Saturday, August 23, 2014

NENEK KIPAS LEPASKAN GERAM ISU 'GENDER' UNTUK TIDAK MELAYAKAN BELIAU JADI MB DI KONGRES PKR!

SABTU, 23 OGOS 2014
MELENTING habis isteri si Nuar ni. Isu 'gender' membuatkan si nenek kipas ni panas, meroyan di Kongres PKR hari ini. Lantas calon Menteri Besar Selangor itu menempelak pihak yang mempersoalkan isu jantina dalam pemilihan pemimpin, termasuk di peringkat negeri dan nasional. Mengikutnya, bagi mengukuhkan pendiriannya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yakin isu kewibawaan dan kelayakan seseorang adalah kriteria utama yang perlu diberi perhatian. Dalam memilih pemimpin, kita harus jelas akan kriteria yang patut kita guna pakai biarpun di peringkat parti, negeri mahupun negara. Sudah tentu kelayakan, kesungguhan, wibawa dan amanah sepatutnya menjadi kriteria utama. Jantina, umur dan rupa-paras hanyalah alasan semata, katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden di Kongres Nasional PKR ke-10 hari ini, Sabtu. Ini bermakna dialah calon yang paling layak untuk menjadi MB? Perasan habislah nenek kipas ni.

Kita semua tahu sebelum ini timbul perbalahan mengenai isu jantina selepas PKR menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal mereka untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Penolakan itu juga pernah disuarakan oleh Exco PAS Selangor, Dr Yunus Khairi yang dilaporkan berkata, parti itu tidak bercadang memilih wanita sebagai menteri besar berdasarkan konsensus Pakatan Rakyat sebelum ini hanya memilih wanita sebagai wakil rakyat. Malah, isu jantina calon bakal Menteri Besar itu turut dikatakan menjadi punca kelewatan PAS memeperakui pencalonan Wan Azizah. Hujah itu disokong apabila Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat pada 17 Julai lalu menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua selepas Wan Azizah. Mengulas lanjut, Wan Azizah membayangkan beliau mempunyai keupayaan untuk mentadbir Selangor bersandarkan pengalamannya dalam politik. 

Beliau mengerti dan biasa melalui pahit maung dalam memimpin, samada sebagai pemimpin sebuah parti yang baharu semenjak penubuhannya 15 tahun yang lalu sehingga kini, dan juga sebagai seorang ketua keluarga ketika saudara Anwar dipenjarakan selama enam tahun. Kita harus jelas bahawa isu kepimpinan ini bukan suatu perkara yang dipandang remeh oleh Islam, katanya. Waema apa sekali pun, Wan Azizah@Nenek Kipas memang tak layak untuk menjadi BM Selangor. Itu pandangan peribadi IBM. Difahamkan rakyat Selangor pun menolak mentah-mentah kerana rakyat tahu, Wan Azizah akan jadi puppet untuk Anwar. Harap Duli Sultan pun akan menolak si nenek kipas ni. Wasallam ~ IBM

ISU MB : PARTI KELENTUNG RAKYAT (PKR) MEMALUKAN. TAK ADA CALON LAIN KE SELAIN DARI NENEK KIPAS NI?

SABTU, 23 OGOS 2014

SUMBER : 
PAKAR perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata tidak ada keperluan untuk PKR menyediakan nama kedua selain dari Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor. Ini kerana menurut Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu memiliki sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN). Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) selepas PAS mesyuarat 17 hari bulan sebulat suara mahukan Dr Wan Azizah sebagai MB, tiada nama kedua. Kenapa nama kedua? Saya tidak nampak kenapa mesti dua nama? soalnya di hadapan kira-kira 50 hadirin dalam forum Krisis Selangor di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur malam tadi. Malah, menurut Aziz pihak istana juga tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana hal sedemikian hanya memperlihatkan campur tangan istana dalam hal ehwal politik negeri yang sebelum ini menjadi urusan kerajaan negeri dan rakyat.

"Ini bukan kerja Sultan.Jika kita beri dua nama, kuasa itu (terletak) pada Sultan. Di Selangor, saya tidak nampak mengapa Mohamed Azmin Ali diletakkan sebagai pilihan kedua? PAS sendiri sudah berkata tidak tuntut jawatan MB, tetapi mengapa letak nama Azmin? “Pada pandangan saya, Sultan ada sebab untuk masuk campur. PAS menjemput Sultan untuk masuk dalam perkara ini,” katanya. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka kembali ke Malaysia dari luar negara hari ini selepas diyakinkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Menteri Besar Selangor itu masih mendapat sokongan majoriti Adun Selangor. Khalid juga sempat mendapat perkenan Sultan Selangor bagi memecat Exco PKR dan DAP selepas kenyataan Exco itu yang dilihat enggan memberikan kerjasama kepada kerajaan pimpinannya.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah berjaya membuktikan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti apabila 30 Adun PR Selangor termasuk dua dari PAS menyatakan akuan bersumpah hilang kepercayaan kepada Khalid dan menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar. Ujar Aziz lagi, pihak istana seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa menteri besar dan bukan merumitkan lagi keadaan sedia ada. “Khalid Samad betul apabila kata Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak dalam hal ini. "Apa yang Sultan perlu lakukan adalah menyerahkan surat pelantikan. Semudah itu. Dengan itu, kerajaan boleh menjalankan tugas mereka," katanya.

Malah, Aziz berkata jika Sultan Selangor berpandangan kerajaan negeri sudah tidak dapat diselamatkan, maka baginda boleh memanggil satu sidang tergempar DUN bagi melihat sokongan ADUN. Tambahnya, pertemuan awal Khalid untuk meyakinkan Sultan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ADUN tidak didukung dengan bukti kukuh. “Jika baginda berasa kerajaan tidak dapat diselamatkan, biarkan kerajaan buktikan dalam Dewan. Beliau (Khalid) memberikan Sultan yang bukan kepunyaan baginda. “Saya tidak faham mengapa Sultan mengambil masa lama kerana pada saya ia hal mudah. Tugas Sultan adalah memastikan kerajaan berfungsi sepanjang masa," katanya.

P/S  ~ PKR memang banyak melahirkan 'Pakar' dalam partinya. Ada pakar strategi, pakar perlembagaan dan banyak pakar lagi lah. Tapi, nama je pakar, namun untuk memilih pemimpin untuk jawatan MB , mereka tersedak. Tak ada calon. Maka, nak tak nak terpaksalah nama nenek kipas dicalonkan lagi dan lagi. Malu...memang memalukan. Jadi, apa yang disuarakan oleh pakar perlembagaan Azri Bari bahawa PKR tak perlu menyediakan 2 nama untuk jawatan MB adalah untuk menutut kemaluan mereka di dalam PKR. memang sah, PKR tidak mempunyai pemimpin-pemimpin yang berkibar untuk jawatan tersebut. Kebanyakan pemimpinya tak ada telo dan bertuhankan kepada Anwar Ibrahim dan berkiblatkan kepada Wan Azizah@nenek kipas. Malu...memang memalukan. Wasallam ~ IBM

Friday, August 22, 2014

INI MESYUARAT KONGRESS KE ATAU MESYUARAT TADIKA?

JUMAAT, 22 OGOS 2014
ADUH. Malunya Nik Nazmi. Selepas beberapa minit diumumkan sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad kini berhadapan tekanan daripada sebahagian besar ahli exco sayap PKR itu. Mereka dilihat tidak berpuas hati dengan kemenangan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor itu, sembilan exco AMK yang baharu diumumkan secara rasmi bertindak meninggalkan pentas utama Kongres AMK. Kumpulan berkenaan langsung tidak mengendahkan arahan Pengerusi Tetap, Shuhaimi Shafiei supaya terus berada di atas pentas sebelum Nik Nazmi menyampaikan ucapan penangguhannya.


Tindakan mereka itu menerima reaksi negatif daripada perwakilan dan pemerhati yang kelihatan terpinga-pinga dengan situasi berkenaan. Akibatnya, Nik Nazmi terpaksa meneruskan ucapan penangguhannya tanpa sokongan daripada sembilan exconya sendiri. Difahamkan sembilan kumpulan berkenaan merupakan penyokong kem Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali yang diketuai seorang lagi calon Ketua AMK, Amirudin Shari. Pada pemilihan AMK, Nik Nazmi mengalahkan Amirudin dengan majoriti 250 undi. Nik Nazmi memperoleh 4,509 undi sementara Amirudin mendapat 4,259 undi. Sementara itu jurucakap sembilan exco itu berkata, tindakan keluar dewan merupakan tanda protes terhadap keputusan pemilihan yang tidak berpihak kepada Amirudin. 

Mengulas lanjut beliau mendakwa wujud penipuan dalam pemilihan AMK di Cabang Pensiangan, Sabah. "Sepatutnya pemilihan di sana dibatalkan, tetapi diterima semula kerana untuk memenangkan seseorang. Apa yang dibuat ini tanda penolakkan, protes terhadap kepimpinan Nik Nazmi kerana pasukan Amiruddin menguasai hampir 90 peratus AMK, katanya. Ini bermakna, pergolakan dalam PKR kini melanda di dalam Angkata Pemuda Keadilan gara-gara pemilihan yang tidak telus dan korup. Bilakah pergolakan di dalam PKR ini akan  berakhir? Sama-sama kita tunggu. Kesian Nik Nazmi dimalukan di dalam Kongress Angkatan Muda Keadilan. Padan muka. Wasallam ~ IBM

AKHIRNYA JPP AKUI PEMILIHAN PKR PALING KOTOR, LEMAH, PENIPUAN & KORUP!!

JUMAAT, 22 OGOS 2014

SUMBER :
AKHIRNYA Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengakui PKR mempunyai kelemahan dalam menempuh pemilihan parti tahun ini. Pengerusinya Datuk Johari Abdul berkata, jawatankuasanya akan mencadangkan kepada parti untuk memperbaiki pemilihan kali ini berdasarkan pengalaman yang menyaksikan kekalutan yang berlaku selama hampir lima bulan pemilihan itu. Untuk rekod pemilihan PKR bermula pada Mac yang lalu. Kita tidak menafikan bahawa pemilihan ini perlu diperbaiki pada masa akan datang, isu gangster misalnya, tidak adil jugaklah kekalutan itu disebabkan oleh kami sebab mereka yang mencetuskan pemilihan sebelum ini adalah bukan ahli parti. Kami bukan sempurna, kami akan mencadangkan macam mana nak pertingkatkan pemilihan pada parti, katanya dalam sidang media JPP di Ibu Pejabat PKR hari ini

Dalam masa sama beliau menjelaskan keputusan pemilihan parti itu mengambil masa yang lama kerana tidak mahu sebarang kesilapan dalam menentukan jumlah undi yang sebenar bagi mengelakkan sebarang bantahan. Kami tidak mahu keputusan (salah) dan kita betulkan, sebab itu kita ambil masa untuk umumkan, ini menunjukkan kita telus, kita terima semua aduan, jelasnya. Keputusan pemilihan rasmi parti itu dimaklumkan setakat ini tidak mempunyai bantahan melainkan 553 daripada semua cabang sebelum ini yang telah diselesaikan. Manakala aduan yang diusulkan oleh bekas ahli parti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak diteruskan selepas penyingkirannya daripada parti itu yang disifatkannya tidak relevan lagi. Berkenaan jumlah Khalid, undi beliau tidak diambil kira sebab dia dah dipecat daripada parti. Jumlah terakhir seperti yang diumumkan sebelum beliau dipecat. Jadi tidak relevan untuk terus kira lagi, ujarnya.

P/S ~ Kalau baru pemilihan parti pun dah kelam-kabut hingga keputusan begitu lama baru dapat, macam mana nak ke Putrajaya dan memerintah negara? Pergaduhan berlaku di setiap mesyuarat, bangku terbang, kepala pecah, peti undi di bawa lari, black-out, bermacam-macam perkara buruk berlaku semasa proses pengudian. Jadi, masih relevankah PKR ni?...atau kerja mereka sentiasa nak kelentung rakyat senoneng dengan gelaran 'Parti Kelentung Rakyat'. fikir-fikirkan. Wassalam ~ IBM

SKUASY TERBUKA MALAYSIA : NICOL DAVID MARA KE SEPARUH AKHIR. TAHNIAH!

JUMAAT, 22 OGOS 2014
PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Nicol David semakin hampir untuk meraih gelaran Terbuka Malaysia buat kali kesembilan selepas mara ke separuh akhir di Nu Sentral Mall di sini, malam Khamis. Pilihan utama itu hanya mengambil masa 38 minit untuk menyingkirkan pilihan ketujuh Annie Au dari Hong Kong dengan 11-7, 12-10 dan 11-4 pada perlawanan suku akhir. Nicol merangkul gelaran juara Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali -- 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2013. Sebelumnya dalam perlawanan, saya membuat pukulan bola dan memerhatikan bagaimana bola melantun dan merasai bagaimana bermain di gelanggang kaca. 

Annie menunjukkan permainan yang cukup baik...Saya perlu berhati-hati ketika dia memberi saingan," kata pemain berusia 30 tahun itu. Nicol akan bertemu pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily dari Mesir pada separuh akhir Jumaat. Saya sudah bersedia. Selepas memenangi perlawanan ini, saya berasa puas dan tidak sabar untuk perlawanan esok. Saya berharap kita akan menyaksikan perlawanan yang menarik," kata beliau. Raneem sebaliknya menghadapi tentangan sengit dalam perlawanan lima set daripada pemain England Sarah-Jane Perry sebelum menang. Beliau mengambil masa selama 50 minit untuk menang dengan 11-4, 6-11, 12-10, 13-15 dan 11-6. 

Dalam satu lagi perlawanan suku akhir, pemain bukan pilihan, Nour El Tayeb dari Mesir layak ke separuh akhir selepas lawannya, pilihan kelapan Madeline Perry menarik diri daripada pertandingan akibat kekejangan otot pada kaki kiri ketika Nour mendahului set keempat dengan 9-2. Nour memenangi perlawanan 2-1 dengan 11-9, 17-15 dan 4-11. Beliau akan menentang pemain Amerika Syarikat, Amanda Sobhy yang menempah tiket ke separuh akhir selepas menundukkan pemain Mesir, Habiba Mohamed Ahmed dengan straight set 11-5, 11-6 dan 11-7 dalam masa 25 minit. Tahniah Nicol. Moga Nicol terus mara dan menjadi juara buat kali kesembilan. Wasallam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...