Friday, October 2, 2015

KALAU ADA 'MARUAH DAN HARGA DIRI', SAIFUDDIN DISARAN KELUAR DARI UMNO. BOLEH BELAH!!

JUMAAT, 02 OKTOBER 2015



SALAM, SALAM JUMAAT, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA

MEMANG itulah jalan penyelesian yang baik. Kalau dah tak suka kepada sesebuah parti, dan sekiranya parti yang baharu itu lebih baik, IBM juga cadangkan bekas 'bapak angkat' UMNO Bahagian Petaling Jaya (PJU) ini berambus dari UMNO. Maaf kasar sikit bahasa IBM. Ini kerana, dua tiga hari kebelakangan ini lebih ramai pihak tampil mendesak bekas Timbalan Menteri Datuk Saifuddin Abdullah keluar dari UMNO. Ini kerana gara-gara selepas hadir dalam pertemuan pembentukan gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan baru-baru ini. Jadi, sekali lagi IBM dsarankan, kalau ada 'maruah dan harga diri' yang tinggi, janganlah sampai orang nak kena buang dia dari  (UMNO). 
Perkara yang sama dikatakan oleh beberapa pemimpin-pimpin UMNO.  Dan, ramai pula yang mengibaratkan dengan keadaan di tempat kerja yang mana seseorang pekerja harus meletakkan jawatan jika tidak lagi berminat untuk berkhidmat di tempat itu. Maka, jangan buat masalah kepada orang lain sampai nak kena buang kerja, nak kena surat amaran atau macam-macam lagi, kata sumber. Seterusnya ramai dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO berpendapat,  berdasarkan ulasan Saifuddin jelas dia berpendapat formula UMNO menyelesaikan masalah Melayu tidak seiring dengan idea “politik baru” yang diketengahkannya. 
Jadi kalau beliau percaya kepada politik baru ini boleh diterima rakyat, pergilah buka parti baru atau pergi masuk pembangkang. Ada beranai kah Saifuddin?. Walaupun sering mengeluarkan pandangan melawan arus, tindakan Saifuddin hadir ke mesyuarat pembentukan gabungan baru DAP, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) kali ini membuatkan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada partinya iaitu UMNO. Kalau boleh cepatlah berambus. UMNO tidak memerlukan khidmat manusia yang 'durjana' seperti si  Saifuddin ini. Ada Sesiapa yang tak setuju beliau disingkirkan dari UMNO?. Keputusan dari Masjlis Tertinggi (MT) UMNO ditunggu. Wasallam. Dari saya  ~ IBM#PJUtetapdihatiku.

RAFIZI BAPAK 'PEMBOHONG'!!. ITU LUAHAN OLEH PELAJAR MALAYSIA DI AMERIKA SYARIKAT

JUMAAT, 02 OKTOBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SA;LAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA.
Berikut Adalah Merupakan Luahan Hati Anak Muda Dari Malaysia Yang melanjutkan Pelajaran Di Amerika Syarikat Tentang Dakwaan Rafizi Ramli@ Sotong :

Saya sangat terkejut dengan Pembohongan dan Pembodohan oleh Rafizi dalam laporan ini . [KLIK DISINI] untuk cerita lanjut.

Pertama sekali, majlis pada 28 Oktober 2015 di Bangunan Ambasador Malaysia di New York itu adalah Majlis Sepetang bersama Perdana Menteri. Tidak ada Majlis Dialog!!! Kenapa Rafizi merepek. Sejak jadi YB kenapa asyik BERBOHONG sahaja Rafizi? Adakah itu taraf kamu? Jika kamu tidak hadir ke New York dan kamu tidak melihat suasana majlis tidak usah kamu bercakap mengenainya ! Kamu hanya akan mengumpul dosa kering!

Walaupun PM sangat sibuk, baharu sahaja selesai mesyuarat dengan Presiden Obama dan lain-lain ketua kerajaan, PM masih sudi bersama kami. Apatah lagi keadaan jalan di New York jammed di mana-mana. PM kelihatan sangat letih tetapi melayan kami seperti anak-anaknya, kami dari pelbagai kaum merasa sangat friendly, selesa dan gembira. Hampir 1 jam PM berucap mengenai perancangan ekonomi dan pembangunan Malaysia, kemajuan dan cabaran, kami sanggup berdiri lama mendengarnya. Perdana Menteri menggunakan slaid dan ianya sungguh menarik.

Perdana Menteri juga beramah mesra hampir satu jam makan bersama kami sambil bertukar pandangan secara dekat, dari hati ke hati dan kami berpuashati. PM melanggar protokolnya dengan tidak makan secara berasingan di meja VVIP tetapi sanggup berbaris bersama kami mengambil makanan di meja yang disediakan untuk orang ramai. Semasa kami makan bersama, kami bertanya banyak perkara, kami meluahkan banyak perkara. Kami faham PM dikritik kerana dasar-dasarnya yang tidak popular, tetapi bukti global menunjukkan PM melakukan perkara yang tepat untuk masa akan datang. 

Bagi kami, kami lebih percayakan PM daripada agenda Rafizi. Kami sudah hilang respect kepada Rafizi kerana banyak bercakap tetapi tidak nampak apa-apa hasil daripada percakapannya. Asyik-asyik persoal dasar kerajaan, kami sudah naik bosan!!! Asyik recycle isu yang sama amat menjumudkan!!! Rafizi memberi gambaran rakyat Malaysia bodoh belaka. Kami pun tahu membezakan mana yang baik kepada negara, kami sangat bosan dengan cara Rafizi dan pembangkang.

Sangat memalukan dan tidak nampak kematangan hidup bernegara. Kalaulah Rafizi di Amerika Syarikat buat cara yang sama asyik repeat isu seolah-olah rakyat pekak dan bodoh, saya percaya rakyat Amerika akan panggil Rafizi si Bodoh from Malaysia! Memalukan!!! Matanglah sikit, kalau nak kempen tunggulah PRU14 , sekarang masa untuk bekerja. Jangan tanam kebencian yang keterlaluan kepada kerajaan seolah-olah tiada satu pun perkara yang baik dari kerajaan! Simpan sedikit kebodohanmu, keegoanmu, keceluparanmu untuk masa pencenmu! Kami sudah bosan dengan retorik dan isu-isu yang kamu recycle. 

Kami mahu masa depan. Kami tak mahu cakap banyak walaupun popular untuk kamu!

Pelajar Malaysia,
New York, USA. - SUMBER

P/S  - Itulah wajah sebenar manusia yang bergelar Rafizi@Sotong. Tak ada kerja lain, asyik berbohong, berbohong. Manusia seperti Rafizi ini memang tak takut pada dosa. Dia ingat di akan hidup selama-lamanya. Biarkan...biarkan dia berbohong. Rakyat kini sudah bosan cara si sotong ni berpolitik.. Biarkan dia terjun dengan labunya, ibarat si luncai. Wasalam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku..

Thursday, October 1, 2015

PENULIS BLOG DISIASAT SKMM??

KHAMIS, 01 OKTOBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA
Penulis blog Shahbudin Husin dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semalam untuk memberi keterangan berhubung tulisan dalam blognya berkaitan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi. Anggota Umno itu memberi penjelasan berhubung tulisannya pada 20 September bertajuk "Kenapa lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta?". Shahbudin berkata beliau disiasat oleh SKMM bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan ia kali pertama dipanggil berbuat demikian. Menulis dalam blognya hari ini, 
Shahbudin berkata sehari sebelum itu, kakitangan SKMM datang ke rumahnya untuk menghantar surat arahan kehadiran supaya beliau mematuhi perintah yang dikeluarkan. "Sebelum diambil keterangan, saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat SKMM bahawa saya disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). "Saya menjelaskan kepada pegawai SKMM bahawa artikel yang ditulis itu lebih berupa pertanyaan dan bukannya tuduhan kepada Zahid Hamidi memandangkan ia sudah menjadi perbualan ramai sebelum itu," tulis Shahbudin.
Menurutnya, beliau memberi keterangan kepada suruhanjaya itu selama dua jam. Seksyen 233 memperuntukkan seseorang melakukan kesalahan bagi penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya. Shahbudin berkata artikel yang ditulisnya itu lebih kepada pertanyaan dan bukannya tuduhan bagi membolehkan Zahid atau pegawainya menjawabnya. Katanya, hal ini sama seperti yang berlaku kepada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke majlis persandingan anaknya di Kazakhtan pada April lalu. 
Menurutnya lagi, beliau turut memaklumkan satu perenggan dalam tulisannya bahawa beliau memohon penjelasan daripada Zahid bagi mengelakkan fitnah dan salah faham berhubung perkara itu. "Sebagai penulis, saya hanya membangkitkan apa yang menjadi perbualan ramai itu... "Ketika menjadi wartawan dulu, saya pernah sekali diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri mengenai penulisan berkaitan Korea Utara. "Semua cabang dan jalur kehidupan pada hakikatnya ada cabaran masing-masing serta kerikil-kerikil yang mesti dilalui," katanya. Dalam tulisanya juga, Shahbudin mendakwa bahawa aduan kepada SKMM dibuat oleh pembantu Zahid - SUMBER.
P/S ~ IBM tak mahu komen apa-apa. Cuma ingin mengingatkan rakan-rakan blogger yang lain supaya berhati-hati bila menulis. Kadang-kadang mungkin pandangan atau tulisan kita untuk dipaparkan untuk pembaca, tapi kesan sampingan yang perlu kita fikirkan. Adakah ianya menyentuh 'sensetiviti' orang tersebut? Sama-sama kita fikirkan. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.

HARGA MINYAK NAIK 10 SEN HARI INI (BAGI BULAN OKTOBER)

KHAMIS, 01 OKTOBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA
Harga keseluruhan bahan api naik sebanyak 10 sen per liter bagi bulan Oktober. Menurut sumber, harga untuk RON95 dan petrol RON97 yang telah ditetapkan pada RM2.05 dan RM2.45 seliter, naik 10 sen dari harga yang ditetapkan pada bulan September.


Harga diesel biasa juga naik 10 sen kepada RM1.90 seliter, manakala diesel Euro 5 kini berharga RM2 seliter. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel melalui apungan terurus sejak 1 Disember tahun lalu - SUMBER

P/S : Jangan...jangan panik semua. Biasalah bila harga minyak diapungkan. Insyallah harga akan turun kembali. Tapi, kalau boleh jimat, jimatlah. gunakan kenderaan awam jika perlu. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.

'API PERKAUMAN' : DIMULAKAN DAN AMALAN DAPIGS. DAP SIALLLLL!

KHAMIS, 01 OKTOBER 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SEJAHTERA, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI-SEJIWA

'API PERKAUMAN' yang kini dilhat semakin kritikal dan runcing kini melanda negara. Ianya seperti 'santapan' harian dari parti politik yang ingin mendapat kedudukan dan berkuasa (memerintah) di negara ini. Penyakit kritikal 'api perkauman' dinegara ini adalah berpunca dari parti DAPigs. Dan juga tidak dinafikan polarisasi sosial dan ke­tegangan sentimen perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini berpunca daripada angkara DAPigs yang berterusan bermain dengan api perkauman. Perkara ini diakui sendiri oleh parti Gerakan dan MCA yang juga rakan kongsi Barisan Nasional (BN). Sehubungan itu, Gerakan dan MCA mendesak DAP supaya tampil memohon maaf serta 'bertaubat' atas tindakan mereka selama ini yang dilihat akan membawa kehancuran kepada kehidupan bermasyarakat di negara ini.


Melalui Setiausaha Agungnya, parti Gerakan, Datuk Liang Teck Meng menegaskan, taktik DAP untuk mengapi-apikan sentimen dalam kalangan masyarakat telah pun bermula sebelum Bersih 4.0. Mengimbas kemnbali apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang memijak gambar beberapa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang (lihat gambar dibawah). Kata Datuk Liang lagi, DAP seterusnya te­lah merampas perhimpunan haram Bersih 4.0 dengan matlamat buruk dan agenda politik untuk menunjukkan kuasa melalui demonstrasi jalanan yang menyaksikan kebiadaban penyokong-penyokongnya. Bukti ini jelas menunjukkan bahawa DAP yang memulakan budaya tidak sihat ini. 

Oleh itu katanya, kita perlu faham kenapa tidak munculnya himpunan baju merah pada Bersih 1, 2, 3 tetapi apabila Bersih 4.0 timbul perhimpunan 'baju merah'. Ini kerana reaksi kepada kebiadaban tersebut. Kita kena lihat ada kain ren­tang minta hapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) pada perhimpunan baju merah. Kenapa ada SKJC sahaja kenapa tiada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT)? Ini kerana DAP telah pun menanam kebencian dan cuba mengapi-apikan sentimen antara kaum. Oleh itu Gerakan dan MCA mengutuk sekeras-keras­nya tindakan DAP dan mahu DAP 'bertaubat.' Sementara itu, dari sumber lain, Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker. Lian Ker berkata, tindakan penyokong-penyokong DAP memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyinggung perasaan dan hati masyarakat Melayu. 

Menurutnya, provokasi-provokasi politik oleh DAP tidak wajar dilakukan memandangkan negara sedang dilanda krisis ekonomi global dan kejatuhan nilai ringgit. Sedarlah bahawa pembinasaan negara dapat berlaku dalam sekelip mata tetapi pembinaan negara mengambil tempoh masa yang lama, begitu juga jambatan silaturahim dan hubungan baik antara kaum dalam negara ini, katanya. Oleh itu, kita mesti ingat bahawa parti DAPis adalah parti yang terlalu 'rasis'. Laungan mereka bahawa DAP adalah sebuat parti 'demokratik' parti untuk semua kaum, adalah bohong semata-mata. 

Ini bukan rekaan dari IBM atau tulisan yang 'barbau' api perkauman, tapi ianya adalah 'realiti' yang mana kesohehan dikaui oleh Gerakan dan MCA parti yang mewakali kaum Cina yang juga rakan kongsi BN. Maka, berhati-hati dengan taktik dan pujuk rayu dari DAPigs apabila berjanji, ibarat 'lembut gigi dari lidah'. fikir-fikirkan. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUtetapdihatiku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...