Thursday, February 4, 2016

HINA PM NAJIB DI ATRIA. ANGKARA SIAPA??

KHAMIS, 04 FEBRUARI 2016
Provokasi Lapuk, Murahan : Pelanggan Atau Pengurusan Yang Hina PM Najib??

MEMANG susah kita nak mengagak angkara siapa yang membuat provokasi murahan ini. Dari sudut politiknya, IBM berani kata ini adalah gara-gara pembangkang yang terlalu bencikan PM Najib. Mereka (Pembangkang) akan mencari apa jua jalan untuk menfitnah, provokasi PM dan isteri beliau. Dalam insiden di Atria ini, IBM membuat satu rumusan yang mana Atria Shopping Gallery ini adalah milik orang Cina, orang banyak wang dan besar pengaruhnya. Maka, jika nota ucapan murahan (Selamat Tahun Baru Cina) untuk membuat provokasi terhadap PM kita, DS Najib, memang tidak ditolak, malah digalakan. 
Tapi, apabila ianya sudah menjadi viral di laman sosial, maka pihak pengurusan Atria Shopping Gallery di Petaling Jaya mengambil keputusan untuk menurunkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang dibuat oleh pelanggannya yang dikatakan boleh membawa fitnah ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Nota-nota itu dipamerkan sebagai sebahagian daripada ucapan di pusat membeli-belah itu. Walau bagaimanapun, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan meminta Najib melepaskan jawatannya dan sekiranya tidak berbuat demikian mereka mengharapkan Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan jatuh longkang. “Najib jatuh longkap tidak cukup. Kena Najib dan Rosmah jatuh longkang,” petik salah satu nota itu. 
Disini, kita dapat lihat bagaimana mereka-mereka ini (terutamanya kaum Cina) yang benar-benar marah dan terus menghina Perdana Menteri. Gambar-gambar yang membidas Perdana Menteri itu kini tersebar meluas di media sosial. Berikutan itu, pengurusan Atria Shopping Gallery dalam satu kenyataan di Facebook berkata pendapat dan pandangan yang dinyatakan itu adalah milik peribadi daripada mereka yang menulisnya dan ia tidak mencerminkan pendapat atau pandangan mahupun pengurusan kompleks itu. Menurut kompleks itu lagi mereka tidak menyokong mahupun menggalakkan ucapan seumpama itu. Mungkin kita boleh agak motif dan siapa yang lakukan provokasi murahan ini. Tapi, itu alasan yang tidak boleh diterima pakai dari pengurusan Atria. Mereka yang berkuasa disitu, maka, kenapa ianya boleh berlaku sedemekian rupa? 
Mana team management mereka yang menguruskan segala pengurusan bangunan di situ? Butakah mata mereka sehingga tidak melihat nota tersebut sehingga ianya menjadi viral dilaman sosial? Bagi IBM, ini adalah wayang, sendiwara pembangkang. Dan....kepada yang berkenaan yang menulis nota tersebut, anda adalah anak haram jadah. Tak suka PM kita, 'berambus' dari negara ini. Sekian dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.

Tuesday, February 2, 2016

DISAMUN, TAPI.....MACAM DIRANCANG. PANDAI-PANDAI POLIS LAH......

SELASA, 02 FEBRUARI 2016
ADUN DAPigs Disamun, Polis Wajar Siasat Pelbagai Aspek

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Sue Lim kerugian RM20,000 selepas wang yang baru dikeluarkan dari sebuah bank disamun dua lelaki bermotosikal di sini, tengah hari tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Ng meletakkan sampul surat berisi wang di tempat duduk penumpang depan. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ruslan Abdullah berkata, selepas meletakkan wang itu Ng kembali ke dalam bank untuk urusan lain. Beliau berkata, suspek mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memecahkan cermin tingkap penumpang depan dan melarikan sampul berisi wang itu.
“Sekembalinya ke kereta, mangsa dapati cermin penumpang depan pecah dan sampul berisi wang sudah tiada,” katanya. Melihatkan kepada penceritaan kejadian seolah-olah sengaja dirancang. Tidak munasabah seorang yang dikenali dalam kawasan sebagai seorang ADUN DAP, beliau terlalu berani meletakkan sejumlah wang tunai dalam nilai yang tinggi di dalam kereta mewahnya lalu meninggalkan keretanya hampir 10 minit untuk menyelesaikan urusan lain. Pihak polis mesti menyiasat motif perbuatan samun dari semua aspek agar ‘cerita kartun’ kerugian jumlah wang tunai sebegitu banyak dapat direalisasikan dengan bukti sebenar. 
Ia nampak seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan pihak berkuasa. Seperkara lagi, untuk apa agaknya jumlah RM20 ribu dikeluarkan oleh beliau? Kenapa kelihatan terlalu bodoh untuk meninggalkan sejumlah wang dalam keretanya tanpa ada sebarang tindakan untuk memastikan wang tersebut selamat dan selamba pula pergi berurusan semula di bank untuk tempoh yang agak lama untuk memungkinkan satu perbuatan jenayah berlaku? Arghh! Mungkin semua ini salah Najib lagi….SUMBER
P/S - Biar pihak Polis menyiasat dgn terperinci. Pembangkang ni memang terkenal dengan kaki 'spin'. Silap hari bulan kita pulak yang dipersalahkan. Tapi..IBM yakin ada sesuatu yang tak kena dalam kes samun ADUN DAPigs ni. Lantak pi le korang. Dari saya - IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.

SASARAN MILITAN DAESH : PEMBANGKANG KERAH CYBER TROOPER MEREKA BUAT KECOH DI LAMAN SOSIAL.

SELASA, 02 FEBRUARI 2016
Tidak Benar Kota Kinabalu Sasaran Daesh - Pesuruhjaya Polis Sabah

Mana Rakan-Rakan Cyber Trooper BN. Tak Nak Serang Balik Ke??
Pembangkang dilhat sudah ketandusan idea. Segala tomahan, fitnah yang mereka lamparkan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), tidak menjadi. Kini, mereka menggunakan Cyber Trooper mereka menyerang kerajaan di laman sosial pula. Memang, memang dah lama mereka menggunakan Cyber Trooper mereka, seperti 'Red Beans Army' (RBA) untuk menyerang kerajaan. Fitnah mereka menjadi-jadi. Tapi, masih gagal menumbangkan kerajaan BN. Terkini, cerita, serangan baru mereka, kecoh di beberapa laman sosial mengatakan Kota Kinabalu menjadi sasaran militan, Daesh. Walau bagaimanapun ia dinafikan polis Sabah malah tiada gerakan mengerah anggotanya untuk operasi khas bagi mengesan kumpulan militan atau pengganas di negeri tersebut.
Mengikut kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, semua operasi yang dijalankan ketika ini hanyalah pergerakan biasa bagi pencegahan jenayah. Jangan percaya khabar angin khususnya yang menjadi viral di media sosial, ia hanya pergerakan biasa pihak polis, …jika ada sesuatu berlaku (membabitkan kumpulan militan atau pengganas) kami akan beritahu,” katanya selepas melancarkan Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina di Donggongon, Selasa. Abd Rashid berkata, tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan khabar angin kononnya beberapa daerah di negeri ini menjadi sasaran pengganas adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.
Dengan itu, beliau juga orang ramai supaya tidak panik dan percaya dengan khabar angin berkenaan, jika menerimanya, tanya dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan kepastian,” katanya. Diberitakan hari ini (Selasa), ada mesej disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp kononnya Kota Kinabalu, Sandakan dan Lahad Datu menjadi sasaran kumpulan militan Daesh. Mesej itu turut meminta orang ramai supaya tidak datang ke tempat tertentu sebagai langkah berjaga-jaga. Itulah modal lapuk pembangkang dengan Cyber Troopernya yang ketandusan idea. Apapun, langkah berjaga-jaga harus diambil oleh pihak yang berwajib. Mana le tahu kot-kot depa sendiri (pembangkang) yang jadi dalangnya. Siapa tahu ye!! Dari saya - IBM#UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.

Monday, February 1, 2016

KERAJAAN PAKATAN SELANGOR LAGI TERUK. TERUS BAZIRKAN DUIT RAKYAT...

ISNIN, 01 FEBRUARI 2016
Kata Telus, Amanah, Rakyat Didahulukan, Berkebajikkan, Tapi....apa sudah jadi?? Azmin terus membazirkan duit rakyat.....

Belum habis rakyat kecewa dengan pembaziran projek ‘facelift’ (ubah suai ringan) pintu gerbang Kota Darul Ehsan bernilai RM9.8 juta, kini kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali muncul pula dengan projek ganti kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4 juta. Ia dicatatkan dalam Belanjawan Selangor dan projek tersebut akan bermula pada Mac atau awal April ini sekaligus Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Che’GuBard menegaskan ia satu pembaziran dan bukan keperluan terdesak untuk mengeluarkan sejumlah wang yang besar dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil.
“Adakah nanti projek ini juga setelah ramai pertikaikan akan ditutup dengan kononnya sudah ada penderma? Atau sebut sahaja ia kehendak Istana dan tidak boleh dielakkan? “Ia pembaziran, ingat kubah membazir bernilai RM32.4 juta itu bukan ajaran dan keperluan Islam pun, banyak keperluan lain dalam negeri ini harus diutamakan,” kata Che’GuBard dalam satu kenyataan pada Isnin. Tambahnya kerajaan negeri dibawah pentadbiran pembangkang seharusnya memikir bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dan pendidikan anak-anak.
“Jika benar perihatin dengan pembinaan modal insan atau pendidikan seperti yang ditekankan dalam Islam, maka bayangkan jika nilai wang itu diberikan kepada Institut pendidikan di bawah kerajaan negeri seperti UNISEL? “Maka tidak mustahil pendidikan percuma pun mampu terlaksana, jika diberikan kepada anak-anak muda untuk dilatih dan dimodalkan mereka memulakan perniagaan, berapa ratus ribu usahawan muda mampu dihasilkan?” soalnya lagi. Tambah beliau, apa yang dibuat Azmin itu bertentangan dengan perjuangan PKR yang sebelum ini begitu menetang pembaziran, salah guna kuasa, lemah urus tadbir mahupun penyelewengan.
Ini kerana jelas Che’GuBard yang merupakan ahli PKR seumur hidup, wang tersebut sepatutnya boleh disalurkan untuk membaiki banyak jalan rosak di Selangor sekaligus kehidupan rakyat boleh ditingkatkan, malah kemalangan boleh dielakkan. “Saya sebut tanpa berselindung keegoan kerajaan Selangor meneruskan siri pembaziran ini akan mengundang kebencian rakyat. “Ingat kita pernah mengkritik Mahathir kerana membina kediaman rasmi Perdana Menteri dengan nilai RM200 juta ketika negara dalam keadaan gawat dan rakyat susah.
“Kini apa bezanya kita apabila berkuasa kita meluluskan perbelanjaan RM9.8 juta untuk ubah suai pintu gerbang, RM32.4 juta untuk ganti kubah masjid dalam keadaan jika ia disalurkan kepada yang lebih memerlukan, maka lebih ramai akan naik taraf kehidupannya,” tambahnya.Kerja menggantikan panel kubah dan jubin yang mempunyai tulisan ayat suci Al-Quran di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di Shah Alam dijangka siap sebelum atau pada 5 Disember 2016. Dilaporkan, panel kubah tersebut akan diganti dengan panel jenis ‘vitrous enamel’ yang diimport dari Jerman. - SUMBER
P/S - IBM yakin, bila diaju atau diasak bertubi-tubi isu ini, Azmin akan berkata, itu Istana yang minta, permintahan Duli Tuanku Sultan tidak boleh di tolak. Kalau iapun Istana yang mintak, takkan lah sampai 32.4 million hanya untuk mengubai suai 'kubah' Masjid Negeri. Agak-agak la sikit, pakai otak, jangan asyik nak cari salah orang. Kepada rakyat Selangor, inilah Menteri Besar yang korang mahu, betulkan???. Dari saya - IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita 1hati#kekalnajib.

HARGA MINYAK TURUN LAGI. TERIMA KASIH KERAJAAN BN!

ISNIN, 01 FEBRUARI 2016
TURUN Lagi.

Selepas harga minyak turun pada Januari,kini ia diturunkan lagi untuk tempoh sepanjang Februari. Harga RON95 turun 10 sen kepada RM1.75 manakala bagi RON97 pula diturunkan 20 sen menjadikan harga baru RM2.05. Harga bagi diesel juga diturunkan sebanyak 25 sen menjadikan harga semasa RM1.35 bagi setiap liter.
IMG-20160131-WA0046

Kerajaan amat prihatin terhadap kenaikan harga barang di pasaran semasa dan diharapkan agar harga barang yang sebelum ini dinaikkan menggunakan faktor kenaikan harga minyak dapat segera diturunkan untuk meringankan beban rakyat. Terima kasih kerajaan BN! - SUMBER.

P/S - Agaknya pembangkang 'merah mata' dan akan cari jalan untuk 'SPIN'. Huhuhuhu. Dari saya - IBM#UMNOPJUtetapdihatiku#Kita1hati#Kekalnajib.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...