
Saturday, March 26, 2011
Nik Aziz Malu, tapi nak....

Hari Ini Dalam Sejarah


| PENUBUHAN MALAYAN TRADE UNION CONGRESS (MTUC) Tarikh Peristiwa : 20-03-1950 |
| Pada hari ini dalam tahun 1950, Kongres Kesatuan Sekerja Malaya atau Malayan Trade Union Congress (MTUC) telah ditubuhkan. Penubuhan Kongres ini adalah hasil daripada kajian yang telah dibuat oleh satu jawatankuasa yang dibentuk pada bulan Februari 1949, dan dibentangkan dalam Persidangan Kali Kedua Perwakilan yang diadakan di Kuala Lumpur. Para perwakilan telah sebulat suara bersetuju dengan cadangan jawatankuasa itu agar diwujudkan sebuah Majlis Persatuan Sekerja Malaya. Tujuan utama penubuhan kesatuan ini adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang erat di kalangan Persatuan-Persatuan Sekerja di Tanah Melayu pada ketika itu. Sebuah jawatankuasa kerja telah dilantik bagi menjalankan Kongres ini, yang terdiri daripada P.P Narayanan selaku Presiden, Che Rahmah Mohd Salleh sebagai Naib Presiden dan X.E Nathan sebagai Setiausaha Kongres. Manakala bendaharinya pula ialah M.P. Rajagopal. Sesungguhnya penubuhan kongres ini telah membantu melindungi kepentingan golongan pekerja yang telah sama-sama menyumbang ke arah mencapai kemerdekaan negara. BELUM HABIS LAGI...BACA JUGA YANG DIBAWAH TU...... |
| PEMBUKAAN RASMI MAHKAMAH AGUNG Tarikh Peristiwa : 26-03-1984 |
| Pada hari ini dalam tahun 1984, Mahkamah Agung telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda, Sultan Haji Ahmad Shah bertempat di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Dalam upacara tersebut baginda telah berkenan memeriksa perbarisan kehormat 107 anggota Batalion 11 Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mejar Ismail Haniffah dengan diiringi 60 anggota Pancaragam Pusat Kor Kovalri Diraja. Keberangkatan baginda ke dalam Mahkamah Agung diiringi oleh Pemangku Perdana Menteri - Datuk Musa Hitam, Ketua Hakim Negara – Tan Sri Haji Mohd Salleh Abas, Hakim Mahkamah Persekutuan – Tan Sri Wan Sulaiman Pawan Teh, Hakim Besar Malaya – Tan Sri Abdul Hamid Omar dan Hakim Besar Borneo – Tan Sri Lee Hun Hoe. Baginda turut berkenan melawat ke Dewan Penghakiman, bilik Tan Sri Abdul Kadir Yusof dan bilik Tan Sri Abdul Hamid Omar. Dalam titah perasmiannya baginda berharap agar dengan pembinaan bangunan mahkamah baru dan pembaikan mahkamah lama, urusan pentadbiran kehakiman dan perbicaraan dapat dijalankan dalam keadaan yang lebih selesa dan sesuai. Mahkamah Agung melambangkan kemuncak bidang kehakiman di negara ini dan mempunyai kedudukan istimewa dalam Perlembagaan Malaysia. Mulai daripada 1 April 2007, Mahkamah Agung telah berpindah ke Jalan Duta secara berperingkat. SELAMAT MEMBACA SEMUA. IKHLAS DARI : IBM [SUMBER : ARKIB NEGARA] |
Friday, March 25, 2011
Buku 'JINGGA' tidak laku di Sarawak
PUTRAJAYA, – Buku Jingga “karangan” pakatan pembangkang bukan untuk rakyat Sarawak kerana ia tidak sesuai dengan kehendak dan citarasa rakyat negeri itu, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Untuk bawa ke Sarawak sudah agak terlewat di mana ia seperti tiada kaitan langsung,” kata Menteri Dalam Negeri itu kepada media ketika ditanya penerimaan Buku Jingga itu di Sarawak.
“Kita di dalam kerajaan telah pun melihat kepada isu-isu yang dibangkitkan seperti hak milik tanah, pembangunan luar bandar juga keperluan asas elektrik dan air. Ini semua telah kita laksanakan dan bukan semata-mata janji,” katanya.
Katanya Buku Jingga ini menunjukkan perbezaan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) di mana mereka melakukan sesuatu kerana mengambil kesempatan suasana pilihanraya.
Pakatan pembangkang mengeluarkan Buku Jingga yang mengariskan rancangan berbentuk jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir negara sekiranya mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.
Buku Jingga yang merupakan dasar bersama dipersetujui parti-parti dalam pakatan itu dikeluarkan pada Disember lalu dan disebut sebagai rencana dasar serta kebijakan untuk membela rakyat berlandaskan empat kerangka.
“Kita konsisten dalam tindakan kita dari dulu lagi khususnya dalam memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak. Ia bukan kerana ada pilihan raya tetapi kerana di sana ramai memerlukan pembelaan,” katanya.
“Saya mahu ingatkan mereka yang buat janji di dalam Buku Jingga bahawa janji mereka sebelum pilihan raya dulu dalam negeri yang mereka perintah kini masih lagi belum mereka tunaikan.”
“Ini lagi mahu buat janji baru,” kata Hishammuddin yang ditemui selepas Penerimaan Petisyen Berkaitan Ratifikasi “Protokol Pilihan kepada konvensyen mengenai hak kanak-kanak, penjualan kanak-kanak, pelacuran dan pornografi kanak-kanak”, di sini hari ini.
Hishammuddin turut meminta orang ramai agar meneliti sedalam-dalamnya janji-janji yang dibuat di dalam Buku Jingga itu dan “tengoklah siapa yang sebenarnya telah mengotakan apa yang dijanjikan.”
KITA IBARATKAN BUKU 'JINGGA' PAKATAN RAKYAT INI SEBAGAI SEBUAH KOMIK CERITA DONGENG DI ZAMAN DULU-DULU. SESUAI DIBACA OLEH KANAK-KANAK SEKOLAH. HEHEHEHEHE - IBM
Hari ini Dalam Sejarah


| PENUBUHAN PASUKAN POLIS Tarikh Peristiwa : 25-03-1807 |
Pasukan Polis merupakan satu pasukan keselamatan yang ditubuhkan untuk bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan sesebuah negara. Pada hari ini 25.3.1807 satu pasukan polis yang pertama telah ditubuhkan di Pulau Pinang. Pasukan itu adalah merupakan asas kepada penubuhan pasukan Polis Diraja Malaysia sekarang. Pasukan Polis itu dianggotai oleh anak-anak tempatan dan diletakkan di bawah perintah seorang Ketua Polis dan seorang timbalannya. Mr. James Carnegy merupakan orang pertama dilantik menjadi Ketua Pasukan Polis tersebut. Penubuhan Pasukan Polis Pulau Pinang itu telah merintis jalan ke arah penubuhan Pasukan Polis di negeri-negeri lain. Negeri Melaka mula mengikut langkah Pulau Pinang apabila pasukan Polisnya ditubuhkan pada tahun 1827. Kedua-dua pasukan itu kemudiannya disatukan menjadi Pasukan Polis Negeri-negeri Selat. Apabila berlakunya pertukaran pentadbiran tanah jajahan Inggeris dari Pejabat Tanah Jajahan India ke England, dalam tahun 1872, pentadbiran pasukan Polis ini telah turut terlibat sama. Ia diletakkan di bawah perintah seorang `Inspector General' yang berpusat di Singapura. Perkembangan Pasukan Polis maju setapak lagi apabila tertubuhnya pasukan polis bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 2 Jun, 1899. Kapten H.C.Syers telah dilantik sebagai Ketua Pasukan Polis ini. Satu pentadbiran pusat telah diwujudkan. Sementara itu bagi Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu pula, pasukan polisnya bermula di negeri Johor pada tahun 1882, Kedah dan Kelantan 1909 dan Terengganu 1914. Bagi Negeri-negeri Sabah dan Sarawak sejarah pasukan polis bermula pada tahun 1840 secara tidak rasmi di bawah kelolaan Raja Brooke. Tetapi kemudiannya Pasukan Polis Sarawak telah ditubuhkan pada 1862 yang mengandungi 120 orang anggota, dan Mejar W.H. Rodway telah dilantik sebagai Pengarahnya. Pasukan Polis Sabah pula mulai ditubuhkan pada tahun 1882. Menjelang tahun 1948 perkembangan pasukan polis maju setapak lagi apabila seluruh pasukan polis di seluruh Semenanjung Tanah Melayu disatukan dan kemudian dikenali sebagai Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Pasukan Polis Diraja Malaysia kemudiannya telah dibentuk dengan gabungan dari Pasukan-pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. BACA JANGAN TAK BACA......... |
| TUN ABDUL RAZAK MERASMIKAN KONVENSYEN EKONOMI MALAYSIA Tarikh Peristiwa : 25-03-1974 |
Pada hari ini dalam tahun 1974, Perdana Menteri, Y.A.B Tun Abdul Razak Hussein telah merasmikan Konvensyen Ekonomi Malaysia, di Kuala Lumpur. Konvensyen Ekonomi Malaysia ini telah disertai oleh ahli-ahli Ekonomi dari dalam dan luar negara serta kakitangan kerajaan. Pokok perbincangan konvensyen ini ialah mengenai Dasar Ekonomi Baru dan inflasi yang sedang meruncing pada ketika itu. Perdana Menteri dalam ucapannya memberitahu bahawa adalah penting agar Dasar Ekonomi Baru lahir dari kenyataan dalam masyarakat yang telah berubah dari keadaan politik yang telah matang sesudah menempuh pengalaman hebat demi mendapatkan penyelesaian yang berkekalan kerana kejayaan DEB menentukan survival negara di masa hadapan. Beliau amat menghargai usaha badan-badan seperti Persatuan Ekonomi Malaysia yang bertujuan membantu kerajaan mencari huraian masalah negara agar dasar kerajaan dan perlaksanaan benar-benar menurut kehendak rakyat. Konvensyen Ekonomi Malaysia yang telah berlangsung selama tiga hari ini turut membincangkan beberapa kertas kerja yang berkait rapat dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Majlis penutupnya telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B Dato Hussein Onn. SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM [SUMBER : ARKIB NEGARA] |
Thursday, March 24, 2011
Kerajaan tolak guna dakwat kekal, PAS terkedu, tak puas hati
Assalamualaikum semua.KUALA LUMPUR, 24 Mac: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang menimbang semula penggunaan dakwat kekal kerana ia dianggap tidak lagi sesuai untuk digunakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika menggulung perbahasan titah ucapan Diraja berkata, SPR sedang berusaha mencari kaedah baru yang lebih moden dan boleh diterima oleh semua pihak untuk digunakan dan sedang meneliti penggunaan biomatrik sebagai ganti.
"Namun ia masih dalam perhatian kerana perlu melihat dari semua sudut," katanya.
Nazri menambah, penggunaan dakwat kekal juga tidak sesuai kerana bercanggah dengan perlembagaan dengan memberi contoh situasi pengundi tidak mahu ibu jarinya dicalit dengan dakwat.
Bagaimanapun, jawapan itu mendapat tentangan daripada Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang menyifatkan ia masalah peraturan yang boleh diselesaikan sebelum hari mengundi.
"Alasan mengenai perlembagaan itu kurang tepat. Kalau itulah yang menjadi isunya pada pilihan raya yang lepas, saya kira kita mempunyai masa yang cukup untuk meminda peraturan dalam pilihan raya itu sendiri.
"Tapi kita tidak membuat usaha ke arah itu. Mungkin tidak ada political will dan perjumpaan kita dengan SPR pun, SPR kata ini adalah keputusan kabinet, ini adalah keputusan kabinet," katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, SPR menerima tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) agar dakwat kekal digunakan namun keputusan itu ditarik balik beberapa hari sebelum mengundi atas arahan kerajaan.
Siti Mariah juga menyanggah jawapan Nazri bahawa tidak berlaku pengundian dua kali dan mendakwa terdapat pendatang asing menerima kad pengenalan meskipun tidak layak.
"Saya nak bangkitkan mengenai tidak ada pengundian dua kali. Mungkin kalau saya bawa perkara ini Menteri kata tuduhan tapi kita sudah banyak kali mendengar bagaimana di Sabah kad pengenalan diberikan kepada pendatang tanpa izin.
"Pengeluaran kad pengenalan ini menjadi perbualan malah di kalangan kakitangan kerajaan di jabatan Pendaftaran Negara sendiri mengatakan kad pengenalan mudah diberikan kepada rakyat termasuk pendatang tanpa izin yang dah lama beerada di sini untuk menjadi pengundi. Ini utuk kepentingan politik BN," dakwanya.
Tambahnya, tidak mungkin mereka yang menerima kad pengenalan secara tidak sah akan mengaku mengenai perkara itu.
"Menteri mungkin suruh saya bawa saksi. Tapi mana ada orang yang dapat kad pengenalan, yang tak sepatutnya dia dapat akan mengaku bahawa dia mendapat kad pengenalan.
"Inilah kebimbangan kita, JPN akan keluarkan kad pengenalan kepada orang yang tak sepatutnya sehingga ada yang mempunyai kad pengenanalan lebih daripada satu, boleh pergi ke dua tiga pusat pengundian,"katanya.
Nazri juga memberitahu, sistem pengundian automatik juga tidak akan dilakukan atas alasan sebahagian besar rakyat tidak tinggal di alamat seperti yang didaftar dalam kad pengenalan.
MUNGKIN PAS NAK CADANGKAN GUNAKAN DAKWAT WARNA HIJAU. WARNANYA TERANG DAN JELAS DAN AKAN NAMPAK JALAN KE SYURGA YG DI LAUNG-LAUNGKAN OLEH PEMIMPIN PAS BAHAWA UNDI PAS MASUK SYURGA. HEHEHEHEHE...IKHLAS DARI SAYA : IBM
