Friday, August 7, 2015

NAJIB AKAN DISAMBUT MERIAH PADA MESYUARAT UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG - KHALID

JUMAAT, 07 OGOS 2015

WALAUPUN ada ura-ura mengatakan ahli-ahli akar umbi Umno di Johor akan membuat protes akan kehadiran Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak ke mesyuarat Umno Bahagian Pasir Gudang pada hari Ahad ini, namun cepat-cepat di pintas oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan berita yang tak tepat itu. Malah, kata beliau, Umno Bahagia Pasir Gudang berhasrat untuk memberikan sambutan terbaik apabila Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak datang ke Pasir Gudang untuk merasmikan mesyuarat Umno di bahagian itu pada Ahad. Beliau memberi jaminan itu selepas ucapannya dalam sebuah majlis Umno dilihat lantang mengkritik kepimpinan parti itu. Malah beliau amat gembira dan berbangga Presiden parti akan hadir ke mesyuarat bahagian beliau (Pasir Gudang). Ia bukan mudah untuk mendapatkan kunjungan Datuk Seri Najib dan ia satu penghormatan kepada kami.

Bahagian Umno Pasir Gudang akan menjadi hos terbaik," kata Khaled ketika ditanya sekiranya beliau merancang untuk menyampaikan ucapan 'panas' sempena kehadiran Najib nanti. Pada majlis pembukaan Wanita Umno bahagian itu Ahad lalu, Khaled berkata Umno tidak boleh berdiam diri jika rasuah menjadi budaya atau sekiranya amanah dikhianati. Beliau mengingatkan para perwakilan bahawa perjuangan Umno adalah untuk rakyat dan bukan membela golongan tertentu. Menurut Khaled apa yang beliau katakan dalam ucapan beliau tempoh hari hanyalah sebagai peringatan untuk melindungi parti dan mempertahankan perjuangan parti. Ia bukan sesuatu yang tidak pernah dikatakan sebelum ini," katanya. Khaled juga berkata, beliau tetap membangkitkan isu di peringkat akar umbi parti yang perlu disedari pucuk tertinggi pimpinan parti itu. Bagi IBM, itu adalah hak Khaled sebagai ketua Perhubungan Umno negeri Johor. tidak ada salah dan cacat-celanya. Hanya ada beberapa pihak yang cuba mengeruhkan keadaan kerana tidak kepuasan hati apabila isu penyikiran TS Mahyiddin Yasin dari kabinet sekali gus tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri. 

IBM berpendapat, isu seperti ini perlu dihentikan supaya ianya tidak melarat dan memecah-belahkan parti. Disaat kita semua akan menghadapti PRU ke-14, kita ahli-ahli Umno semua kena bersatu padu, bukan berpuak-puak dan berpecah belah. Ingat, siapa yang akan rugi nanti? Kepada rakyat Johor (ahli-ahli Umno/akar umbi) haruslah bersikap positif, tenang dan berfikiran terbuka bagi menghadapi semua dugaan ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. IBM yakin, rakyat Johor tahu yang mana buruk dan yang mana baik. Jangan kerana sekor 'nyamuk' kelambu dibakar. fikir-fikirkan. Wassalam. Ikhlas dari saya ~ IBM

Thursday, August 6, 2015

PKR SETUJU DANA PARTI POLITIK DI DEDAHKAN. BOLEH PERCAYA KE PEMBANGKANG NI??

KHAMIS, 06 OGOS 2015
MEMANG sukar untuk di percayai akan cakap-cakap dan janji orang-orang politik ni. Apa tah lagi dari pembangkang. Hari ini kata lain, esok cakap lain. Cakap tak serupa bikin. Inilah yang IBM cuba tekankan terhadap kenyataan Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Katanya, beliau bersetuju dengan cadangan supaya satu peraturan yang jelas diwujudkan bagi mengkehendaki semua parti politik mendedahkan sumber dana yang diterima mereka. Seterusnya, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, proses mewujudkan peraturan itu harus dibincang di peringkat Dewan Rakyat. "Kita sedia untuk ada satu peruntukan yang jelas untuk maksud tersebut (dedahkan sumber dana politik) dan ia perlu dibincang di Dewan Rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Aidilfiri anjuran bersama Pemerbadanan Menteri Besar dan Darul Ehsan Investment Group di sini, Rabu.

Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan mencadangkan semula usaha mewujudkan peraturan yang mengkehendaki parti politik mendedahkan senarai sumber dana politik yang diterima bagi membiayai pergerakan mereka. DS Najib berkata, cadangan itu bagi membolehkan parti politik bersikap lebih telus dan jujur dalam pengurusan dana serta sumber yang diperolehi, walaupun sebelum ini ditolak oleh pembangkang khususnya DAP. Dalam pada itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor mengulangi kenyataan dibuat sebelum ini bahawa PKR bersedia mendedahkan maklumat dana politik sekiranya perlu. Katanya, parti itu bersedia sejak awal lagi dan tiada masalah berbuat demikian kerana ia seiring dengan dasar parti. Bagai IBM, tiada masalah bagi pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mendedahkan dana yang mereka dapat. 
Tapi...pembangkang boleh ke? Ada ketelusan ke dari mereka (pembangkang) dan berani ke penyalur-penyalur dana dari Syarikat-Syarikat yang besar yang selama ini mendapat projek besar-besar dari kerajaan? Mereka-mereka ini telah dikenal pasti adalah penyumbang dana kepada parti pembangkang. Memang sial mereka-mereka ini. Dapat projek dari kerajaan, bersengkokol pulak dengan pembangkang. Tiba-tiba nama-nama mereka dikeluarkan sebagai penyumbang dana bagi pihak pembangkang. Mana nak letak muka mereka? Tembelang mereka terbongkar. Huhuhuhu...itulah realitinya yang mana IBM berani berkata, pembangkang tidak akan beranai mendedahkan punca dana politik mereka. Percayalah. Ini bukan kerana pembangkang taka ada 'telor'...tapi demi menjaga maruah mereka. Fikir-fikirkan. Wassalam. Ikhlas dari saya ~ IBM

BAPAK 'PENGHASUT' RUPANYA SI ZAHID NI...SIAL PUNYA LAWYER!! TANGKAP JE!!

KHAMIS, 06 OGOS 2015
DARI dulu lagi (semasa beliau jadi Menteri) IBM memang tak berapa berkenan dengan si lawyer buruk. Tak mengenang budi, ego dan bodoh sombong. Keluar dari kerajaan, masuk jadi pembangkang, bertanding di PRK Hulu Selangor, tewas. Akhirnya melalak sana, melakak sini, hingga kini. Kini, apabila negara di landa beberapa isu, beliau mengambil kesempatan cuba menarik dan menghasut rakyat untuk ke jalanan sekali, berdemo. Itu je lah yang mereka (pembangkang) tahu, Bagi IBM, orang seperti Zahid ini harus di tangkap, amat-amat berbahaya. 

Hari ini, di Portal pembangkang juga di dalam blognya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim menggesa sebuah protes besar melibatkan 100,000 orang diadakan sebagai bantahan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. “Marilah adakan perhimpunan di mana 100,000 orang daripada pelbagai latar berkumpul – sudah tentunya aman – bagi menyatakan bantahan terhadap Perdana Menteri,” katanya. Zaid bukan setakat 'berdemo', malah Zahid juga menghasut dan menarik Menteri Besar Selangor Azmin Ali supaya dapat menyediakan Stadium dan sokongan yang diperlukan untuk perhimpunan besar itu sebelum 31 Ogos. Kan sial namanya tu.

Zaid juga berharap pemimpin pembangkang dan Umno yang kritikal, seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dapat berkongsi pentas. “...untuk isytihar kepada orang ramai walaupun terdapat perbezaan politik, mereka akan bersatu untuk selamatkan Malaysia,” katanya di blog hari ini. “Pemimpin-pemimpin ini tidak harus membenarkan orang yang mencuri dan merompak kekayaan negara terlepas. “Mereka harus tunjukkan kepada rakyat kuasa setiakawan menentang rasuah dan salah guna kuasa. Mereka mesti kembalikan keyakinan terhadap dasar-dasar kita dan Pejabat Peguam Negara kita."

Alahai....dia tu baik sangat ke? Dah le tidak bermoral, kaki mabuk, nak tunjuk dia tu pandai sangat dan bersih. Puiiiiiii!. Kepada yang berkenaan dan berwajib, tolong ambil perhatian dan anggap ianya satu 'hasutan' yang boleh memudaratkan negara. Ambil tindakan segera kepada manusia seperti Zahid dan juga yang lain2 yang cuba menghasut rakyat. Fikir-fikirkan. Wassalam ~ IBM

RM2.6 BILLION : SPRM MINTA PM BERI PENJELASAN.

KHAMIS, 06 OGOS 2015
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meminta penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadinya. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan SPRM pada Rabu, langkah susulan itu perlu selepas pihaknya mendapat penjelasan dan pengesahan penderma dari Timur Tengah yang menyalurkan dana berkenaan. "SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri. "Bagaimanapun, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM," kenyataan itu dipetik.

Menjelaskan lebih lanjut, SPRM berkata, butiran penderma diketahui melalui dokumen yang diambil dari bank. "Terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri. "Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma," menurut kenyataan itu. Tambah SPRM lagi, Peguam Negara turut meminta suruhanjaya itu membuat penjelasan berhubung perkara ini sementara siasatan masih dijalankan. "Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB," kata SPRM lagi. Maka, IBM berpendapat, janganlah bersangka buruk terhadap Perdana Menteri kita dan jangan mendesak, menekan beliau yang mana kesohehan duit (dana) tersebut akan terjawab nanti. Kita sebagai penyokong kuat kerajaan dan ahli-ahli Umno yang sayangkan kerajaan dan parti, mestilah sentiasa berada di belakang pemimpin kita. Jangan keruhkan keadaan, kerana perpecahan diantara kita sudah begitu ketara kerana terdengar sudah ada kem kedua buat masa ini. Buat apa itu semua? 
Akhirnya siapa yang rugi dan binasa?....Sama-sama kita fikirkan. Wassalam ~ IBM

SAH! SERPIHAN YANG DITEMUI ADALAH MILIK #MH370

KHAMIS, 06 OGOS 2015

AKHIRNYA Misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sejak 8 Mac 2014 akhir terjawab apabila serpihan bangkai pesawat yang ditemui di Pulau La Reunion, Lautan Hindi pada 29 Julai lalu disahkan milik pesawat berkenaan. Keputusan hasil siasatan mengenai serpihan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 2 pagi, Khamis.  Mengimbas kembali, sejak kehilangan selama 515 hari lalu, Najib berkata, beliau dengan berat hati mengesahkan hasil siasatan pasukan pakar antarabangsa bahawa serpihan yang ditemui itu milik MH370. Kini kita ada bukti kukuh ia berakhir di Lautan Hindi.
Bagi pihak Malaysia, beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses siasatan dan membantu dalam operasi mencari selama ini dan kepada keluarga serta waris penumpang pesawat, pengesahan ini walaupun ia sesuatu yang menyedihkan tetapi akhirnya ia dapat merungkai nasib 239 penumpang dalam pesawat itu," katanya pada sidang media khas yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Najib berkata, kerajaan Malaysia bertekad untuk memastikan apakah punca sebenar kehilangan pesawat MH370.
Dengan semangat satu bangsa, Malaysia pastinya akan mengingati insiden MH370," katanya. Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Pada 29 Julai lalu, bahagian dari sayap pesawat dikenali sebagai flaperon dijumpai seorang pekerja pembersih pantai di Pulau La Reunion. Individu berkenaan menghantar beberapa gambar yang menunjukkan serpihan pesawat itu kepada pihak berkuasa Perancis untuk memulakan siasatan.
Sementara itu, Pakar penerbangan Perancis, Xavier Tytleman tidak menolak serpihan itu mungkin milik pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Menurutnya, beliau sudah mengkaji beratus gambar dan bercakap dengan rakan-rakan. Kami semua fikir ia mungkin sayap pesawat Boeing 777 - pesawat yang sama seperti MH370," katanya. Serpihan tersebut dipenuhi cangkerang dan berkarat. Berdasarkan gambar yang dimuat naik dalam Twitter Fox News, keadaan serpihan itu menunjukkan ia mungkin berada terlalu lama di dalam air laut.
Penerbangan MH370 hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang penumpang dan anak kapal pada 8 Mac tahun lalu. Operasi pencarian yang diketuai Australia diteruskan di selatan Lautan Hindi sehingga hari ini tetapi tiada bukti ditemui sebelum penemuan terbaharu di Pulau La Reunion ini. Apa lagi yang hendak kita kata. Teka-teki mengenai kehilangan #MH370 sudah terjawab. Kita hanya boleh berdoa dan sedekahkan 'AL-FATIHAH'  kepada mereka (mangsa2) yang beragama Islam. Diharap kepada keluarga mangsa bertenang, tabah, kertana itu adalah ketentuan dari Allah SWT. AMIINN!.
Wasallam. Ikhlas dari saya  - ibm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...