Monday, January 27, 2014

ADA YANG TAK KENA "PELAN DAMAI" YANG ANWAR CADANGKAN KEPADA BN NI. HATI-HATI!!

ISNIN, 27 JANUARI 2014
MEMANG sukar untuk diterima dan ada sesuatu yang tak kena bila ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini. Menawarkan 'pelan damai' kepada Barisan Nasional (BN), Anwar berkata, keadaan semasa kini mencapai kepada tahap yang boleh merosakkan perpaduan nasional identiti rakyat Malaysia. Beliau turut menggesa ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak supaya bekerjasama ke arah pembangunan negara. Dengan erti kata lain, Anwar seperti ada agenda lain yang tersirat, seolah-olah seperti kata perpatah, "ada udang disebalik batu". Tapi, entahlah. Sejauh mana keikhlasanya itu?, hanya Anwar dan tuhan sahaja yang tahu.

Katanya, kita mesti menolak tanggapan bahawa Islam berada di bawah ancaman dan bahawa terdapat beberapa konspirasi jahat untuk menggantikan Islam sebagai agama persekutuan. Anwar juga berkata konsensus kebangsaan perlu dilaksanakan bagi menangani isu-isu lain seperti kos sara hidup yang meningkat, rasuah dan keselamatan. Seterusnya, beliau menyeru marilah kita membantu polis memerangi jenayah supaya kediaman kita, sekolah-sekolah dan kompleks membeli-belah menjadi lebih selamat. Aikk...hairan juga. Bila masa Anwar ni pandai menghormati polis? Pada hal bagi beliau polis adalah musuh ketatnya kerana pernah satu ketika dahulu beliau mengelar anggota polis sebagai 'anjing kerajaan'. Tiba-tiba baik sangat pulak pada polis. Memang hairan dan ajaib le bila Anwar berkata sedemekian rupa. 

Selain itu Anwar mengingatkan semua pemimpin tanpa mengira pegangan politik supaya meletakkan kepentingan nasional lebih tinggi daripada sebarang agenda politik. Kewajipan kepada negara adalah lebih besar daripada tugas untuk parti, katanya. Aduh, cantiknya ayat yang al-juburi gunakan ini. Itulah, apabila manusia yang bernama Anwar ini yang telah menghuru-harakan negara dik kerana terlalu ingin dan mengidam menjadi seorang Perdana Menteri, maka amatlah susah dan sukar diterima walaupun pelan damai yang dicadangkanya kepada Barisan Nasional (BN) mejuruskan kepada kebaikan demi untuk kesejahteran negara. Persolannya, kenapa sekarang? kenapa sekarang baru Anwar mahukan ini semua? Sedangkan beliau dan kuncu-kuncunya di dalam Pakatan Rakyat telah menaburkan 'racun' kepada rakyat. Racunnya itu amat-amat berbisa dan hampir-hampir memusnahkan negara.

Apapun, korang fikirlah sendiri. Adakah Anwar betul-betul dah insaf diatas perbuatannya itu, atau memang beliau ada agendanya tersendiri?. Kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) hati-hati dengan tawaran yang Anwar tawarkan ini, kerana Anwar diibaratkan seperti 'musang berbulu ayam', dan seperti 'duri dalam daging'. Fikir-fikirkan kerana Anwar tetap Anwar dan kalau tidak berbohong atau berniat jahat, bukan Anwar Ibrahim namanya. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Sunday, January 26, 2014

NICOL KEKAL PEMAIN NO 1 DUNIA 89 BULAN BERTURUT-TURUT. TAHNIAH!!

AHAD, 26 JANUARI 2014

BERITA SUKAN
                                              NICOL bergambar bersama Amr Shabana juara kateagori lelaki.


Ratu skuasy negara Datuk Nicol David sekali lagi melakar pencapaian gemilang di pentas antarabangsa apabila menjuarai Kejohanan Juara-Juara di New York dengan menewaskan pemain England, Laura Massaro. Nicol menjinakkan Laura 11-4, 13-11, 11-8 dalam tempoh hanya 45 minit untuk kejuaraan pertamanya tahun ini dan kejuaraan sulungnya dalam kejohanan terbabit. Beliau memang mengidam gelaran ini, kata Nicol sebaik menjuarai kejohanan terbabit. Paling membuatnya teruja adalah peluang bermain dalam kejohanan sehebat Kejohanan Juara-Juara.

Memang ianya hebat. Dan, ada sesuatu yang istimewa mengenai suasana di sini. Menurut kata Nicol. setiap kali beliau melangkah ke Grand Central Terminal, hatinya berdebar-debar, hairan betul katanya. Biasalah, katanya. Pada awalnya mereka tidak tahu bagaimana pergerakan bola di gelanggang ini. Sebaik bermain, ia bergerak semakin pantas dan beliau berupaya melakukan pukulan dengan baik. Kemenangan itu memberikan gelaran ke 72 dalam Jelajah Persatuan Skuasy Wanita, sekali gus melebarkan penguasaan tanpa kalah kepada 35 perlawanan, sebelum ini tewas pada Mei 2013 juga kepada Laura di Terbuka Britain. Ia juga membolehkan Nicol terus berada di puncak sebagai pemain nombor satu dunia selama 89 bulan berturut-turut.

Nicol, Malaysia bangga dengan pencapaian mu. Teruskan, harumkan nama mu dan negara dipesada dunia didalam sukan skuasy. Sekalong tahniah dari semua rakyat Malaysia dan peminat sukan skuasy. Malaysia boleh!! "Majulah sukan untuk negara"

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

MEMALUKAN NEGARA, KATA PELAJAR MALAYSIA DIJEPUN

AHAD, 26 JANUARI 2014
Pelajar Kesal, Malu Demonstrasi Pijak Bendera Jepun Oleh Penyokong Anwar
WALAUPUN isu ini dah sejuk, tapi, bagi  pelajar-pelajar Malaysia di Jepun, mereka rasa kesal dan malu dengan demonstrasi penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memijak dan membakar bendera Jepun di kedutaan negara itu di sini, Selasa lepas. Perbuatan kurang cerdik dan kurang ajar mereka itu ekoran Anwar dilarang memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada Ahad lepas dan diarah untuk pulang segera atau diusir keluar. Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Zed Al Habshee Syed Abdul Hamid berkata berikutan demonstrasi itu, mereka yang berada di negara matahari terbit itu malu untuk bersua dengan penduduk setempat.
Zed Al Habshee dalam e-mailnya berkata, sebagai rakyat Malaysia yang berada di Jepun berasa malu untuk bersua muka dengan penduduk setempat, apatah lagi memulakan bicara atau bertanyakan tentang isu itu kepada mereka. Ironinya, selepas insiden itu, beliau dan rakan-rakan pelajar disana masih dilayan baik, tidak menerima apa-apa tekanan atau kesan negatif yang secara langsung daripada guru-guru, rakan-rakan mahupun orang Jepun yang lain. Malah, stesen televisyen di sini juga masih menyiarkan rancangan tentang tempat-tempat percutian menarik di Malaysia pada minggu sama insiden itu berlaku. Itu yang menyebabkan kami malu, katanya lagi. 
Dengan layanan baik itu menunjukkan rakyat Jepun lebih berfikiran matang dan sentiasa mahu menjaga erat hubungan diplomatik yang dijalinkan dengan Malaysia. Dalam masa sama, mereka juga yakin terhadap Malaysia. Itu sebab mereka tenang meskipun tahu ada rakyat kita memijak dan membakar bendera mereka, katanya. Pada masa ini, kira-kira 3,000 pelajar Malaysia sedang menuntut di Jepun terutamanya di Kanto (Tokyo) dan Kansai (Osaka) selain Hokkaido, Tohoku, Shikoku dan Kyushu. Kebanyakan mereka mengambil jurusan kejuruteraan. Zed Al Habshee berkata tindakan penyokong Anwar adalah kerana mengikut emosi tanpa memikirkan akibatnya kepada masyarakat dan negara.
Tidakkah mereka fikir usaha 'Dasar Pandang ke Timur' yang dilakukan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad yang melebihi 30 tahun kini, boleh rosak dan musnah dek kerana tindakan mereka? Lagipun, perlakuan sesetengah pihak walaupun hanya segelintir, akan sekaligus melambangkan identiti keseluruhan rakyat di sesebuah negara itu, katanya dengan nada yang kesal. Dalam insiden itu, kira-kira 30 penyokong Anwar berhimpun di luar Kedutaan Jepun bagi membantah tindakan Jepun menghalang Anwar memasuki negara itu kerana pernah disabitkan kes rasuah pada 1999 seperti yang terkandung dalam Perkara 5.1 Kawalan Imigresen Jepun dan Akta Pengiktirafan Pelarian.
Bagi Anwar di penyokong-penyokongnya, perbuatan mereka itu betul, lojik dan kena pada masanya. Mereka tak perduli samada perbuatan mereka itu boleh menjejaskan hubungan rapat Malaysia dan Jepun yang sekian lama telah terjalin. Itulah perangai dan wajah-wajah 'syaitan' yang dimiliki oleh pembangkang. Wajarkah mereka-mereka ini (pembangkang) diberi ruang dan mandat untuk menerajui negara pada PRU ke-14 akan datang. Jom sama-sama kita fikir-fikirkan demi untuk, agama, bangsa dan negara. Pembangkang di negara lain membantu dan memberi idea-idea yang b ernas demi kebaikan negara mereka, tapi, pembangkang di sini, ingin memusnah dan meruntuhkan negara. Hampehhh!!
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Saturday, January 25, 2014

UCAPAN 'TAKZIAH' DARI PM UNTUK KELUARGA HARUN TAIB

SABTU, 25 JANUARI 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib. Harun meninggal dunia akibat serangan jantung tengah malam tadi. "Takziah kepada keluarga Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS yang telah meninggalkan kita. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah," kata Najib dalam entri twitter beliau.

Harun, 70, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Terengganu kira-kira 12:10 tengah malam. Bekas ADUN Manir itu dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dimasukkan ke hospital berkenaan pada Jumaat. Harun merupakan antara tokoh utama PAS yang lantang menentang pengunaan 'kalimah Allah' dikalangan penganut bukan Islam. Bagaimana pula tokoh-tokoh utama PAS yang lain? Ada telo ka??

"TERIM KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

SIAPA GANTI KHALID??

SABTU, 25 JANUARI 2014
MEREKA dah fikir sepuloh kali, malah berpuloh-puloh kali. Ini kalilah, kata mereka. Maka,  kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan perlu digantikan dengan individu lain. Perkara itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid (gambar bawah kanan) bahawa kedudukan Khalid Ibrahim sememangnya dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali baru-baru ini. Beliau akui memang dalam mesyuarat tersebut mereka ada membangkitkan kedudukan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan mereka telah membuat keputusan supaya Khalid Ibrahim@Khalid gagap digantikan, katanya ketika ditemuramah oleh pemberita semalam.

Beliau mengulas desas-desus wujud desakan kuat daripada kepemimpinan PKR khususnya di negeri ini yang mahu Khalid digantikan daripada terus memegang jawatan Menteri Besar. Desakan itu dikatakan berkait rapat dengan rasa tidak puas hati dalam kalangan kepemimpinan PKR Selangor terhadap corak pentadbiran Khalid di negeri ini yang penuh dengan muslihat jahat sesama rakan parti. Sebelum ini Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan sering mengkritik pentadbiran  Khalid melibatkan beberapa isu antaranya menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014.

Selain dari itu, Azmin juga dilaporkan pernah bertindak melalui Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor mengemukakan memorandum kepada Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, apa yang dinyatakan Abdullah Sani itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution semalam yang menafikan Azmin bakal menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar. Menurut Saifuddin, isu tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 15 Januari lalu.

Dalam pada itu, Abdullah Sani yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan, keputusan menggantikan Khalid tersebut dibuat berasaskan keadaan pentadbiran negeri yang dilihat tidak menepati aspirasi parti. Keputusan itu dibuat atas sebab cara Khalid mentadbir negeri ini membabitkan isu-isu tertentu antaranya industri air, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan elaun Menteri Besar dan anggota pentadbiran negeri, ujar beliau. Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, keputusan sebulat suara itu belum dibawa ke pihak PKR Pusat untuk dibincangkan dan diputuskan bersama pimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang lain dari DAP dan Pas.

Kalaulah betul dan mendapat keputusan sebulat suara untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai Meteri Besar, siapa yang akan mengantikan Khalid??.....Azmin??....hehehehe. Hancusss PKR Selangor!!!
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...