Tuesday, September 1, 2015

BERSIH 4 SANGGUP DATANG, SAMBUTAN MERDEKA MENGHILANG KAN DIRI? NEGARAWAN KE NAMANYA NI? PUIIII!

SELASA, 01 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

RAMAI yang marah kat IBM (penyokong tegar Tun). Mereka marah IBM gelar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dengan gelaran 'mamak' dan kenapa tidak henti-henti menghentam dan mengkritik Tun seolah-olah Tun langsung tidak pernah berjasa kepada negara. Itulah keluhan dan kemarahan dari penjilat-penjilat tegar Tun Mahathir. Soalan pertama senang dijawap. Memang betui Tun tu memang dari keturunan mamak. Mamak tulin. Tun sendiri yang mengaku bahawa beliau bukan dari keturunan melayu. Jadi, apa yang korang marahkan sangat pada IBM? Soalan kedua, juga senang dijawab. Zip mulut beliau (Tun) dari bersuara yang bukan-bukan semata untuk menjatuhkan dan menfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Itu, diakui  sendiri oleh Tun. Memang jahat dan memang betuilah apabila pembangkang mengelar Tun semasa menjadi Perdana Menteri sebagai 'Maha Firaun'. Memang tepat sekali. 
Bayangkan, Tun hadir semasa perhimpunan BERSIH 4, tapi, tidak kelihatan pada sambutan Hari Kebangsaan ke-58. Sikap dan tingkah laku Tun yang tidak bermoral itu mencerminkan bahawa beliau bukanlah bekas pemimpin no 1 negara yang diagung-agungkan dan sekali gus di beri gelaran 'Negarawan'. Oh tidak. Kehadiran beliau di perhimpunan tersebut amat-amat mengejutkan dan mencetus kontroversi. Sebelum ini, Sumber dari Kementerian Komunakasi dan Media memberitahuTun akan hadir pada sambutan kemerdekaan negara setiap tahun., tapi, tidak pada tahun ini. Diberitakan  beliau (Tun) dijemput tetapi menjawab tidak akan hadir. Kehadiran Dr Mahathir pada perhimpunan BERSIH 4 itu mendapat kritikan pemimpin Umno dan juga pemimpin-pemimpin dari BN, termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 
Katanya Tun Mahathir tidak sepatutnya bertindak bertentangan prinsipnya dengan menyertai protes jalanan itu. "Jangan bakar kelambu hanya kerana seekor nyamuk," tulisan  DS Hishamudddin Menteri Pertahanan itu IBM petik dan perolehi menerusi Facebooknya. Itulah wajah seorang bekas Perdana Menteri yang berketurunan 'mamak' yang mempunyai 'agenda peribadi' terhadap Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Persoalannya, tumbangkah DS Najib apabila Tun muncul bersama dengan BERSIH 4 pada minggu lepas? Bagi IBM misi Tun Mahathir bersama BERSIH gagal. DS Najib masih tegak berdiri dan masih disayangi oleh rakyat. Apa langkah dan strategi Tun selepas ini? Tun masih gagal menurunkan DS Najib dari tahta Perdana Menteri. 
Bagaimana pula dengan BERSIH? Mungkinkah ada BERSIH 5? Atau Tun dan BERSIH akan sabar menunggu pada PRU ke-14 nanti? Tapi.....bila kita lihat cara Tun yang kata orang sangat pemarah orangnya, bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan DS Najib. Tun tidak sabar mahu melihat DS Najib tumbang. Namun, ianya tidak berlaku.Tuhan tidak mengizinkan. Meroyanlah wahai Tun Dr Mahathir. Penjilat-penjilat tegar Tun macam masna ye? Meroyan juga ke? Huhuhuhu....Moga tuhan buka pintu hati Tun untuk 'bertaubat'. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"BERSIH SUNGGUHKAH HATI TUN MAHATHIR. INGAT BERSIH 4 INGAT TUN MAHATHIR"

RELEVANKAH GHB YANG DITERAJUI OLEH MAT SABU@MAT SABUN. DAN.....BERKUBURKAN PAS??

SELASA, 01 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

PERPECAHAN didalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semakin ketara selepas tertubuhnya Parti Amanah yang diterajui Mat Sabu calon yang kalah di dalam pemilihan PAS baru-baru ini. PAS kata mereka masih lagi merupakan sebuah parti Islam yang masih relevan. Begitu juga Mat Sabu dengan 'Parti Amanah'nya. Masing-masing menyatakan bahawa mereka mempunyai penyokong yang ramai dan berpengaruh. PAS mengikut sumber terdekat berkata, Parti masih kekal relevan dalam senario politik tempatan dan tidak akan tergugat selagi mendapat sokongan besar orang Melayu. Begitu juga dengan Mat Sabu dengan 'Parti Amanah'nya. Kata Mat Sabu, mereka juga mempunyai pengikut yang ramai dan kini terbukti ramai dikalangan ahli-ahli PAS yang meninggalkan PAS, termasuk beberapa pemimpin-pemimpin PAS dibeberapa kawasan yang telah mengistiharkan keluar PAS bagi menyertai 'geng' Mat Sabu.

IBM  juga difahamkan Mat Sabu begitu serius dan konfiden bahawa ahli-ahli PAS akan menyertai beliau tidak lama lagi. Usaha ini dibuat oleh Mat Sabu apabila mendapat maklumat dari Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) daripada PAS, maaf IBM tak dapat maklumat yang tepat nama Ketua Kluster tersebut berkata, ia terbukti apabila Gerakan Harapan Baru (GHB) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih gagal menarik kepercayaan orang Melayu terutama mereka yang merupakan ahli PAS. Dan....ada betul juga apa yang dilaporkan oleh Ketua Kluster Politik dari PAS kerana servey dan maklumat yang IBM kumpul apabila jelas terbukti apabila kurangnya penglibatan orang Melayu dalam perhimpunan Bersih 4 yang lalu, ternyata mereka gagal menarik sokongan kaum itu. 

Senario itu tidak berlaku dalam perhimpunan sebelum ini, ketika PAS masih masih mempunyai kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR), Laporan tersebut yang membuat Mat Sabu merasa gusar dan kini Mat Sabu seolah-olah terjaga dari tidurnya dan serta-merta menguatkan jenteranya bagi mengambil ahli-ahli PAS untuk menyertai 'Parti Amanah' yang beliau terajui.  Jika PAS leka dan masih lagi 'menabik dada' bahawa PAS masih lagi 'relevan', IBM rasa, PAS akan 'berkubur'. Untuk tidak mahu perkara ini berlaku dan sekiranya pemimpin-pemimpin PAS masih sayangkan perjuangan parti mereka, maka mahu tidak mahu, PAS kena membuat satu perubahan yang 'drastik' dan berani. Kita dapat lihat memang sukar bagi PAS untuk berdiri sendiri dengan kaki mereka yang dilihat kian lumpuh. Tapi, tidak bagi Mat Sabu. Ianya dilihat begitu diteruima ramai dan sudah tentu ini akan menguntungkan Mat Sabu dengan parti Amanahnya. PAS, apa yang IBM lihat masih ditakuk lama. 

Seperti yang kita tahu bahawa Parti Amanah yang Pengerusinya adalah Pengerusi GHB, iaitu Mohamad Sabu telah dilancarkan  pada 31 Ogos lalu. Dan  IBM difahamkan bahawa  Parti Amanah akan dilancarkan secara 'rasminya' pada 16 September ini termasuk pelancaran logo dan portfolionya. Mohamad Sabu turut menyatakan keyakinan lebih ramai akan menyertai Amanah bukan sahaja daripada kalangan umat Islam, tetapi juga penganut agama lain. Itu sedikit sebanyak maklumat yang IBM dapat dari rakan PAS yang agak rapat dengan IBM. Maka, untuk menyelamatkan parti PAS dari 'berkubur', IBM rasa PAS harus menyekat segala kekuatan yang Mat Sabu ada, pastikan ahli-ahli PAS masih bersama berdiri teguh dibelakang para pemimpin PAS yang lain. IBM tahu ini bukan urusan IBM. Bukan niat IBM nak tunjuk pandai, tapi dari segi 'servival' politik orang melayu dan agama Islam yang mereka war-warakan merekalah perjuang Islam yang tulin, maka untuk jangka masa panjang, PAS perlu melihat disekeliling mereka. 

PAS perlu berubah dan lanskap politik mereka juga mesti diubah. Mereka (PAS) mesti menanam semangat jiwa yang kental, mengenali siapa rakan seperjuangan dan politik mereka yang sebenar. PAS ditendang keluar dan di halau keluar dari Pakatan. Adakah PAS masih lagi nak berkawan dan berkerjasama dengan mereka? Mat Sabu akan terus berkerja kuat bagi memastikan PAS 'sukar bernafas didalam lumpur'. Dan....Mat Sabu adalah musuh sebenar PAS. Bukan UMNO yang selama ini dianggap musuh no 1 PAS. PAS kini sememangnya tenat. Dan...Mat Sabu ni bukannya orang yang baik2 pun. Banyak skandal (seperti gambar paparan diatas). Fikir-fikirkan. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"INGAT SABUN INGAT MAT SABU. INGAT NORMAH INGAT MAT SABU"

ZAHID AJAK UMNO SELANGOR UBAH SIKAP DAN MINDA...

SELASA, 01 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

UMNO di seluruh negeri Selangor harus mengambil iktibar dan mengambil serius segala apa yang dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali gus menggesa pemimpin Umno Selangor agar keluar dari zon selesa dan berkhidmat untuk rakyat, bagi merampas kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang. Itu kata-kata semangat dan nasihat DS Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno. Umno Selangor harus melakukan perubahan sikap dan minda bagi memenangi hati dan minda pengundi. Kalau kita mahu menjadi kerajaan negeri Selangor semula, kita harus membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) dan Umno adalah lebih baik daripada kerajaan negeri yang sedia ada. Pada PRU ke-14, Umno dan BN Selangor akan semakin kukuh, diperkasakan dan memacu sokongan dan dorongan pengundi untuk mengundi semula BN dan Umno," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Puchong di Tapak Expo Pertanian Malaysia (MAEPS), di Serdang semalam, Ahad. 
IBM serta rakan-rakan dari Umno Bahagian Petaling Jaya Utara (PJU) sebagai wakil Umno Perhubungan negeri Selangor turut serta di Mesyuarat Perwakilan tersebut.  Dalam ucapan perasmian penututup tersebut, Ds Zahid, berjanji beliau akan turun padang membantu Umno Selangor menebus kekecewaan, sekali gus merampas kembali Selangor pada PRU ke-14. Selain itu, Timbalan Perdana Menteri mahu pemimpin Umno khususnya di Selangor untuk 'mendedahkan' kelemahan Penubuhan DaeulEhsan Invesment Group (DEIG) demi kepentingan rakyat negeri berkenaan. Ini kerana penubuhan DEIG menimbulkan keraguan dari pelbagi pihak. Maka Umno Selangor perlu mendapatkan bukti kukuh mengenai kelemahan DEIG yang mengambil alih paranan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dalam menguruskan pelaburan anak-anak Syarikat dibawah permerbadanan itu. Dedah.......jangan tak dedah, kata Ds Zahid lagi. 
Kesimpulannya disini, Umno Selangor harus berkerja kuat bagi menambat kembali hati pengundi-pengundi Cina, India dan yang diatas pagar. tiada lagi zon selasa. Kerja kuat akan menampakkan hasil dan wang bukan segala-galanya walaupun semasa di PRU nanti kita mempunyai kewangan yang kukuh bagi menentang pembangkang. Umno harus berubah. IBM setuju sangat dengan kata-kata semangat dari DS Zahid Hamidi. Ayuh....kita serumpun...kita serangkai, kita sekapal. Kita rampas kembali Selangor. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT". ITULAH COGAN KITA. HIDUP UMNO!!

MAMAK KUTTEY (TUN) ADA 'AGENDA PERIBADI'. HARUS DISINGKIRKAN DARI UMNO

SELASA, 01 SEPTEMBER
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA

ADA yang bertanya dan merungut apa sudah jadi dengan Tun Mahathir yang dilihat sudah melampau, hilang pondaman seperti orang gila kuasa dan berbagai-bagai lagi andaian yang mereka buat. Kata mereka lagi, Tun tak layak digelar sebagai 'Negarawan', tapi layak digelar 'Negarawanbangsat'. Walaupun beliau (Tun) pernah berjasa kepada negara menjadi Perdana Menteri, tapi, perbuatan melampau beliau tidak boleh di terima dan dimaafkan. Mamak puttey seko ini memang dah sesat sesesatnya. IBM membuat 'teori' sendiri. Ingin IBM jelaskan disini bahawa bekas Perdana Menteri, mamak puttey yang hadir ke perhimpunan BERSIH 4 di Dataran Merdeka pada Sabtu dan Ahad yang lepas mempunyai 'agenda peribadi'. IBM dapat lihat bahawa strategi yang digunakan oleh Tun diperhimpunan itu kerana mahu melihat Pertdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur dari tampuk pemerintahan negara sama seperti mesej yang dibawa oleh penganjur Bersih. Ini adalah agenda Tun. Tun membuat kejutan dengan hadir ke perhimpunan yang dianggap haram itu diiringi oleh isteri beliau Dr Siti Hasmah Mohd Ali. 

Apabila ditanya oleh pemberita kenapa beliau hadir. Kata si mamak puttey beliau hadir bukan kerana menyokong bersih, tapi mahu menunjukkan solidariti kepada rakyat yang menggesa DS Najib meletakkan jawatannya. Nampak.....memang nampak dan jelas bahawa si mamak Puttey seko ni cakap tak serupa bikin. Sebenarnya dialah yang mahu DS Najib berundur dan beliau jugalah dalang yang menghasut supaya rakyat bangkit berdemo. Mamak seko ini harus diajar. Bagi parti UMNO pula, IBM bukan hendak menghasut. Bukak fail, singkap kembali sejarah keahlian UMNO si mamak puttey seko ini. Beliau pernah di 'tendang' keluar dari UMNO oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman. Kerana apa? Yang itu.....korang cari sendiri kenapa sebabnya.  Oleh itu, IBM menyuarakan, supaya Jawatankuasa Displin UMNO Malaysia memberi surat tunjuk sebab dan sekali gus melucutkan keahlian UMNO si mamak puttey seko ini. Beliau kini dianggap musuh ketat UMNO dan 'duri dalam daging'
UMNO adalah parti keramat orang melayu, UMNO ada maruah, maka kita tidak mahu ahli parti seperti Tun ini untuk terus berada didalam keluarga UMNO. Mari kita imbas kembali semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan selepas beliau (Tun) bersara. Tak payah IBM nak huraikan panjang lebar, cukapalah gambar di atas (Ikhsan dari semut)  (menceritakan segala-galanya. Tun cakap 'tak serupa bikin'. Korang fikirlah sendiri manusia jenis apa si mamak seko ni Bellau perosak dan pemusnah semangat ahli-ahli parti UMNO. Maka, singkirkan beliau. Bertindak cepat supaya tidak terlambat kerana selagi si mamak itu masih ahli UMNO dan bergerak bebas, IBM rasa negara kita sedang diancam oleh 'musuh dalam selimut'......tapi, Tun dilihat bukan lagi 'musuh dalam selimut', malah terang-terang menentang UMNO dan Presidennya.

Kepada pihak atasan UMNO, fikir-fikirkan dan bertindak pantas, sebelum 'nasi menjadi bubur'. Sebagai penulis blog, IBM tidak akan berhenti menulis dan akan terus menghentam, mengkritik dan mendedahkan segala tomahan dan taktik-taktik kotor dari TUN yang ingin menumbangkan serta menyingkir DS Najib dan menghura-harakan negara. Wasallam. Ikhlas dari saya yang cinta dan sayangkan UMNO dan negara. ~ IBM
"TUN MAHATHIR HARUS BERTAUBAT"

HARGA PETROL, DIESEL TURUN HARI INI

SELASA, 01 SEPTEMBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI SEJIWA
BERITA yang mengembirakan untuk kita semua. Harga petrol RON95 dan RON97 untuk bulan September turun 10 sen seliter manakala diesel turun 15 sen. Penurunan yang berkuatkuasa pukul 12.01 tengah malam semalam menyaksikan harga baharu seliter RON95 dan RON 97 masing-masing RM1.95 dan RM2.35. Mengikut jurcakap dari Pengusaha Stesen Minyak Petron, harga diesel pula akan menjadi RM1.80 seliter. Maklumat yang kami te­rima, harganya menurun,” katanya. Pada bulan Ogos, harga runcit RON95, RON97 dan diesel ialah masing-masing RM2.05, RM2.45 dan RM1.95 seliter. 

Pada Julai pula, harga runcit RON95, RON97 dan diesel ialah masing-masing RM2.15, RM2.55 dan RM2.05 seliter. Tahniah kepada kerajaan. Bersih 4 tak nak protes ke tentang harga minyak ni? Mana le tahu kota-kota kerajaan menipu. Dan..IBM nak tanya, BERSIH 4. dah bersih ke semua di sekitar Ibu Kota dan tempat-tempat yang sewaktunya? Bila lagi BERSIH 5 akan menyusul? Huhuhuhu...bersihkan dulu hati busok korang tu. Wasallam. Dari saya ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...