Monday, March 25, 2013

POK NICKY AJIS KATA NAK BERTANDING WALAUPUN NYANYUK..KAH..KAH..GILO!!



IBM KATA : Inilah yang dikatakan manusia dari gulongan orang-orang yang tamak. Dah uzur, hampir-hampir dah nak nyanyuk, masih lagi ada hati nak bertanding. Tak lagi orang yang lebih wibawa dari si tua kerepot ni? Usia dah lanjut, dah nak sampai ke penghujung. sepatutnya duduk diam-diam dirumah, buat amal ibadah banyak-banyak, minta ampun kepada Allah swt kerana dosa-dosa terhadap orang-orang Umno terlalu banyak. Cepat-cepat le minta maaf Pok Nik oii sebelum terlambat. Tentang nak bertanding tu, lupakanlah. Bagi je kat orang-orang muda. Nanti bila kalah, salahkan orang Umno, maka keluarlah perkataan, CILAKO..CILAKO....Hehehe....Wasallam.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

YDP AGONG SAKSI F1 SEPANG. SEBASTIAN VETTEL MUNCUL JUARA


IBM Kata : Tahniah kepada Sebastian Vettel kerana berjaya menjuara F! Grand Prix buat kali keempat. Walaupun di dalam cuaca hujan, tidak menjejaskan prestasi para pelumba untuk menghabiskan perlumbaan. Suasana di sepang cukup meriah, para pelancung luar negara memuji Malaysia sebagai tuan rumah kerana dapat menganjurkan F1 ini  dengan begitu baik sekali.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YDP Agong, Perdana Menteri Datuk Seri Najib, juga mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad. Jumpa lagi di tahun hadapan, insyallah. 'MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA'. Wasallam.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Sunday, March 24, 2013

SAMSENG TAK BERTEMPAT, MEMALUKAN BANGSA SENDIRI!!


(Gambar sebagai hiasan)






IBM Kata : Bila Polis dan buat statement, ianya tiada unsur-unsur politik, IBM tak berani buat komen yang bukan-bukan. Nanti tak pasal-pasal masuk dalam. Tapi, apa yang IBM kesalkan ialah, pergaduhan berlaku dik kerana salah faham yang mana pergaduhan seumpama itu boleh dielakkan. Cubalah kontrol sikit emosi tu supaya tidak terlalu over. Apabila dah berlaku, baru menyesal dan barulah nak minta maaf. Apa barang korang ni. Memalukan bangsa sendiri je. Harap perkara seperti ini tidak akan berlaku semasa di dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti. Wasallam.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

DAH DAPAT PERMIT (INDIVIDU) TU, JANGAN LUPA YE.....!!


PM UMUM 1,000 PERMIT TEKSI INDIVIDU

IBM Kata : Satu lagi janji ditepati dari kerajaan Barisan Nasional (BN) oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Abd Razak. Happy gila para pemandu teksi ni. Bila dah dapat tu, jangan le lupa pada kerajaan dan pada PRU-13 nanti, faham-faham le apa nak buat ye! Memang kerajaan BN kerajaan untuk semua. Bukan macam pembangkang, buat janji, tapi semuanya kosong, ibarat tin kosong. Kepada abang-abang teksi, selamat memandu moga rezeki bertambah dan jaga nama baik negara semasa membawa para pelancung luar negara. Wasallam.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

PIALA AXIATA 2013 : PASUKAN NEGARA HAMBAR!!


IBM Kata : Apa sudah jadi ni? IBM hairan dengan cara pemain badminton kita bermain. Seolah-olah mereka hilang punca dan fokus kepada perlawanan. Atau, adakah dengan ketiadaan Datuk Lee Chong Wee, semangat pemain-pemain badminton negara merosot? Bagi IBM, tak masuk akal langsung. Kalau ia Datuk Lee Chong Wei turut bermain, dia menang, tapi, bagimanakah dengan prestasi pemain-pemain lain? Bolehkah mereka menang dan mengutip untuk pasukan kita dan seterus mara ke Final?

Persolaan ini harus di jawap oleh pemain-pemain sendiri. Jawapanya ada pada anda semua. Jika anda semua bermain dengan penuh semangat berpasukan dan untuk mengharumkan nama negara, IBM rasa anda semua boleh. Malaysia boleh!! Fikir-fikirkan. 'Majulah Sukan Untuk Negara'. Wasallam.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...