Saturday, September 26, 2015

SALAH TU : SINGKIRKAN TUN MAMAK MAHATHIR NYANYUK. INSYALLAH MALAYSIA SELAMAT.

SABTU, 26 SEPTEMBER 2015
Salam, Salam Aidil-Adha, Salam 1 Malaysia, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan Dan Salam Sehati Sejiwa
Tun Mamak Mahathir dilihat semakin nyanyuk. Segala percakapan dan tulisan beliau didalam blognya adalah tulisan orang yang sudah kehilangan idea, kosong, kosong bak 'tin kosong', semuanya merapu. Kenyatan mamak bahawa, kegawatan ekonomi dan penyusutan nilai ringgit hanya akan dapat dipulihkan jika Datuk Seri Najib Razak disingkirkan adalah kenyataan orang yang hilang pendoman, gila dan kehabisan modal. Semua kenyatan si mamak tu hanyalah dendam semata-mata kerana beliau gagal mengajak rakyat jelata menjatuhkan DS Najib. DS Najib terus berdiri tegap dan masih diterima rakyat.
Dalam entri terbaru beliau petang semalam, Mamak Kutty membuat fitnah lagi. Sekali lagi beliau mengajak supaya rakyat Malaysia menuntut supaya DS Najib diketepikan daripada jawatannya dan langkah itu "demokratik sepenuhnya". Apa, dia tu Perdana Menteri yang elok  dan bersih sangat ke? Puiii! Beliau lagi 'korup', kuku besi semasa jadi PM. Kata si mamak tu lagi, tindakannya DS Najib menahan orang ramai kerana berhimpun untuk menuntut peletakan jawatan adalah tidak demokratik dan bercanggah dengan undang-undang negara. Bila masa Ds Najib membuat arahna tersebut. 
Lagi satu penipuan dan fitnah dari mamak kutty seko ni. Maka, lebih baik singkirkan si mamak ni daripada UMNO dan ambik tindakkan undang terhadap beliau. Selagi beliau ada, mulut tidak di 'zip', IBM rasa Malaysia tidak akan aman da selamat. Dik kerana segala hajat, nasihat dari si mamak Mahathir tidak dilayan oleh DS Najib, beliau kini menjadi  pengkritik tegar terhadap DS Najib dan berkali-kali mendesak supaya anak bekas Perdana Menteri kedua Malaysia itu meletak jawatan. 
Tapi, usaha mamak kutty itu masih gagal. Beliau masih lagi melalak sana-sini macam orang kurang siuman. Tapi, apa nak hairankan. Usia dan lanjut...90 lebih. Dah lama dah. Bila-bila masa je boleh pi. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.

Friday, September 25, 2015

MCA PARTI 'TIN KOSONG'. CAKAP TAK SERUPA BIKIN

JUMAAT, 25 SEPTEMBER 2015
Salam Jumaat, Salam Aidil-Adha, Salam 1 Malaysia, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan Dan Salam Sehati Sejiwa
MCA hanya pandai bercakap, berkokok diluar. IBM ibaratkan parti yang mewakili orang Cina ini MCA, adalah sebuah parti yang 'cakap tak serupa bikin'. Cakap-cakap pemimpin-peminpin tidak lagi diterima pakai oleh orang-orang Cina. Kebanyakanya sekarang, orang-orang cina sudah mula beralih pandang dan menyokong DAPigs, terutama generasi 'Y'. Maka, apabila pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) daripada MCA yang cuba menasihati dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghentikan segala perhimpunan selepas ini kerana ianya merupakan satu ancaman kepada keharmonian negara. MCA memang banggang. Adakah perhimpunan yang dimaksudkan oleh MCA itu kehendak Perdana Menteri?
Suara dari Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menyatakan bahawa sebarang perhimpunan jalanan yang dianjurkan akan mencetuskan keganasan apabila pihak ekstremis cuba melakukan konfrontasi mendesak satu- sama lain membawa kepada pergaduhan. Memang betul. Tapi, apakah peranan MCA didalam hal ini? Takkan Perdana Menteri sahaja yang dipersalahkan. Apa peranan MCA pula sebagai parti komponen di dalam BN? Tidakkah MCA sedar himpunan BERSHIT 4:0 baru ini di domansi oleh kaum-kaum Cina. Lebih 99% peratus yang keluar adalah bangsa Cina. Selebihnya bangsa melayu dan India dan lain-lain. 
Kalau MCA melihat situasi seperti itu kesan kepada  perpaduan negara dan mencemarkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, MCA harus bangkit, berkerjasama dengan Kerajaan, bukan dengan hanya menyunding jari kepada Perdana Menteri. Dan, jangan cakap tak serupa bikin. MCA juga harus mencari jalan bagaimana hendak mengambil kembali hati kaum-kaum Cina yang kini kian hari meninggalkan MCA. Apa puncanya? MCA sahaja yang tahu. MCA jangan seperti 'tin kosong'. Cakap sahaja pandai, tapi tak boleh pakai.
Seperti yang kita semua tahu, 'himpunan rakyat bersatu' yang diadakan pada 16 September lalu adalah bagi tujuan mempertahankan maruah Melayu dan pemimpin negara. Ianya bukan 'rasis' seperti yang di war-warkan oleh pembangkang. Kalau nak dibandingkan dengan himpunan BERSHIT 4:0  hujung bulan lalu dua hari pulak tu memang jelas 'rasis', menuntut Perdana Menteri letak jawatan dan ianya juga merupakan perhimpunan untuk mengulingkan kerajaan. Jadi, apa peranaan MCA pada masa itu? Kenapa MCA diam membisu malah menggalakan ahli-ahlinya menyertai perhimpunan BERSHIT 4:0.
Oleh itu, kepada MCA, IBM sarankan supaya buat kerja, jangan menuduh sebarangan. Jangan cuba-cuba nak jadi hero mendesak Perdana Menteri buat yang bukan-bukan. Jangan hanya nampak kain orang lain koyak, sedangkan kain sendiri lebih teruk koyaknya. Dan, sekali lagi IBM ingatkan kepada Presiden MCA supaya mengkaji kenapa kaum-kaum Cina sudah mula hilang kepercayaan terhadap kepimpinan MCA? 
Kenapa DAPigs yang menjadi pilihan mereka sekarang ini. Padahal, bukan kerajaan tidak membantu kaum-kaum Cina dinegara ini. Ini bererti, MCA mempunyai masalah dalam parti yang agak kritikal. Fikir-fikirkanlah wahai MCA. Sekiranya MCA tidak lagi rasa selesa bersama Barisan Nasional (BN), silakan keluar. Tak menjadi kudis bagi kami semua. Silakan BERAMBUSSSS!!! Sekian dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.
"TANPA MCA BARISAN NASIONAL BOLEH BERJAYA MEMIMPIN NEGARA"

SYUKUR TIADA JEMAAH M'SIA TERLIBAT INSIDEN REMPUHAN DI MINA

JUMAAT, 25 SEPTEMBER 2015
Salam Jumaat, Salam Aidil-Adha, Salam 1 Malaysia, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan Dan Salam Sehati Sejiwa
INSIDEN DI MINA :

Semua jemaah Malaysia disahkan selamat dan tidak terbabit dalam insiden rempuhan di Mina yang mengorbankan lebih 700 nyawa setakat ini, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan di semua tujuh maktab Muassasah dan 15 syarikat pengelola jemaah haji dan TH Travel & Services Sdn. Bhd., (pakej swasta), semua jemaah haji Malaysia disahkan selamat dan mereka hanya akan mula melontar di Jamrah Kubra di Mina itu mulai jam 5.30 petang ini (10.30 malam waktu Malaysia). 
"Tiada jemaah Malaysia terbabit, semua pasukan unit peronda Tabung Haji juga sebenarnya telah membuat pemantauan sejak awal lagi (sebelum kejadian itu berlaku) bagi memastikan keadaan dan masa yang sesuai untuk jemaah haji memasuki kawasan untuk melakukan ibadat melontar itu," katanya kepada pemberita di Makkah hari ini. 
Dalam kejadian 11.30 pagi itu (waktu tempatan), lebih 700 jemaah haji dilaporkan terkorban manakala beratus lagi cedera dalam kejadian rempuhan berkenaan di kawasan perkhemahan jemaah dari negara-negara Arab. Asyraf Wajdi turut kesal dengan laporan di media sosial berkenaan kononnya seorang jemaah wanita Malaysia turut maut dalam kejadian itu - SUMBER
p/s - Apapun bersyukur kita tiada jemaah M'sia yg terlibat. Berita  yg mengatakan seorang wanait M'sia terkorban, biak pi lah. Mereka silap orang kot. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.

Thursday, September 24, 2015

KHAIRUDDIN MUNGKIN DITAHAN LEBIH LAMA? PADAN MUKA!!

KHAMIS, 24 SEPTEMBER 2015
Salam, Salam 1 Malaysia, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Sehati Sejiwa Dan Salam Aidil-Adha


MEMANG patut si pengkhianat ini di tahan kembali. Manusia perosak seperti dia ni memang elok diajar. Semalam diberitakan bekas pemimpin UMNO Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang ditangkap semula petang semalam di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), berpotensi berdepan dengan kemungkinan berbulan-bulan dalam tahanan, kata sumber. Ini kerana di bawah Sosma, Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua UMNObahagian Batu Kawan, boleh ditahan selama 29 hari.
Menurut sumber lagi, selepas ini, jika beliau memang didakwa, tidak akan ada jaminan, maka Khairuddin akan ditahan reman sehingga akhir perbicaraan itu, yang boleh mengambil masa beberapa bulan. Tapi, walaupun Khairuddin dibebaskan selepas perbicaraan itu, pendakwa raya boleh memfailkan rayuan dan memohon untuk menahan remannya sehingga selesai rayuan itu, jelas Syahredzan. Pada asasnya, jika mereka (pihak berkuasa) mengambil jalan ini, maka Khairuddin mungkin berada di dalam tahanan untuk masa yang sangat lama, katanya sumber.
Seperti biasa Peguam Eric Paulsen yang mewakili Khairuddin membuat komen bahawa penggunaan 'Sosma' terhadap Khairuddin adalah jelas satu penyalahgunaan undang-undang yang "zalim" itu. Menurut Paulsen, Sosma bertujuan untuk "mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan" untuk keselamatan persekutuan, dan tindakan itu sepatutnya untuk sementara sahaja. Bagi IBM, apapun komen dari Peguam si Khairuddin, pihat yang berwajib telah menjalankan tugas mereka kerana si Khairuddin ini dilihat membuat kesalahan yang boleh memudaratkan negara sekali gus mengundang dari campur tangan pihak asing, terutama negara Amerika Syarikat.
Apa yang IBM tahu, penangkapan awal beliau (Khairuddin) adalah kerana disyaki bertindak untuk 'mengulingkan kerajaan' berhubung bukti berkaitan dengan skandal 1MDB yang diserahkan kepada pihak berkuasa Switzerland, di London, Hong Kong dan Singapaura. Apa motif sebenanrya Khairuddin berbuat demekian? Sumber juga mengatakan penahan Khairuddin di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Beliau juga dilaporkan telah dijadual untuk mengadakan pertemuan dengan Biro Penyiasatan Persekutuan di Amerika Syarikat, yang telah dilaporkan membuka siasatan terhadap 1MDB. Khairuddin telah dibebaskan petang semalam tetapi ditangkap semula oleh pihak polis, kali ini di bawah Sosma. Baguslah tu. Moga Khairuddin tenang dan aman disana semasa beliau ditahan. 
Biar dia berfikir panjang samada apa yang beliau buat ini benar-benar menafaat kepada beliau, dan apa ganjaran yang beliau dapat? Mungkinkah ada penaja dibelakang beliau?Ini berkaitan untuk 'mengulingkan kerajaan'. Dah pasti ada. Apapun kita tunggu perkembangan selanjutnya kes ini. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.

PENGKHIANAT PARTI DAN BANGSA. SINGKIRKAN SAIFUDDIN DARI UMNO.

KHAMIS, 24 SEPTEMBER 2015
Salam, Salam 1 Malaysia, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Sehati Sejiwa Dan Salam Aidil-Adha
DAH lama IBM perhatikan si mamat seko ni. Cara dia berpolitik bukanlah cara yang jujur, tetapi mempunyai agenda beliau tersendiri. Pernah menjadi 'bapa' angkat kepada UMNO PetalinG Jaya Utara (PJU). Dari situ IBM sudah nampak bahawa si mamat ini akan mengkhianati UMNO. Banyak kes yang IBM dapat kesan kerana beliau melibatkan diri menyokong pembangkang. Kalau nak cerita disini panjang. Korang carilah sendiri. Rupa-rupanya firasat dan tekaan IBM itu menjadi kenyataan. Kini, si mamat seko tu telah menunjukkan 'belang'nya dan menterjemahkan siapa diri beliau yang sebenarnya. Kini hangat diperkatakan apabila dikalangan ahli-ahli UMNO akan tindakan bekas Timbalan Menteri pendidikan tinggi Saifuddin Abdullah yang hadir ke persidangan meja bulat Pakatan Harapan Selasa lalu. Untuk apa?
Bagi IBM ianya di lihat sebagai mencemarkan imej UMNO. IBM tidak  berkeseorangan mempertikaikan perlaku si Saifuddin ini, malah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Setiausaha Agung UMNO mempertikaikan kehadiran Saifuddin ke majlis berkenaan walaupun dikatakan bukan atas kapasitinya sebagai ahli parti Melayu itu (UMNO). Bagi pandangan IBM ianya tetap mencetuskan persepsi negatif dan membangkitkan persoalan mengenai motif tindakan tersebut. Tersebarnya berita hangat ini adalah kerana yang hadir ialah bekasTtimbalan Menteri dan ahli UMNO. 
Ini persepsi, katanya Tengku Adnan apabila ditemui  pemberita di Putrajaya hari ini, Khamis. Menteri wilayah persekutuan itu berkata, sebagai ahli UMNO mereka perlu mematuhi etika dan tindakan Saifuddin yang dilihat sudah membelakangkan parti. Diringkaskan, UMNO perlu memberi surat 'tunjuk sebab' kepada si Saifuddin dan sekiranya beliau berdolak-dalih memberi alasan yang tidak munasabah, singkirkan beliau dari UMNO. Kita tidak memerlukan seorang pemimpin seperti si Saifuddin di dalam UMNO, parti keramat orang-orang melayu. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.
"BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...