Tuesday, November 11, 2014

KIDEX ANTARA PENYEBAB RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP PAKATAN RAKYAT (PR) PADA PRU AKAN DATANG?

SELASA, 11 NOV 2014
ATAS kertas, projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) boleh menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) di salah satu kawasan kubu kuatnya sekiranya lebuh raya bertingkat itu dibina. Walaupun kehilangan sokongan itu tidak akan membuatkan PR kehilangan Selangor, yang akan lebih terjejas ialah kewibawaan dan janjinya yang ia menawarkan sesuatu yang berbeza kepada rakyat, tidak seperti Barisan Nasional (BN). Kerana itulah majoriti pemimpin PR di Petaling Jaya menentang pembinaan lebuh raya itu walaupun ramai antara mereka memenangi puluhan ribu undi di kawasan mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Bagi mereka, Kidex ialah ujian sebenar terhadap komitmen mereka melaksanakan cita-cita PR yang unggul walaupun sekiranya mereka menentang kerajaan negeri mereka. Projek lebuh raya bernilai RM2.42 bilion itu merentasi dua kawasan Parlimen - Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan - yang mempunyai kesemuanya 4 kerusi dewan undangan negeri (DUN). 

Pada 2013, rakyat kawasan ini yang tinggi kesedaran politik mereka memilih Tony Pua (gambar kanan) dan Hee Loy Sian (gambar bawah sekali) sebagai wakil rakyat mereka dengan majoriti besar, masing-masing dengan 44,000 dan 19,000 undi. Sementara 4 ahli DUN di Damansara Utama, Kampung Tunku, Bukit Gasing dan Taman Medan menang dengan majoriti undi antara 3,000 dan 30,000. Kemarahan terhadap projek itu, yang dipercayai akan menyumbang kepada kesesakan jalan raya yang lebih teruk dan membahayakan kanak-kanak sekolah dan pejalan kaki, lebih banyak ditujukan kepada PR. Walaupun Kidex dimulakan kerajaan persekutuan di bawah BN, penduduk marah kerajaan negeri PR kerana membenarkan ia diteruskan walaupun sedar ia akan lebih memburukkan keadaan di kejiranan yang sememangnya padat itu. Malah, banyak kata-kata menyakitkan hati yang dilemparkan kepada PR berbunyi seperti mereka terasa dikhianati dan 'dijual' oleh pemimpin politik yang mereka sangat percayai selama ini. 

Di mana pendirian kerajaan negeri Selangor dalam memegang janji pilihan raya mereka seperti yang tercatat di dalam manifesto PRU13? tanya Selve Sugumaran Perumal dari kumpulan anti-Kidex Say-No-to-Kidex. Tiada tol dan tiada projek untuk kroni. Platform 'demi rakyat' itu nampaknya hanya cakap-cakap kosong untuk menang undi dalam usaha mereka mendapatkan Putrajaya. Saya berani katakan sekiranya Kidex Skyway itu dibina juga akhirnya, PR akan kalah dalam pilihan raya akan datang dan tidak akan dapat mentadbir Selangor lagi kerana rakyat tidak akan maafkan PR, tulisnya dalam satu surat baru-baru ini. Menurut pakar pilihan raya, Ibrahim Suffian, isu kerajaan tempatan seperti projek lebuh raya yang tidak popular boleh memberi kesan kepada sokongan terhadap sesebuah kerajaan negeri dan wakil rakyatnya. Ia akan membuatkan sesetengah orang berpaling daripada PR. 

Tetapi, jumlah itu agak kecil dan hanya terhad kepada mereka yang terjejas secara langsung oleh projek itu, katanya yang merupakan ketua eksekutif Merdeka Center. Melainkan jika isu berkisar Kidex boleh merebak kepada sesuatu yang lebih besar dan melibatkan lebih ramai pengundi dari mereka yang tinggal di kawasan itu, Ibrahim merasakan ia tidak akan menyebabkan PR kehilangan negeri itu. Walaupun sekiranya ia kalah di semua kerusi Parlimen dan DUN yang terlibat dengan Kidex, ia tetap akan menang majoriti daripada 56 kerusi DUN itu, katanya. Sekiranya PR mengekalkan kemenangannya di kerusi lain, ia masih ada 39 kerusi. Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar (gambar atas kanan) enggan mengulas apabila ditanya pendirian BN mengenai Kidex. Bagaimanapun, Adun PR seperti Rajiv Rishayakaran tidak mahu sekadar berpuas hati dengan perkara itu. Adun Bukit Gasing itu, bersama rakannya yang lain seperti Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin dan Lau Weng San, terang-terangan menentang Kidex. Mereka membuat pelbagai kenyataan membantah dakwaan pemaju Kidex akan mengurangkan kesesakan jalan raya dan memendekkan waktu perjalanan. 


Ahli majlis kerajaan tempatan kami juga berjaya menghalang (pemaju) Kidex Sdn Bhd daripada bermula, Rajiv berkata kepada The Malaysian Insider. Ini kerana Kidex Sdn Bhd masih belum menyerahkan semua dokumen yang diperlukan serta laporan penilaian projek itu untuk dikaji majlis kerajaan tempatan Petaling Jaya bagi menentukan sama ada ia boleh diluluskan atau tidak. Pengkritik kami berh ak marah dengan kami tetapi sekiranya Selangor ditadbir BN, projek itu tentu sudah dimulakan walaupun dibantah rakyat, katanya. Hee sedang dalam proses mengatur pertemuan antara Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dengan peniaga di kawasannya bagi menegakkan kes mereka kenapa Kidex tidak baik untuk Petaling Jaya. Beliau diberitahu mereka mungkin boleh hilang sokongan kerana projek ini. Jadi, beliau bimbang, walaupun mungkin hanya 10% saja yang hilang, katanya. Seorang lagi pemimpin PR Selangor yang tidak mahu dikenali berkata, PR tetap bimbang dengan kesan negatif daripada segi politik akibat Kidex walaupun Selangor buat masa ini merupakan kubu kuat pakatan itu. Kita tidak boleh sekadar berpuas hati dengan perkara seperti ini. 

Lihat saja MCA. Mereka sebelum ini mendapat sokongan kuat kawasan ini, tetapi akhirnya merosot. Lihat di mana mereka sekarang, katanya. Pada 2004, MCA mempunyai 13 Adun di Selangor. Sembilan tahun kemudian, ia hilang semua kerusi itu. Seorang lagi Adun PR, Charles Santiago berkata, isu Kidex bukan saja mengenai satu projek yang melibatkan banyak kejiranan, tetapi tentang visi PR bagi masa depan Selangor yang mendapat kepercayaan lebih ramai rakyat. Dalam manifesto pilihan raya Selangornya tahun lepas, PR berjanji memperbaiki pengangkutan awam bagi memudahkan perjalanan sekitar bandar seperti Petaling Jaya dan membuatkannya secara keseluruhannya, tempat yang selesa didiami. Kidex, kata Santiago, akan menimbulkan keraguan sama ada masa depan sebegitu boleh dicapai memandangkan ia akan menyaksikan satu lagi lebuh raya bertol dibina, dan bukannya laluan keretapi atau lebih banyak bas. Kalau bina lebih banyak lebuh raya, kereta akan lebih bertambah, dan lebih banyak kereta akan menyebabkan jalan lebih sesak, katanya. Hee berkata, peniaga yang menentang Kidex mungkin boleh menerima laluan MRT atau LRT di jajaran yang sama, walaupun mereka terpaksa menanggung kesesakan sepanjang tapak pembinaan. 


Atas kertas, PR masih boleh memenangi Selangor walaupun Kidex diteruskan. Tetapi, realitinya ialah, sekiranya PR tidak boleh mempertahankan visinya untuk Selangor, yang ia katakan merupakan model kerajaan persekutuan masa depan di bawah PR, bagaimana ia boleh meyakinkan rakyat Malaysia mempercayai visi mereka. Jadi, dalam isu yang agak panas juga, pemimpin-pemimpin PR semasa mereka bertelikah untuk membuat keputusan samada projek Kidex ini harus di teruskan atau di batalkan sahaja. Sekiranya di teruskan, PR rugi dari segi politik dan sekiranya dibatalkan, mereka (PR) akan kerugian wang poket mereka. Maka, ianya bolehlah diibaratkan 'bola lambung' yang tanggung di beri oleh PR. Jadi, tidakkah BN/UMNO di Selangor ini mempunyai formula bagaimana nak melibas atas merembat 'bola lambung' yang di hadiahkan oleh PR sendiri? Faham-faham le ye dan fikir-fikirkan wahai pemimpin-pemimpin BN/UMNO Selangor. Jangan tido lagi. Peluang telah terbuka luas. Bila lagi nak gunakan kesempatan yang ada ini? Wasallam ~ IBM

APA KE JADAHNYA UBAT DI HKL PUN KENA CURI... KERJA SIAPA NI?...

SELASA, 11 NOV 2014
PERLU di siasat. IBM berpendapat kerajaan dan pihak HKL kena bertindak bagi membenteras supaya perkara ini tidak berulang lagi. Kerajaan menanggung kerugian di atas kejadian mencuri ubat-ubatan di HKL ini. Cari siapa dalangnya, kemana ubat-ubatan tersebut di jual atau di seludup? Dedahan dan Laporan Ketua Audit Negara 2013 mendedahkan bahawa berlaku kecurian stok ubat berjumlah RM1.21 juta di Hospital Kuala Lumpur (HKL)harus dipandang serius oleh kerajaan dan pihak yang berwajib. Rupa-rupanya ianya bukan hanya berlaku di HKL, laporan itu juga mendedahkan situasi yang sama berlaku di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang mencecah jumlah sebanyak RM240,000 Laporan itu menyebut, pada November 2011, satu kes kecurian 68 jenis stok ubat berjumlah RM1.21 juta telah berlaku di Substor Farmasi Neurosains dan Substor Farmasi Urologi/Nefrologi HKL. Satu laporan polis dibuat pada 27 Disember 2011. Dalam laporan itu, sebahagian daripada stok ubat tersebut bernilai RM740,000 telah dijumpai semula pada Januari 2012. 


Hasil siasatan yang dijalankan oleh HKL mendapati kecurian ini dilakukan oleh orang dalam yang sentiasa berurusan dengan pihak stor serta mengetahui kelemahan pengurusan kunci substor. Kes kehilangan tersebut telah diputuskan untuk dihapuskira oleh Perbendaharaan, manakala tindakan surcaj/tatatertib hanya akan dikenakan ke atas mana-mana penjawat awam setelah siasatan polis diselesaikan memandangkan kehilangan disebab berlakunya kecurian, laporan itu dipetik. Kata laporan itu lagi, pada Disember 2013, satu kes kecurian control panel model Shimadzu dilapor berlaku di Bilik Radiografi Jabatan Pengimejan Diagnostik HKL. Alat itu adalah sebahagian daripada komponen General X-ray di mana kos keseluruhan perolehannya berjumlah RM300,000.

Kecurian control panel ini mengakibatkan keseluruhan peralatan General X-ray tidak dapat digunakan, laporan itu dipetik. Laporan itu berkata pihak audit turut mendapati kehilangan empat jenis aset iaitu kompresor penghawa dingin, syringe pump, physiologic monitoring system dan pulse oxymeter bernilai RM610,000. Maka, dengan itu jangan pandang isu kecurian ubat-ubatana di HKL dan HPP sebagai yang remeh kerana ianya melibatkan nama baik Hospital tersebut dan juga kerajaan. Siasat jangan tak siasat. Kalau tidak ianya akan menjadi penyakit yang akan berterusan yang akhirnya amat-amat merugikan negara. Dah tak kerja lain ke depa ni. Kalau nak jadi kaya cepat bukan di Hospital tempat dan sasaranya. Siol! Wasallam ~ IBM

Monday, November 10, 2014

SAYA TAK PERNAH BUAT DAN GUNAKAN BAHAN LARANGAN TERSEBUT, KATA CHONG WEI...

ISNIN, 10 NOV 2014
JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei menegaskan bahawa beliau tidak pernah menggunakan bahan larangan sebagai jalan pintas untuk mencapai pelbagai kejuaraan di dalam mahupun di luar negara. Pemain nombor satu dunia itu, yang disahkan positif dalam sampel B ujian antidoping Jumaat lepas kerana menggunakan bahan terlarang jenis 'dexamethasone', mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya atas sokongan tidak berbelah bahagi pada masa sukar ketika ini. Ada begitu banyak persoalan yang tidak dijawab dan beliau harap untuk membersihkan nama beliau dalam masa terdekat. Beliau tidak sama sekali menipu atau bergantung kepada bahan-bahan larangan, katanya di laman sosial Facebooknya semalam. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz menggesa pihak-pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang ulasan lanjut sehingga panel pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan kes Chong Wei itu. IBM setuju dengan kenyataan Datuk Dr Ramlan. Kita jangan menuduh melulu dan menyunding jari pada mana-mana pihak. Biar pihak yang berwajib menjalankan siastan. Apapun, kepada Datuk Lee Choong Wei, rakyat dan peminat badminton di seluruh negara bersama mu. Tetap menyokong mu, kerana jasa mu terlalu berharga buat negara. Belum ada lagi penganti mu yang boleh mengharumkan nama negara di arena badminton. Negara masih tercari-cari. Oleh itu, apa sekali pun yang akan berlaku, peminat tetap di belakang mu. Jasa mu di kenang. Wasallam ~ IBM

KEPUTUSAN YANG AMAT-AMAT MENGEJUTKAN.....

ISNIN, 10 NOV 2014
MEMANG  ramai yang terkejut beruk.  IBM sendiri pun terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah rayuan. Begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri,  Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan Enakmen Agama Islam Negeri Sembilan menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan sebagai sesuatu yang mengejutkan. Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun bukan pakar dalam hal berkenaan, beliau merasakan keputusan itu perlu diteliti semula kerana ia memberi implikasi besar kepada masyarakat, apatah lagi ia berkaitan dengan Perlembagaan. Ia satu keputusan yang agak luar biasa, mengejutkan walaupun mahkamah yang putuskan. Mengikut kata Tan Sri Muhyiddin, beliau baca kenyataan pihak pimpinan Islam seperti mufti dan persatuan wakili peguam Muslim yang merasa hairan bagaimana keputusan itu dibuat. Tan Sri Muhyiddin membuat komen tersebut  pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands di bilik operasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam, Ahad. 

Muhyiddin berkata kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan itu, namun pihak Jabatan Agama Islam Negeri dan Peguam Negara boleh 'mencelah' untuk mengemukakan rayuan supaya keputusan itu diteliti semula. Jadi, elok diserah pada pihak Peguam Negara, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri untuk membuat apa-apa rayuan atau sebagainya, katanya. Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan. Aduhai...apa sudah jadinya. Dunia dah nak kiamat kot. Korang fikirlah sendiri. Wasallam ~ IBM

Thursday, November 6, 2014

"WARKAH AKHIR UNTUK SAUDARA KU' OLEH ANWAR AL-JUB...HUHUHU!

KHAMIS, 06 NOV 2014

BERDEPAN dengan kemungkinan menjalani hukuman penjara sekiranya rayuannya terhadap sabitan kes Liwat 11 di Mahkamah Persekutuan menemui kegagalan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis 'warkah akhir' kepada rakyat Malaysia malam tadi.


BERIKUT ADALAH 'WARKAH AKHIR' ANWAR :

Saudaraku, esok 4 (lanjut pada hari ini, 06 November 2014) mungkin kali terakhir kita dapat menjejak tanah yang sama, berbumbung langit yang serupa dan menghirup udara yang tiada beza tanpa hadangan tembok penjara dan 'Tirai Besi'. Rejim zalim Barisan Nasional(BN) menerusi aparatnya kelihat amat tidak sabar untuk kembali menghumban saya ke penjara. Esok juga mungkin peluang akhir saya berjabat tangan dan menatap wajah saudara semua. Saya dan Azizah serta seluruh keluarga ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap yang kami lakukan sepanjang jalan perjuangan kita. Kepada sahabat yang setia, terima kasih kerana teguh bersama menegakkan cita-cita Reformasi dan Islah yang kita dokong selama ini. Saya tidak mungkin dapat bertahan begini lama tanpa dokongan dan doa daripada saudara sekalian.

Buat rakan-rakan Pakatan Rakyat, harapan saya agar kerjasama kita dapat diperkukuh demi matlamat menumbangkan kezaliman dan menegakkan keadilan. Untuk anak-anak muda sekalian, masa depan Malaysia di tangan kamu semua. Bangkitlah dengan jiwa merdeka, jangan dilemahkan dengan ugutan penguasa. Kamu penentu masa depan negara. Walaupun rencana jahat mereka mampu memenjarakan jasad saya, berjanjilah bahawa jiwa dan perjuangan kita tetap bebas dan terus menyusur ke segenap jiwa saudara semua. Saya tetap optimis, perubahan tetap akan berlaku di bumi tercinta ini. Kita jumpa esok di Istana Kehakiman, Putrajaya. Reformasi! Allahuakbar! Alahai....merayu-rayu si al-jub ni. Memang itu yang kau cari, maka di sanalah tempat mu. Tiada siapa yagn zalim di negara ini, cuma kamu sendiri yang menzalimi diri mu dan orang lain seperti (Saiful) dan ramai lagi. 

Semoga amanlah kamu di sana, beristerihatlah sepenuhnya wahai Anwar al-jub. Wasallam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...