Tuesday, February 9, 2016

HADIAH TAHUN BARU CINA UNTUK LIM GUAN ENG..HUHUHUHU!!

SELASA, 09 FEBRUARI 2016
RM1.2 Billion : Rakyat Pulau Pinang Demonstrasi Di rumah Terbuka Lim Guan Eng

SEKUMPULAN individu mengadakan demontrasi di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Bayan Lepas hari ini dengan menuntut beliau menjawab dakwaan menerima RM1.2 bilion dari Israel. Seramai 30 peserta protes membawa plakad dengan perkataan ‘RM1.2 bilion’, di luar SPICE Arena, lapor portal New Straits Times. Ini berikutan Lim berulang kali menafikan dakwaan itu, berdasarkan kenyataan dibuat bekas ahli DAP Mohamed Razali Abd Rahman.
Bagaimanapun pemimpin protes, setiausaha NGO Persatuan Mukabuku Pulau Pinang Muhsin Lateef, dilaporkan berkata Lim mesti mengambil tindakan undang-undang terhadap Razali bagi membuktikan beliau tidak menerima RM1.2 bilion dari Israel, lapor NST. Razali, yang mendakwa beliau pernah bekerja sebagai pembantu kepada Lim berkata DAP mengambil wang dari Israel dengan balasan satu pangkalan tentera Israel akan dibina di Pulau Pinang sekiranya menang dalam pilihan raya umum 2013.
Menurut DAP Razali telah disingkirkan apabila beliau membuat dakwaan dalam media menuduh DAP menjadi sebahagian daripada “Konspirasi Kristian”.Apapun memang itulah cara DAP menyingkir ahli-ahlinya yang lantang bersuara, kritik kepimpinan ala 'gengster' mereka. Siapa kritik, mesti kena. Harap-harap melayu di Pulau Piang dah mula sedar dan mengorak langkah untuk jauhkan diri dari DAPigs....memang pig pun. Dari saya - IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib 

Monday, February 8, 2016

RAFIZI SOTONG DAH MULA PANAS BUNTUT BILA AKTA OSA DIKAJI SEMULA...

ISNIN, 08 FEBRUARI 2016
# Kajian Semak Hukuman OSA, Rafizi Dan Pembangkang Tidak Senang Duduk

MANA ada satu keputusan yang dibuat kerajaan tidak dipertikai oleh sesetengah pihak terutamanya pembangkang? Kenyataan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan keputusan Peguam Negara untuk mengkaji semula hukuman Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 adalah wajar. Beliau berkata keputusan Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang kerana ia berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. “Ini harus dihormati. 
Jika kenyataan peguam negara juga dipolitikkan maka, kita tidak ada asas untuk menolak kerana beliau mahu menegakkan perundangan bukan untuk mempolitikkan sesuatu isu… ini tidak harus dilihat sebagai isu politik oleh sesiapa sahaja termasuk pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Khas bersama Umno Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. Ahmad Zahid yang juga Menteri dalam negeri diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mahu memulakan kempen media sosial bagi menolak cadangan meminda OSA. 
Ini jelas, Rafizi sudah mula rasa panas dan tidak senang duduk. Kerana apa? Korang fikirlah sendiri. Isu ini timbul susulan daripada laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang memetik Mohamed Apandi sebagai berkata bahawa beliau sedang menimbang untuk meminda OSA bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang terlibat 'membocorkan rahsia negara' dan mereka yang melaporkan berita tentang rahsia itu. Peguam negara itu dilaporkan berkata bahawa beliau melihat kepada kemungkinan mengenakan hukuman 'penjara seumur hidup' dan '10 kali sebatan' untuk pesalah. 
Mohamed Apandi berkata wartawan yang didapati melindungi atau enggan mendedahkan sumber maklumat yang mereka perolehi juga boleh dikenakan tindakan itu. Bukan setakat Rafizi bahkan seluruh barisan kepimpinan parti pembangkang mula terasa bahangnya malah pemimpin-pemimpin NGO yang berhaluan pro pakatan pembangkang juga turut membantah cadangan Peguam Negara tersebut. Adakah selama ini mereka bergantung kepada taktik kotor untuk menang pilihanraya? Korang semua tahu, IBM pun tahu.....Sekian. Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.

Sunday, February 7, 2016

KORBANKAN ANAK-ANAK STRATEGI MAHATHIR UNTUK BUNUH POLITIK NAJIB??

AHAD, 07 FRBRURI 2016
Mahathir Sedia Korbankan Anak-Anaknya Demi 'Bunuh Najib'??

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadapi risiko anak-anak beliau menjadi “collateral damage” dalam kempen untuk menggulingkan Najib Razak sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, kata blogger kontroversi Raja Petra Kamarudin. Dalam posting blog terbaru beliau di Malaysia Today, RPK berkata Dr Mahathir telah salah langkah dengan menyerang peribadi Najib dan maruah keluarga beliau. Dengan berbuat demikian, Dr Mahathir telah “menggunakan strategi yang paling tinggi dalam perang: menyerang apa yang musuh kamu paling menghargai”. Tetapi penulis blog itu berkata strategi ini paling merbahaya kerana pertempuran itu kini meningkat ke tahap di luar kotak politik.
Raja Petra berkata, Dr Mahathir telah cuba untuk memberi tekanan kepada Najib untuk membuatkan beliau meletakkan jawatan (sepertimana cara dia menekan tiga Perdana Menteri sebelum ini) dengan harapan Najib akan “throw in the towel”. Justeru itu Dr Mahathir menyerang apa yang dianggap sebagai perkara-perkara yang berada dekat di hati Najib dan yang dia paling hargai. Dan ini adalah maruah Najib berkaitan nama keluarganya dan warisan Tun Razak Hussein. Jika Dr Mahathir boleh menyeret nama keluarga Razak ke dalam lumpur maka kemungkinan besar Najib akan berputus asa dan berhenti bekerja, “kata Raja Petra.
Bagaimanapun, Dr Mahathir telah salah kiraan dengan memalukan Najib lagi  semasa dialog “Nothing to Hide” tahun lepas – di mana Dr Mahathir hadir dan bersedia untuk berhadapan dengan Najib, dan Najib telah dimaklumkan mengenai arahan polis untuk tidak hadir. “Dr Mahathir bertindak di luar kotak politik,” kata Raja Petra. “Kemudian, Dr Mahathir menyerang keluarga Najib – isteri dan anak-anaknya – dan memfitnah pelbagai perkara jahat tentang mereka. Yang juga membawa kepada tahap yang mana orang Melayu panggil ‘Tiada Maaf Bagi mu’.
Raja Petra berkata, Najib telah memberi isyarat “tegas””no quarter” pada perhimpunan Umno pada bulan Disember dan bahawa beliau akan menjadi satu-satunya pihak yang masih hidup dalam pertempuran tersebut. “Dr Mahathir menyerang Najib di mana ia paling menyakitkan beliau. Jadi kini adalah masa untuk Najib untuk menyerang balas Dr Mahathir di mana ia paling menyakitkan Mahathir pula. Dan apa yang paling disayangi Dr Mahathir adalah anak-anaknya.” Jadi Mukhriz adalah anak pertama yang menjadi korban serangan balas. Dan jika Dr Mahathir terus dan tidak berhenti maka seorang lagi anak beliau akan dikorbankan juga, dan kali ini lebih buruk daripada yang pertama. 
Satu demi satu anak Dr Mahathir akan menjadi “cannon fodder” untuk membayar dosa-dosa bapa mereka, “kata Raja Petra. Dr Mahathir yang mengariskan peraturan di mana ahli keluarga menjadi “collateral damage”. Jadi sekarang semua anaknya merupakan “collateral damage” juga, “kata Raja Petra, memberi amaran kepada Dr Mahathir bahawa dia boleh cuba untuk menyelamatkan keluarganya dengan berdiam diri, atau menyerang Najib dan melihat kehancuran keluarganya sepanjang jalan
P/S - Berbaloikan apa yang Tun Mahathir sedang lakukan ini? Bagaimana sekiranya gagal? Bagi IBM, Tun Mahathir sudah gila, lupa daratan dan mudah lupa bahawa usianya sudah lanjut.Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.

Saturday, February 6, 2016

PEMBANGKANG IBARAT 'KATA DULANG PAKU SERPIH, KATA ORANG DEPA YANG LEBIH'....PUIIIIIIII!

SABTU, 06 FEBRUARI 2016
TERLAMPAU banyak isu-isu yang remeh-temeh dibawa oleh pembangkang sekarang ini. Ini jelas menunjukkan mereka (Pembangkang) sudah ketandusan idea. Hinggakan isu 'tertidur' di sesuatu majlis rasmi pun mereka perbesarkan dan viralkan ke dalam laman sosial. Memanglah, bagi balacai-balaci dan Cyber trooper mereka memang itulah yang mereka nak tengok. Dalam kes terbaru ini, Menteri Besar Kedah yang baru menjadi mangsa. Gambar yang mana Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dilihat sedang tidur ketika didalam majlis angkat sumpah Menteri Besar di Kedah. 
Maka beliau. terpalit dan didakwa 'kaki tidur'. Oleh kerana itu, tak salah kalau Cyber Trooper pro kerajaan muncul pula serangan sama terhadap pemimpin pembangkang. Ia antaranya mensasarkan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad. Malah, gambar bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Samad turut dikongsi sama. Gambar-gambar ini diedarkan di media sosial selepas serangan terhadap Bashah yang menggantikan Datuk Mukhriz Mahathir yang meletakkan jawatan selepas diasak anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di Kedah.
Malah, Mukhriz sendiri ketika meletakkan jawatan sempat meninggal pesanan sinis kepada Bashah supaya tidak lena ketika angkat sumpah. Kesimpulanya, pembangkang sengaja ingin memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin Barisan nasional (BN). Niat mereka untuk menjatuhkan BN tetap ujud. Bagi pandangan IBM, dalam episod tidor ini, pembangkang di ibaratkan seperti 'kata dulang paku serpih, kata orang depa yang lebih'. Dan......juga seperti 'meludah ke langit kena batang hidung sendiri'. Bagi Mukhriz pula, sinis beliau terhadap Ahmad Bashah adalah sinis orang yang kecewa. Dari saya - IBM#UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.

Thursday, February 4, 2016

RM32.4 JUTA UNTUK GANTI KUBAH?? BIAR BETUL NI!!

KHAMIS, 04 FEBRUARI 2016

Kerajaan Selangor Digesa Beri Penjelasan Projek Ganti Kubah Masjid Negeri RM32.4 Juta

WALAUPUN isu Kubah Masjid negeri Selangor ni dah agak sejuk, tapi, IBM ingin ketengahkan lagi akan sikap borosnya pemimpin Pakatan negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin Ali. IBM setuju dengan pandangan  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, YB Mat Nazari Ismail supaya projek ganti kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4 juta akan mendapat penjelasan lanjut daripada kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Menurut YB Mat Nazari, isu tersebut dengan jumlah peruntukan serta perbelanjaan yang besar sudah tentu akan menjadi pertikaian dan akan menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan rakyat yang ingin mengetahui penjelasan lebih lanjut.
Namun apa yang lebih penting sebenarnya perkara terbabit diharap tidak menjadi seperti isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG), dana penstrukturan air Selangor, projek ‘facelift’ (ubah suai ringan) pintu gerbang Kota Darul Ehsan bernila RM9.8 juta yang sehingga kini tidak dihuraikan secara lebih jelas. Perkara-perkara tersebut adalah perkara yang cukup penting kerana ianya bukan sahaja melibatkan integriti malah melibatkan wang yang dibelanjakan. Jadi sudah pasti penjelasan lebih lanjut dan penerangan mengenai apa yang dipersoalkan oleh sesetangah pihak perlu mendapat jawapan yang telus dan konkrit. Kebarangkalian dan kemungkinan akan menjadi sepertimana isu-isu berkenaan nampaknya seakan ada. Apa pun kita amat berharap ianya tidak akan menjadi seumpama itu,” katanya kepada UMNO-Online.
Dilaporkan kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali muncul dengan projek ganti kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4 juta. Ia dicatatkan dalam Belanjawan Selangor dan projek tersebut akan bermula pada Mac atau awal April ini sekaligus Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Che’GuBard menegaskan ia satu pembaziran dan bukan keperluan terdesak untuk mengeluarkan sejumlah wang yang besar dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil.
Sebelum ini’ (ubah suai ringan) pintu gerbang Kota Darul Ehsan bernila RM9.8 juta, isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan dana penstrukturan air Selangor tidak mendapat penjelasan secara panjang lebar daripada kerajaan negeri. Ada sesuatu yang tak kena projek ubah suai ringan pintu gerbang Kota Darul Ehsan tersebut. Difahmakan satu laporan kepada SPRM telah dibuat, tapi, kononnya SPRM tidak berminat terhadap isu tersebut. Dengan erti kata lain, SPRM tidak akan bertindak atau menyiasat kes tersebut. 'Double standard' le tu. Mat Nazari seterusnya menegaskan bukanlah menjadi hasrat beliau untuk mengungkit perkara berkenaan dengan tujuan politik dan sebagainya tetapi lebih daripada itu kerana ianya melibatkan persepsi umum.
“Kita bukanlah mahu menghalang pembangunan apatah lagi dalam soal mencantikkan institusi masjid…cuma tidak kena pada masanya. Apalah salahnya ditangguhkan buat sementara waktu dalam keadaan ekonomi hari ini. Bukankah mereka sendiri yang canang di sana-sini kerajaan pusat perlu peka kepada senario hari ini. Namun nampaknya di Selangor tidak pula sebegitu dan mereka seolah-olah lepas tangan semata-mata. Kenapa tidak mendahulukan perkara lain yang lebih memberi manfaat kepada rakyat. Bukan tak boleh buat seperti itu namun ianya tidak sesuai buat masa ini. Kenapa tergesa-gesa atau terdesak sangat. 
Rasanya tidak salah jika pihak yang berkaitan tampil dan memberikan penjelasan sewajarnya dan sudah tentu akan memberi kelebihan kepada mereka sendiri dengan adanya penjelasan yang padu. Apa lagi isu selepas ini? Kepada Chegubard, teruskan korek, korek apa juga isu-isu salah laku pemimpin-pemimpin pakatan di Selangor ini agar duit rakyat tidak disalah gunakan dan rakyat sendiri tertipu. Jangan 'tipah tetipu' lagi. Dari saya - IBM#UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...