Saturday, August 22, 2015

PEMBANGKANG KATA TUN M PEMIMPIN 'KORUP'. CHISS! LANTANG BETUI MULUT DEPA NI....

SABTU, 22 OGOS 2015

SALAM. SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM SEHATI SEJIWA


AMBOI, lantang sungguh mulut pemangkang ni. Mulut celupar betui. Tak ada insurance ke? ada ke patut pemimpin pembangkang ni kata tokoh 'negarawan' dan mantan Perdana Menteri yang telah banyak berjasa pada negara di katakan 'korup'. Tak patut...memang tak patut. Jadi, kepada penjilat tegar Tun mamak kutty ni, cuba buka mata, buka minda korang semua. Ini bukan IBM yang kata, tapi, dari mulut pembangkang sendiri. Habis, apa tunggu lagi, serang le. hehehe. Setalah IBM teliti dan baca artikel tu semalam. Memang ada asas yang logik untuk kita semua menasihatkan Tun supaya berhenti dari bercaka. 'Zip' mulut tu. Tak malu ke korang (penjilat setia Tun) apabila dibidas dan dituduh kerana cuba mempergunakan pembangkang bagi menjayakan cita-citanya untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri?. Sekali lagi IBM jelaskan disini, bukan IBM kata atau nak reka cerita, tapi Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar bawah kanan) yang kata, Katanya lagi, masalah utama yang berlaku di negara ini tidak akan diselesaikan menerusi penyingkiran DS Najib. 

Isu utama yang melanda dan menimbulkan polemik negara bukan hanya berpunca daripada Datuk Seri Najib sahaja, tetapi ianya lebih kepada budaya dan sistem pentadbiran negara yang sudah korup yang diwarisi daripada Tun Dr Mahathir. PAS melihat cadangan Tun Dr Mahathir sekadar cubaan untuk menggunakan pembangkang bagi menukar Najib untuk menyelamatkan parti kesayangan beliau iaitu Umno yang sudah tidak berupaya memperbetulkan diri kerana masalah politik wang," Kesimpulannya, ini adalah gara-gara dari perbuatan Tun M semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Pemimpin Pas itu berkata demikian bagi mengulas mengenai formula yang diberikan Dr Mahathir kepada pembangkang sekiranya mahu melihat usaha menjatuhkan Najib menjadi kenyataan menerusi undi tidak percaya di Parlimen. Bagi IBM, nak tambah sikit je. 

Tun diibaratkan sebagai 'Bapa Batu Api 1 Malaysia', perosak sosial, budaya , agama & ekonomi negara. Kalau pembangkang dah bersuara dan menuduh Tun yang bukan-bukan, janganlah nak dipersalahkan kami-kami ini (pro kerajaan) yang sayangkan negara, pemimpin dan parti. Luahan kami adalah untuk memperbetulkan keadaan yang telah rosak..rosak dik perbuatan mamak kutty seko ni. Nak serang, serang pembangkang. Harap, Tun sedar dan mulakan lah 'Zip' mulut tu. Sekian. Wasaalam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TUN MAHATHIR SUDAH KERING IDEA. TUN TIDAK RELEVAN LAGI"

Friday, August 21, 2015

APA MAHSISWA NI TAHU. ASYIK NAK PROTES PASAL WANG DERMA RM2.6 BILLION, BAGAIMANA DENGAN ISU DEIG YANG MELIBATKAN WANG RM30 BILLION. ITU DUIT RAKYAT.

JUMAAT, 21 OGOS 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM SEHATI SEJIWA

ADAKAH pembangkang masih menggunakan khidmat para Mahasiswa bagi menyerang kerajaan dalam isu wang derma RM2.6 billion yang dikatakan masuk kedalam akaun peribadi Perdana Menteri, DS Seri Najib? Telah pun diterangkan. Tapi...kenapa masih tak puas hati? IBM ingat Mahasiswa ini buta dan pekak kot. Isu hangat di Selangor, iaitu isu DEIG yang melibatkan wang rakyat bernilan RM 30 billion tak pulak mereka ambil kisah, ini menyibuk pasal dana RM2.6 billion tu pulak..Apa barang mahasiswa ni. Yang mana lebih serius? Isu dana derma tu ke atau isu wang DEIG? Duit rakyat pulak tu. Sumber mengatakan buat masa ini RM7.56 billion duit rakyat Selangor lesap dalam tempoh 12 bulan semasa Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor. 
Maka, IBM nak seru Rafizi pondan, Tony Pua@Puaka. dan pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain. Kenapa korang mendiamkan diri, kemana korang semua? Bila lagi nak muncul untuk menjawab skandal DEIG ini? Berbalik kepada al-kisah Mahasiswa yang ingin menyerang Perdana Menteri di Parlimen, kononnya mereka tidak puas hati, maka Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara (GMNS) hari ini memutuskan untuk mengadakan 'LangkahSiswa' sebagai satu tindakan permulaan protes terhadap kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beri penjelasan berhubung skandal dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya. Pengerusinya Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali mengumumkan protes tersebut akan disertai 100 mahasiswa di depan Parlimen pada Isnin depan. Tindakan ini merupakan tanda kehilangan kepercayaan mahasiswa terhadap Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. 
Pesan IBM kepada semua Mahsiswa terbabit, jangan buang masa. Elok tumpukan pelajaran korang semua. Apa, korang dibayar oleh pembangkang ke? Jangan jadi 'kaldai' pembangkang. Gunakan pemikiran yang waras, jangan menuduh secara melulu kerana mnasa depan korang akan malap sekiranya korang mengikut dan tunduk kepada pembangkang. Fikir-fikirkan. Kita orang masih menunggu suara dan komen serta penjelasan dari Rafizi dan Tony Pua. Sekiranya gagal, itu menunjukkan kedua-dua eko pencetus fitnah ini bersubahat. Wajib di heret ke muka pengadilan dan letak jawatan terus sekiranya terlibat. Rupa-rupa Pakatan lagi jahat, ganas. Penipu dan pembelit rakyat. Kalau Pakatan menuduh kerajaan BN mempunyai skandal 1MDB, Pakatan pun sama. Mereka ada skandal DEIG. Lagi teruk. Kesian rakyat Selangor. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"PAKATAN RAKYAT PENIPU RAKYAT"

PAS SEMAKIN PARAH. RAMAI LAGI PEMIMPIN PAS BAKAL LETAK JAWATAN.....

JUMAAT, 21 OGOS 2015

SALAM, SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM SEHATI SEJIWA

PAS diberitakkan semakin tenat. Parti Islam Se Malaysia (PAS) ini di lihat sedang menuju 'kehancuran'. Terkini, berita dari Melaka, khabarnya, PAS Bukit Katil di Melaka bakal terjejas apabila lebih 30 pimpinan dan ahli jawatankuasa (AJK) kawasan itu bakal mengumumkan peletakan jawatan masing-masing bagi menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) seperti gambar diatas. Difahamkan tindakan kumpulan berkenaan bakal diketuai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Mohd Sofi Abdul Wahab. Sehubungan itu satu sidang media khas bagi menyatakan pendirian mereka akan diadakan di Moveact Academ Taman Pengkalan Jaya Bukit Katil akan diadakan pada petang ini, Jumaat. Sejak awal minggu ini langkah meletak jawatan oleh kepimpinan PAS kawasan khususnya di Selangor dilihat semakin agresif. Ia membabitkan PAS Kawasan Kota Raja, Shah Alam, Hulu Langat dan Kapar. 

IBM tak nak komen banyak-banyak. Kita tunggu dan lihat sebuah parti yang mengelarkan diri mereka pejuang Islam sedang dilanda mala petaka. Adakah ini balasan dari Allah SWT kerana PAS pernah satu ketika dahulu mencaci UMNO kaw-kaw dan 'mendoakan' kehancuran UMNO. Sekarang apa sudah jadi? Bagi IBM, ini satu pengajara yang harus pengikut-pengikut PAS berubah sikap. Jangan terlalu memusuhi sesama bangsa dan agama. Bangsa melayu harus bersatu kerana bangsa-bangsa lain sedang bersaing hebat untuk merampas hak-hak keistimewaan orang-orang melayu dan seterusnya ekonomi negara mereka pegang. Ingat...parti DAPigs dan PKR masih berusaha keras untuk merampas negara ini dari tangan Barisan Nasional (BN). Kemana hal tuju PAS selepas ini? Jawapanya ada pada orang-orang PAS. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"MUSUH SEBENAR PAS IALAH DAPIGS. BUKAN UMNO"

MELALAK LAGI SI 'MAMAK PUTTY' SEKO NI. AJAK PEMBANGKANG SINGKIR NAJIB. MAMAK JENIS APA DIA NI YE???

JUMAAT, 21 OGOS 2015
SALAM, Salam Jumaat, salam 1 Malaysia dan salam sehati sejiwa

INGATKAN pada hari ini, hari Jumat (penghulu segala hari) IBM nak berihat dan berhenti buat seketika menulis tentang hal perilaku Tun M, mamak yang masih lagi belum 'zip mulut nya. Belaiu masih meroyan sana-sini. Tapi, nampaknya IBM terpaksa juga menulis lagi. Ini kerana si mamak seko tu terus memberi tekanan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan daripada kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Kali ini bekas Perdana Menteri itu yang dah agak 'lewat usia'nya (dah 90 tahun) memberi formula kepada pembangkang sekiranya mereka mahu melihat usaha menjatuhkan Najib menjadi kenyataan menerusi undi tidak percaya di Parlimen. Tengok tu betapa jahat dan busuk hatinya mamak putty seko ni. Bagaimanapun katanya, formula berkenaan hanya akan berhasil jika ia tidak menggugat penguasaan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan. Pula dah. Berputar-putar dan bebelit-belit lidah dan cakap si mamak seko ni.

Katanya lagi, jika pembangkang benar-benar berminat untuk menyingkirkan DS Najib, mereka hanya boleh berbuat demikian sekiranya dapat pastikan hanya DS Najib yang pergi, namun kerajaan BN terus kekal dan dipimpin pemimpin lain. Apa citrer si mamak ni? Ingat pembangkang bodoh macam dia ke? Cucuknya lagi, Pembangkang perlu mencari formula yang bakal menyaksikan BN tanpa Najib namun masih membentuk kerajaan jika mereka mahu mendapat sokongan Ahli Parlimen BN, katanya menerusi posting terbaharu di blog chedet.cc, blog yang jadi medan hasutan semalam, Khamis. Tambah Tun lagi, beliau yakin terdapat sebilangan Ahli Parlimen daripada Umno yang mahu melihat Najib digugurkan daripada kerajaan. Mereka tidak percaya penjelasan yang tak masuk akal mengenai kehilangan wang 1MDB atau RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi Najib. Ahli Parlimen ini boleh mengundi bersama-sama pembangkang dalam undi tidak percaya, katanya. Kata Dr Mahathir lagi, undi tidak percaya terhadap Najib diperlukan pada masa ini kerana beliau membuatkan Ahli Parlimeb BN terhutang budi padanya dengan jawatan mewah dalam kerajaan.

Mereka yang datang kepada Tun kononnya mengadu tentang pentadbiran DS Najib sebelum ini telah berubah pendirian apabila diberi jawatan dalam kerajaannya. Salah seorang daripada mereka yang mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk dokumen mengenai salah laku Najib, kini dengan senang hati menyokong beliau setelah diberi jawatan sebagai Menteri, katanya. Apapun itu hanyalah rekaan Tun semata-mata. Mamak seko ni memang pandai berdrama. apa kesudahannya? Kita tunggu dan lihat. siapa yang kena nanti. Bagi IBM, mamak seko ni memang dah 'nyanyuk, dan tak relevan juga dia ni amat-amat merbahaya kepada bangsa melayu kerana beliau sanggup merendahkan mertabatkan orang-orang melayu. Mamak seko ini rela melihat negara tergadai dan nasib orang-orang melayu terpingir seperti semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Fikir-fikirkan. IBM tidak benci Tun Mahathir. Tapi...bencikan perangai dan sikapnya yang terlalu angkuh dan cakap tak serupa bikin. Wasallam. Salam Jumaat sekali lagi. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TUN MASIH LAGI LUPA. LUPA DIA BUKAN LAGI PERDANA MENTERI"

PANAS! PANAS! PENUBUHAN DEIG JADI ISU PANAS. RAKYAT SELANGOR DITIPU!!

JUMAAT, 21 OGOS 2015
HARI ini IBM berhenti (cuti) sekejap menulis tentang Tun M. Kita lupakan buat semetara akan perhal si mamak putty seko tu. IBM nak tumpukan kepada isu yang hangat di Selangor pada hari ini yang mana 'TSUNAMI' sedang melanda kerajaan Pakatan Selangor. Kalau selama ini pemimpin-pemimpin Pakatan menyerang dan membuat fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di dalam isu 1MDB, kini tiba pulak giliran mereka untuk dipersoalkan akan ketelusan mereka yang kononnya negeri Selangor adalah neger 'berkebajikan'. Mereka (pakatan) memerintah dengan penuh telus demi untuk membela rakyat, khususnya rakyat negeri Selangor. Sekarang apa sudah jadi? Semua telah bocor. Tindakan Kerajaan PKR Selangor menubuhkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menjadikan 'isu paling panas' di negeri itu berikutan Syarikat bernilai RM2 tersebut didakwa akan menguruskan kira-kira RM30 bilion nilai aset yang kini di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor.

Sumber yang IBM dapat melalui sebuah portal mendedahkan bahawa pe­gangan saham itu dilihat bertentangan dengan struktur pegangan yang dipaparkan di laman web DEIG yang menunjukkan DEIG merupakan 100 peratus milik penuh MBI Se­langor. IBM difahamkan sebelum itu, ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam Khamis, beberapa ADUN termasuk daripada DAP mendesak supaya penubuhan DEIG dikaji semula memandangkan Syarikat tersebut ditubuhkan melalui Akta Syarikat yang sekaligus bermakna segala aktiviti, operasi dan pengurusan kewangan serta pelaburan tidak perlu dilaporkan kepada DUN. Bagaimanapun ketika bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali seolah-olah tidak menghiraukan keputusan DUN Selangor yang meluluskan usul agar kerajaan negeri meneliti semula penubuhan DEIG. Sebaliknya, beliau tetap mempertahankan langkah mewujudkan Syarikat tersebut dan tindakan menggunakan dua individu bagi mendaftarkan DEIG sebelum di­serahkan kepada MBI Selangor. 





Sambil menyatakan proses tersebut sebagai amalan biasa dalam pembentukan Syarikat, beliau menjelaskan, kedua-dua individu terbabit berperanan dalam saham promoter yang dibenarkan dalam undang-undang. Kedua-dua individu ini adalah pemegang saham untuk membuka syarikat (DEIG),” katanya. Mohamed Azmin memberitahu, walaupun kedua-dua individu berkenaan terlibat pada peringkat awal penubuhan Syarikat itu, namun kini MBI Selangor memiliki­nya dengan pegangan 100 peratus sejak Julai lalu. DEIG masih belum lagi beroperasi dan dijangka (berope­rasi) pada tahun depan. Ketika ini Syarikat sedang menjalankan penelitian undang-undang untuk memperkemaskan soal tadbir urus selain menyediakan penyata kewangan kepada kerajaan ne­geri,” katanya. IBM tak hendak komen lebih-lebih dalam isu hangat DEIG ini. Korang fikirlah sendiri. Adakah ini 'ketelusan' namanya? Dan...layakkah si Azmin ini menjadi Menteri Besar Selangor kerana beliau sudah mula menunjukkan taring beliau bahawa beliau berkuasa di negeri Selangor ini. Beliau boleh buat apa sahaja yang beliau suka. 

Pandangan dan nasihat dari exco-exconya di tolak mentah-mentah. Mana dia si Rafizi pondan @ sotong dan si Tony Puaka dari DAPigs. Mereka-mereka ini yang terlalu lantang mengkritik kerajaan DS Najib dan mendedah serta memalsukan segala dokument bersabit dengan 1MDB dengan bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan BN sekali gus menjatuhkan DS Najib dari jawatan Perdana Menteri. Soalaannya, kenapa kedua-dua ekor barua ini diam membisu, hilang hentah kemana? Hentamlah...kritiklah dan buatlah laporan Polis kerana ianya terang-terang satu 'penipuan besar' oleh pentadbiran kerajaan Pakatan Selangor. Rakyat tertipu. Ada berani kah Rafizi & Tony Puaka? Rupa-rupanya mereka (pakatan haram) lagi teruk, lagi buaya besar. Oleh itu, kita semua kena ingat, jika Pakatan haram ini memerintah negara, maka kita rakyat akan merana, negara akan lebih teruk lagi ekonominya. Mereka (Pakatan) ada agenda mereka sendiri. Membuncitkan 'perut' mereka. Itulah tujuan asal mereka. Korang nak pilih Pakatan ke lagi pada PRU yang akan datang?? Hehehe...saja tanya. Tun M tak nak tegur ke si Azmin mi?. Ini skandal tersebar di Asia Tenggara. Kalah 1MDB. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"PAKATAN RAKYAT PAKATAN RAKUS. MENIPU RAKYAT"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...