafsu seorang pemimpin yang berjiwa besar sehingga ingin menjadikan isteri beliau yang tidak layak untuk dijadikan sebagai Menteri Besar? Siapa pemimpin yang IBM maksudkan itu? Hehehe....semua tahu siapa kan? Wasallam ~ IBM

PRK PENGKALAN KUBOR : PAS BAGI ALASAN KALAH KERANA MASALAH DALAME. HUHUHU!!

JUMAAT, 26 SEPT 2014

SUMBER....
SEPERTI biasa, PAS akan mencari seribu alasan di atas kekalahan calon mereka di PRK Pengkalan Kubor semalam. Sumer dari Kelantan memberi tahu bahawa Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN PengkalaKubor Datuk Tuan Ibrahim memberi alasan faktoketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masaladalamaparti punca  kekalahan PAS.  Boleh terima ke alasan tu? Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP menjadi tamparan hebat kepada PAS. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku. Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tapi, kalah jugak. Tuan Ibrahim reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal, katanya apabila ditanya oleh para wartawan semalam. Keputusan semalam, BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon bebas pula mendapat 38 undi. Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi, lebih rendah daripada kadar 80 peratus pada pilihan raya umum lepas. 

Di imbas kembali pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, bekas ADUN BN Datuk Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka. Malah, beliau juga berkata, kekalahan pilihan raya kecil kali ini juga mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi. Satu lagi alasan lapuk dari PAS. Juga katanya, faktor pengundi luar yang menyokong PAS tak boleh balik juga antara punca kekalahan kerana pengundi luar ini cenderung pada PAS. Dan pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. 

Selain itu PAS menuduh bahawa sogokan kepada golongan miskin menjurus kekalahan PAS dan beliau harap akan buat post-mortem mengenai perkara ini, katanya lagi. Sementara itu, Wan Rosdi pula berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera dan turut reda dengan kekalahan tersebut. Beliau reda dan sebagai calon parti beliauucapkan terima kasih pada seluruh jentera parti dari seluruh kawasan dan negeri, katanya ringkas. Kepada PAS, kalau dah kalah tu, kalahlah, jangan mencari salah orang dan menuduh yang bukan-bukan. Ingat, tuhan tidak suka pada orang yang takur. PAS dan pemimpin-pemimpinya terlalu takbur, terutamanya si tua bangka, bekas Menteri Besar Kelantan dan juga Mulsyidur Am PAS yang tak mahu berubah asyik mendoakan yang buruk-buruk terhadap orang-orang UMNO. Sekarang tuhan telah tunjukkan. Makbul sangatkah doa Nik Aziz? Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...